Drama “Bulan Retak” – Kisah Qazaf dan Li`an

Sedang aku melepak-lepak pada petang Sabtu, setelah pulang dari Majlis Jamuan Rakyat (sempena Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah), sesudah solat Zohor, aku mengadap peti televisyen dengan penuh kemalasan. Hari Sabtu la katakan!

Dalam jam 3 petang, sesudah selesai siaran Berita jam 3, bermulalah tayangan sebuah drama Melayu dalam slot Panggung 1. Aku ni memang antara yang melayan drama Melayu jenis one-shot (bukan bersiri) macam ini, tapi kalau ianya ditayangkan di RTM la, sebab aku tak suka drama poyo di TV3suku (Cerekarama apa semua tu). Drama RTM ni macam low-profile, dengan menampilkan pelakon yang pelbagai (yang hensem, yang femes, yang pandai berlakon), tak macam di TV3 yang asyik menampilkan pelakon popular dengan cerita yang entah apa-apa.

Haha, pada petang itu, memandangkan dah lama aku tak melayan drama Melayu di RTM, maka tertontonlah akan aku suatu drama yang mempunyai tajuk yang agak menarik: BULAN RETAK

Alkisah…

Drama ini menampilkan Zul Huzaimi sebagai watak heronya yang bernama Haikal, Fauzi Nawawi sebagai protagonisnya yang bernama Jais (bukan nama “jabatan” tertentu itu ya!), Aishah Mat Desa (hei, aktres ni kali terakhir aku tengok dalam drama BUJANG REBUTAN!) sebagai heroinnya yang bernama Mawar (isteri Jais), dan Hamidah Wahab sebagai Long Piah (ibu Haikal).

Apa yang buat aku tertarik nak menonton drama ini ialah apabila melihat iklannya, ada babak perlawanan silat. Ohoo, rupanya watak Haikal dan Jais ini merupakan sahabat baik dan juga saudara seperguruan, yang akhirnya berselisih faham dan membawa kepada perbalahan, ala Tuah-Jebat, sepertimana premis drama ini.

Alkisahnya, Haikal, seorang pemuda yang berjaya dalam hidupnya dan kaya, serta sudahpun beristeri dengan Mariah (tak ingat nama aktresnya) seorang anak orang besar. Pada permulaan drama ini, dia kembali ke kampungnya setelah merantau di Kuala Lumpur (ke mana lagi kan? Semua drama Melayu macam tu; orang dari sebuah KAMPUNG yang tak bernama dan tak pasti di negeri mana, merantau ke Kuala Lumpur!😛 ), dan singgah di rumah teman lamanya iaitu Jais. Dengan muka yang tak senang (macam dah lama bergaduh), mereka berjabat tangan ala orang silat gitu.

Haikal ini dah la kaya, dermawan pulak, tapi sangat insist agar orang tak sebut nama dia dalam apa saja sumbangan yang dia berikan, sebaliknya berkata biarlah YB di tempat berkenaan sahaja yang ambil namanya. Dan orang kampung membalas bahawa dialah yang sepatutnya menjadi YB (ai, sindiran apakah ini?). Malangnya, isterinya pula jenis berlagak dan tak suka kampung Haikal (ini tema tipikal drama Melayu jugak ni), sebab itulah Haikal balik sendirian.

Sementara itu, Jais pula masih kekal di kampung itu, mewarisi kerja di kebun, dan kelihatan agak iri dengan kejayaan hidup Haikal. Namun ada satu sahaja yang dia BERJAYA mengatasi Haikal, iaitu dia berjaya merebut Mawar dari tangan Haikal, dan kini sudahpun memperisterikannya. Oh, bekas awek Haikal rupanya si Mawar ni!

Malangnya, Jais tak melayan Mawar seperti yang sepatutnya, sebaliknya selalu mengasari, memukul, dan namakan apa saja jenis penderaan yang biasanya si suami buat pada isterinya, maka pastinya itulah yang dibuat Jais kepada Mawar (kiranya ini sejenis ‘domestic violence’ la ni). Ini membuatkan Mawar menderita dan tidak bahagia, dan ada ketikanya, mengadukan perkara ini kepada Haikal, siap bersedia lagi nak “lari” dengan Haikal, mujurlah Haikal ni gentleman dan tak ambil kesempatan!

