Poster filem Dragonball!

KAME HAME HA!!!

Ini antara jeritan yang sangat popular pada sekitar 90an dulu apabila komiknya buat pertama kalinya diterjemahkan ke versi Bahasa Malaysia, dikenali dengan tajuk MUTIARA NAGA (bukan “MUTIARA HAAATIIII… wowowowooo…” tu ya!). Kontroversi pun ada, yang aku ingat ialah pada babak yang melibatkan seluar dalam wanita tu… eww! Oh, perlu ditegaskan, aku ni bukannya penggemar siri komik tu sangat ya? Aku tahu pasal kontroversi tu pun menerusi akhbar dan majalah ilmiah (cewah!), bukannya menerusi komik itu sendiri!

Lepas itu, pada awal 2000an pula, muncullah secara RASMInya siri animasinya (alihsuara Bahasa Melayu semestinya) di kaca TV kita (RTM2/TV2 pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9:30 pagi, dibawakan khas oleh APOLLO!). Pun begitu juga, aku tak layan sangat jugak pun, hanya tertonton seketika apabila aku sedang menunggukan siaran siri DIGIMON ADVENTURE yang lebih aku gemari (jam 10 pagi setiap hari Ahad). Tapi aku terperasan la, nama watak utama tu disebut dengan nama yang tak betul (Suzikon?) dan nama kuasa aura pemusnah pun tak betul jugak (Kue Pau Heng Kong? Kuih PAU?), mungkin gara-gara pengalihbahasa ini malas nak belajar Bahasa Jepun, maka diambil jalan mudah dengan menterjemahkan daripada versi Bahasa Cina (agaknya la).

Ya, itulah dia, siri francais (manga dan juga anime) terkenal, yang boleh dikatakan telah meletakkan animasi Jepun di mata dunia pada era itu, dan digilai oleh peminatnya di merata dunia (dunia Barat dan kita pun dijangkitinya), iaitu siri DRAGON BALL.

Tapi, aku bukanlah nak cakap pasal siri komik atau animasinya (termasuk filem animasi) beserta siri permainan videonya yang berlambak tu. Aku nak tunjukkan poster filem… filem versi live-action yang RASMI punya beb! Aku kata “rasmi” sebab sebelum ini dah banyak kali dah cerita ini diangkat secara “haram” ke layar perak (curi idea dan nama serta jalan cerita, tapi langsung tak ada kebenaran dari pihak yang memegang hak cipta iaitu penciptanya, Akira Toriyama).

Mau tengok bagaimana rupa posternya, sekaligus rupa pelakon-pelakon yang membintangi filem ini? Jeng jeng jeng…

Ya, inilah dia posternya!

Poster Dragonball

Aku terbaca pasal berita mengenai poster ini daripada laman sesawang Superhero Hype! (turut memaparkan berita mengenai poster filem G.I. JOE), yang seterusnya memaut pula ke sini (tempat asal di mana aku “cilok” gambar poster ini, heheh!). Yep, memang senget sikit poster ni, maklumlah, orang itu ambil sendiri foto tu.

Filem ini dinamakan sebagai DRAGONBALL. Yeah, kedua-dua perkataan itu digabungkan, tak dipisahkan sepertimana kebiasaan. Wokeh, mari kita tentukan watak-watak yang ada di poster tu dan siapa pelakonnya, wokeh?

Watak yang paling di hadapan itu (sedang memegang sebiji Dragon Ball tu) tak lain tak bukan ialah hero bagi siri ini iaitu Goku (profil), dilakonkan oleh Justin Chatwin. Watak hero anime yang paling terkenal dan boleh dikatakan paling kuat. Peminat fanatiknya ada yang sampai, bukan saja membandingkan watak ini dengan Superman, malah siap buat perbincangan “serius” mengenai siapa yang boleh menang andainya kedua-dua watak ini bertarung!

Ahem, berbalik kepada filem ini, memandangkan ianya adalah diadaptasi daripada kisah ketika Goku masih budak ketika baru bermula nak mencari Dragon Ball tu, maka aku rasa untuk versi filem ini, wataknya “dituakan” sikit supaya berumur remaja, tapi tetap masih belum dewasa.

Melihat kepada fesyen rambut versi yang nampak “real” ini (mesti la tak boleh nak ikut sebijik macam dalam komik/kartun tu kan?), kelihatannya si Goku ini lebih mirip kepada watak “hero” yang lain. Siapa ya? Hmm…

Oh ya, macam Super Inggo (yang tengah ditayangkan di TV9 setiap Jumaat jam 7 malam tu) rupanya, wakakaka!

