Konsert Akhir Akademi Nasyid

Yaaaa… lengkaplah sudah sebelas minggu/episod (angka yang ganjil bagi sesuatu siri TV) penayangannya dan berakhirlah sudah siri AKADEMI NASYID (AN), dan aku menonton konsert akhirnya. Sempena malam menjelang 31 Ogos ni, rupanya aku pun macam orang lain jugak; melayan konsert! Tapi bezanya, aku tengok konsert nasyid di TV, sesuai pula dengan suasana nak menyambut Ramadhan ni, kan? Sementara orang lain pulak melepak di tempat lapang, bercampur laki perempuan, tengok konsert hiburan yang melalaikan. Ewah sempat lagi “berleter” tu!😛

Yang bagusnya Akademi Nasyid ni, berbanding “Akademi nyanyi-nyanyi” yang lagi satu tu, serta majoriti rancangan pertandingan mencari penyanyi segera ni, sudah pastilah kerana ianya program lagu nasyid. Kalau dah nasyid ni, automatik ianya akan lebih baik daripada kategori persembahan pentas yang lain tu. Lagi satu, undian SMS hanya mempengaruhi 40 peratus pemarkahan. Sungguhpun macam itu, tapi berdasarkan trend dan populariti, memang dah dijangka dah bahawa Azhan akan menang.

Apahal pun, izinkan aku menjadi “juri tak rasmi” pulak, mengulas konsert serta peserta-peserta AN ini, yeah…

KONSERT AKHIR

Macam biasa, program ini diacarakan oleh Hafiz Hamidun. Sibuk betul saudara kita ni. Malam sebelumnya, tengah malam pulak tu, dia mengacarakan rancangan TILAWAH INTERAKTIF di RTM1 bersama Ustaz Mohd Farid Ravi. Mujurlah malam ni tak ada program tu di RTM1, kalau tidak, jenuh la dia berkejaran pulak ke RTM1 lepas habis mengacarakan AKADEMI NASYID ni, heehe!

Macam biasa jugak, juri tetap ialah Farihin Abdul Fatah. Kali ni dia ditemani oleh Azmeer, dan (kalau tak salah eja) Ustaz Mohd Rozi, ustaz tarannum yang pernah berduet dengan kumpulan FarEast dalam lagu “AHLAN BINA”.

Macam biasa jugak, penyanyi latar yang menyokong persembahan ialah Yasin Sulaiman (ex-Brothersz), Salleh Brothersz dan Faiz Brothersz. “Pengetua” bagi akademi ini ialah Ustaz Asri dari Rabbani, tapi yang lawaknya, beberapa jam/minit kemudian, aku nampak kelibat kumpulan ni di siaran langsung konsert merdeka apa entah di RTM2!

Konsert dimulakan dengan persembahan dikir barat oleh peserta-peserta yang tak jadi finalis, dipimpin oleh Salleh Brothersz dan Akbar. Antara lagu yang aku ingat mereka nyanyikan (atau DIKIRkan, hehe) ialah lagu “LASKAR CINTA”.

Kali ini, setiap peserta menyanyikan dua lagu, satu lagu orang lain dan satu lagi lagu khas diciptakan untuk mereka nyanyikan. Lagu “orang lain” yang mereka nyanyikan, disebabkan kita dah pernah dengar sebelum ini, maka kita boleh tentukan sama ada mereka sampaikan dengan baik, biasa atau sebaliknya, sementara lagu baru pulak, payah la sikit nak nilai, sebab baru pertama kali dengar, dan aku memang jenis yang tak pernah “jatuh cinta pendengaran pertama” pada mana-mana lagu pun, kena dengar dua-tiga kali dulu, haha! Macam selalu jugak, dipasangkan dua peserta untuk buat persembahan berturut-turut. Bezanya kali ini, keenam-enam finalis ini hanya dikomen setelah “pasangan” ini selesai buat persembahan kedua mereka masing-masing.

CICIK

Shukri atau nama glemernya, Cicik menjadi peserta pertama yang buat persembahan, dia menyanyikan lagu M. Nasir, “KIAS FANSURI”. Lagu baru dia aku tak ingat tajuknya, hah! Suara dia sekali dengar, macam suara Jay Jay. Satu-satunya peserta yang berambut panjang dan sedikit “lari” dari tema dan aspirasi nasyid, hoho. Kelebihan dia ni, selain suaranya, ialah trademark dia waktu buat persembahan pentas, mesti ada gitar. Persembahan dia ni mantap dan okay la, kalau kita tak anggap dia penyanyi nasyid. Bukan peserta kegemaran aku sangat.