Maka inilah dia punca utama konflik antara Haikal dan Jais, iaitu MEREBUT WANITA. Ahahaha, ini tersangatlah tidak sepertimana punca permusuhan Tuah-Jebat. Hei, inipun tema tipikal dalam drama Melayu jugak nih! Cuma, bezanya ialah, persengketaan mereka diselesaikan dengan BERSILAT! Oh yeah! Nanti kita sambung lagi pasal silat ni.

Permusuhan ini sebenarnya dicetuskan oleh Jais sendiri. Haikal sekadar cuba nak membantu Jais dan Mawar, menasihati Jais supaya tidak mendera Mawar, tapi tindakan ini disalahertikan oleh Jais akibat cemburunya pada Haikal. Maklumlah, Haikal tu bini dia punya ex! Lepas itu tetiba datang pula tuduhan liar mengatakan bahawa Haikal dan Mawar berzina, menambahkan lagi kemarahan Jais.

Akhirnya, mereka memilih untuk mensettlekan hal ini secara “anak jantan”, iaitu dengan berkokok bersilat sampai mati. Sebagai persediaan, pada malam sebelumnya, si Haikal pun mengasapkan keris pusakanya. Sementara si Jais pula, “bersedia” dengan sekali lagi mengasari Mawar di atas katil (babak implicit saja, jangan bimbang, hahah!). Ish, kesian la Mawar tiap malam kena camtu! Lepas itu, aku rasa, tanpa “mandi wajib” terlebih dahulu (pun diimplykan sebab babak di sebelah katil, sementara Mawar masih di atasnya), si Jais pun mengasapkan kerisnya. Bagus! Tatkala anda berada dalam keadaan “tak suci” (hadas besar), silakan buat aktiviti lain sebelum mandi, syaitan pasti suka! Agaknya inilah sebabnya Jais ni “jahat”, dia buat apapun dengan cara yang senang syaitan nak mempengaruhi nafsunya. Heheh, inilah pengajaran yang aku kutip dan tafsir sendiri melalui drama ini!

Keesokan harinya di mana perhitungan terakhir akan dibuat, Jais dan Haikal pun bertemu di sebuah hutan sebelah air terjun, gelanggang mereka bersilat dulu-dulu. Haikal memulakan dengan berwuduk (baguih la budak nih!), sementara Jais pulak melulu ke situ (aku tak pasti apakah dia sudah “mandi wajib” sesudah peristiwa semalam, heheh!).

Langkah diatur, dan mereka pun…

Ooops, babak beralih ke tempat lain. Long Piah, ibu Haikal, tercari-cari manalah perginya anaknya sejak awal pagi tak balik. Cari ke sana ke sini…

Ooop, dah tunjuk babak Jais dah pun kecederaan dengan kelihatannya seperti ada kesan tikaman di belakang (jangan salah tafsir, bukan tikam belakang yang macam itu!). Dalam kecederaan, dia dijumpai oleh seseorang. Sejurus lepas itu, adalah pula watak penyampai berita tak bertauliah menyebarkan berita sambil menaiki motosikal dengan mengatakan “Jais kena tikam!” ke seluruh kampung.

Di rumah Jais, ramai yang mengerumuni, dan tak berapa lama lepas itu, meninggallah Jais. Yang jadi misterinya, Mawar tidak dijumpai di rumah itu dan di mana-mana di kampung. Haikal pun hilang juga (apakah dia bersembunyi di Kedutaan Turki?). Ketiadaan Haikal, dengan disahkan oleh ibunya bahawa keris pusakanya hilang dari tempat simpanan, dengan pakaian silat yang dipakai oleh Jais ketika ditemui, dengan fakta yang diketahui orang kampung bahawa Haikal dan Jais sama-sama belajar silat, membuatkan orang mengesyaki Haikal yang telah “membunuh” Jais (orang putih panggil ini sebagai ‘circumstantial evidence’).