Sementara itu, awek yang berada betul-betul di belakang Goku (kanan Goku, iaitu di sebelah kiri poster) dalam poster tu ialah Chichi (profil). Dalam filem ini, dia dilakonkan oleh Jamie Chung. Sepertimana dalam komiknya, dia akan berperanan sebagai “awek” Goku juga dalam filem ini.

Di sebelah kiri Goku pula, kelihatan Chow Yun-Fat kan? Ahha, beliau ni la yang memegang watak Master Roshi (profil), “tok guru” bagi Goku, yang, kalau dalam komik, dialah yang mengajarkan teknik “Kamehameha” tu pada Goku.

Heheh, aku tak tau apa yang kalian fikirkan, tapi aku rasa Chow Yun-Fat ni terlampau “handsome” nak berlakon jadi watak Master Roshi yang tua dan miang-miang keladi tu. Tak sesuai gitu! Tapi ini merupakan suatu “upgrade” bagi penampilan wajah watak itu, kira okay la tu.

Awek yang berada betul-betul di atas kepala Goku tu, yang pakai baju ungu dan pegang pistol tu, ialah watak Bulma (profil) lakonan Emmy Rossum. Dia inilah watak yang bersama-sama mengembara dengan Goku untuk mencari Dragon Ball.

Oh yeah, kelihatannya dialah watak yang paling “cun” sekali dalam versi filem ini. Walau bagaimanapun, seperti watak lain dalam filem ini, dia jugak kelihatan sedikit berbeza daripada versi komiknya. Paling ketara, warna rambutnya tak biru seperti dalam komik. Tapi tak mengapa, janji dia cun, ngeheheh!

Sementara itu, gambar wanita berbaju merah, yang paling belakang itu, ialah watak yang bernama Mai lakonan Eriko Tamura (pernah berlakon dalam siri HEROES). Maaf, tak ada gambar versi animasi untuk ditunjukkan. Aku pun sebetulnya tak perasan pun kewujudan watak ni, sebab peranan dia dalam komik tu kecik sangat dan aku pun bukannya layan sangat komik dan animasi dia.

Tapi sebetulnya watak Mai ni sepatutnya ialah konco bagi watak Raja Pilaf. Tapi dalam versi komik ni, peranan dia bertukar kepada konco kepada watak Piccolo.

Yep, musuh utama bagi Goku untuk filem ini ialah Piccolo, atau lebih tepat lagi dalam komik dikenali sebagai Piccolo Daimao (Raja Piccolo). Dalam komik, ada dua watak Piccolo, dan yang jadi musuh Goku adalah watak yang versi “tua” dan “jahat”. Dan satu lagi versi ialah “anaknya”, yang dilahirkan (ditetaskan?) semula daripada “telur” (selepas kematian si “ayah” tu) sebagai satu lagi watak yang dikenali sebagai Piccolo (profil). Piccolo yang kedua ini pula merupakan kawan baik Goku.

Dalam versi filem ini, boleh dikatakan yang muncul ialah watak yang versi “ayah” yang “jahat” itu la. Tak pastilah bagaimana kesudahan watak ini nanti, apakah akan mati hidup semula atau dia bertukar jadi insaf ka apa ka, hohoh! Watak Piccolo dalam filem ini dilakonkan oleh James Marsters, yang sebelum ini dikenali sebagai watak Spike dalam BUFFY: THE VAMPIRE SLAYER dan yang terkini sebagai Profesor Milton Fine/BrainIAC dalam SMALLVILLE (yang lawaknya, sebelum ini, aktor Tom Welling yang berlakon sebagai Clark Kent dalam siri tu pernah dikhabar-anginkan sebagai bakal memegang watak Goku!).

Oh, hampir terlupa pula nak bagitahu, pada poster di atas tu, kita boleh lihat sedikit saja imbasan wajah Piccolo. Di bahagian paling atas, berlatar belakangkan warna biru itu, kalau anda perhati betul-betul, anda akan nampak sepasang mata, milik Piccolo! Haha, setakat ini, hanya itu saja yang “wajah” Piccolo yang didedahkan kepada umum.

Biarpun aku tak berapa minat dengan siri DRAGON BALL ini, pembikinan filem ini sedikit sebanyak berjaya menarik kembali minat aku. Tapi, aku agak skeptik dengan filem ini. Dalam banyak-banyak komik, atas faktor-faktor tertentu, aku rasa inilah dia tajuk yang paling SUSAH untuk diadaptasikan ke filem dengan baik. Memang ada rasa “teruja” bila dapat tau ada yang sanggup buat filem ni, dan rasa “ingin tahu” pun meluap juga nak tengok bagaimana produk akhirnya. Tapi bila aku dapat tau bahawa produsernya ialah Stephen Chow (Stephen Chow beb! Yang buat filem SHAOLIN SOCCER, KUNG FU HUSTLE dan CJ7 tu!), aku jadi teruja campur risau.

