Debat Anwar-Shabery

Sebetulnya aku tak mahu la menulis apa-apa pasal Debat ini, sebab ianya bercanggah dengan tema blog aku. Tapi bila fikir balik, blog aku mana ada tema khusus, haha! Lagipun, boleh toi sekaki dengan isu yang hangat yang pasti jadi carian orang ini! Maka, aku pun menulislah jugak!

Seperti yang diketahui, rancangan debat yang boleh dikatakan mencipta sejarah di Malaysia ini diadakan pada 15 Julai 2008 jam 9 malam di DBP, anjuran Agenda Daily. Pada awalnya dikatakan nak buat sejam setengah, tapi akhirnya bertukar jadi hanya sejam (tolak pulak 8 minit iklan, maknanya tak sampai sejam). Lepas itu, daripada disiarkan di TV3, akhirnya ditukar pula ke TV9. Ada la yang tak puas hati sebab TV9 yang sungguhpun “dekat di hati” tapi hakikatnya masih belum “dekat” di TV kesemua rakyat sebab dikatakan liputannya masih tak seluas TV3. Tak tahulah yang itu.

Walau apapun, debat ini berjalan jua, dan dapat disaksikan secara langsung, selain di TV9 ialah di Astro Awani dan Bernama TV di mana kedua-dua ini adalah saluran di Astro (tak melewah/redundant ka?). Memula aku menonton di ruang tamu (ada hawa dingin!) menerusi saluran Bernama TV, tapi sebab bosan tengok sorang-sorang, akhirnya aku berganjak ke dapur dan bersama dengan ahli keluarga aku yang lain menonton di TV9 (DEKAAAAT DI HATI!).

Dari debat ini, aku dapati ianya sangat berat sebelah. Datuk Seri Anwar Ibrahim memang aku dah jangka kepetahan dia bercakap, dan terbukti apa yang aku jangkakan, itu yang dia buat. Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang mempertaruhkan jawatannya itu untuk debat ini pula, macam mana? Hah, aku bagi la sikit benefit of the doubt kepada kredibiliti dia ni, tapi ternyata aku juga yang “rugi”. Walau apapun, dia masih lebih baik daripada Menteri Penerangan yang lalu (kalah di Sungai Petani, wakaakkakaak) yang mempunyai kualiti Bahasa Inggeris yang entah apa-apa.

Aku tak mau ulas mengenai segala macam fakta yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim, sebab aku tak hafal semua tu, hah! Tapi aku hanya nak menilai mengenai bagaimana dia dengan yakinnya mengemukakan mekanisme bagaimana nak menurunkan harga minyak jika dia dan sahabat-sahabatnya diberi peluang memerintah. Boleh atau tidak, fakta atau auta, itu memang aku tak boleh nak pastikan, tapi melalui cara dia berhujah, memang aku boleh percaya la apa yang dia cakap ni, sebab dia cakap pakai fakta dan data yang dia bawa. Kalau dia punya kata-kata itu tak betul, maka itu terpulang kepada Menteri Penerangan kita untuk membidas balik hujah Anwar.

Oleh yang demikian, apa yang Menteri Penerangan kita kata untuk menyangkal fakta Anwar Ibrahim? Okaylah, memula dia pun mulakan dengan berkata “harga pasaran minyak dunia bla bla bla”, itu semua sungguhpun dah banyak kali diulang, tapi perlu diulang sebagai pembuka dan sebagai premis mengenai kenapa Kerajaan perlu menaikkan harga minyak, okay, itu aku boleh terima. Tapi selepas itu, dia pun banding dengan negara itu dan ini, dan sekali lagi aku rasa, ini pun dah pernah disebutkan berkali-kali. Tak mengapalah, bagi chance, sebab baru nak “perhangatkan” debat.

Tapi sayang, sementara Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan menurunkan harga minyak 50 sen daripada harga sekarang, siap dengan mekanisme dan faktanya (ish, sungguh aku bukan peminat dia, tapi kenapa aku berbunyi sebegini?!), tapi Shabery Cheek… apa dia buat? Ya, malangnya, biarpun dia mengeluarkan “fakta” mengenai hakikat minyak blablabla dia itu (yang sebenarnya boleh dan sudahpun disangkal oleh hujah Anwar Ibrahim), tapi akhirnya, dia bertindak menggunakan taktik seperti seorang YB dan Menteri BN yang sejati: menyerang peribadi “pembangkang”. Dia menuduh ini cakap retorik pembangkang sebelum pilihanraya, selepas pilihanraya, dulu kini selamanya. Haru la camni, pembangkang cakap macam mana pun semua tak kena, ditolak dengan cara kebudak-budakkan macam ini.

Namun berjayakah Shabery menjelaskan dengan munasabah kepada rakyat kenapa harga minyak mesti naik? “Err… entah”. Berjayakah dia menyatakan apakah usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat? “Ermm… itu…”. Berjayakah dia sangkal apa yang Anwar Ibrahim kemukakan? “Ya, dia berjaya, tapi…”

Ya, itulah dia! Dia menyangkal dengan? Menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Ungkit kisah 1974, aku pun tak tahu apa jadi waktu itu, aku mana lahir lagi! Aku ada kira, DUA KALI dia secara LANGSUNG, tidak menjawab soalan yang dikemukakan, sebaliknya, dia pakai taktik “serang peribadi Anwar Ibrahim” dalam setiap hujah dia. Mengejek berkali-berkali saranan menurunkan 50 sen harga minyak. Ungkit balik la segala IMF-krisismatawang-98 tu. Aku kira, ada EMPAT KALI bila diberi peluang berhujah, Shabery Cheek menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Aku rasa, eloklah Shabery Cheek ni jadi Menteri PENYERANGAN. Di samping itu, dia mengeluarkan hujah retorik mengatakan pembangkang suka mengeluarkan kenyataan bersifat retorik. Ironis kan?

Aku kena tabik spring la pada Anwar Ibrahim. Dia dengan budiman lagi gentlemannya tidak menyerang balik Shabery Cheek, sebaliknya terus berhujah blablabla (aku pun bosan sebenarnya dengar banyak fakta ni, kekeke!). Sementara itu, Shabery Cheek pula mengulang semula “pita rakaman” yang sama yang pernah dimainkan oleh orang lain, mengulang fakta itu dan ini sikit, lepas tu memuji kerajaan (baca: DIRI SENDIRI) sikit, lepas itu memuji Perdana Menteri (Pak Lah) dan bekas Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir).

Yang lawaknya, lepas itu, Shabery Cheek menggunakan suatu hujah yang, bagi aku, “memakan diri” sikit, tapi tak semua la yang mungkin perasan. Kalau tadi dia puji Dr. Mahathir, tapi lepas itu dia kata bahawa program debat ini membuktikan keterbukaan kerajaan (baca: di bawah Pak Lah), sekaligus dia menyatakan, secara tidak langsung, bahawa kerajaan di zaman Dr. Mahathir dahulu, TIDAK TERBUKA!

Lagi satu lawaknya, Shabery Cheek (sepertimana gengnya) mengatakan bahawa pembangkang ini suka berkempen biarpun dah tamat dah pilihanraya. Tapi, apa yang berlaku ialah, Anwar Ibrahim berhujah dengan idea yang kedengarannya langsung tidak berbunyi kempen politik kepartian (pendek kata, tak macam kempen pilihanraya). Sebaliknya, Shabery la yang bila bercakap, seperti berkempen pilihanraya kerana menyerang Anwar Ibrahim dengan ayat-ayat yang kita pernah dengar sebelum pilihanraya dulu. Ironis lagi kan? Soalan yang dikemukakan, haram tak dijawabnya jugak.