Ini dikuatkan pula dengan cerita seorang watak yang aku akan gelarkan dia sebagai “Mamat” (sebab aku tak ingat nama watak dia, mahupun aku tak kenal siapa pelakonnya) yang “mendedahkan” bahawasanya pada suatu malam, Jais meminta “Mamat” ni agar menjadi “saksi dunia dan akhirat” (hah?) kepada suatu peristiwa yang akan ditunjukkannya. Dibawanya ke kawasan rumah, di mana Mawar ada berseorangan, lepas itu terdengar tawa Mawar sambil menyebut nama Haikal. “Mamat” mengesyaki bahawa mungkin Mawar berzina dengan Haikal, tapi tak sanggup “menyaksikan” apa yang ingin Jais tunjukkan, lalu dia lari.

Dengan modal cerita inilah “Mamat” menyebarkan ke seluruh kampung bahawa “Haikal yang membunuh Jais”, siap mengepung rumah Long Piah untuk menangkap Haikal (wah, siapa lantik dia jadi penguasa undang-undang nih?). Sementara itu, seorang watak yang bernama Imam Bakar (sebab dia pak imam di kampung itu), mengatakan bahawa apa yang “Mamat” ni cakapkan membawa kepada FITNAH (heheheh, ini apa punya imam ni? Nanti aku ulas lagi kat bawah). Apapun, mereka menyerahkan kes ini kepada “kebijaksanaan” Polis kita, yippeee!

Zuuup, kita dipaparkan babak yang tak ditunjukkan tadi, iaitu apa yang sebenarnya berlaku antara Haikal dan Jais (stail babak tak ikut kronologi). Setelah bertarung seperti biasa (koreografi silat yang menarik, perlu diakui…), rupanya Jais yang telah menikam Haikal terlebih dahulu (pada bahagian perut). Dalam keadaan cedera, Haikal melemparkan keris itu ke suatu sudut, dan meneruskan pertarungan. Akhirnya, Haikal telah menolak Jais agar jatuh, dan malangnya Jais jatuh di tempat keris itu tadi, lalu tertikamlah di belakang badan Jais. Maknanya di sini, BUKAN Haikal yang menikam Jais.

Dalam keadaan sedih mengenangkan sahabatnya yang nazak, dan dalam penyesalan kerana bergaduh akibat seorang WANITA (budus la depa nih!), tetiba muncul “semangat” Almarhum guru silat mereka (say what?!), memarahi Jais kerana telah melanggar sumpah dan amarannya bahawa keris itu akan memakan diri kalau mereka mengkhianati agama, nusa, bangsa, bla bla bla.

Pap! Terjaga Haikal dari tidur. Eh, jangan salah faham, ini BUKAN MIMPI la! Haha, rupanya Haikal pengsan akibat kecederaan ditikam tadi, dan di sisinya, ada Mawar?! Woh, di tengah hutan, mereka berdua? Astaga! Dan Mawar tak berada di sisi suaminya yang sudahpun meninggal, bahkan dia pun tak pasti apakah suaminya tu masih hidup atau sudah meninggal! Maleh nak ulas babak ni, kita beralih ke babak…

Ibu Haikal tetiba bertapa di tempat air terjun, gelanggang Haikal vs. Jais tadi. Namun, tetiba diganggu pulak oleh “Mamat” dan tiga orang konconya yang masih berkeras mengatakan Haikal yang membunuh Jais. Tetiba ibu Haikal ni “menurun” dan bersilat di depan mereka, dengan beberapa orang mereka terlihat seolah yang bersilat itu ialah Almarhum guru Haikal dan Jais. “Mamat” yang skeptik, berkata “Ah, karut semua tu”. Namun, tiga orang kawannya itu akhirnya “terkena buatan”; sorang muntah darah, sorang pengsan, dan sorang lagi meracau. Wah, “Mamat” yang lebih “jahat” dari geng dia yang hanya mengikut dia saja pula yang masih sihat? Tak aci la camni!

