Lawak “Bersemuka dengan Media” dan “Hujah”

[Dikemaskini pada 19 Jun 2008]

Hari Selasa, 17 Jun 2008. Sepatutnya aku nak muat turun perisian Firefox 3, tapi disebabkan “insiden itu”, aku menangguhkan dulu hasrat aku. Aku tak mahu bantu mereka cipta rekod itu, heh!

Jadi, apa yang menarik? Yaaa… sebaik saja tamat rancangan CSI: CRIME SCENE INVESTIGATION (episod menarik di mana seorang gadis genius berusia 12 tahun mengcover abangnya daripada didapati bersalah atas tuduhan membunuh, dan episod ini tiada langsung kemunculan watak Grissom, Greg dan Kapten Brass) di ntv7, aku telah menonton suatu rancangan khas…

Rancangan “khas” ini, tersangatlah khas, sampai ditayangkan di semua stesen TV! RTM1 menayangkan secara langsung pada jam 9:30 malam, dan turut “ditumpang” oleh ntv7 dan TV9, sementara TV3 dan 8TV pulak siar secara tertunda.

Rancangan ini diberi tajuk BERSEMUKA DENGAN MEDIA, terbitan RTM. Kalau sebelum ini, pengacaranya siapa entah (muka macam Pak Lah versi junior), tapi kali ini pengacaranya ialah Johan Jaafar! Kenapa yang jadi “khas” sangat tu? Tak pastilah aku, padahal yang jadi tetamu tu hanyalah Tan Sri Dato’ Mohd Hassan Marican, iaitu Presiden PETRONAS tu saja. Bersama Menteri pun tak adalah sampai tayang LIMA STESEN TV!

Maka, menonton rancangan ini, aku perasan lagu tema yang digunakan. Menurut tradisi RTM, aku mendapati mereka ni amat “malas” nak kompos lagu sendiri, sebaliknya lebih suka cilok lagu dari sumber tertentu dan aku rasa mereka mengambilnya secara “haram”, heheh! Kalau rancangan ISU SEMASA misalnya, mereka “curi” salah satu lagu dalam game FINAL FANTASY VIII, maka aku rasa untuk rancangan ini pun mereka telah mencilok lagu dari mana-mana ni. Menurut tempo lagu tu, aku rasa, seolah ianya ialah muzik yang berasal dari siri permainan video MORTAL KOMBAT, cuma aku tak pasti dari game yang mana satu secara tepat.

Aku tak berminat nak ulas pasal perbincangan mereka, sebab mereka dok bincang pasal ekonomi, subsidi, bla bla bla, dan aku tak berapa nak faham sangat kot mana pun, hah! Jadi aku pun tengoklah dalam keadaan bersahaja.

Kemudian, ketika sedang melayan senarai SMS yang terpapar secara merangkak ke atas di bahagian bawah skrin TV, secara tiba-tiba, aku ternampak di skrin TV aku tu, naik satu tetingkap bertulis “Kaspersky Antivirus…” apa entah lagi, menandakan komputer dimasuki virus. Apahal? Kemudiannya aku sedar bahawa selain daripada menonton siaran RTM, kita juga berpeluang melihat apa yang ada di monitor PC mereka!

Hoho, kesilapan teknikal ini sebenarnya dah kerap kali aku lihat di RTM dalam siaran-siaran langsung mereka. Dalam masa-masa tertentu, tetiba “Windows” mereka akan memaparkan ralat dan sekaligus menjejaskan paparan visual di TV, dan sekaligus, kita selaku penonton, akan nampak paparan monitor mereka dan bukannya siaran langsung berkenaan! Pernah sekali tu, rancangan siaran langsung lewat malam, apabila tepat jam 3 pagi, skrin itu “terganggu” dan naik tetingkap di mana perisian Windows Defender beroperasi, memandangkan ianya dijadualkan untuk melakukan imbasan pada PC itu setiap jam 3 pagi!

Lawak-lawak sebegini sebenarnya aku memang boleh jangkakan berlaku, dan ianya agak kerap, namun aku masih boleh tertawa melihatnya. Tak lama kemudian, terpapar pula perisian Internet Explorer 7 membuka “Untitled Document”. Aku tertanya jugak, perisian apakah yang mereka pakai untuk buat paparan-paparan seperti scroll berita dan SMS di skrin rancangan siaran langsung mereka tu ya?

Ah, cakap pasal SMS, antara yang menarik dalam rancangan ini ialah pada paparan untuk SMS-SMS yang dihantar oleh penonton kepada siaran ini. Ada pelbagai jenis dan nada yang terkandung dalam SMS-SMS mereka. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Tapi ada beberapa yang aku rasa agak lucu.

Menyokong

Ada yang berkata (lebih kurang saja ayatnya, aku tak ingat/hafal secara tepat) “asyik nak bangkang kerajaan saja tapi bila kerajaan bagi duit diambilnya pula!”. Ini mungkin SMS oleh penyokong yang totok yang tak faham konsep “government” yang sepatutnya govern duit rakyat, dan duit yang diberi itu sememangnya milik rakyat pun.