D’VISION

Peserta kedua ialah sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka D’Vision. Kumpulan nasyid yang kelihatan sedikit “tradisionalis”, tapi sayang, mereka ni terkena juga sindrom “menamakan kumpulan dengan perkataan Inggeris yang diringkaskan agar kononnya nampak cool dan menarik”. Dulu aku ada sikit masalah dengan satu kumpulan nasyid bergelar DeHearty, biarpun maksud asalnya mungkin dia nak kata “di hati”, tapi kalau diterjemah bulat-bulat perkataan Inggeris ini, akan bermaksud “penyah-hatian” atau, dia “membuang” hatinya, dengan kata lain, menjadi tak berhati perut (haha, macam bagus saja tafsiran aku ini!). Kan macam negatif sikit maksudnya tu? Macam la dengan kumpulan D’Vision ni pun, salah satu maksud yang aku nampak ialah “perpecahan”, hahah! Lain kali, cari la nama yang “bebas” dari sebarang unsur atau maksud negatif.

Persembahan mereka ni memang mantap dan baik. Suara vokalis utama dia ni memang ada tarannum, burdah, dan entah apa lagi istilah yang boleh aku pakai untuk menggambarkan suaranya. Orang yang pandai bertaranum waktu mengaji, lebih tahu kot apa jenis burdah dia pakai. Paling suka dengar lagu “DARI TUHAN” nyanyian asal Awie dan kemudiannya diduetkan dengan kumpulan Raihan tu. Menarik disebut di sini, D’Vision menyanyikan lagu ni dengan stail yang lebih mirip kepada versi Awie dulu-dulu, dan bukannya versi Awie dan Raihan.

Tapi sayang sikit, macam Azmeer kata, nama saja kumpulan, tapi yang dok pulun nyanyi (dia guna istilah “tamak” dan “bolot”, heheh), vokalis utama tu sorang saja, hahah! Tapi mungkin tak adil jugak kita nak kata macam tu sebab ini stail yang sama digunakan oleh Rabbani dan Hijjaz, di mana vokalis utama saja yang nyanyi bahagian utama, sementara penyanyi lain memang sebagai latar, macam “Panca Sitara” tu, bak kata Azmeer. Ianya tak macam InTeam atau kumpulan nasyid muda-mudi yang bawak stail lain yang lebih “harmoni” sebab semua anggota ada bahagian vokal utama masing-masing.

MUSLIM VOICE

Seterusnya, kumpulan Muslim Voice, yang bawak stail acapella dalam nyanyian mereka. Menyanyikan lagu “Allahu” (nyanyian asal siapa aku tak tau, tapi rasanya mereka nyanyi yang versi Raihan punya, aku pun tak tengok sebab waktu tu aku tengah solat Isyak, haha). Lagu baru khas nyanyian mereka pun boleh tahan sedapnya. Sebab stail acapella yang mereka bawa, persembahan mereka memang kedengaran sangat harmoni sekali vokal-vokal masing-masing. Bak kata Farihin, mereka ni jenis “Halal-Sumbang” (istilah beliau yang orang lain tak boleh tiru, apalagi, cepat la patenkan, haha!), kalaupun sumbang, tetap terhibur.

EDA FAZILAH

Satu-satunya finalis wanita, Eda Fazilah, memulakan persembahan dengan lagu barunya yang aku tak dengar (alasan sama dengan waktu aku tak dengar nyanyian pertama Muslim Voice tadi). Tapi kalau dengar semula melalui ulang tayang sebelum berakhirnya tempoh pengundian, rasanya lagu tu macam sedap. Nanti la aku dengar semula kalau ada kesempatan, hehe.

Lagu orang lain yang dia nyanyi pulak ialah “TIADA YANG KEKAL” (sepatutnya tajuk penuhnya ialah “TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH”) nyanyian asal kumpulan Al-Mizan dan dinyanyikan semula oleh Ustaz Akhil Hayy. Suara dia memang sedap lagi bergemersik (entah betul entah salah penggunaannya dalam ayat aku ni, heh). Juri kedua, “ustaz tarannum” tu sampai berkata dia ingat yang menyanyi ialah Ummi Kalthum, penyanyi Arab yang terkenal tu, haha! Cuma, Farihin kata suara dia ni banyak “vibrator” (apa benda tuu? Merujuk pada “getaran” yang dia kerap buat kat suara dia waktu menyanyi kot?). Kot mana pun, dia inilah peserta yang paling aku minati, hihihhiihihihi!

