Selamat Tinggal…

Dengan berat hati aku ingin menyatakan, aku akan meninggalkan WordPress ini dan fokus hanya pada blog aku di Blogger.com sahaja.

Dulu aku buka blog di dua-dua platform ini untuk melihat mana lebih menarik. Secara jujurnya, pada waktu itu, aku dapati WordPress lebih menarik, lebih sosial jaringannya di mana blog-blog kita sentiasa naik di dalam ala-ala newsfeed Facebook tu. Kita juga boleh cari blog baharu dan berkenalan dengan bloggernya. Tak reti nak tulis macam mana (sebab dah mengantuk, tengah malam dah ni) tapi lebih kurang macam itulah halnya. Blogger.com pula nampak macam sangat terasing, bersendiri, betul-betul mengharapkan promosi sendiri oleh bloggernya atau rakan-rakan bloggernya yang lain agar dapat dikenali pembaca potensi atau orang lain.

Tapi mutakhir ini, Blogger.com dah berintegrasi dengan Google, GMail dan Google+, di samping pautan dengan Facebook (raja zaman sekarang), maka aku rasa jurang perbezaan macam zaman dahulu itu dah makin merapat, dan rasanya WordPress percuma dah hilang taringnya, lebih baik Blogger.com saja. Maka dengan ini aku mengisytiharkan akan berhenti menaip entri di sini setelah hampir 7 tahun beroperasi. Segala kenangan akan ku simpan. Tapi aku takkan tutup lagi blog ni, mana tau kot-kot akan kembali menggunakan blog ini. Untuk itu, silalah layari satu-satunya blog aku yang “rasmi” iaitu http://saladinconvoy.blogspot.com/.

Di samping itu, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Ramadhan Mubarak dan Salam Nuzul Quran dan selamat merebut malam Al-Qadar. Semoga Ramadan kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, semoga kita dapat Rahmah, Maghfirah dan ‘Itqun minan-Naar, semoga dapat menghabiskan Ramadan tahun ini dan kembali kepada Fitrah, dan semoga dapat diketemukan dengan Ramadan tahun hadapan, amin. Dan semoga Allah menangkan Islam dan Muslimin dan Mujahidin di Palestin dan semua tempat di Malaysia, amin ( #prayforgaza ).

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s