“Zaid sanggup nikah dengan hang…”

Dipetik daripada filem MAMI JARUM JUNIOR arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Babak yang berdialog itu dilakonkan oleh Rita Rudaini sebagai Rita (Mami Jarum Junior), Rosnah Mat Aris sebagai Chombee, dan Ikhzal Azfarel Ideris sebagai Zaid.

Pinangan pihak Chombee terhadap ibu bapa Jasmin untuk dijodohkan dengan Zaid telah ditolak. Semua ini gara-gara Ezad. Pada masa yang sama, Rita juga semakin hari semakin tertekan dihina dengan gelaran “Anak Dara Tua”. Seolah-olah macam semua orang yang dijumpainya, akan memulangkan kata-kata itu kepadanya setiap kali dia membuka mulut menceritakan kisah orang lain (sebagaimana peranannya sebagai ‘Mami Jarum Junior’). Hm… tapi ini bukan gara-gara Ezad.

Rita nekad. Walau apapun yang terjadi, dia tetap akan bertindak seperti yang dirancangnya. Dia mengenakan pakaian yang paling mengancam pada hari itu. Dia akan ke pejabat Ezad. Dia akan menggoda Ezad. Biar Ezad tergoda dengan keayuannya. Semua ini dilakukan dengan bermatlamat.

Supaya dia dapat berkahwin dengan Ezad dan menghapuskan status andartunya itu.

Atau.

Supaya dia dapat memastikan Zaid dapat berkahwin juga dengan Jasmin setelah Ezad meninggalkan Jasmin untuk bersama Rita.

Hmm… yang mana satu motif sebenar Rita ni? Alahai, malangnya, sampai ke hari ini, aku masih keliru dengan motif sebenar Rita menggoda Ezad di pejabatnya. Motif sebenarnya memang tak digambarkan dengan jelas. Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum Rita bertindak sedemikian membuatkan aku (selaku penonton) menyangka Rita berbuat demikian kerana tak tahan digelar andartu.

Pada masa yang sama, dia juga marahkan Ezad, sebab kerana Ezadlah Chombee tak dapat meminangkan Jasmin untuk Zaid, jadi tindakannya itu boleh juga dibaca supaya Ezad tergoda dengan Rita dan meninggalkan Jasmin dan seterusnya Jasmin boleh dipinang Zaid.

Ataupun boleh jadi juga “sambil menyelam minum air”. Tapi tetap tidak dapat menjelaskan kenapa tidak Rita saja yang dipasangkan dengan Zaid? Senang cerita kan?

Walau bagaimanapun, ternyata cubaan Rita menggoda Ezad gagal. Mungkin sebab Rita terlebih-lebih memburukkan Jasmin, sementara Ezad pula dah masak dengan perangai mengadu domba Rita itu. Lalu dengan tidak gentlemannya Ezad melayangkan sebuah “penampaq” ke muka Rita sebagai tanda tidak setujunya. “Tahniah” kerana telah memukul seorang wanita, anda memang “hero”!😛

Lalu, dengan marahnya Rita berlari keluar dari pejabat Ezad. “Jantan pendek hitam!” menjadi kata-kata terakhir dalam jeritan Rita sebagai tanda protes kepada Ezad.

Kesian Rita. Tapi ini tak sedahsyat dengan apa yang bakal berlaku kepada Rita beberapa hari kemudiannya.

Beberapa hari kemudian, Rita yang sudah siap mengenakan pakaian yang jauh lebih daring daripada sebelumnya, sedang menunggu-nunggu kehadiran seseorang. Menerusi perbualan telefon bimbitnya, rupa-rupanya dia menunggu Chombee. Kelihatannya mereka ada berjanji untuk ke sesuatu tempat, dan kelihatannya juga Chombee sudah terlambat, memandangkan menurut Rita, “mekapnya sudah cayaq”.

Sebaik sahaja tamat berbual telefon, datang dua orang lelaki yang tak dikenali. Mereka memberi salam kepada Rita dan bertanyakan sesuatu kepada Rita. Ternyata mereka sudah salah rumah, kerana bukan rumah Rita destinasi matlamat mereka. Walau bagaimanapun, setelah dinyatakan mereka ini “pengimport barang-barang emas permata dari Senegal”, Rita pun terus cair dan dengan serta-merta menjemput kedua-dua lelaki itu masuk ke rumahnya.