AIMAN

Aiman, seorang lagi finalis solo. Dia nyanyi lagu baru khas untuknya bertajuk “Dusta Berkala”, satu-satunya lagu baru yang aku ingat tajuknya, haha! Mungkin sebab aku sempat terbaca bahawa lagu ini adalah ciptaan Hafiz Hamidun (pengacara, penyanyi, ex-UNIC) sendiri dengan Ahmad Fedtri Yahya dari TV3 tu. Hmmm… patutlah aku selalu nampak macam mereka berdua ini macam ada satu persamaan, rupanya inilah dia titik pertemuan mereka, hehe.

Dia juga menyanyikan dengan penuh perasaan lagu “Nur Kasih” nyanyian asal InTeam. Satu yang agak menarik lagi menghairankan mengenai Aiman ni ialah, dia SUKA sangat memilih lagu yang asalnya dinyanyikan oleh sesuatu kumpulan, untuk dinyanyikannya sorang-sorang! Tapi mungkin juga disebabkan dia ada satu lagi “kepelikan”, iaitu dia berkebolehan “mengubahsuai” suaranya kepada suara-suara yang berbeza-beza ketika menyanyi, hahahahah! Kejap tinggi, kejap dalam, kejap lunak, kejap macam Yasin, kejap macam penyanyi-penyanyi lain, pendek kata, memang berkepelbagaian sungguh la suara dia ni. Aku tak pasti sama ada dia sengaja atau akibat gemuruh, sebab kelihatan tangan dia juga bergegar-gegar ketika memegang mikrofon di atas pentas tu, huhuh… Tapi persembahan dia memang okay, dia pun berkebolehan “bertaranum” dalam nyanyiannya.

AZHAN

Akhir sekali, peserta kegemaran ramai, iaitu Azhan Atan. Dia menyanyikan semula lagu Ramli Sarip iaitu IQRA’ di samping lagu baru untuknya (tak ingat tajuk) yang ditulis oleh Usop Kopratasa. Haha, memang hanya lagu Azhan dan lagu Aiman saja yang aku terbaca nama komposernya. Suara dia memang lantang, tapi aku tetap tak begitu meminati dia. Namun, dia ni memang ramai yang minat, dan sekali lagi aku tak hairan dia menang. Atas sebab itu jugak kot aku tak minat sangat dia, aku memang tak minat apa yang orang ramai minat, hoh! Apapun tahniah buat beliau.

LAIN-LAIN HAL, HEH…

Habis persembahan finalis beserta komen-komen dari juri, sebelum iklan sebelum pengumuman keputusan, Nora menghiburkan penonton dengan lagunya, “SAMUDERA”. Yang lucunya, dulu aku tak minat pun lagu ni, tapi bermula saat tadi setelah mendengarnya di AN, aku jadi minat pulak dengan lagu ni! Mungkin sebab aku memang akan minat apa saja lagu bukan nasyid tapi ada kaitan dengan nasyid kot?

Oh ya, Nora mengenakan busana yang berjilbab. Aku tak pasti apakah beliau memang akan kekal begitu, sebab ini dah kali kedua aku tengok dia dalam masa terdekat ni pakai macam itu (kali pertama ialah dalam iklan rancangan BUSANA di TV9). Macam trend pulak selebriti wanita kita sekarang ni, setelah puas menayangkan rambutnya kepada orang lain, akhirnya bertudung jua. Apapun, bak kata orang putih, “better late than never”, kan?

Ahha, lagi satu aku rasa tertarik nak memperkatakannya. Nama program ni ialah “Akademi Nasyid”, tapi TAK PERNAH LANGSUNG dijemputnya artis nasyid sebagai artis jemputan/undangan (termasuklah Nora). Hafiz Hamidun ada menjawabnya di “Blog Akademi Nasyid” (hehe, sekurangnya “blog” Akademi Nasyid adalah di internet, bukannya macam “Blog Gengsterzz” yang ditayang di TV3, kuang kuang kuang!), cuba baca di perenggan keempat dan kelima. Menurut beliau, ini untuk menarik orang yang “tak dengar/minat nasyid” untuk turut menontonnya.