Sesuai la dengan apa yang dipertaruhkan oleh Shabery ketika nak berdebat, iaitu jawatannya, maka aku rasa eloklah dia letak jawatan sekarang, sebab ternyata dia gagal dalam debat ini. Dia hanya menampakkan lagi ketidak-cekapan menteri dan YB BN untuk menjawab isu, apalagi kalau ianya melibatkan kepentingan rakyat. Kengkadang aku rasa macam mereka ni, kalau bukan “pelakon skrip” bagi sesuatu “pengarah lakon layar”, boleh jadi mereka ni “patung boneka” bagi pihak tertentu yang memegang “talinya”, atau “automaton” bagi pihak tertentu yang memegang “kuncinya”.

Yang jadi wakil Shabery Cheek untuk menyoal pun satu hal. Nordin Kardi BTN/UUM ni, soalan dia entah apa-apa, tipikal penyerang pembangkang. Soalan bukan nak membangkitkan fakta, sebaliknya mempertikai dari segi teknikal, yakni kononnya premis hujah itu begitulah beginilah. Apa ni? Sementara itu, wakil Anwar Ibrahim bila menyoal Shabery Cheek, Shabery haram tak jawab pun soalan itu, sebaliknya, dok tak dok, dia serang peribadi Anwar Ibrahim. Dan penyoal itu pun ada menyatakan dengan jelas bahawa Shabery Cheek tak menjawab soalan (tak payah dia kata pun, kita boleh nampak jugak!).

Sementara itu, mujurlah moderator bagi debat ini, Datuk Johan “kitaadamasayangcukupterbatas” Jaafar hanya moderate dan bukannya mencelah (hanya kepada panel pembangkang) sepertimana program DEBAT PERDANA kat RTM1 dulu. Cuma, dalam minit-minit terakhir itu, terkeluar juga kata-kata trademark dia ketika meminta setiap panel menggulung hujah secepat mungkin kerana “kita ada masa yang cukup terbatas”!

Kesimpulannya? Debat ini memang bagus. Walau bagaimanapun, perlu diingat, debat adalah platform untuk menyatakan kebenaran, bukannya untuk menunjukkan siapa yang jaguh, hero dan menang. Yang nak menyatakan kebenaran itu, boleh jadi dia kalah, kalau pihak yang satu lagi itu punya hujah yang lebih kuat, apalagi kalau penyata kebenaran itu sendiri tak pandai berhujah.

Namun, secara tak rasminya, kita boleh nampak siapa yang, bukan saja berjaya menyatakan kebenaran, tapi dia juga kelihatannya telah memenangi debat ini. Memang nampak sangat siapa yang cakap pakai fakta, dan siapa pula yang sebenarnya lebih beretorik (tapi ada hati menuduh pihak lawannya tu selalu beretorik).

Memang setakat ini saja ka kualiti yang ada pada pihak Kerajaan? Yang tak reti cakap berlambak, tapi yang reti cakap pun, bila dia jadi menteri, dia jadi tak reti jugak, kenapa ya? Sumpahan ka apa ni? Atau memang disediakan skrip di mana mereka MESTI mengulang dialog sebegini setiap kali disoal media?

Hai, kepada penonton yang bijaksana, kita dah lihat dan kita boleh nilai sendiri, berdasarkan kata-kata mereka, siapakah wajah pemimpin kita yang sebenarnya. Ada orang kata, cakap pandai pun tak guna kalau tak reti buat kerja. Aku kata, apa salahnya? Orang politik memang sepatutnya pandai bercakap! Tapi kalau cakap pun tak reti, buat kerja pun hampeh, itu LAGI kita patut tak sokong kan?

Oh ya, tak sabar aku nak tengok, apakah tajuk dan bagaimanakah laporan yang akan disiarkan dalam akhbar arus perdana esok! 8)

Berkaitan juga dengan Anwar Ibrahim, aku terbaca pada satu entri di blog Tawel Sensei di mana majalah Islamica Magazine telah membuat suatu “OPEN LETTER CONCERNING DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM” (sila klik untuk membaca isi kandungannya).

Rupanya, ramai juga ulama dan tokoh Islam antarabangsa yang menandatangani surat ini, antaranya ialah Syeikh Habib Ali (pengajar Dar al-Mustafa di Yaman, dan Akademi Pengajian Islam secara online SunniPath), Syeikh Faraz Rabbani (pengasas Sunnipath, blog beliau yang tengah down), Syeikh Nuh Ha Mim Keller (pengajar SunniPath jugak, penterjemah kitab Umdat al-Salik, tenkiu atas infonya Sensei!), Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui (aku “kenal” nama dia menerusi laman IslamOnline.net), Dr. Yusuf Islam (penyanyi nasyid yang terkenal dengan lagu “I Look I See”, ini laman rasmi beliau), dan ramai lagi la tokoh-tokoh besar Islam di seluruh dunia.

Tokoh-tokoh Islam ini sepakat menyatakan keprihatinan mereka terhadap “fitnah” yang melanda kepada beliau. Renung-renungkan…

60 thoughts on “Debat Anwar-Shabery

  1. hai…saya suka baca semua kat atas tu.. saya tahu…dah ramai rakyat yang sedar sekarang ni…cuma segelintir pengampu kerajaan sahaja yang kurang prihatin dengan masalah2 rakyat… jelas anwar sering membuktikan kemampuan dirinya utk mentadbir negara serta menangani masalah rakyat,..sedangkan kerajaan sekarang ni hanya cakap kosong… kalau lah saya adalah salah sorang yang hadir kat dalam dewan tu semalam serta menyokong kenaikan harga minyak tu, saya pasti akan merah muka serta tak kan tepuk utk mana2 pihak sebab malu… ;)) tapi… kepada anwar ibrahim…syabas!!!!! kepada kerajaan malaysia … jauh terbabas!!!!!

  2. Media perdana dah kuarkan berita, yg suma org pasti, membuat omongan kepada Saberi Cet “podahh”. Kalau rakyat malaysia masih lagi bendul lepas tgk Debat tu… memang dah kena santet Pak Lah Bodowi la jawapnya…
    Allahuakhbar.

  3. debat dengan penasihat PKR dengan menteri kewangan kerajaan BN gagal nak jelas kenapa kenaikan ini untuk tampung subsidi untuk makanan, cuba fikir jika sebelum minyak naik harga 10kg. beras super tempatan boleh dibeli dengan harga RM20/bag (10kg) tapi kini dengan harga RM20/ boleh beli 5 kg aje, bagaimana dengan orang kampung pendalaman yang kais pagi dapat makan petang, malam belum tentu lagi…..

  4. Ya Allah! Peliharalah hambaMu ini.. moga2 dijauhkan segala kejahatan.. sama2 lah kita berdoa.. kan selemah- lemah iman kita berdoa…
    ( teringat dolu2, pgi ngan kengkawan ke umah DSAI- tanda sokongan terhadapnya.. )

  5. dah bace paper dah… laporan sume paper berat sebelah.. ttp ckp shaby tu bagus, tapi sebenarnye hampeh,ntahapehapentah die ckp.. takde point..

  6. dah bace paper dah… laporan sume paper berat sebelah.. ttp ckp shabery tu bagus, tapi sebenarnye hampeh,ntahapehapentah die ckp.. takde point..

  7. nampak kerajaan hanya nak melepaskan beban & mengchekit darah rakyat saja kebelakangan ini dan takut rugi.rakyat yang memilih kerajaan,tapi kerajaan memberi kesusahan pula pada rakyat.kalau nak kira untung saja daripada rakyat & takut rugi,,jangan lagi pegang kerajaan.sekarang sibuk nak laksana dasar kerajaan sana sini untuk bantu rakyat kerana harga minyak naik kononnya,,berapa billion ringgit pula nak pakai kerana nak laksana dasar yang memakan diri sendiri..silap hari bulan dasar2 diseleweng oleh kroni2 kerajaan & tak sampai pada rakyat miskin.harap kerajaan cari duit melabur diluar negara,,jangan pandai bisness dengan rakyat saja..naik itu,naik ini.senang nak laksana ,,sebab semua pak menteri segala2nya freeeeeee….

