Cuti Panjang 1 – Ramadhan yang lalu…

Ulala, kali terakhir aku pos kat blog aku ini ialah pada 31 Ogos 2008, sehari sebelum masuknya 1 Ramadhan 1429H. Sekarang dah berapa haribulan?

Haha, rupanya sudah lebih dua bulan aku tak mengepos di sini! Kenapa ya?

Jeng jeng jeng…

Alkisahnya, sememangnya aku berniat untuk “bercuti” sepanjang bulan Ramadhan yang mulia itu. Selain daripada meneruskan rutin harian kita seperti (bekerja ka, belajar ka), kita digalakkan menambahkan amal ibadah dalam bulan berkenaan. Kiranya bulan Ramadhan ni boleh dianggap sebagai bulan “pesta ibadah” la bagi mereka yang beriman. Yang tak sabaq nak raya punya jenis manusia tu, aku cuma boleh kata, “insaflah kamu”, heheh!

Disebabkan kemuliaan Ramadhan ni, aku pun mengurangkanlah aktiviti yang aku rasa “kurang berfaedah” bagi diri aku, aktiviti yang kalau aku buat juga, akan memakan masa tapi faedahnya tak seberapa, termasuklah mengemaskini blog, ahaks! Walau bagaimanapun, menonton TV tu aku buat jugak, tapi terhad kepada rancangan seperti SYAHADAH, JEJAK RASUL 14: RIHLAH IBNU BATTUTAH, AL-RISALAH: MUSA KALIMULLAH (kalau aku sempat balik dari Tarawih). Melayari Internet tu aku buat jugak, cuma taklah sekerap selalu. Tapi bila dah terbaca satu artikel mengenai perbuatan-perbuatan “buruk” yang kita selalu buat pada waktu-waktu biasa tapi kita “terhenti” seketika bila tibanya Ramadhan, aku pun terfikir dan insaf. Sebab benda dosa ni, dia akan ada satu “getaran” di hati kita apabila kita melakukannya. Tu bagi orang yang ada iman la tu. Kalau yang jenis tak ada langsung, yang mati hati tu, dia main belasah jua, kan?

Berbalik pada artikel tadi, aku jadi terfikir, kalau sesuatu “benda” tu kita selalu buat di bulan lain tapi kita rasa “berdosa” nak buat di bulan Ramadhan, lalu kita pun berhenti pada bulan itu, maka kenapa kita tak berhenti terus saja, kan? Sebab hati kita pun dah kata, “benda ni berdosa”. Contoh mudah, yang suka menonton atau melayari laman sesawang yang memaparkan gambar “biru”, dalam bulan Ramadhan, dia mungkin takkan melakukan kerja yang terkutuk itu. Yang merokok pulak, mungkin akan berhenti daripada melakukan kerja yang HARAM (menurut Fatwa Kebangsaan) itu.

Dengan mengabaikan mereka yang masih buat juga benda-benda ini di bulan puasa (apalagi kalau orang itu LANGSUNG tak puasa), mari kita tanya diri kita, kenapa kita tinggalkan benda-benda tertentu itu dalam bulan puasa? Kemudiannya, hatta pada 1 Syawal pun ada juga, kenapa kita kembali buat benda-benda yang kita tinggalkan sepanjang sebulan yang lalu? Kenapa tak berhenti terus saja kan?

Haha, rasanya aku sudah terlebih daripada penulis asal artikel tadi tu. Silalah ke pautan yang aku letak tu untuk membaca artikel tu dengan lebih lanjut.

Sementara itu, baru aku perasan, aku sebenarnya belum lagi menceritakan kenapa aku “bercuti panjang” daripada ke sini…

Bersambung

3 thoughts on “Cuti Panjang 1 – Ramadhan yang lalu…

  1. Pingback: Cuti Panjang 2 - Dilema Kabel Telefon… « Saladin Convoy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s