Baguskah taktik ini? Entah la, bagi aku pulak la kan, dalam pada kita nak mencari lebih ramai “peminat baru” atau memperluaskan skop “penonton sasaran”, janganlah pulak sampai ke peringkat “menganaktirikan” atau “alienate” peminat setianya yang asal. Aku tak merujuk kepada AN, aku merujuk kepada apa saja yang ada peminatnya, secara umum (komik, filem, apa sajalah). Mujurlah taktik penerbitan AN ni tak sampai ke peringkat itu, kiranya masih boleh diterimalah oleh orang macam aku ini, hehe.

Akhir kalam, tahniah kepada pemenang nombor satu, iaitu Azhan. Tapi tak ada pulak pemenang nombor dua dan tiga. Apakah ini bermakna kelima-lima finalis yang lain itu sama-sama berkongsi tempat kedua, sementara baki peserta lain yang tak jadi finalis itu berkongsi tempat ketiga? Wahaha, kalau benar begitu, memanglah rancangan ini betul-betul genius!

Apa-apahalpun, dalam kesempatan yang sedikit ini, selamat menyambut kemerdekaan dan SELAMAT BERIBADAH DALAM BULAN RAMADHAN! 8)

15 thoughts on “Konsert Akhir Akademi Nasyid

  1. pada malam akedemi nasyid akhir tu, saya dan keluarga menonton bersama dari mula sampai akhir,
    saya dan isteri dan juga anak sependapat bahawa Aiman lah yang akan menggondol wang RM100.000.00 pada malam tersebut namun kami semua hampa dengan pengumuman dibuat bahawa Azahan yang menjadi juara…..rezki dia kut.
    Pada malam tu Aiman memang mantap sebab saya menonton dari mula lagi….pada mula memang tak berapa mantap setelah dikomen oleh juri Aiman mula menampakan suara yang bagus.
    Saya berdoa agar Aiman menjadi penyanyi nasyid yang tersohor suatu hari nanti.
    Rezki kamu ada dimana-mana Aiman.
    Salam dari peminat yang setia.

  2. Akademi nasyid ni memang bgus.tp yg tak bagusnye nasyid ni dah jadi lagu rock pun,lagu pop dan mcm2 lagi.penyanyi nasyid pulak tu ade yg berambut panjang.menyanyi sambil main gitar.lagu keagamaan ke tu.pkr2kanlah wahai semua peminat akademi nasyid..x salah mencari bakat2 baru dalam seni nasyid dan lagu keagamaan.apasalahnye uji kelayakan diorang dalam marhaban,berzanji,azan,dan juga berselawat..contohilah kumpulan2 nasyid yg terkenal spt rabbani,hijjaz,in-team,unic dll..ubahlah cara utk mengenegahkan lagi seni nasyid tanah air.demi agama bangsa dan juga tanah air..wallahuaklam

  3. Encik mm, terima kasih atas ucapan terima kasih anda.:mrgreen:

    Ya, Encik ABU BAKAR B. MAHMUD, saya pulak berpendapat Aiman ni masalah dia ialah, dia suka “ketaq” ketika menyanyi. Cuba tengok mikrofon di tangan dia ketika dia menyanyi, heheh!

    Lagi satu, macam saya kata juga, dia punya suara ni kerap berubah². Saya rasa macam dia tak selesa dengan suara dia sendiri, kejap tinggi kejap rendah, kejap macam sengau, kejap lantang. Tapi kalau dia mau jadi “one-man’s band”, sesuai kot, dek “kepelbagaian” suaranya itu, ahaks!

    Apahal pun, jangan risau, dia boleh pergi jauh kot, Insya Allah, dengan bimbingan otai nasyid solo yang ada seperti Yasin Sulaiman atau Ustaz Akhil Hayy.

    Sebut pasal Ustaz tu, membawa saya kepada komen seterusnya…

    Encik razif, dari satu segi, saya macam bersetuju dengan anda. Tapi dari beberapa segi, saya tak setuju pula dengan anda. Tapi biasalah kan, manusia berbeza pendapat. Asalkan kita hormat pandangan masing² mengenai sesuatu yang tak keterlaluan, itu dah kira okay.

    Adapun, konsep yang mereka cuba ketengahkan, menurut pandangan sayalah, ialah nasyid adalah suatu muzik yang bersifat “semesta”. Maknanya, biarpun iramanya ada sedikit unsur pop, rock (yang tak keras sangat la, heheh!), tapi asalkan ianya ada mesej yang positif, maka itulah yang mereka ketengahkan.