  8. Sesungguhnya generasiku amat kerugian oleh kerana mempunyai Menteri penerangan seperti beliau..ikh ikh ikh…jika itu cara SC berfikir & berhujah maka amat duka citanya aku ingin menyatakan beliau memang beliau tidak layak utk memimpin aku & generasiku…jika itulah yg BN dok ada…amat jelas mereka hanya layak utk jadi makmum jer…

  9. hem bile baca artikel ni hem sama ape yg i rase mlm tadi.. i tak phm sgt politik2 ni.. minyak2 ni pun tak pandai sgt nak kira mcm mana… tapi mmg effect kat dlm hidup i sekeluarga..yang seronoknye bile anwar berhujah mcm bagi semangat kat i untuk menyokong die.. ntah kenapa pun tatau.. maybe die mmg pandai ckp.. pape pun harap kerajaan boleh pulihkan keadaan sekarang dan dapat menerima pandangan daripada pihak pembangkang dengan hati terbuka dan bijak menguruskan hal ehwal rakyat…

  10. kepada fanatik DSI sokonglah beliau kutuklah kerajaan pemerintah hingga dunia kiamat.Jangan fikirkan akibat sokongan tersebut kepada umat Melayu yang semakin terpinggir ditanahair sendiri.Bangsa lain semakin bersatu untuk menindas umat Melayu yang tak pernah sedar dari fantasi setiap saat..

  11. Dalam debat semalam, terdapat 2 isu yg dikemukakan oleh pendebat. Seorang dengan kesungguhan untuk menurunkan harga minyak dan sorang lg bersungguh2 mempertahankan harga minyak yg mahal. Apakah pilihan kita? Masih tak boleh berfikir? Kpd norzah, adakah UMNO & BN itu dijamin oleh Allah bhw akan kekal selama-lamanya hingga kiamat?

  12. Kepada Norzah..
    Keluarlah daru kepompong ciptaan UMNO/BN agar anda dapat melihat dunia dari perspektif yang lebih terbuka.Bukan permasalahan Melayu yang menjadi tajuk debat. Juga buka kerana taksub kepada DSAI semata-mata hingga “kami” sanggup mengutuk kerajaan. Sedarlah bahawa permasalahan umat Melayu adalah kerana kepincangan UMNO yang selama ini terlalu bongkak dan takbur. para pemin=mpin menjadi tamak kuasa dan wang. Saya pernah terbaca luahan hati seorang veteran UMNO yang menyatakan pada masa ini hanya ada dua sebab seseorang itu menyertai UMNO. pertamanya kerana wang. dan kedua kerana mereke benar-benar bodoh.Apakah hanya UMNO yang memperjuangkan nasib Melayu? sedangkan dari namanya sahaja ia telah ‘membunuh’ Melayu. Apakah hanya BN sahaja yang mampu memerintah? teruskanlah berfantasi…

  13. norzah mohd, DSI tu sapa dia pulak dah?😛

    Untuk rekod, aku nak tegaskan di sini, aku bukan peminat Anwar Ibrahim. Tapi sebagai saudara seMuslim, aku simpati dengan ketidakadilan yang menimpa beliau. Apalagi, sokongan para ulama, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia (baca kat pautan yang aku letakkan di hujung entri ini), membuatkan akal waras aku berkata “mustahil pembuat maksiat liwat macam ini boleh disokong ulama”! Kenapa ulama nak menyokong orang yang buruk akhlaknya? Tak lain tak bukan, beliau memang betul² difitnah oleh musuh beliau yang tak berhati perut.

    Apapun, norzah mohd ini adalah antara contoh hasil “basuhan minda” media. Dia hidup dalam suasana fantasi. Ah, maleh la nak hurai, sebab ada di kalangan komentar hangpa yang dah menerangkan keadaan dia ini, hehe!

    Tapi yang lawaknya, norzah mohd kata umat Melayu akan semakin terpinggir kalau kita sokong Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, umat Melayu memang selama ini telah dan masih sedang dalam keterpinggiran. Persoalannya ialah: kalau sekarang ini pun sedang terpinggir, salahnya terletak kepada siapa? Takkan Anwar Ibrahim pulak? Dia tu siapa? Dan, siapakah yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia sekarang? Bukankah tanggungjawab pemerintah ini menjaga umat Melayu daripada terpinggir? Tapi kenapa masih terpinggir jugak? Jawab!😛

    Adapun, memang benar, dalam BN ni, terutamanya UMNO, aku tak nampak yang betul² cerdik. Kalaupun dia ni asalnya “cerdik”, bila dia masuk geng ini atau dilantik jadi menteri, “kecerdikkannya” tetiba hilang. Yang pasti, depa semua ni haram tak peduli pasal rakyat. Tengok saja la cara menjawab, tak profesional langsung. Aku pun boleh jawab macam itu, hahah!

    Tapi apa boleh buat, selagi masih ada manusia macam norzah mohd ini, yang tetap akan menyokong juga puak² ini yang terang² tak profesional ini, maka sampai itulah puak² ini akan kekal memerintah.

    Mereka ini dapat mengekalkan kuasa kerana kebodohan rakyat. Media apa semua kan disekat? Kalau rakyat makin cerdik, ketahuanlah puak² ini…:mrgreen:

  14. Bagi aku orang yang bodoh saja akan setuju dengan kenaikan harga minyak dan barang sekarang ni. Jangan fikir untuk diri sendiri, fikir juga untuk golongan rakyat2 yang susah. Kenapa nak pertahankan harga minyak yang tinggi sedangkan ada pihak yang sedia memberi cara untuk mengurangkannya? Kenapa bebal sangat pemimpin sekarang sampai tak boleh nak berfikir untuk kebaikan rakyat? Mereka ni hidup senang, gaji mewah, memanglah tak kisah. Sebab kenaikan ini lah bangsa melayu kita semakin tertindas. Janganlah terlalu taksub dengan pemimpin sekarang sampai apapun yang mereka buat kita kata betul. Buka minda tu. Aku pun tak berani nak cakap yang Anwar tu baik atau jahat, benar atau penipu, aku pun bukan sokong dia tapi memang apa yang dia katakan masa debat tu masuk akal, dia tak melalut menyerang peribadi orang macam shabery tu. Dahlah tak menjawab soalan, cakap macam budak2, tak layak dia jadi pemimpin. Aku cadangkan baik UMNO tukarkan dia sebelum dia memalukan UMNO dengan lebih teruk lagi. Kenapalah pemimpin sekarang tak boleh berfikiran mcm Tun Abdul Razak. Bagi aku dia jelah Perdana Menteri yang benar2 ambil berat kesusahan rakyat. Kerajaan yang ada sekarang terlalu angkuh dan sombong sehingga tak mahu menerima pandangan pihak lain, terutamanya pembangkang. Kenapa? Adakah mereka ini menjadi pemimpin semata2 untuk mmempertahankan jawatan dan kepentingan parti atau ingin mempertahankan dan membela nasib rakyat tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun. Aku petik kata2 Nabil… LU FIKIRLAH SENDIRI….

  15. aku tak sanggup tengok air liur melenja-lenja keluar… ishhh… tak de org lain ke yang boleh diketangahkan.. yang boleh kontrol air liur tu.. pengotorr!!

  16. sebenaQnya lebih dr boleh ler….tapi nak wat lagu mana dah depa atas2 nun takdak yg sanggup turun V6 tukaQ guna kancil…kihkihkih.

    selalu dok makan nuh hebat2 nunn ayam tergolek hidangan yg lazat..perhh suatu hari depa masak ikan kering jer…bleh ke deme terimenye hehehehe….dok dpt 7% nak kena tolak pi 2% jer…sanggup ker..kihkihkih..

  17. bagi yg probodek BN tuh..
    mengkalu kata mau pakai driverpun carik ler pemandu yg berlesen lulus ujian betoi2….insyaAlahh dia bleh membawa kita kearah yg cemerlang….nih kalu nko pakai amik jer tak kira yg punya lesen lulus ujian ato dpt dari kedai kopi jer….terjun curang lah enko….kalu nko takde kesahkan diri nkopun…pikiaQ2 ler pasai anak cucu cicit nko nanti….ikhikhikh….

