12:12:12 121212! Untuk Peminat Superman!

Yah, tepat pada jam 12:12:12 (okaylah, takdak la tepat sangat sebab aku edit masa aku publish entri ini, padahal aku taip pada waktu yang kemudian daripadanya) pada 12 Disember 2012 (121212), aku telah kembali menulis entri blog aku yang dah lama aku berhenti ini. Semenjak 2010, aku telah sibuk dengan kerjaya aku (alasan!) di samping sibuk dengan perkara-perkara lain seperti beribadah, menuntut ilmu, bersosial, makan, tidoq, mengadap komputer (sekarang pakai laptop) untuk buat kerja, melayari internet dan bermain games, jadi aku tak ada masa nak menaip entri untuk blog.

Apatah lagi kemunculan Facebook dan Twitter sedikit sebanyak telah mengambil alih peranan blog dan blogger yang suam-suam kuku (macam aku) dah tak pakai blog lagi untuk berkongsi apa-apa (gambar terutamanya) sebab dah dapat dilaksanakan dengan mudahnya menerusi Facebook. Dan beberapa servis blog dah pun ditutup seperti Yahoo 360, blog Friendster (yang dah pun dirombak jadi laman sosial gamer untuk game-game internet, macam yang ada kat Facebook jugak, apakah?!), dan terkini Multiply pun dah tutup fungsi blognya. Teknologi memudahkan manusia, dan juga memalaskan manusia! Oh, dan Google pulak dah buat langkah drastik dengan menyatukan akaun Google+ (laman sosial Google yang macam Facebook dan Twitter) dengan akaun GMail, Youtube (pilihan), Blogger.com (jugak pilihan) dan semua servis Google yang lain. Ada Pinterest lagi sekarang ni (dah lost track dah aku!). Microsoft pun ada buat laman sosialnya sendiri, dikenali sebagai So.cl. Macam-macam da!

Ooops, dah termelalut dah aku ni. Tujuan aku bukan nak sembang pasai teknologi perkongsian sosial dalam talian ni, tapi nak berkongsi pasal filem yang sangat aku minat yang bakal keluar 13 Julai 2013 nanti, iaitu MAN OF STEEL. Ya bebeh, Superman kembali ke skrin besar! Er, maksud aku, layar perak! Setelah tamat trilogi THE DARK KNIGHT, Warner Brothers dan DC Comics mengalihkan pandangan kepada adiwira utama mereka, yang nampak gayanya macam sangat sukar untuk diterjemah ke layar perak setelah kegagalan Brandon Routh menjiwai watak Superman dalam SUPERMAN RETURNS arahan Bryan Singer yang tak berapa nak menjadi itu. Dengan me-‘reset’ semula cerita Superman versi filem, filem ni diberi nafas baharu tajuk sesuai dengan gelarannya dan stail tajuk sepertimana yang diberikan kepada Batman (THE DARK KNIGHT).

339483_414200565292571_1731125494_o

Selain menampilkan Henry Cavill (tak familiar kan? Dia pelakon British yang pertama melakonkan watak Superman), filem ini turut menampilkan Amy Adams dan aktor-aktor besar Hollywood seperti Laurence Fishburne, Kevin Costner, Diane Lane dan Russel Crowe (sebagai bapak kandung Superman, Jor-El). Dan khabarnya, filem ini dikatakan akan menjadi pemangkin kepada filem , liga/pasukan yang dianggotai adiwira-adiwira terhebat dunia DC Comics (termasuk Batman, Wonder Woman, The Flash, Green Lantern dan Aquaman), dan penonton filem yang tak pernah baca komiknya sudah pasti akan membandingkan dan mengatakan idea ini meniru Marvel Comics punya . Apapun, kita tunggu dan lihat, sebab filem Green Lantern baru-baru ni dianggap “gagal”, sementara Batman versi filem baru-baru ini pulak didapati “tak masyuk” dengan dunia komik adiwira DC Comics sebab Batman dalam filem itu ditampilkan dalam versi yang lebih “realistik”, dan filem Superman ini pun belum tayang, jadi bergantung kepada keberhasilannyalah baru boleh diketahui apakah DC Comics dan Warner Brothers mampu “meniru” kejayaan Marvel Comics dan Disney (yaaa, Disney dah beli kompeni Marvel Comics!) dalam siri-siri filem adiwira mereka (Iron Man, Thor, Captain America, Avengers).

704469_464772186902075_1912386713_o

Jalan cerita untuk filem ini masih agak samar-samar, tapi menurut trailernya (yang baru dirilis hari ini! Sepatutnya ianya disertakan dalam tayangan perdana filem 14 Disember nanti!), filem ini akan meneroka Clark Kent yang mengembara di seluruh dunia, mencari dirinya dan asal-usulnya, serta mempelajari apa tujuan hidupnya (sebelum dia menjadi Superman). Dan kelihatannya filem ini bakal menjadi epik, dan akan menjadi filem pertama Superman akan ditentang dan dicabar secara fizikal sebab ada watak penjahat yang juga berasal dari planet Krypton yang sama kuat atau mungkin lebih kuat daripadanya, dan babak pertarungan pastinya lebih epik berbanding filem Superman terdahulu, dengan teknologi kesan efek khas yang terkini. Oh, dan kelihatannya Supeman menyerah diri dalam keadaan bergari (seperti gambar di atas), apa sebabnya ya? Sedangkan kalau dia nak, bila-bila masa saja dia boleh melepaskan diri.

Di sini aku letak TIGA trailer untuk filem MAN OF STEEL. Teaser trailer pertama seperti yang kat bawah ini ada suara latar watak Jor-El (bapa kandung Superman dari planet Krypton) lakonan Russel Crowe.

Yang ini pulak teaser trailer yang sama macam di atas, tapi bersuara latarkan watak Jonathan Kent (bapa angkat Superman di Bumi) lakonan Kevin Costner.

Sementara yang terakhir ini, aku tinggalkan dengan trailer terkini yang sangat epik blockbuster, trailer rasmi kedua (atau pertama atau ketiga?). Layan! 8)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s