Rita menutup pintu rumahnya (takut perompak masuk) dan membawa turun barang-barang emas simpanannya untuk ditrade-in dengan barang-barang yang dibawa oleh dua orang lelaki itu (hmmm… cerdik sungguh Rita ni). “Boleh tayang kat Chombee satgi!”, hilaian ketawa Rita sayup-sayup kedengaran, menyembunyikan tragedi yang bakal menimpa dirinya.

Chombee dan Zaid akhirnya sampai ke rumah Rita, serentak dengan keluarnya kedua-dua peniaga emas itu dari rumah Rita. Tanpa mengesyaki apa-apa, Chombee dan Zaid bersalam-salaman dengan kedua-dua lelaki itu yang kelihatan kusut-masai dan cuak, seolah menyembunyikan sesuatu. Chombee dan Zaid masuk ke rumah Rita, tanpa menyedari kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri.

Chombee: Rita? Rita? Hang nak main sembunyi-sembunyi dengan aku ka?

Malangnya, gurauan Chombee itu ternyata benar, apabila menemui Rita tersembunyi di sebalik sofa di suatu sudut ruang tamu rumahnya itu.

Chombee: Astaghfirullahalazim!

Chombee segera mendapatkan Rita yang didapatinya terikat tangan dan mulutnya. Keadaan Rita yang memalukan itu membuatkan Zaid yang memang malu-malu itu bertambah malu.

Zaid: Eee malu!

Chombee: Hang pi, hang pi hambat depa!

Chombee mengarahkan Zaid mengejar dua lelaki tadi yang dipercayai bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Rita. Zaid segera berlari keluar dan cuba mencari-cari dua lelaki tadi. Malangnya mereka sudah lama meninggalkan tempat itu, mustahil untuk Zaid menentukan arah mana mereka pergi. Zaid kecewa lalu merubahkan wajahnya yang kelihatan agak heroik tadi itu kembali kepada sifat asalnya yang keanak-anakan itu, lalu kembali ke dalam rumah.

Sementara itu, Chombee yang sudah membuka ikatan Rita, menangis sambil menenangkan Rita yang teresak-esak menangis.

Chombee: Alahai, apa dah jadi?

Rita: Chombee…

Chombee: Sabaq… bawak bertenang Rita…

Rita: Chombee… (sambil memegang kotak barang kemasnya yang kini kosong) habih baghang maih Rita depa ghompak…

Esakan Rita semakin kuat apabila mengenangkan nasib dirinya pula.

Rita: Rita… dah hilang dagha, Chombee… Rita dah tak suci lagi… Rita kena rogol…

Zaid: Baghu padan dengan muka hang!

Kata-kata Zaid yang sangat tidak gentleman secara tiba-tiba itu membuatkan Rita terdiam. Chombee juga tergamam melihat kelakuan anaknya itu.

Zaid: Selama ni, mengata jadi hobi hang! Fitnah jadi makanan hang! Hang tak penah pikiaq pasai oghang lain!

Rita kembali menangis mengenangkan kebenaran kata-kata Zaid itu.

Zaid: Ada hang pikiaq hang banyak sangat harta? Hang senang-senang, suka-suka bagi oghang yang hang tak kenai masuk dalam ghumah!

Rita semakin menangis. Menyesal.

Zaid: Sekaghang, hang nak mengata? Hang nak meghayu? Hang nak menangih sampai keluaq ayaq mata daghah sekalipun, dah tak guna Rita.

Zaid duduk di sofa berhampiran. Sedikit tenang daripada emosinya tadi.

Zaid: Rita, walaupun hang dah tak suci lagi, tak bermakna takdak laki yang tak suka dengan hang. Rita, aku sanggup nikah dengan hang.

Rita kembali terdiam. Seolah tidak percaya apa yang didengarinya.

Zaid? Nah tudia! Akhirnya mengaku jua dia. Zaid tersengih memandang Rita. Mengharapkan Rita sudi menerimanya, sepertimana dia sanggup menerima Rita.

Dan skrin pun terpaku pada wajah Rita yang memandang ke arah Zaid, seolah harapan kembali bersinar di sebalik musibah yang menimpanya. Apakah respon Rita kepada Zaid?

Rita: Huh, tak mau la cek!

Zaid: Dah jadi lagu ni pun hang dok ketegaq lagi? Aku tampaq hang baghu hang tau!

Rita: Ee… dah la tak betoi, botak pulak tu!

Zaid: Maaak… cek maluu…

Bersambung lagi? Dah tamat daa… melainkan kalau A. Razak Mohaideen nak sambung cerita ni. Malangnya beliau beralih kepada filem-filem lain, meninggalkan plot-plot filem ini tidak terhurai sepenuhnya.😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s