  18. apeee nko ingat dorang2 tuh..BOS ker..? kitorang ada bayo gaji tau..! yg malangnyer kenkadang tuh takdan nak buat kire2 lagi..nak buat bayaran gaji depa utk set bajet…awai2 lagi depa dah pi tekan amik….ikh ikh ikh…baguih sungguh aku nih sebagai majikan depa…

  19. Syabas untuk peminat fanatik Anwar Ibrahim, korang gaduhlah sakan orang kat luar dok gelak kat orang melayu, berpolitik macam nak rak … tapi habuk pun tarak, aku kutuk kau, kau kutuk aku .. at last bangsa melayu ini berpecah belah .. kau orang yang dok mengharapkan anwar tu kalau sunnguh jadi PM tu boleh ker bagi elaun kat korang tiap2 bulan. Itulah realiti orang melayu ,.. suruh berarak .. korang berark sanggup ambil cuti pulak tu .. korang tengok bangsa lain .. lantaklah apa nak jadi ..paling penting $$$$ .. parlimen bubar pergi mengundi .. korang yang fanatik anwar ni .. horah sana sini .. ..

    orang melayu yg dok sokong anwar tu , bila dah tempat kerja takde OT tak dapat cari kerja salahkan Pak lah tapi saper yang porak perandakan ekonomi malaysia .. ??? pikir lah sendiri ..

    kalau ada otak fikirlah sendiri, kalau takde otak jangan lah otak korang kena jajah ..

  20. keh keh keh..melayu pecah blah pasai UMNO dah capek yer…?mengkalu lagu tuh meh sini kita bersatu dlm PAS…amacam ade brani..?

  21. “Mohamad Azmin berkata Abdullah memberi jaminan “tiada kejadian mata lebam” seperti 1998.”
    ewah ewahhh..bkn main sedap jer dia cakap lagu tuh noooo…agak2nyer sanggup ker dia yg bercakap tuh tido dlm lokap berlantaikan simen…mcm DSAI kite nih..yg begitau prihatin dgn nasib rakyat…
    cayalah DSAI..
    penjelasan: kitorang takde gado2 laa…nko tuh nak pikap awekpun takyah le gadaikan pemikiran sempit ko tuh…maaf yer Tuan Rmh..keh keh keh..Peace..

  22. Hi NOTOAN-WAR,
    Apara ko ni bro..! ko malukan gua laa..publishkan idea2 bodoh ko kt sini..,tak pro laa ko ni bro…ko balik le pikir sendiri beb..kasi up sikit pengetahuan ko tuh…

  23. KHAS BUAT TATAPAN
    PEACER & TANPA NAMA @ MELAYU TAK SEDAR DIRI

    Sebab korang Melayu tak sedar diri .. orang belajar pandai2 tak nak … la ni jadi hampeh .. aku tak kata aku orang UMNO, PKR, PAS atau DAP tapi aku kesiankan orang melayu yg macam korang yang bodoh dan banggang + PEMALAS.. kepala hotak dah kena jajah

    Orang Melayu susah sebab sikap .. kalau terrer macam mana PM kat malaysia dapat rakyat macam korang ini …. esok2 bangla dengan nepal pun jadi tokey korang .. baru korang sedar .. lepas tu salahkan kerajaan .. kalau anwar kesayangan korang jadi PM .. kerajaan dia pun boleh lingkup .. kalau berfikiran macam kamu ..belum masuk bab nak pertahankan orang melayu dan agama islam .. sebab ini pun kamu failed …

    ini baru pro kan ..

  24. TUAN RUMAH …
    SALADIN ;;;;

    BOSANLAH KAU BUNYA BLOGS … RAMAI SANGAT BLOGGERS BANGGANG DAN KOMEN-KOMEN 80% OUT ..TAK MENBINA LANGSUNG .. MENGHANCURKAN LAGI ADA

    TERIMA KASIH AJELAH .. YEA ..

    KAUORANG TUNGGULAH BULAN SEMBILAN NANTI KOT-KOT DUIT TURUN DARI LANGIT … YEA .. KALAU PEMALAS ASYIK NAK BERPOLITIK INI JADINYA YG SEDIHNYA GENERASI-GENERASI KAMU YG AKAN DATANG ….

  25. huyoooo ganazzz ayat ko yer…nape ko asyik cakap pasai duit je..ko tak cukop duit yer..? oh yer biasa laaa ko kan pro dot dot..sikit2 mau habuan la ..har har har….tulah pasai..cakap mcm org ada prob jer..kih kih..ko byk lari topik le..mcm abg ko yg mlm tu jugak…

  26. hi NOTOAN-WAR, dr awai hujah2 ko..,gua rasakan ko ni masih ditakuk lama laaa…ki ki kih…nampak sgt yg ko ni mcm takde hala tuju & hujah2 ko tupon spt hujah2 UMNO 80’an dulu umpama ludah ke langit jatoh atas nko punye muka daaa….rilek le bro..kitorangpun takde join mane2 teampun…cuma yg buruk tuh..buruk le..takkan burukpun ko mau jilat jugak..asalkan ko dpt habuan je..cit…

    Peace..Maaf ye Tuan Rumah…

  27. wehh NOTOAN-WAR, sebenaQnya ko nih kecewa kut.. pasai NORZAH kita takde layan ko yer..?kih kih kih..sedaQ le sikit weyyy…ko ayat dia pakai kitaQ semula Shabery punya ayaQ liuQ..mana mau layan bro…kih kih kih hujah2 ko plak hero lama..takde karannye beb..kih kih kih…blogs gua ko takde mintakpun bro…kihkihkih…takkan ko mau pompuan punyer jer..panazzz2..wokeyhhh Tuan Rumah & all, waaa cawww dulu…Salammmz..

  28. hmmm .. korang kepala banyak karatlah ..takde pergi kesekolah .. lah
    aku kecewa sebab ada bangsa melayu yg tak sedar diri macam korang ….ayat recycled ker ayat terbuang ker .. kalau yg betul boleh ambil ler banggang … tak macam korang namanya ajer melayu tapi fikiran macam tak de melayu .. aku bukan macam korang nak harapkan duit turun dari langit .. ituler bangsa melayu banyak merempat sebab fikiran senang dijajah..

    esok PR memerintah DEB dan Hak keistemewaan orang melayu ditarik balik ..kalau tak tahu bukakan minda banyakkan membaca bukanya melalut macam orang gila … Jika IKM, UITM, KOLEJ KOMUNITI bangsa lain boleh masuk belajar .. anak-anak. adik-adik korang nak belajar kat mana ? apabila kuota melayu di IPTA di hapuskan .. nak belajar kat IPTS yang menelan puluhan ribu .. pinjam loan ? boleh ..tapi lepas belajar .. kena bayar balik … jgn fikir lepas tengkok korang aje ..masa tu baru nak marah menyesal tak sudah .. at last anak-anak & adik-adik korang kerja dengan nepal & bangla yang sekarang ini mungkin kuli korang sekarang ..

    kalau kita tak upgrade diri kita … saper nak beri .. allah pun suruh berusaha .. bukan goyang kaki aje .. kalau berdoa siang malam tak disertakan dengan usaha .. tak jadi benda pun ..

    hero lama ker hero baru ker lantak korang nak cakap aper .. ada otak fikir .. buat research .. aku pun kalau UMNO buat jahat aku kutuk juga .. tapi kalau PR nak buat naya pada bangsa aku .. aku mesti marah ..

