Siri Permainan Video BATMAN: ARKHAM

Siri permainan video BATMAN: ARKHAM adalah antara siri permainan video yang terkenal yang membabitkan watak adiwira komik terkenal daripada DC Comics ini.

Dalam siri pertamanya iaitu BATMAN: ARKHAM ASYLUM, kita membawa watak Batman dalam misinya untuk membebaskan diri daripada penjara Arkham Asylum setelah diperangkap di situ oleh The Joker sekaligus menghalang rancangan The Joker untuk membebaskan musuh-musuh Batman yang telah dipenjarakan di situ.

Sementara itu, dalam sambungannya pula iaitu BATMAN: ARKHAM CITY yang berlatar belakangkan setahun selepas peristiwa dalam “episod” pertamanya, seorang lagi musuh Batman iaitu Hugo Strange telah berjaya menguasai Arkham Asylum dan menjadikannya suatu bandaraya yang penuh dengan penjenayah, dan tugas Batmanlah menghentikan semua itu (tak pasti sebab tak pernah main lagi, heheh!).

Kedua-dua permainan video ini tengah dalam diskaun 75% di Steam, sebuah servis pengedaran permainan-permainan video secara digital. Aku baru saja beli BATMAN: ARKHAM ASYLUM dengan harga US$5.00 di situ (nak beli sila klik sini: http://store.steampowered.com/app/35140/). Yang BATMAN: ARKHAM CITY tu pun diskaun 75% jugak, tinggal US$7.50, tapi aku beli kemudian nanti la kot, bila dia turun harga nanti, pastu diskaun lagi, mesti lagi murah, heheh… (kot-kot ada nak beli, sila klik sini: http://store.steampowered.com/app/200260/). Tapi, diskaun ini akan berakhir 22 Oktober 2013 (tepat jam 12 tengah malam).

Sebab apa ada diskaun ni? Sebab nak promosi game terbaharunya iaitu BATMAN: ARKHAM ORIGINS yang akan keluar 26 Oktober 2013 ini (tapi dah boleh ditempah, dan boleh dibeli versi digitalnya di sini: http://store.steampowered.com/app/209000/). Harganya ialah US$49.99, dah tentu tak diskaun lagi!

Dalam siri terbaharu ini, jalan ceritanya ialah sebagai prekuel, maknanya menceritakan balik “asal-usul” kejadian Batman ini (sebab tu tajuknya ORIGIN). Banyak trailer dan teaser yang dah keluar, tapi yang aku kongsi kat sini yang paling menarik, memaparkan wajah Bruce Wayne daripada zaman kanak-kanak dan berubah perlahan-lahan menjadi Batman. Saksikan! B^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s