Lepas berjaya “mengenakan” empat orang pengacau tadi, ibu Haikal tu pun kembali bersila dan akhirnya mendapat “vision” mengenai apa yang berlaku. Dan akhirnya, kelihatan tiga pasang kaki sedang berjalan (dah kamera ambil shot di kaki, sebab itu nampak kaki!). Sepasang kaki lelaki tak pakai kasut kepunyaan Haikal, dan dua pasang kaki lagi milik orang perempuan. Selain Mawar, siapa lagi pulak dah?

Oh, rupanya ibu Haikal dah pun jumpa mereka berdua. Dan mereka bertiga pun meneruskan perjalanan, memapah Haikal yang cedera akibat kena tikam tadi, dan terpaksa pula menyeberangi titi (kenapa mesti ada titi dalam babak orang cedera dan susah nak berjalan, kena dipapah pulak tu?).

Dan drama ini ditamatkan dengan memetik terjemahan daripada ayat ke-19 Surah An-Nisa’ (kalau tak silap ingatan aku). Hmmm… mungkin usaha pengarah drama ini untuk menampilkan drama ini sebagai sebuah drama yang Islamik, biarpun ada memaparkan beberapa babak yang agak tak cocok dan tak Islamik.

Cerita ini…

Haha, izinkan aku mengkritis ini drama.

Aku bukannya nak sentuh aspek “khurafat” drama ini (silat, menurun, mengasap keris) yang kemudiannya disulami dengan ciri-ciri Islamik untuk menunjukkan ini drama Islamik, sebab dah ada banyak drama dan filem kita yang lain yang dah buat dengan lebih dahsyat lagi daripada itu, mempermainkan ayat Al-Quran, malah mempermainkan nama Allah pun ada, bukan setakat filem FITNA dari Belanda tu saja, filem CONGKAK pun ada, dan lagi menyedihkan sebab yang buat filem tu orang Islam kita jugak, kan?!

Apa yang aku nak sentuh berkaitan dengan tajuk entri aku ini. Hahah, bercanggahan dengan tajuk entri aku, drama ini sebenarnya LANGSUNG tak sebut pun pasal hukum qazaf dan li`an. Yeah, berdasarkan senario politik kita sekarang, pastinya orang kita dah “terjumpak” dan sudahpun “berkenalan” dengan kalimah-kalimah berkenaan (termasuk dengan istilah “mubahalah” jugak).

Macam ini sebenarnya. Dalam drama ini, kita dihidangkan dengan satu tema yang sangat berkait rapat dengan hukum qazaf dan li`an. Pertama, watak Jais menuduh watak isterinya iaitu Mawar berzina dengan Haikal, tapi tiada bukti mahupun saksi yang mencukupi. Dengan kata lain, seandainya ADA perlaksanaan hukum Islam dalam drama ini, Jais boleh dan telah meli`an isterinya. Tapi kenapa dia tak buat? Pertama, sebab dia tak ada saksi dan bukti. Kedua, sebab dalam drama ini, hukum itu TAK WUJUD, hahah! Nanti anda faham apa maksud aku.

Seterusnya, Mawar dan juga Haikal sudah dituduh berzina. Memandangkan mereka ini bersih dan tak melakukan perbuatan tersebut, kita boleh kata bahawa penuduh mereka, iaitu Jais sudah melakukan qazaf. Begitu juga dengan watak “Mamat”.

Haa, ini menarik sikit aku nak cerita senario dalam drama ini, iaitu ketika si “Mamat” tu menceritakan kepada Imam Bakar, kenapa dia yakin Haikal yang membunuh Jais. Kerana dia “yakin” Haikal berzina dengan Jais, dan dia percaya natijah daripada itu, Jais dan Haikal bergaduh dan berakhir dengan kematian Jais. Masalahnya di sini ialah pada reaksi si Imam Bakar.

Biarpun Imam Bakar tidak mempercayai atau memakai kesaksian “Mamat”, tapi dia tidak pula mempersoalkan ketidakadilan dalam metode yang dipakai oleh “Mamat”. Pertama, saksi mata untuk mensabitkan kesalahan Mawar (andai benar, tapi ternyata tak betul pun) adalah tidak mencukupi. Kalau ditolak si Jais yang sudahpun mati pada ketika itu, HANYA “Mamat” seorang sahaja saksinya, sedangkan memerlukan EMPAT ORANG SAKSI yang ADIL dan TAK FASIQ. Lagipun, si “Mamat” dalam cerita ini MELARIKAN diri terlebih dahulu sebelum melihat apa-apa, ertinya dia cuma berspekulasi. Kalaupun dia NAMPAK, kesaksian dia seorang sahaja tetap tidak mencukupi.