    Faham … mintak maaf kalu pakai bahasa kurang ajer ..nak tarbiyyah sikit kalau ada saper-saper yang baca mungkin boleh fikir .. ini negara demokrasi terpulang pada korang .. nak baik ker nak jahat ker .. nak UMNO ker nak PR korang bebas berfikir

  29. Jgnla gaduh2.. takde sape2 yg menang. Kita bertindaklah dan berfikirlah secara profesional dan rasional. Ambil yg jernih, buang yg keruh. Umat Islam perlu ada sikap satu padu. Baru boleh mengubah negara dan dunia.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  30. Hmm.. sekadar pembasah gusi di waktu pagi… ada sedikit surat dari salah seorang rakyat Malaysia yang duduk di Rembau. Sape2 tak faham bahasa Negeri Sembilan tu… rujuk2lah pada yg faham… lawak jugak bila membacannya… fikir2kanlah.

    “kepado pak lah… PM paling sey sayang…I lap u
    namo sey ni KARIM…pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU…alaaaa tompek si KERY yg abah’eh JAMALUDIN tuuu…tak kona’ ??? ? menantu PAK LAH tu laaaaa….suko bona’ sey ngan dio tu…ghaso nk buek menantu lak…
    sey nulih suratni bukan apo…sajo yor nk ucap’an timo kasih kek pak lah sobab naik’an hargo minyak ari tu.. lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaaa…banggo boto’ sey ghaso…mcm duduk kek LAS VEGASlak…HIDUP PAK LAH!!!!!!!

    sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato’eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor…

    sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn.. anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa…kok tk bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu…dapek gak la duit sesikit…buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey…nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek’eh
    ni ??? ) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga’ kek umah flat…

    rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh’eh dari keperluan sey.. bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen…bak kto si SAIDA AF6 “ok la tuuuu”

    sey tak pakai pon keto… sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit….tokih2 pun ado la hasil’eh..

    team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska’ poie sekolah…ado la 5 km…dokek yor tuuuuu… walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona’ eh terlobih cukup untuk keluargo sey… buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno’an gulo bilo buek kopi… tak akan guno’an topung untuk buek kodok sey nak ganti’an bogheh ngan ubi… tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo) sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup.. ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn… dan sey mintak bona’ pak lah naik’an laie hargo minyak yg ado.. bukan tu yorrr.. sey mintak bona’ naik’an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang. ..dio slalu guno highway, biar padan muko dio…tu la…suko bona’ nyokong pembangkang. ..PAKATAN RAKYAT konon…palo hayah dio tu…nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanrayo nanti… insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah…tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu….

    jgn lupo pak lah.. naik’an laie hargo minyakjgn la diturun’an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang…kang apo lak anak bini’eh nk mentodarah.. ..tak dapek pulak nak menyopping sakan kek obe sea tuhsey totap nyokong pak lahakhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO idup bn.. ian timo kasih..

    ps/ sampai’an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan punyo syarikat SCOMI…sapo tah namo’eh…lupo lak

    pocah kaco, pocah golas,
    sudah baco, harap baleh.”

    Apa nak kata?

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  31. Assalamualaikum semua,

    Sebenarnya sy rasa heran sangat. Kenapa orang boleh begitu yakin dgn BN. Sedangkan terlalu banyak sebab utk tidak memilih BN.

    Dulu sebelum saya kenal PAS, PKR dll, sy mmg dh nampak byk bende yg tak betul dlm BN. Tapi, utk bersetuju dgn PAS dll, sy ada perasaan takut/ risau/ tak yakin (yg akhirnya barulah sy sedar, ia adalah hasil dari propaganda BN sendiri yg dr dulu telah menanam dlm minda rakyat Malaysia bhw mereka shj yg mampu memerintah negara dgn JAYAnya, aman dan makmur).

    So, camna nak tau siapa betul, n siapa silap? Cara terbaik ialah niat dalam hati lagi kena betul. Dlm kita nak tentukan kebenaran, kita mesti bersihkan otak daripada kecenderungan kepada mana2 pihak. kendian, mintak petunjuk ALLAH. lepas tu, buat penilaian mengikut neraca ALLAH.

    Antara beberapa sebab yg membuatkan sy tiada pilihan lain selain menolak BN @ UMNO:

    1. mereka tidak meletakkan kedudukan hukum ALLAH di tempat yg paling utama dalam segala apa yang mereka kerjakan. Hal agama cuma utk bc doa, solat, kenduri, kahwin, puasa, haji dan yg seumpama dgnnyer …

    2. ulama mereka tidak punya kedudukan sebagai penasihat dalam segala apa yang mereka kerjakan. sy tak pernah dengar ulama mereka memberi teguran kepada umno ttg urusan pentadbiran

    3. mereka TIDAK yakin dgn undang2 ALLAH. terlalu risau dan tak yakin dgn kesyumulan hukum ALLAH. Siap mengatakan undang2 itu tak blh dijalankan di Malaysia sebab kita ada pelbagai kaum yg bukan Islam. Bukankah ALLAH pencipta alam? Dialah juga yg ciptakan kita sebagai umat Islam dan pencipta mereka2 yg bukan Islam. TAK MUNGKIN ALLAH ciptakan hukum yg hanya sesuai utk negara yg mempunyai penduduk beragama Islam sahaja. Tentulah DIA ciptakan hukum yg sesuai diamalkan di mana2 hatta di hujung cakerawala sekalipun!!! Kalau hukum ALLAH sesuai utk negara berpenduduk Islam sahaja, nampak sangat ALLAH tidak bijaksana. Kalau kita bersangka bhw hukum Islam tidak sesuai di Malaysia kerana kemajmukan rakyat, tanpa disedari kita sebenarnya telah membuat tanggapan bhw ALLAH tidak bijaksana!! Tak terfikirkan korang semua?!!! …..

    4. pemimpin memiliki harta terlalu banyak. sedangkan mereka dipilih untuk mentadbir sumber alam yang sebenarnya milik semua warga Malaysia. Ini bermakna mereka sepatutnya bekerja untuk rakyat. Bukan rakyat bekerja utk mereka. Satu lagi, kenapa nak baiki rumah, buat rumah, pergi melancong, bayar guna duit rakyat. bukankah mereka sudah ada gaji? Kalaupun mereka perlu diberi kemudahan sebagai penghargaan tetapi, kenapa terlampau banyak sehingga harganya tak munasabah?

    5. mereka menyekat pandangan daripada orang lain untuk membidas mereka. Malah mereka menghalang rakyat daripada mendengar pandangan yang membangkang mereka. Mereka sekat penjualan akhbar yg menentang mereka, mereka halang pandangan yg berbeza daripada mereka untuk masuk tv, surat khabar perdana, mereka sekat perhimpunan untuk menyatakan pandangan yg menentang mereka. Pada saya polis wajar buat kawalan agar tidak berlaku sebarang rusuhan. Namun, tidak wajar menyekat sesiapapun daripada menyatakan pandangan. Lagipun, cara apakah lagi yg boleh mereka gunakan sedangkan di parlimen sendiripun dihalang?!

    6. mereka memisahkan agama daripada urusan pentadbiran, ekonomi dan segala yang berkaitan duniawi. Mereka halang urusan keduniaan dibincangkan di masjid2 (sedangkan Rasulullah sendiri mentadbir negara, menguruskan hal2 ekonomi, sosial masyarakat dll di masjid!) kenapa kita pandai2 nak mengasingkan rumah ALLAH daripada hal2 dunia. Nampak sangatla “sekular’nya mereka!! …

    7. walaupun mereka ada menjalankan operasi meningkatkan jumlah penganut Islam yang baru. Tetapi, mereka tidak berusaha kuat utk menghalang murtad daripada berleluasa! Malah meletakkan masalah itu dibahu ustaz2 utk settlekan (seolah2 itu bukan tugas mereka!!)

    8. dalam kes Anuar dulu, terlalu byk bukti mahkamah yg bertukar2. Tak terfikirkah (penganut UMNO), itu seolah2 bukti yg diada-adakan??