Teruja sebab filem-filem dia memang gila-gila punya best. Risau sebab filemnya semua bercorak komedi, jadi aku khuatir corak apa yang dia nak pakai untuk DRAGONBALL ni. Apakah nak komedi tak serius atau komedi tapi serius atau serius tapi komedi?

Dan kerisauan aku bertambah mengenangkan banyak juga filem Hollywood yang diangkat daripada karya yang berasal dari Jepun yang jadi hampeh atau tak dapat diterima oleh peminat aslinya, antaranya seperti FIST OF THE NORTH STAR, STREET FIGHTER, GODZILLA (sehinggakan filem versi Jepun yang terkemudiannya menamakan “Godzilla” versi Amerika ini sebagai Zilla sebab ianya langsung tak mempunyai ciri-ciri yang ada pada Godzilla yang asal) dan yang terkini SPEED RACER, maka aku rasa filem ini MUNGKIN akan menerima nasib yang sama jugak.

Tapi tak kisah la kan? Aku rasa kita patut “layan” saja trend filem Hollywood sekarang yang sedang menggila membikin semula filem dengan mengadaptasi siri-siri animasi 80an/90an (boleh dikatakan termasuklah DRAGON BALL) sejak kejayaan luar biasa filem TRANSFORMERS. Malah sekarang ni mereka pun dengan beraninya sedang membikin filem G.I. JOE pula (macam yang aku dah ceritakan sikit di atas tadi).

Sebelum terlupa, ingin aku bagitahu sikit info pasal filem DRAGONBALL ni. Dikatakan ianya akan dibuat secara trilogi (biasa la nih), dan ianya akan diberi sedikit unsur “realisme”, di mana tak akan ada watak-watak yang berbentuk binatang dalam filem ini. Walau bagaimanapun, jangan risau, Piccolo tetap akan berwarna hijau dalam filem ni! Kecanggihan kesan efek filem ini pastinya akan ditunggu dan dinilai oleh semua peminat, memandangkan siri komik dan animasinya tu penuh dengan efek khas aura dan kuasa pemusnah masing-masing.

Cuma, tak dapat dipastikan apakah Goku akan ada serangan “Kamehameha”nya dalam filem ini. Dan yang paling utama persoalannya ialah, apakah Goku dan watak-watak lain dalam filem ini akan menjeritkan nama serangan mereka ketika bertarung? Hehehe, benda ni mungkin nampak biasa dalam siri animasi Jepun atau dalam Bahasa Jepun itu sendiri, tapi ianya tersangatlah janggal kalau kita nak bayangkan jeritan-jeritan sedemikian dalam filem berbahasa Inggeris, secara live-action pulak tu!

Apahal pun, sama-samalah kita nantikan apabila filem DRAGONBALL ini siap sepenuhnya dan ditayangkan pada 10 April 2009 nanti (lambat lagi tu!), setelah tiga kali bertukar tarikh. Tarikh tayangan yang pertama yang mereka rancang ialah pada 15 Ogos 2008, iaitu TAK SAMPAI DUA BULAN LAGI DARI SEKARANG! Apa punya gila depa ni. Mula penggambaran pada 3 Disember 2007, lepas itu ada hati nak tayang dalam masa tak sampai setahun daripada tarikh pembikinan dia. Sempat ka? Aku yang tak pernah buat filem ni pun dah nampak betapa tak realistiknya cita-cita depa tu, dan akhirnya terbukti bahawa mereka menunda sehingga ke tahun depan!

4 thoughts on “Poster filem Dragonball!

  1. Eheh…sejarah kita tengok cerita kartun hari ahad nampak lebih kurang sama, cuma aku pergi bilik tv kat matric dgn niat nak tgk Dragonball. Kadang2 terawal jadi layan gak Sailormoon (lama2 jadi rutin), dan kadang2 terlajak kat situ so layan gak Digimon (terus jatuh cinta, sb lagu Braveheart, dan masa tu first time tengok digimon partner Takeru evolve kepada Angemon). Haha.

  2. Adz Ariff:
    Hoho, nampak gayanya anda tua setahun daripada saya kot, sebab zaman saya Matrik, dah tayang siri DIGIMON ADVENTURE 02. Masa tu, Pataman dah banyak kali dah evolve jadi Angemon, hahha!

    Tapi memang lagu “Braveheart” tu antara penarik utama siri DIGIMON yang pertama tu. Peh, sedar tak sedar, dah nak SEPULUH TAHUN dah umur siri tu (sebab mula tayang di Jepun tahun 1999)!! Dah tuanya kita neh!:mrgreen:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s