Belasungkawa: Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar

Pada hari ini, aku serta warga Kedah khususnya, dan juga sesiapa yang mengenali beliau, telah kehilangan seorang lagi tokoh ulama besar negeri Kedah. Dato’ Syeikh Zakaria merupakan tokoh yang amat dikenali di negeri Kedah, khususnya bagi mereka yang mengikuti siri kuliah beliau di Radio Malaysia KedahFM pada setiap Selasa jam 5:30 petang. Beliau juga sangat rajin mengajar, boleh kata hampir seluruh negeri Kedah beliau menjelajah, pada setiap hari, setiap minggu, tanpa henti (kecuali cuti Raya, atau cuti beliau tak sihat). Sebut saja, Alor Setar, Pendang, Sik, Kulim, bahkan di Kepala Batas Pulau Pinang dan Seberang Perai Utara pun beliau pergi, demi mencurahkan ilmu kepada yang sudi menadahnya.

Aku juga mula mengenali beliau waktu saya menganggur tak ada kerja, jadi aku mula dengan mendengar siaran radio KedahFM, dan pada akhir kuliah beliau akan menyebut jadual kuliah beliau. Pertama kali aku dengar, aku memang terkejut, padatnya! Dan jauh-jauh pulak tu antara satu sama lain. Bila aku dengar salah satu tempat kuliahnya di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar, akun mula berjinak menghadirinya. Orangnya memang kecil dan sudahpun tua, tapi semangat dan kegigihan beliau sangat aku kagumi.

Kini, sebab aku dah kerja jauh di Selatan, aku dah tak dapat lagi hadiri kuliah di masjid tu. Berbekal talian internet, aku bukak jugak siaran KedahFM pada setiap petang Selasa. Pada akhir-akhir hayatnya, beliau sering tak sihat dan meminta para pendengar mendoakan agar beliau dapat mengajar. Kini tidak lagi. Dan aku juga akan merindui kelibat kereta Serenanya di perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah. Lebih utama lagi, aku akan merindui kuliah dan suara beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang syahid dan soleh.

Lebih maklumat lanjut mengenai beliau, boleh dibaca di blog Al-Fanshuri ini.

Al-Fatihah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s