    9. kalau berlaku dakwaan terhadap pemimpin tertinggi UMNO @ BN, tidak akan berlaku siasatan lengkap terhadap mereka!! Apakah mereka itu terlalu innocent? Mereka tidak pernah dibawa ke balai polis dan ditahan untuk siasatan seperti rakyat Malaysia yang lain (nampak serupa macam dalam citer hindustan bila bab org baik lawan orang jahat(menteri), semua polis ikut cakap orang jahat. lepas tu tunjuk pula org jahat tu tabur budi kat penduduk2 miskin. kendian, semua penduduk miskin puji2 org jahat tu. Org jht tu pulak licik, blh buat ape2 shj sehingga boleh mencipta bukti palsu).

    10. mereka kata, mereka pejuang bangsa dan agama. tetapi, harta orang melayu semakin susut, orang melayu semakin terpinggir dlm bidang ekonomi dan pendidikan.

    Sebenarnya, kita sudah terlalu lama dibajakan dgn dakyah palsu mereka sehingga kita tidak nampak mana benar/ mana salah. Kalau kita benar2 mahu berada di pihak yg benar (dan tanpa sedar tidak termasuk dlm golongan yg salah), kita mesti:

    1. berniat ingin mencari kebenaran
    2. tidak bergantung kepada dakwaan @ maklumat dari sebelah pihak
    3. memohon petunjuk daripada ALLAH (sesungguhnya jika kita memohon ALLAH tunjukkan kepada kita jalan kebenaran dan kita BENAR2 mahu menuju jalan kebenaran, sudah pasti ALLAH akan tunjukkan)
    4. tidak memilih mengikut perasaan hati tetapi mengikut pandangan Islam (yela, kalau ikut perasaan tentu kita akan memilih golongan yang tidak menghalang hawa nafsu kita)
    5. baca segala sumber dari kedua-dua pihak yg bertentangan tanpa cenderung kepada mana2 pihak kecuali cenderung kepada ALLAH
    6. sedar bahawa bukan semua pihak yang benar tidak akan melakukan kesalahan @ kesilapan. DAN … bukan semua pihak yang salah tidak pernah melakukan sebarang kebaikkan. Ini bermakna kita mesti memilih berdasarkan kepada ‘Dasar Perjuangan’ mereka bukan atas dasar ‘siapakah orangnya’!!…
    7. sedar bahawa apapun pilihan kita, pasti nanti ALLAH akan tanya kita semula: “atas dasar apakah kita memilih pemimpin?” dan ingatlah juga bahawa mereka yang menginginkan dunia PASTI akan mendapat dunia SHJ!. Tetapi mereka yg menginginkan akhirat, ALLAH akan beri dunia dan akhirat. Kalaupun kelebihan kita di dunia kurang, pasti diganti dgn ganjaran akhirat yg lebih byk!!

    Sy mula terfikir untuk mencari kebenaran setelah membaca kisah bagaimana Nabi Ibrahim mencari Tuhan yang menciptakan dirinya. Baginda cuba cari dari satu tuhan kepada satu tuhan, dari berhala hinggalah ke pokok, batu dan kemudian matahari. Akhirnya baginda sedar semua itu bukan tuhan. Bagaimanakah baginda settlekan masalah ni? Senang jer, dgn memohon di dalam hatinya agar Tuhan Pencipta alam dan dirinya menunjukkan kebenaran kepadanya!!

    Fikir2 lah … byk2lah membaca … gunakanlah neraca ALLAH bukan neraca kita sendiri … jangan asingkan agama daripada dunia ………..

    wassalam. semoga ini dapat membantu mereka2 yg keliru menentukan kebenaran, memulihkan yang sesat dan menyegarkan iman mereka yang sudahpun berada dalam kebenaran…….

  32. Aku bukan nak cakap apelah, pilihanraya baru2 ni pun aku undi BN, sbb BN janji takkan naik harga minyak, takkan naik harga barang. Tapi sekarang aku mengerti, kenapa gelombang politik begitu besar memukul BN sehingga begitu besar kehilangan sokongan rakyat. Kepada NOTOAN-WAR, bagi aku dalam blogs ni komen kaulah yang paling tak membina sekali, dah mcm Shabery, menyerang peribadi orang tanpa fakta2 yang kukuh. Nampak sangat kau ni kena banyak belajar lagi. Kau kata orang sibuk berpolitik, tapi kalau tak berpolitik kau ingat bangsa mana yang pegang tapuk pemerintahan sekarang? Bodohlah kau ni. Kau tau tak politik ni sebahagian daripada tuntutan Islam untuk memilih pemimpin untuk memerintah rakyat. Kau ingat Pak Lah tak berpolitik? Sekarang terang2 BN dah mungkir janji, tapi orang bodoh yang taksub macam kau ni memang takut berubah. Mungkin hidup kau sekarang selesa, sebab tu kau tak nampak kesusahan orang. Aku pun tak berani cakap yang PAS atau PKR boleh memerintah dengan lebih bagus, tapi bukaklah mata beb. Dengar suara rintihan rakyat ni. Apa salahnya terima cadangan DSAI untuk turunkan harga minyak tu, xpayah tunggu DSAI tu jadi PM. BN sekarang dah boleh bertindak dah untuk rakyat, tapi kenapa pemimpin BN sekarang angkuh dan sombong sangat. Aku tetap memuji kepimpinan Tun Abdul Razak yang prihatin tentang rakyat dan sanggup menerima pandangan pihak lain walaupun dari pihak pembangkang. Kau kena ingat, tak semua yang BN buat tu betul dan tak semua yang BA buat tu salah. So, kalau perkara yang disampaikan tu betul, apa salahnya kita terima cadangan mereka? Bingailah kau ni NOTOAN-WAR. Orang macam kau nilah yang menyebabkan BN semakin mundur dan tidak boleh maju ke depan. Aku bagi perumpamaanlah, andai kata Anwar cakap Allah tu tuhan, takkalah kau nak kata dia tu tipu sbb dia tu pembangkang? Dah nyata lagi jelas dah benda tu betul. Kau kena terima, betul tak? Baik kau betulkan fikiran cetek kau tu sebelum kau nak menulis dalam blogs ni. Orang macam kau ni tak layak lagi nak bagi pendapat. Aku menyeru kepada semua penulis dalam blogs ini agar kita semua bersikap terbuka. tak kiralah kau BN ke, PAS ke, PKR ke. Cuba berfikir dengan terbuka, jangan dikongkong oleh semangat kepartian.

  33. 😆 Tuan Kipp, mintak maaf la, tak perasan pulak komentar hang (dan oleh seorang lagi pengomen) telah diblock dan dianggap sebagai spam, entah apa² la! Komentar orang lain kat sini tak ada pulak yang dia block!

    Dan tenkiu atas pengtahniahan!:mrgreen:

  34. Surat terbuka untuk PM

    Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh…….Blah

    Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami Memang dari dulu kami
    sokong sampai lani Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini……
    Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

    Memang kami tak tau pasai ekonomi
    Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
    Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
    Dapat gaji habis tak berbaki

    Pak Lah habag tak boleh buat apa
    Nie semua ekonomi dunia
    Kalau tak naik nanti dunia kata apa
    Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

    Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
    Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat……
    Nie dok nampak macam nak telan kederat Dok nampak kami yang nak
    melarat

    Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat Kunun tak mau tengok
    rakyat hidup melarat Tapi kalau macam nie punya sarat Darah rakyat pun boleh sejat

    Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi Kunun asyik kerajaan saja dok
    bagi Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi Tu…yang lima tahun sekali tu….sapa bagi??
    Tiap kali naik harga, dok banding sini sana ??
    Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita……
    Apa jenis depa punya kira
    Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
    Brunai tak leh kira
    depa punya minyak berlambak tak terkira Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
    kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
    Ada Petronas pun tak leh buat apa
    Ada duit sikit, dah nak mengada
    Pi buat segala menara pagoda kembaq dua Nak tunjuk, kami la kaya

    Petronas kata kami tak tau apa
    Kerajaan yang buat kira bicara
    Kami ikut apa depa kata
    Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

    Kunun dok habag petronas hak rakyat semua Pakailah minyak petronas,
    nanti untung dapat kat kita Nie, nak tanya la….tiap tahun untung
    beribu juta Rakyat dapat apa ????? kudis buta….

    Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
    Tengok pulak apa cerita esok pagi
    Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili depa pun sama tumbas naik sekali

    Nanti ada la menteri tolong bercakap
    Sapa naik harga dia nak pi tangkap
    Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
    Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

    Pak Lah mau renung nasib kami
    Kais hari nie makan untuk kemarin pagi Anak kecik pun dok ada lagi
    Boleh hidup ka kami lagu nie

    Dah tak larat nak tanggung cukai
    Sini cukai, sana cukai
    Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

    Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
    Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
    Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
    Dapat tender pun tak payah susah susah

    Kami rakyat bukan macam tu
    Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu Sedih sungguh
    ohhhh negara ku Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

    Dah sampai masa Pak Lah ingat
    Selesai masalah rakyat cepat cepat
    Nanti kot rakyat naik meluat
    satu undi pun Pak Lah tak dapat

    Cukup la sampai di sini
    Tobat dah…aku tak mengundi BN kali nie Parti Barang Naik pulak kot
    jadi depa lani Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi…

    Yang Benar,
    Rakyat yang semakin tak larat

    * surat ni dijana oleh komputer cap kambing, tiada tanda tangan diperlukan

  35. Aku benci pasai..
    UMNO lah yg merosakkan bangsanya sendiri & dah lama depa dok perbodohkan rakyat….bila ada yg cerdik nak ucap tuk perbetoikan hakikat depa plak kena tangkap ataupun dipecat & tingai laa hak yg dok ada nih semuanya otak dah berkarat bodoh macam lepat liat..keh keh keh..

  36. dalam banyak-banyak komen kat sini, cik dasarhati cenderung nak bersetuju dengan komen abiat. jelas halatuju pemikirannya. sama-sama la kita terus mencari kebenaran dan meletakkan prinsip kita sejelas-jelasnya di mana kita sekarang dan masa akan datang. yang dah lepas tu lepas lah. yang penting sekarang umat Islam bersatu pertahankan Islam di bumi Allah yang masih diberi peluang ni. Tak kira kita ni bangsa apa, parti apa, selagi inginkan ISLAM dan cara hidup masih mahu ke arah ISLAM – maka ISLAM jalan terbaik yang kita ikuti.

    InsyaAllah🙂

  37. As’kum.
    kawey ni tak reti bab2 isu2 semasa nih tapi kawey nak tahu le jugak pasai la ni rata2 dok kata Bangsa Melayu dok pecah belah ! ada sesapa2 bleh bagi penjelasan tak wey..?

    1)BETOIKAH BANGSA KITA DILANDA PERPECAHAN (PECAH BELAH)..?

    kawey dok tengah konpius ni pasai kawey tak nampakpun ini semua berlaku…kawey rasa aman jer….takdak gado2pon..adakah ini timboi pasai gossip je oleh pihak2 tertentu demi kepentingan tertentu ? konpius44x..hai empunya Blog yg budiman.. maaf ye coz kawey nih singgah jap kat sini nak cari pedoman hehehehe.jgn maree ye…

  38. Jangan perbodohkan dan peralatkan rakyat sendiri….
    “katakan tidak pada BN… Setiap undian membawa padah”

  39. hi ,
    Gua lagi tergaman beb bila lepas pilihanraya & dapat result teruk je baru mau dok terkeluaQ semua nih…apa pasai…sebelum nih takdok ajak mai bersatupun…padehal jika benaQ2 ikhlas utk titik beratkannya gua rasa they all tak perlu bangkitkannya di pentas politik jer..pendapat limosen gua le…banyak tempat lagi kitorang boleh bersatu beb..takde maknanyer beb..jika kita diajak bersatu dlm parti diorang jer kui kui kui…lagi senang beb suruh jer diorang selalu pegi solat berjemaah kt masjid2 dulu kut mudahan2 diorang benaQ2 ikhlas nak cakap pasai ni…he he he

  40. hehehe Bro Guapun Sokong DSAI…& Gua amat sayangkan Tuan Guru Nik Aziz….tapi gua mula curiga puak2 yg kt Terengganu beb..gua mula terpikir patut le semusim jer…..& seterusnya gua terkenangkan aci gua dulu “sekelip mata kau Berubah” selepas bertungkus lumus lebih 5thn beb dok support segalanya nak bagi senang besoknya…tiba2 gua plak diterajangkan..cisss….gua dah mula murka nih kih kih nengok jer T…terus merosot gua…..gitu ke “T”….opocottt…..lari topik plak….maaaf yer….har har har….

  41. Aku xnak Pemimpin BN, Aku xnak Pemimpin PAS, Aku xnak Pemimpin DAP, Aku xnak Pemimpin PKR…. Aku cuma ingin Pemimpin Rakyat… pemimpin yang sanggup mengenepikan kepentingan parti dan membantu rakyat. WAHAI PEMIMPIN DI MALAYSIA! Dengarlah rintihan RAKYATMU. Puas kami menderita kerana perkelahian kalian. Puas korang berdebat tetapi rakyat tetap menderita.

  42. Takbirrr….
    samala kita…

    meluat kenkadang tuh..nengok sedutan kt TV ahli BN dok berhujah dlm Parlimen…cakap jer prang prangg pranggg tang tangg….cisss zero je…nak glamernye yg lebih…puihhhhh xsyen utk tipu org tua2 kt kampung bleh le…

  43. BN banyak dah bodohkan rakyat..mangkuk hayun punya penyokongnya…kalau pasai minyak sikit2 bandingkan ngan Thailand & singapore…cilakak ko..apesal le diorang tak bandingkan pasai harga EVO8 kat thailand nun..sama tak ngan M’sia nih..he he he he lari sikit punya banyak daaa…keparat punya bodohnya penyokong BN tuh…kui kui kui…mana2 penyokong2 BN tuh meh sini kita berdebat kt rumah ni heee heeee…takmo gado2..buat sakit badan je..kui kui kui…alamak buat mcm rumah sendiri plak…kih kih kih

  44. Askum. Hey all,
    Cuba menghayatinya..daripada salah satu petikan yg telah membuktikan kita sekarang bernaung dibawah tampuk pemerintahan kerajaan yg lemah longlai..keh keh keh…akibatnya semua menjadi rebah.

    “Kita dapat ketul-ketul batu, mereka dapat pulau”
    Lt Kol (B) Jalil Ithnin TUDM, Ukay Perdana
    Fri | Jul 18, 08 | 12:48:53 pm MYT

    Saya tertarik dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan meletakkan anggota tentera di Batuan Tengah oleh kerana tiada ancaman atau keperluan berbuat demikian. Saya tidak bersetuju dan mempunyai pendapat yang berbeza.

    Sungguh pun kenyataan beliau dibuat semasa isu berhubung kedaulatan Pulau Batu Putih sudah reda, tetapi kita telah dengan sengaja mewariskan kepada generasi akan datang satu sejarah yang amat pilu bagi rakyat Johor negeri tumpah darah saya dan Sultan Johor. Sebuah pulau milik negeri telah terlepas ke tangan orang lain.

    Sebagai seorang bekas pegawai tentera, saya berpendapat adalah menjadi tanggung jawab dan peranan utama ATM untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi oleh musuh dari luar atau pun jiran tetangga yang tidak bertindak seperti sahabat.

    Jiran kita itu lebih bersifat seperti jinak-jinak anjing yang suka menyalak, menghisap darah dan mengigit apabila ada peluang. ATM sepatutnya lebih proaktif terhadap sikap kiasu negara-negara yang dianggap sahabat tetapi mempunyai agenda terselindung yang jahat. ATM sepatutnya bertindak satu tahap lebih atas daripada mereka pada setiap masa bagi mempertahankan kedaulatan setiap inci wilayah milik negara.