Kedua, empat saksi itu haruslah melihat atau TERlihat dengan cara yang tidak disengajakan, dan bukan dengan cara berpakat untuk mengendap. Sedangkan dalam senario cerita ini, si Jais MENGAJAK si “Mamat” untuk menjadi saksi (dunia dan akhirat katanya, apabenda dia cakap?!). Kelihatan seperti si Jais sengaja mewujudkan situasi ini, di mana dia membiarkan isterinya berseorangan di rumah, meninggalkannya dan kemudiannya mencari orang agar menjadi saksi, bertujuan memerangkap isterinya. Kalaupun betul isterinya curang, tetap juga cara ini tidak kena.

Ketiga, watak Imam Bakar, ketika menyangkal kata-kata “Mamat” yang menceritakan kenapa dia yakin Haikal yang membunuh Jais, cuma berkata bahawa apa yang “Mamat” kata ini boleh membawa kepada FITNAH. Betul la tu, tapi yang hairannya, Imam ini gagal menyebut bahawa kata-kata “Mamat” yang menuduh orang berzina tanpa bukti dan saksi boleh membawa kepada QAZAF.

Tapi, aku tahu sangat kenapa ini terjadi. Pastinya penulis skrip dan pengarah drama ini TAK TAHU mengenai hukum Islam yang berkaitan dengan qazaf dan li`an. Akibatnya, watak yang sepatutnya alim dalam bab agama “gagal” menampakkan keilmuannya. Mesti sebab skrip dan pembikinan drama ini dibuat beberapa bulan sebelum bulan Jun yang lalu. Kalau dibuat baru-baru ini (untuk tayangan beberapa bulan kemudian), aku rasa mesti mereka akan menyelitkan juga “pengetahuan” mereka yang sedikit itu untuk dipaparkan dalam drama mereka ini, heheh…

Lagi satu yang aku sikit kurang puas hati, tapi memang dibuat oleh SEMUA pembikin drama, iaitu meletakkan terjemahan ayat Al-Quran TANPA meletakkan terlebih dahulu ayat asalnya (dalam Bahasa Arab). Menurut yang aku dengar dari ramai ustaz (bahkan ada fatwa mengenainya kalau tak salah aku), kita mesti meletakkan ayat Al-Quran yang asal yang dipetik itu terlebih dahulu, barulah boleh dipaparkan terjemahannya. Tapi tak tahulah kalau-kalau drama Melayu diberi pengecualian daripada peraturan ini (eleh, rancangan biasa, rancangan dakwah yang tertentu itu pun ada yang main terus letak terjemahan juga).

Oh ya, satu lagi, pengajaran daripada drama ini dipaparkan menerusi terjemahan ayat ke-19 Surah An-Nisa’, yang secara ringkasnya menyuruh supaya tidak menyakiti isteri. Yang lawaknya, selain daripada pengajaran berkenaan, ada lagi beberapa pengajaran lain yang sangat jelas kelihatan dalam drama ini, tapi “gagal” dipaparkan sebagai pengajaran. Yang aku maksudkan di sini ialah pengajaran mengenai qazaf dan li`an dan juga mengenai kesaksian dan menuduh orang berzina, yang turut boleh dikutip dari Surah An-Nisa’ dan jugak Surah An-Nur.

Tapi itulah, disebabkan aku rasa penulis skrip ini “tidak menyedari” akan hukum-hukum sebegini, sebab itulah mereka tak perasan bahawa drama yang mereka nukilkan itu secara tidak langsung telah menyentuh mengenai persoalan hukum berkenaan. Akibatnya, akan terpaparlah watak yang sepatutnya arif dalam bab agama, tetapi nampak sangat dia ini “mengaji tak habis” sebab ada beberapa aspek dalam agama yang secara senang-senangnya dia “terlupa”, heheh!

