Majlis Jamuan Rakyat – Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Kedah masih lagi dalam suasana sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah. Dalam entri yang lalu, iaitu pada 15 Julai 2008, diadakan sambutan perasmian dan perarakan Jubli Emas yang menyaksikan Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah diarak menaiki Bahtera Emas Lapis Suasa dan diiringi tiga ekor gajah yang didatangkan khas dari negeri Kelantan, serta pancaragam-pancaragam dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Sekolah Menengah Sultanah Asma dan Sekolah Menengah Keat Hwa.

Aturcara sempena sambutan ini sebenarnya masih banyak lagi. Pada 19 Julai 2008 (hari Sabtu), bermula jam 11:30 pagi, diadakan pula Majlis Jamuan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar. Dan, aku pun turut ke situ…

Sungguhpun majlis bermula jam 11:30 pagi kalau mengikut jadual, tapi biasalah kita nih. Memang takkan mula tepat pada masanya punya! Oleh yang demikian, aku pun melewat-lewatkan keberangkatan ke stadium itu, haha!

Dalam jam 12 kot (lupa pulak tengok jam!), barulah aku dan bapak serta adik aku bertolak ke sana, konvoi dua bijik motosikal. Sampai di situ, orang pun tak berapa nak ramai lagi (peh, tak sama dengan waktu Nik Aziz ke situ 20 Mac 2008, sementara aku terlupa pulak nak pi ke stadium tu waktu Anwar Ibrahim pulak ke sini 12 Julai 2008, jadi aku tak tahu berapa ramai yang hadir). Biasalah, awal lagi, mana nak ramainya. Tapi biarpun tak sesak, namun keramaian itu boleh dikatakan sebagai ramai jugak la.

Sebaik saja motosikal kami melalui pintu pagar stadium, kami disuakan dengan cenderahati sebagai penghargaan kehadiran kami kot. Di dalam sebuah kotak merah, rupanya ada rantai kekunci tertera logo Kedah Jubli Emas yang aku rasa tak ada pun dijual sepertimana cederamata-cenderamata rasmi Jubli Emas yang lain.

Lepas memarkirkan motosikal kami, kedengaran siren polis. Ohoo, rupanya ketibaan Tunku Malik (Raja Muda) dan tak lama lepas tu, Sultan Kedah sendiri. Kiranya kami sampai on time la untuk majlis ni sebab orang kenamaan pun baru sampai jugak!

Maka menujulah kami ke suatu khemah di tengah padang di luar kawasan stadium itu (ini stadium tertutup tau, sebab itulah padang rumputnya DI LUAR stadium, hahha!). Rupa-rupanya, cuaca hujan baru-baru ini menyebabkan padang rumput itu menjadi sedikit becak, aiyaa! Nasib baik aku pakai sandal getah, senang sikit nak basuh! Lagipun, memang ada satu tangki air khas disediakan untuk membasuh kaki sempena padang becak ni. Prihatin!

Kami pun berebut beratur untuk mendapatkan hidangan yang berupa nasi putih berlaukkan ayam masak merah dan daging masak… err… masak apa entah, jenis-jenis macam kari tu! Sambil itu, kami turut mengutip beberapa botol air mineral minuman (RO punya) untuk diminum.

Yang menariknya, selain botol air minuman yang biasa, ada satu kelompok yang diberi percuma tu, botol air (yang aku tak pasti air minum biasa atau mineral) berbentuk seperti MENARA! Menara Alor Setar atau Menara KL punya bentuk (aku rasa Menara KL). Dan botol sebegini, kami ambil sampai ENAM BOTOL, dan sampai hari ini, setitik pun kami tak minum daripadanya lagi, sebab buat hiasan, haha!

Kembali kepada hidangan nasi tadi, lepas kami ambil sorang sepinggan, kami pun mencarilah di tempat duduk yang lebih hampir dengan pentas utama, dan kami pun melantak di situ. Tengah syok melantak, rupanya majlis pun baru bermula, dengan ucapan oleh pengelola dan Menteri Besar Kedah. Timbul pula rasa tak enak sebab kami makan terlebih dahulu sebelum majlis bermula dan sebelum Sultan mula menikmati santapan, tapi sebab orang lain pun buat, kami pun teruskan juga la. Ketika majlis makan secara RASMInya bermula, kami dah pun selesai, hehehe!

Sementara Tuanku Sultan dan kerabatnya menikmati santapan bersama hadirin VIP yang lain (yang makan awal macam kami dahpun selesai), hadirin pun dihiburkan dengan persembahan lawak oleh Ali Mamak dan Abon. Mereka berdua ni kemudiannya berduet menyanyikan lagu “Joget Hitam Melekat”. Selesai persembahan Ali Mamak dan Abon untuk seketika, muncul pula Ustaz Akhil Hayy yang mendendangkan lagu “Kembara” dan “Berita Kepada Kawan”.

Persembahan berhenti seketika untuk memberi laluan kepada azan Zuhur memandangkan pada ketika itu memang dah masuk waktu Zuhur pun (tapi tak terdengar pulak bunyi laungan azannya). Sebaik saja tamat, acara persembahan pun bersambung semula. Tapi kami dah tak tunggu lagi, lalu kami pun bertolaklah pulang.

Setelah berjaya keluar dari kebecakan padang rumput, aku pun beraturlah di hadapan tangki air tadi tu, nak basuh kaki aku yang terkena sikit lumpur (becaknya pun taklah banyak sangat). Elok sampai giliran adik aku (beratur di depan aku), air tangki pun dah habis, ayooo! Tak ada pilihan, kenalah guna saki baki air minuman dalam botol tadi untuk meredakan keadaan kasut daripada palitan lumpur, haha! Setelah itu, kami pun menghidupkan enjin motosikal dan bertolaklah pulang ke rumah…

Nah, silalah melihat sedikit gambar yang diambil secara sangat tak profesional menggunakan kamera yang terbina di dalam telefon bimbit Nokia 6680 yang diperturunkan oleh bapaku kepadaku. Kualitinya memang sangat tak memuaskan, hoho!