    Apa justifikasinya kita memiliki senjata canggih dan moden jika tidak mampu atau takut bertindak terhadap mereka yang secara terang-terangan tidak menghormati kedaultan negara kita?

    Lihat sahajalah gelagat mereka yang berasal dari pulau nyamuk apabila memandu di lebuh raya kita. Adakah mereka menghormati undang undang kita? Jawapnya tidak! Inilah cermin dalaman diri mereka yang sebenar dan inilah jiran yang kita sanggup bersekongkol dan berlembut tetapi mereka tidak sesekali menganggap kita jiran yang berbudi.

    Mereka bersedia mengekalkan hak secara kasar dan biadap tetapi kita mengambil pendekatan berlembut. Apakah kita memiliki sifat orang lembut? Mereka telah memperolehi lebih dari sepatutnya di atas kelemahan kita dan kita sentiasa menjadi ‘underdog’ kepada segala isu. Kita dapat beberapa ketul batu dan mereka dapat sebuah pulau, adakah ini secara waras disebut “win win situation”?

    “Barang yang lepas jangan dikenang sudah menjadi hak orang lain” tetapi barang inilah yang mengguris perasaan kita. Cuba lihat cara mereka bertindak. Belum lagi Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague membuat keputusan mengenai hak milik Pulau Batu Putih, Singapura telah meletakkan pasukan keselamatan mereka di sana. Lebih pedih di Pulau Pisang milik sah Malaysia yang ditumpangi mereka untuk menjaga rumah api, para nelayan kita dihalang menggunakan jeti yang didirikan mereka.

    Adakah ini sifat sahabat jiran tetangga yang baik dan patut dihormati? Apakah Malaysia sebuah negara berdaulat tidak mampu untuk mengawal sebuah rumah api? Dan apakah ATM tidak mampu membuat rondaan dan latihan di Pulau Pisang dan pulau-pulau hak milik Malaysia sebagai ‘forward base’ ATM dari semasa ke semasa? Dimana perginya RGK, Paskal dan Paskau? Adakah ATM ketandusan Lt Adnan Saidi serta perwira Iban Kanang anak Langkau?

    Saya percaya,yakin dan berharap ATM dapat melakukan sesuatu untuk menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara dengan mengambil pendekatan yang lebih proaktif, berfikir ke hadapan (forward thinking), penuh semangat juang dan berani.

    Hujah inilah jawapan saya kepada kenyataan Panglima Angkatan Tentera yang tidak mahu menempatkan tentera di Batuan Tengah.

    Panglima-panglima ATM seperti pegawai-pegawai tentera yang lain menerima watikah daripada Yang di-Pertuan Agong sebelum boleh bergelar pegawai tentera. Prosidur ini adalah khusus bagi tentera dan tidak bagi penjawat awam beruniform lain.

    ATM sepatutnya faham dan tahu mengenai kedudukan istimewa mereka. Majlis Angkatan Tentera adalah badan penaung ATM yang diwujudkan dalam Perlembagaan Malaysia, tetapi Perlembagaan tidak memberi kuasa operasi kepada Majlis sebaliknya ia terletak dibahu bapak-bapak general ini.

    Maka undang-undang negara memberi hak dan bidang kuasa kepada panglima-panglima ini untuk berperang diatas nama Yang diPertuan Agong untuk menjaga kedaulatan negara tanpa rujukan kepada badan lain seperti Majlis Keselamatan Negara secara literalnya.

  45. hi Bro Haha..,
    jgn salahkan ibu yg mengandung bro..

    sapa yg musnahkan bangsa & agamanya sendiri selama ini…?

    >Siapa yg tutup Sekolah Agama Rakyat..Bro? keh keh keh…
    >Roboh rumah2 rakyat yg tak berkemampuan…kerajaan mana Bro yg dok buat tuh..?hehehehe…

    woooo banyak lagi tak cukop page kalau nak menceritakan kesemuanya…keh keh keh..

  46. Kepada meluat berkata …

    kepada sesiapa sahaja yang cuba-cuba untuk menghuru-harakan Malaysia .. tak kiralah saper-saper pun … termasuk BN, atau PR .. atau anda-anda termasuklah kamu dan saya ….

    Lu pikir sendiri lah ..

  47. meh kita pakat2 pikiaQ noh…

    AMK T’ganu buat laporan polis esok
    Abdul Rahim Sabri | Jul 24, 08 4:47pm
    Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu akan membuat laporan polis berhubung kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang dilaporkan terlalu tinggi.

    Laporan polis itu akan dibuat oleh Ketua AMK Terengganu Fariz Musa dan timbalannya, Muzafeq Affyulzalfuzam Mohamad di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 11 pagi esok.

    Katanya, laporan tersebut akan dibuat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terhadap kemungkinan berlaku penyelewengan kos penyelenggaraan kereta tersebut.

    “Ia selepas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dua hari lalu berhubung kos penyelenggaran bagi sebuah kereta Proton Perdana mencecah lebih RM 50,000 bagi sebuah kereta,” kata Fariz ketika dihubungi hari ini.

    Ahmad sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, kenderaan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan anggota Exco dan pegawai kanan sekarang sering menghadapi masalah kerosakan kotak gear dan cakera brek.

    Menurut Ahmad lagi, keadaan itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian akibat kos penyelenggaraan tinggi sehingga mencecah RM30,000 bagi setiap kali kenderaan itu dihantar ke pusat servis.

    Malah, menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata, kelmarin beliau mendapat maklumat lengkap yang menyatakan pihaknya terpaksa mengeluarkan belanja RM69,000 untuk sebuah kenderaan yang diselenggara dalam tempoh dua tahun, hanya kerana perlu tukar kotak gear.

    Langkah pertama

    Menurut Fariz, terdapat unsur-unsur yang dipertikaikan atau timbul kemungkinan penyelewengan terhadap kos penyelenggaraan kereta tersebut.

    “Laporan polis dibuat sebagai langkah pertama untuk meminta polis membuat siasatan,” katanya.

    Fariz berkata, AMK juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

    Menurutnya, dalam suasana kegawatan dan kenaikan harga minyak, Ahmad harus bertindak dengan lebih bijak dan berhemah.

    “Kerajaan harus berjimat cermat untuk menggunakan wang dan peka dengan keadaan semasa,” kata Fariz.

    Belliau juga tidak bersetuju kerajaan negeri membeli kereta Mercedes kerana kos pembeliannya sangat tinggi.

    Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri perlu menggunakan kereta nasional seperti kerajaan negeri lain selain kosnya yang murah.

    harap2 depa siasat dgn telus noh..
    ambo nih tak cukop makan macamanapun..tak kesah biaQ pi laaa asaikan depa urus dgn betoi cukop laaa…susah2pun ambo ni biaQpi incometax depa gabuihpun asaikan depa jujoQ…cukai apa2pun ambo bayaQ jugak walopun ambo sendiri puas dok hitung duit bajet cukop2 biaQ bleh berblanja smentara nak sampai gaji bulan depan…dulu tak minat makan maggie pun tapi la ni terpaksa telan jugak laaaa….pasai depa suruh kita berjimat cermat…ikh ikh ikh…sedih wooo kos sara idop la nih..kami dah tak tahan dahh wooo…harap2 tuh tak kira laaa mai dari pihak manapon..ambo harap siasat laaa naaaa dgn jujoQ.kesian laaa kat kami ni…

  48. Adakah sekiranya kita membongkar setiap gejala2 buruk seperti salah guna kuasa,rasuah & lain2 gejala buruk yg telah dilakukan oleh para pemimpin itu satu kesalahan ataupun boleh dianggap sebagai rakyat yg mahu menghuru-harakan Malaysia…? lu pikiaQ la sendiri haha

  49. Tragedi Kg Rimba Jaya bukan isu perkauman

    Para peneroka Kampung Rimba Jaya telah meneroka, membina rumah dan mendiami kampung tersebut sejak 30 tahun yang lalu. Pada awalnya, Rimba Jaya merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain . Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

    MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

    Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Komentar ditutup.