    Kalau anda benar² adil dan menonton, anda akan mendapati peserta yang kepelbagaian itu, majoritinya adalah bersifat “tradisional” seperti kumpulan nasyid yang anda sebutkan di situ. Tengok saja pada finalisnya iaitu Azhan, Aiman, D’Vision, Eda Fazilah, yang mewakili golongan “MAJORITI” di kalangan kategori peserta, yang bersifat “tradisional”. Tu tak tengok lagi saki-baki peserta yang tersingkir, pun majoritinya bersifat sebegitu jua. Bahkan, juara yang dinobatkan (Azhan), juga memilih membawa konsep sebegitu.

    Sementara itu, yang bermain gitar hanyalah seorang peserta itu sahaja.

    Untuk pengetahuan anda lagi, mereka juga sebenarnya diuji dari segi cara berqasidah dan bertarannum. Cuba fikir semula, apakah fungsi Ustaz tu dipilih jadi juri?

    Untuk pengetahuan anda lagi, memang ada satu minggu khas di mana semua peserta menyampaikan dua persembahan, yang mana salah satu daripada persembahan tersebut, peserta dikehendaki menyampaikan satu lagu yang berbentuk Selawat. Ini termasuklah peserta berambut panjang dan bergitar itu.

    Dan, keputusan dah muktamad. Peserta bergitar itu tak menang pun, kan? Maka, saya rasa tiadalah masalah jua akademi berkenaan, sebab majoriti orang (termasuk saya) lebih menggemari nasyid berkonsep tradisional. Adapun, lagu bermesej positif itu, saya terima jua, biarpun ianya bukan nasyid dalam ertikata sebenar.

    Oh ya, cakap pasal rambut panjang, Ustaz Akhil Hayy juga berambut panjang…😉

    • setuju2.. di zaman jahiliah moden ini, kita perlu mempelbagaikan uslub dakwah.. dah sampai masa menyematkan dlm diri setiap insani bahwa islam untuk semua!!! jgnlah terlalu ortodoks dgn menghukum dari segi luaran sedangkan lebih banyak kebaikan yg diterapkan.. so, pandanglah dan terimalah hakikat bahwa tak semestinya rambut panjang atau pakai jeans itu memudaratkan selagi isi sebenar yg dibawa oleh pendakwah2 ini tak lari dari al-quran dan sunnah! dan saya yakin semuanya bersetuju bahwa trend dan stail penasyid2 ini setidak2nya menjadi pemangkin ummat yg masih belum terbuka utk ke masjid, surau dan duduk dlm majlis2 ilmu! itu dakwah le tuuu.. bukan asyik komen jee sedangkan tak semua boleh berdakwah dlm masjid jee.. yg di disko tu camnerrr??!!

  4. Terima kasih diatas sokongan anda kepada akademi nasyid..sy sebenarnya setuju dgn pendapat en saladin..masalah berambut pnjang bukan lah menjadi satu benda yang negatif..tp pd pendapat sy..adalah lebih baik jika kite menonjolkan sesuatu yg lebih indah dan baik utk di pertontonkan kepada semua lapisan masyarakat..adakah nasyid itu berimejkan kepada rock dsb…lagipun sy kire en saladin sedia maklum mengenai alat2 muzik yg diharamkan dalam agama islam..lagipun ini adalah akademi nasyid..dengar jer nasyid,maka sudah terbayang didalam kepala kite bahawa lagu dan irama yg dibawa adalah utk memuji kebesaran allah.lagu keinsafan..mengajak org amal makruf nahi mungkar..dan nasyid pada masa sekarang adalah utk berdakwah..lagi pun x seorang pun dari finalis yg dipilih mempunyai suara yg lunak merdu dan beralun seperti kumpulan2 yg sy sebut sebelum ni..bahkan mereka tidak berbakat langsung utk mempersembahkan lagu nasyid..mereka sepatutnye diberi finalis dlm akademi pop,rock dsb..sy mmg tidak bersetuju cara dan komitmen yg dibawa oleh akademi nasyid..sepatutnye ustaz asri rabbani sebagai penasihat akademi nasyid sudah sedia maklum mengenai perkara ini..sekian terima kasih,wallahuaklam

  5. Salam…tak sure kenapa kalau view blog ni dgn Internet Explorer ok je, tapi kalau try dgn Mozilla Firefox logo akademi nasyid ni jadi background untuk blog ni..susah nak baca jadinya. Hmm…ke mozilla sy yang bermasalah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s