20.12.2012! TMNT dan Transformers Prime!

Tarikh cantik lagi! Sempena jam dan tarikh yang cantik ini (jam 2012, 20.12.2012), aku nak berkongsi dua siri animasi Barat yang aku tengah layan. Kedua-dua siri ini menggunakan animasi CGI, yang ada sesetengah pihak tak suka sebab lebih suka animasi tradisional (dan kedua-dua siri ini pernah ada versi lamanya yang dianimasikan secara tradisional), lebih-lebih lagi kualiti animasi CGI untuk bajet siri televisyen (kartun) adalah lebih rendah berbanding untuk taraf filem Hollywood, tapi ternyata kedua-dua siri ini menafikan dakwaan itu. Sebabnya ialah kedua-dua siri ini ternyata mendapat sambutan dan pujian yang sangat baik daripada peminat-peminat asalnya (yang biasanya sudah pun dewasa sebab siri asal bagi kedua-dua siri ini pernah ditayangkan bermula sejak tahun 80an dahulu!).

Siri yang aku maksudkan ialah TRANSFORMERS: PRIME dan (Nickelodeon’s) TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES! Ya, bagi yang pernah membesar sekitar tahun 80an dan 90an, pasti dah kenal sangat dengan kedua-dua siri ini. TRANSFORMERS dan TMNT merupakan antara produk yang sangat terkenal pada ketika itu, menjadi fenomena dan kegilaan kepada kanak-kanak zaman itu. Siri animasi kedua-duanya tak lebih daripada “alat” untuk mempromosikan siri permainan dan figura aksi yang menampilkan watak-watak daripada kedua-dua francais ini (walau bagaimanapun, TMNT bermula dengan komik indie yang jalan cerita dan tonnya langsung tak sama dengan keceriaan siri animasinya, pada ketika itu). Kedua-duanya pernah popular, diadaptasi kepada komik, filem, dan siri animasi susulan (Transformers ada lebih banyak), dan kini kedua-duanya kembali menggegarkan dunia dengan siri animasi. (dan semestinya permainannya juga!) yang terkini!

 

TRANSFORMERS: PRIME

TransformersPrimePremierePoster

Siri animasi TRANSFORMERS: PRIME ini mula ditayangkan pada 29 November 2010 yang lalu, dan kini ditayangkan di NTV7 setiap hari Ahad jam 12:00 tengah hari. Siri ini merupakan “permulaan semula” (reboot) bagi siri Transformers, setelah beberapa versi berlalu. Siri ini digemari kerana menggabungkan elemen-elemen yang diminati peminat dari pelbagai era Transformers, termasuklah era Generation 1 yang sangat digemari, di samping elemen daripada filem Michael Bay sikit-sikit (tapi plot dan jalan cerita serta rekabentuk watak robotnya jauh lebih baik daripada versi filem Michael Bay, itu yang diakui hampir semua peminat Transformers!). Paling menarik, siri ini menampilkan pelakon asal bagi suara Optimus Prime iaitu Peter Cullen (turut membuat suara untuk wataknya bagi versi filem) dan Frank Welker akhirnya kembali sebagai suara Megatron. Nak cerita pun tak perlu, layankan saja video-video yang berkaitan dengan siri ini.

Intro:

Lagu Tema:

Optimus Prime lawan Megatron:

 

TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES

TMNT_brandsplash_712

“Heroes in a half shell, Turtle Power!”

Wira dalam cengkerang ini sangat aku minat zaman aku sekolah rendah dulu. Animasi pertama bermula tahun 1989 yang mana adaptasi daripada komik indie yang langsung tak sama dengan versi komik. Komiknya berunsur satira yang agak dark, tapi kartunnya sangat ceria dan komedi, diselit aksi sikit. Animasi kedua tahun 2003 ada sedikit mirip versi komik, lebih aksi, kurang komedi. Sebelum itu ada tiga filem live-action yang disambung dengan siri live-action a la Tokusatsu (Bayangkan siri Power Rangers, tapi gantikan dengan watak-watak Ninja Turtles. Bahkan, ada episod di mana Power Rangers In Space bertemu dengan Ninja Turtles versi ini!). Lepas itu ada satu filem CGI pada tahun 2007. Semua tu ada keseronokannya tersendiri.

Mula-mula dicipta bersama oleh Kevin Eastman dan Peter Laird, kemudiannya Eastman jual sepenuhnya bahagian haknya kepada Laird, dan akhirnya Laird menjual keseluruhan haknya kepada Viacom, syarikat yang memiliki saluran TV Nickelodeon. Dan sejurus selepas itu, bila Viacom menerbitkan siri animasi baharu dan memberikan hak siri komik kepada IDW Publishing, tiba-tiba muncul balik Kevin Eastman terlibat dalam pembikinan kedua-dua siri komik dan animasi baharu ini (apakah mereka pernah bergaduh, Eastman tarik diri, dan bila Laird pun tarik diri, Eastman kembali kepada TMNT?). Dan, terbitnya siri yang terbaharu ini mula ditayangkan pada 29 November 2012 (eh, selang dua tahun daripada tarikh tayangan TRANSFORMERS: PRIME la!). Di Malaysia pun dah mula ditayangkan di saluran Astro Nickelodeon (612). Siri ini juga menggunakan formula iaitu menggabungkan kesemua elemen yang digemari peminat daripada seluruh versi TMNT yang pernah ada. Berikut adalah video-video yang berkaitan.

Intro (Karaoke):

Trailer/Iklan:

TMNT lawan Shredder:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s