Di atas padang yang becak itulah berdirinya khemah tempat makan…

Sedaaap…

Nasib baik aku pakai sandal getah…

Santapan Diraja.

Makin jauh…

…makin jauh…

Kalau diperhati betul, akan kelihatan kelibat Ali Mamak dan Abon (lensa kamera berkualiti tinggi!😛 )

Kelihatan kelibat Ustaz Akhil Hayy di sebalik lensa “berkualiti tinggi” ini…

Tempat membasuh kaki.

Yeah, botol minuman yang menarik, bentuk menara lagi!

Macam Menara KL!

Cenderamata berupa rantai kunci (gambar blur, lensa kamera tak berkualiti, hah!).

12 thoughts on “Majlis Jamuan Rakyat – Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

  1. Pingback: Daulat Tuanku! Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah « Saladin Convoy

  2. Pingback: Sekitar Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah « Saladin Convoy

  3. taktau lagi.. mggu ni registration week. tapi dr kelmarin tak boleh nk register subjek lg ni. pening saya. kalau dah confirm bila kelas saya.. boleh la saya ‘lari’ balik kampung sat nnt. hehe

    p/s – meletop btol entri awk yg pasal debat tu.. saya baca je la.. malas nak komen sbb ‘panas’ sgt~ haha

  4. Ooo, rilek, jangan dipeningkan. Sentiasalah bertenang. Insya Allah, ada la hari yang boleh balik tu, heheh!

    Yeah, memang meletop la entri debat tu, sampai melonjak naik graf dalam satu hari itu. Pastu hari lain, turun la balik grafnya, wakakaka!

    Toksah dok komen pun takpa kalau kat situ (entri sama di blogku satu lagi, sunyi la skit, boleh la nak komen, heh!). Biaq pi depa meluahkan perasaan. Nanti gamak banyak sangat sampai tenggelam entri yang lain, saya tutup la ruang komen ka, apa ka.:mrgreen:

  5. Kehadapan saudari² !x0r@ dan cikf=), mohon maaf atas “kesulitan” yang dihadapi.

    Adapun ketiadaan perkemaskinian dari pihak hamba ini adalah disebabkan pada hari Sabtu yang lalu, di kawasan perumahan hamba telah berlaku kecurian kabel telefon daripada tiangnya. Hal ini berlaku sekitar antara jam 4 pagi hingga 5:35 pagi (sebab sebelum 4 pagi saya belum tidur dan sepuluh minit sebelum Subuh di sini saya pergi ke tempat kejadian dan yang tinggal hanya kabel yang terjuntai dari tiangnya).

    Akibat kecurian kabel yang kerap berlaku di kawasan yang sunyi di lorong menuju ke rumah saya ini (sunyi sebab tak ada rumah, cuma lorong dan belukar di kiri kanan jalan berkenaan, jadi orang nak buat apapun di tengah malam pastinya tak ada sesiapa yang akan sedar), ditambah pula dengan “kelembapan” pihak Telekom datang memulihkan kerosakkan (menggantikan kabel yang dicuri), maka hanya pada sekitar jam 3 petang tadi BAHARULAH talian telefon kembali berfungsi, sekaligus mengembalikan sambungan Internet ke rumah saya.

    Namun, atas sebab Streamyx yang saya pakai ini pun sekarang (dulu kini dan selamanya pun memang macam ini) sedang meragam (lambat macam siput), maka proses mengemaskini akan mengambil masa sedikit.

    Oleh yang demikian, siapakah yang bersalah?

    Pencuri² yang lahabau lagi bahalol itu memang dah sah lagi diketahui bersalah sebab mencuri.

    Namun kontraktor yang bertanggungjawab memperbaiki kabel inipun dikesali juga sebab LAMBAT buat kerja. Bayangkan, kena curi hari Sabtu, tak apalah, hari cuti. Hari Ahad Isnin Selasa depa tidoq ka apa tak mai² lagi. Hari Rabu cuti Isra’ Mi`raj pulak di Kedah. Hari ini (Khamis) baru datang. Adoooi!

    Dan, saya dah kata ka tadi, bahawa Streamyx tengah “kelembapan”?

    Pendek kata, majulah Telekom dan Streamyx (serta keseluruhan apa saja jenis servis/perkhidmatan di Malaysia ini) untuk negara!😛😆:mrgreen:

  6. oh,patutla sunyi dua tiga hari ni.. hee..

    erk,kira ok la tu da bersambung balik. saya rasa dah dekat setahun tepon rumah saya tak berbunyi. sangat sadis ada tepon rumah tapi takbleh pakai. hahha. rasanya orang Telekom dah takmau pasang balik kabel yg kena curi tu kot.. lama gila takda line tepon kt kg saya. dah rasa macam duduk kat hulu banat(ni bhs sy) mana ja sbb takda line tepon. huhu

  7. Heheh, “hulu banat” tu kan bahasa kita bersama?:mrgreen:

    Aoo, dah setahun tak ada talian telefon kat rumah ya? Haha, biasa la tu, sebab orang sekarang dah banyak pakai henfon, jadi sudah tiada keperluan untuk ada talian tetap untuk telefon rumah, MELAINKAN kalau dia nak pakai Streamyx (macam kat rumah saya ni), mau tak mau, kena ada jugak la.

    Apa boleh buat, tiada perkhidmatan alternatif. Inilah yang terjadi kalau berlaku monopoli, hehe…🙄

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s