Oraitlah, secara keseluruhannya, drama yang menarik, ada babak silat, tapi yang tak seronoknya ialah aspek-aspek seperti yang aku sebutkan di atas itu. Dan juga tak seronok sebab kegagalan memaparkan Islam dan hukum-hukumnya dengan gambaran yang betul, sepertimana yang selalu disajikan di dalam drama-drama dan filem-filem kita. Mujurlah drama ini tak sampai ke peringkat menghina Islam (macam filem SEPET, GUBRA, CONGKAK, BERLARI KE LANGIT, dan yang sewaktu dengannya).

Err… kalau ada yang aku sebut, terutamanya pasal hukum tu, yang tak kena, silalah bagitau dan betulkan ya? 8)

4 thoughts on “Drama “Bulan Retak” – Kisah Qazaf dan Li`an

  1. hahaha..ada gak orang yg join saya teman tok tengok drama ni rupanya😉

    saya takde kepakaran nak mengulas pasal hukum-hakam, apatah lagi nak komen balas pemerhatian awak tentang unsur-unsur dalam telemovie ni. tapi satu benda yang saya tak setuju ialah tindakan Mawar mengadu kepada Haikal pasal masalah rumahtangga dia, dan tindakan Haikal nak membantu secara mendengar semata-mata dan tak melibatkan pihak lain yang lebih bertauliah – contoh: Pak Imam ada…mak dia ada…mak bapak Mawar ada…maka atas dasar bersahabat dan pernah berkasih ke Haikal membantu mendengar masalah Mawar? Tak sepadan dengan tindakan seorang dermawan…mungkin juga masih tepengaruh dengan perasaan…

    Secara peribadi, lakonan-lakonan drama Melayu ni boleh bagi kesan pada penonton yang tak berfikir secara kritis, yang tindakan diorang ni betul belaka dan boleh diikut dalam kehidupan sebenar…hmm..

  2. wahahahhaaa…panjangnya ulasan. [seperti biasa kan?]

    Tak berkesempatan menonton televisyen. Ada misi lain yang harus dilaksanakan. Tahniah, ulasan anda buat saya rasa tak perlu nak tgk ceritanya…..

  3. Kak dasarhati, ohoo, kita sama² menontonnya ya?

    Saya pun lupa nak sentuh pasal mak bapak Mawar yang menurut dialog, depa berdua ni masih ada! Tapi apa boleh buat, depa ni cuma wujud secara off-screen saja, hah!

    Pak Imam tu ternyata tak bertauliah sebab dia tak tahu hukum Qazaf, hahaha!

    Ultimanya, keseluruhan logika drama ini (serta mana² drama Melayu pun) sudah jadi broken, so kita memang takleh nak justify setiap sesuatupun tindakan depa.

    Tapi, ini kira okay lagi ni. Nak tengok yang lagi teruk? Silakan menonton drama Melayu di TV3suku dan adik-beradiknya yang lain! Drama² kat Astro pulak, rasa macam menonton drama rejek, sebab itulah kot tak laku di stesen TV percuma, hah!

    Nak tengok drama bersiri yang “menghina” Islam on daily basis? Di mana setiap ceritanya yang kononnya berunsur Islamik, di mana lagu intro pun pakai lagu Islamik, tapi asyik berkisar dalam bulan Ramadhan sahaja? Di mana dalam lagu intro nasyid itupun watak utamanya (yang kononnya Muslim dan Muslimah sejati) berpeleseran berpegangan tangan duduk dekat² peluk²an tanpa rasa malu segan dan silu? “Alhamdulillah bersyukur kepada Allah” sambil berlari berkejaran antara lelaki dan perempuan? Menyalahtafsirkan lirik “Kau (Allah) jadikan kami saudara” dengan menghalalkan percampuran bebas lelaki dan perempuan bukan Mahram? Malah mengajarkan aqidah songsang yang bercanggah dengan aqidah Islam?

    Silalah menonton drama bersiri dari negara seberang kita!😛😆

    Kak bayan, motto saya: “Watching Malay dramas so others won’t have to”, muahahaahhaa!:mrgreen:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s