“…Dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan”

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
Allahuma Barik lana fi Rajaba wa Sha’bana wa ballighna Ramadhan
Ya Allah Berkatkanlah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan ketemukanlah (sampaikanlah) kami dengan bulan Ramadhan.

Doa ini selalunya kita baca seawal bulan Rejab sehinggalah nak masuk bulan Ramadhan. Dan memandangkan (bermula pada tarikh aku menaip entri ini) kita sudah tinggal lebih kurang seminggu lebih saja lagi nak masuk bulan Ramadhan, maka marilah kita pakat-pakat amalkan doa ini. Bukannya apa, sebab kita ni tak tau berapa lama lagi kita mau hidup, maka oleh sebab itu kita kenalah berdoa agar Allah panjangkan umur kita agar sempat bertemu dengan Ramadhan.

Nak sambut Ramadhan ni kita kena buat sepertimana kita nak sambut orang yang kita sayang ke rumah kita. Sebab apa? Sebab Ramadhan ni adalah sebagai “pembasuh” yang akan membasuhkan dosa-dosa kita dan akan “melahirkan” kita semula sepertimana sediakala atau fitrah asal kita (sebab itulah perayaan sesudah Ramadhan tu disebut HARI RAYA FITRAH). Ada yang seorang ustaz yang aku kenal yang membahasakan Ramadhan ni sebagai “kem” atau “akademi” atau “kursus”, dan selama sebulan itu kita akan diasuh jadi manusia baik. Kemuncaknya, kita akan bergraduasi pada Hari Raya nanti. Haha, suka hatilah nak pakai nama apapun, yang penting, kita faham apa fungsi Ramadhan dan macam mana nak menghidupkannya.

Apa kita boleh buat selain berpuasa? Yaa, berpuasa itu sendiri pun kena buat betul-betul, jangan jenis yang tak dapat apa-apa melainkan hanya sekadar “lapar dan dahaga” saja, sebab puasa yang sedemikian sangatlah rugi. Antara yang kita boleh buat ialah baca Al-Quran banyak-banyak, hadiri majlis ilmu banyak-banyak, dan yang paling utama, yang mana benda ni memang tak ada dalam bulan lain selain Ramadhan: SOLAT TARAWIH.

Ini pun nanti ada pulak yang pertikai, nak buat lapan atau dua puluh? Alahai, buat dan ikut saja la imam kat tempat anda. Dia buat lapan, lapanlah. Dia buat dua puluh, dua puluhlah. Ikut sampai dia habis buat dengan Solat Witirnya sekali. Janji buat. Seteruk-teruk manusia ialah dia pertikai sana pertikai sini, last-last dia sendiri langsung tak buat, haha!

Lepas tu, bila habis nak Ramadhan tu, kenalah bersedih, sebab “kekasih” kita tu dah nak tinggalkan kita. Iyalah, ianya datang setahun sekali saja beb. Sedih sebab mungkin tahun seterusnya kita dah tak sempat nak meraikannya. Jangan pulak jadi macam orang kebanyakkan kita, dia lebih seronok sambut Raya sebab DAH TAK PAYAH NAK PUASA. Lagi teruk lagi, makhluk yang haram tak puasa, tapi lebih-lebih seronoknya menyambut Hari Raya.

Cakap pasal nak sambut Ramadhan ni, aku teringat kata-kata Ustaz Zainal Asri yang aku dengar kat Kelas PAKSI di Menara Zakat. Dia hairan tengok orang kita berlumba-lumba buat kenduri kahwin dalam sekitar bulan Ogos ni. Almaklumlah, cuti sekolah! Orang kita ni, cuti sekolah saja, kenduri kahwinlah. Tapi dia tak nampak pulak, kebetulan dalam tahun ini, kalender Gregory dan Hijri kita ni berdekatan. Dia macam tak perasan bahawa tak sampai sebulan lepas tu, dah nak masuk Ramadhan dah.

Apa yang dirisaukan ialah, BERNIKAH sebelum Ramadhan. Bernikah tu tak salah, tapi tarikh dipilih tu tak berapa kena. Dan bila ustaz tu cakap macam tu, baru aku terperasan, betul jugak kata dia. Bernikah sebelum Ramadhan tu, biarpun tak salah, TAPI boleh ka pasangan baru bernikah ni tahan diri masing-masing sepanjang bulan Ramadhan? Baru bernikah beb, faham-faham sajalah kan! Memang betul-betul punya “cobaan” la si pasangan suami isteri ni kena hadapi.

Ada yang kata, “ala, boleh buat waktu malam apaa?”. Iyalah, betullah jugak tu. Tapi waktu siang tu memang SAH la tak boleh kan. Itulah cabaran utama mereka. Kalau “ter” jugak, alamat batallah puasa. Si isteri tu okay lagi, tapi yang teruknya ialah si suami. Sebab apa? Sebab kalau puasa terbatal akibat “ter” yang demikian itu, alamat kena puasa DUA BULAN BERTURUT-TURUT la jawabnya! Mana nak cari hamba yang nak dimerdekakan dalam zaman macam ini? Puasa dua bulan ni, tak boleh terberhenti sehari (sakit ka uzur ka), sebab kalau berhenti sehari, kena MULA SEMULA.

Hei, bayangkan, 60 hari berturut-turut beb! Sebulan nak puasa pun tercirit, inikan dua bulan. Segala macam kenduri waktu siang, tak boleh la nak hadiri. Isteri pun tak boleh dilayan siang hari. Sakit demam dalam jangkamasa 60 hari tu, macam mana? Kalau dah 59 hari berpuasa, hari ke-60 terkantoi pulak, sebab sakit ka apa ka, kena mula balik, haha!

