Saladin Convoy?

Nama sebenar aku bukanlah SALADIN CONVOY. Nama aku bukan juga SALADIN (atau Salahuddin dan yang sewaktunya), dan pastinya nama aku bukanlah CONVOY (mahupun KONVOI). Hah, nama pun internet, maka apa salahnya kita pakai pseudonym kan?

Maka, kenapa SALADIN CONVOY? Haha, aku dah pakai banyak nama “samaran”, dari pelbagai jenis watak dari pelbagai sumber kisah fiksyen, tapi kesemuanya adalah “cilokan” secara bulat-bulat daripada karya fiksyen berkenaan. Maka aku perlukan suatu nama yang “asli”, haha!

Asal-Usul nama “SALADIN CONVOY”

saladin2.jpgKalau sebut SALADIN ni, pastinya semua orang akan terbayangkan صلاح الدين الأيوبي (Salahuddin Al-Ayyubi), ataupun nama penuhnya ialah “Salahuddin” (gelaran) Yusuf bin Ayyub (nama sebenar).

Yep, memang tepat sekali, memang aku ambil nama inipun dari tokoh yang ini. Aku memang minat tokoh ni sejak pertama kali aku kenal dia melalui filem Mesir lama (tahun 1963) yang bertajuk الناصر صلاح الدين (AL NASSER SALAH AD-DIN, bermaksud SALADIN SI PENYELAMAT), yang pertama kali aku tengok waktu di sekolah menengah.

Walau bagaimanapun, watak Saladin yang paling aku gemari adalah menerusi drama bersiri dalam Bahasa Arab yang bertajuk البحث عن صلاح الدين (AL-BAHTH `AN SOLAHIDDIN, “The Search for Salah El Din“) yang pernah ditayangkan dalam bulan Ramadhan sekitar tahun 2005 lalu.

Ahem, pertama kali aku pakai nama SALADIN ni ialah ketika nak komen di sebuah blog milik seorang “penyokong” Syiah, sebab aku tahu orang macam itu tak begitu berkenan dengan tokoh Saladin ni, atas sebab-sebab tertentu… 8)

51205.gifSementara itu, kalau sebut CONVOY, anda semua pasti terbayang “konvoi” macam konvoi merdeka, konvoi lori, konvoi trak, dan sebagainya.

Apa yang mungkin anda semua tidak tahu, CONVOY juga adalah nama “asal” bagi watak OPTIMUS PRIME dari siri TRANSFORMERS.

Nama asal? Yep, untuk versi Jepun, watak berkenaan lebih dikenali dengan nama CONVOY. Panjanglah juga ceritanya mengenai bagaimana namanya boleh jadi CONVOY dan dikenali di Amerika dan di seluruh dunia sebagai OPTIMUS PRIME.

Yang pasti, memandangkan dia ni ketua dan mengetuai sekumpulan kenderaan, ketika di jalanan, pasti mereka akan dilihat sebagai sebuah “konvoi”, dan nama CONVOY tu memang cocok dengan peranannya sebagai ketua konvoi.

Saladin + Convoy?

Haha, untuk pengetahuan, dalam versi Jepun, nama “Convoy” hanya merujuk kepada Optimus Prime yang mengetuai AUTOBOTS (versi Jepun: CYBERTRONS) dalam siri animasi TRANSFORMERS generasi yang pertama tu.

Untuk setiap siri animasi “baru” yang diterbitkan di Jepun, watak ketua AUTOBOTS/CYBERTRONS ini, biarpun memilik persamaan rekabentuk dan perwatakan dengan Convoy/Optimus Prime, tapi ianya diberi nama yang berbeza, bersesuaian dengan tema siri animasi berkenaan. Contohnya ketua Cybertrons dalam siri TRANSFORMERS: GALAXY FORCE diberi nama “Galaxy Convoy”. Dalam versi Amerika pula, namanya kekal sebagai “Optimus Prime”.

Maknanya, dalam versi Amerika, setiap ketua Autobots akan dikenali dengan nama “Prime” di belakangnya. Bagi versi Jepun pula, ianya akan dikenali dengan nama “Convoy” di belakangnya.

Jadi, dengan mengambil “tradisi” yang dipakai oleh versi Jepun, maka aku menggabungkan nama SALADIN dengan nama CONVOY, dan jadilah seperti nama “pena” yang aku pakai sekarang ni… 8)

9 thoughts on “Saladin Convoy?

  1. Penerangan yang baik. Penting sebenarnya nama blog dan nama samaran empunya diri untuk sesuatu blog. Tu la sebab saya pun pernah terangkan hal berkaitan nama blog saya pada umum satu ketika dulu.
    tahniah Saladin kerana mempunyai ‘nickname’yang baik. Teruskan usaha.

  2. assalammualaikum! Jumpa lagi kita, ingat tak kat saya, sama-sama komen tentang mutiara hati dulu. ada ruangan rupanya, saya ada juga tapi tak tau nak reka-reka (blogacs). Sealamat Berpuasa dah lima hari dah…….

  3. Wa`alaikumussalam.

    Ya, kita jumpa lagi! Mana boleh saya lupa, itu “tempat” kita mengomen sinetron <bMUTIARA HATI bersama², sepuas hati kita, haha! Sayang tuan blog tu dah padam blog itu, sekalian dengan komen² kita. Tapi mujur jugak saya sempat salin dan simpan kesemua komentar di situ, buat kenangan la kononnya, sebelum blog berkenaan “hilang”.

    Hoho, ada blog jugak ya? Saya dah cuba masuk, belum ada ilham nak menulis kot?

    Apahal pun, Ramadhan Mubarak juga buat anda! 8)

  4. Hei,Hei! Saya suka buat blog tapi apa pun tak tau apa nak dibuat dan diisi dalam blog tu! tak de pengalaman/panduan tentang buat blog.Tak pernah belajar, depa suruh isi borang, isi aje.Memang sampai sudah tak berubah le blog tu!!! Kawan2 lain dlm komen tu “MH” tak de kontek SC ke! OK, SELAMAT BERPUASA/ SELAMAT HARI RAYA…….

  5. sy ingin thu d mnakh sya blh mndptkn drama;’the search of salah el-din’?? sy bgtu meminati lkonan RASHID ASSAF sbg ‘SALAHODDIN’x ksah la dlm bntuk vcd ke dvd ke… adkh ad djual d dalm psran kt??ceritanya best brbnding filem ‘kingdom of the heaven..’sy ingin mgucpkn SLMT MYMBUT RAMADHAN kpd smua umt ISLAM d slruh DUNIA yg bkal tba x lma je lg..

  6. As salam,seronok saya bace penulisan anda dlm ni.
    saya sndiri xtau mcm mane boleh trmasuk dlm blok anda. tngh cari bahan,klik2,tibe2 masuk blok anda.
    papepun,tahniah n truskn cara penulisan anda ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s