Yaa, semuanya gara-gara sehari “terkantoi” puasanya akibat “ter” dengan isteri di siang hari Ramadhan. Sehari kantoi, 60 hari kena bayar. Berat kan? Maka nasihat aku (yang memandai saja biarpun belum beristeri ini, hehe!) kepada para suami (terutamanya yang baru berkahwin sekitar Ogos 2008 ini, hah!), tahanlah diri anda. Yang si isteri pun, bertimbang rasalah sikit. Janganlah melawa sangat waktu siang Ramadhan tu. Kalau anda sayangkan dan kasihankan suami anda, aku ulangi JANGAN melawa waktu siang Ramadhan.

Sebab itu jugak ustaz tu cakap, eloknya buatlah kenduri kahwin sekitar Syawal. Dan aku nak tambah sikit, nak buat kenduri tu, ada ustaz lain pulak yang cakap, kalau tak buat pada 1 Syawal, maka buatlah sekitar 8 Syawal dan ke atas. Kenapa? Supaya ini memberi peluang kepada sesiapa yang nak melaksanakan puasa 6 hari di bulan Syawal.

Kita anggaplah si folan itu berpuasa bermula 2 Syawal, kalau dia buat berturut-turut, maka hari terakhir dia berpuasa ialah pada 7 Syawal, dengan kata lain dia akan “berhari raya enam” pada 8 Syawal (molek sangatlah kalau majlis kenduri tu pada hari berkenaan). Itu bagi yang buat berturutan la. Kalau yang berselang-seli itu, terpulanglah. Boleh jadi dia “berselang-seli” pun sebab memenuhi undangan kenduri orang lain, yang dibuat oleh pihak yang mungkin “kurang” peka bab-bab ini, yang dibuat pada hari sebelum 8 Syawal.

Hehe, cakap pasal kenduri dan puasa ini, aku teringat jugak sekitar cuti sekolah baru-baru ini, ada yang buat kenduri pada 17 Ogos 2008. Sebenarnya tak jadi masalah kenduri pada hari berkenaan, cumanya kebetulan ianya jatuh pada Nisfu Syaaban. Selalunya Nisfu Syaaban tak jatuh pada “hari cuti sekolah”, maknanya tak wujudlah kenduri kahwin pada hari berkenaan. Tapi dah tahun ini serentak, maka memang ada la yang buat kenduri pada hari tersebut. Kasihan juga pada mana-mana individu yang terlibat, pasti dia berbelah bahagi, sebab kalau dia diundang ke majlis yang jatuh pada tarikh berkenaan, dia kena hadiri, dan dia tak dapat berpuasa sunat pada hari tersebut. Hari-hari istimewa macam itu biasanya setahun sekali sahaja.

Maka, satu lagi nasihat aku, kalau nak buat majlis kenduri tu, pilihlah tarikh yang betul-betul sesuai. Seeloknya tak payahlah pilih tarikh yang orang biasanya berpuasa sunat pada hari berkenaan. Kesian, macam “teraniaya” pulak individu berkenaan sebab tak dapat puasa untuk menjaga hati si penganjur majlis berkenaan.

Akhir kata, selamat bersedia untuk menyambut Ramadhan. Hari Kebangsaan tu Hari Kebangsaan jugak, tapi jangan lupa, sehari lepas tu dah masuk 1 Ramadhan. Mana tau, kot-kot ada yang ghairah sambut “merdeka”, tapi “terlupa” nak bersedia untuk meraikan Ramadhan, sedangkan dalam Ramadhan itu permulaannya RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH (AMPUNAN) dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA”. Haha, “merdeka” yang mana satu yang lagi kita mahu? Jeng jeng jeng… 8)

Oh ya, tak dilupakan, Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang baru saja bernikah sekitar bulan Ogos ini. Selamat menempuh hidup baru sebagai suami isteri. Moga mendapat rumahtangga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

Daaaan, cabarannya ialah, dalam Ramadhan nanti, kalian kena menahan diri LEBIH daripada sekadar lapar dan dahaga taw?! Wakakakaka!😛

3 thoughts on ““…Dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan”

  1. amboi2..sakan na adik akak ni mengupas persoalan bernikah sebelum Ramadhan :p Anyway, ujian yang hebat dapat ditempuhi InsyaAllah ganjarannya akan hebat jugak. Kan Allah takkan membebani hambaNya melebihi kemampuan..so bawak2 la memampukan diri dengan jihad melawan nafsu. PUASA!😉

  2. Haha, tiadalah hamba berkata sesuatu itu secara suka² terlintas di fikiran, melainkan hanya memanjangkan apakah yang disampaikan oleh Ustaz berkenaan.

    Apahal pun, sebelum masuk bulan Ramadhan, ampunkan segala salah dan silap saya kepada sesiapa saja yang pernah saya buat salah. Selamat memasuki IPT Ramadhan, dan mari kita banyakkan amal ibadat sepanjang Ramadhan ini.

    Marhaban ya Ramadhan! 8)

  3. saya pun akan bernikah pada 1hb ogos ni ..nikah gantung je sbb dah nk dekat puasa so kenduri dibuatlps hariraye iaitu pada hari ke-7 kiranya dah lps posa 6…soal pasal menahan diri dr cobaan sebagai suami isteri tu agak terjamin sikit buat sy sbb bakal suami menetap dan berkerja di kl dan sy ada bisnes di kelantan so kami tinggal berasingan..kira jumpa pun pada hari kenduri ajela…kesian kat bakal suami..kena dera…ehehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s