Ada pula yang berkata “DSAI (Anwar Ibrahim la tu) PKR DAP sengaja cari isu. Minyak naik la apa la. Hanya hujan saja yang turun”. SMS ini pun rasanya ditulis oleh penyokong, tapi malangnya, tak berfakta, dan tak sinis pun!

Ada lagi yang berkata “Apa nak sibuk harga minyak naik, bukannya boleh dibawa mati pun”. Ini… aku tak tahulah dia ni berpijak di bumi nyata atau tidak.

Seterusnya aku jumpa yang mencabar pembangkang supaya “turunkan harga minyak, jangan hanya janji saja”. Ini aku tak pasti dia ni bebal ka bengap, sebab bagaimana pembangkang nak turunkan harga minyak sedangkan mereka BUKANNYA KERAJAAN PUSAT yang boleh membuat dasar.

Lepas tu, yang terakhir yang sempat aku kutip, dia suruh “rakyat berusahalah naikkan taraf hidup, jangan asyik bangkang saja, kerajaan dah banyak tolong rakyat”. Wah, ini memang lawak, terlampau lawak sampai aku tak tau nak komen apa, hehhe! Suruh naikkan taraf hidup sendiri? Kerajaan dah banyak tolong? Errmm, kenapakah kedua-dua aspek ini dipisahkan?

Menyindir

Dalam banyak-banyak yang aku baca, aku paling suka yang bernada sinis. Ada yang mencadangkan supaya “kita semua pakat-pakat bela lembu untuk digunakan sebagai kereta lembu”!

Ada pula yang berkata “beras dah naik, minyak dah naik, tol bila lagi… lamanya…”. Amboi, dia ni mintak naikkan tol la pulak!

Dan dalam banyak-banyak tu, paling tak tahan bila ada yang mengSMS dengan mengatakan dua perkataan yang sangat sempoi:

“MALAYSIA BOLEH!!!”

Ya, laungan “Malaysia Boleh”, dengan tiga tanda seruan di belakangnya, itu bagi aku cukup mendalam lagi sarkastik bunyinya!

Tengah syok menonton, akhirnya Johan Jaafar mengeluarkan kata-kata trademark beliau iaitu “kita ada masa yang CUKUP TERBATAS”, sesuatu yang sangat aku nantikan, heheh!

Sebaik saja tamat, aku pun kalih ke stesen TV9. Dan ternyata TV9 cuma mendelay siaran rancangan diskusi mereka yang diberi tajuk yang cukup sempoi dan memberikan definisi yang tepat bagi formatnya: HUJAH. Sepatutnya disiarkan 9:30 malam juga pada setiap Selasa, tapi disebabkan memberi laluan kepada program “khas” tadi tu, maka ianya ditayangkan pada jam 10:30 malam.

Seperti biasa, Profesor Agus kegemaranku mengendalikan program itu. Dan siapa tetamunya? Jeng jeng jeng… Yang Berhormat Sri Gading… versus? Yay, Yang Berhormat Pokok Sena, iaitu Ahli Parlimen kawasan tempat tinggal aku ini!!

Menarik sebab kedua-dua ini jadi tetamu untuk program kali ini. YB Sri Gading ni pertama kali femes beberapa tahun dahulu, iaitu ketika beliau entah kenapa secara tiba-tiba mencari populariti atau publisiti (mencapub!) dengan membandingkan M. Nasir dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan mengatakan siapalah M. Nasir kalau nak dibandingkan dengan Seniman Agung kita tu. Apa motif? Wallahu a`lam, aku pun tak tahu apakah kepentingan “isu” ini kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, tapi itulah dia kualiti wakil Dewan Rakyat kita sekitar tahun 2004-2008 (syukur kebanyakkan “badut-badut” ini dah tertiarap dalam PRU12!).

Dan, bagi YB Pokok Sena pulak, beliau pernah tumpas dalam PRU11, terima kasih kepada pengkawasanan semula, di mana rumah aku yang terletak di tengah Alor Setar, kini kena mengundi untuk kawasan Pokok Sena! Namun untuk PRU12 kali ini, beliau kembali menang, dan aku pun tak pasti apakah faktor kemenangan beliau, namun aku bersyukur sebab beliau jauh lebih bagus daripada penyandang kerusi itu sekitar 2004-2008 yang lalu. Dan, aku rasa tak perlulah nak diulas lagi mengenai kehebatan beliau berhujah.

Cakap pasal “berhujah”, kenalah dengan tajuk program ni sendiri, dengan bersandarkan topik yang (kalau tak salah ingatan aku) bertajuk “Harga Minyak: Situasi Menang-menang antara Kerajaan dan Rakyat”. Heh, kalau bukan begitu pun tajuk dia, tapi memang itulah isi perbincangan pun.

Dari segi kualiti dan fakta, YB Pokok Sena memang bagus punya ucapan dan fakta (dan aku terfikir bahawa beliau yang sepatutnya muncul dalam program “debat” dengan Shahrir Samad minggu lepas).

Tapi apa yang YB Sri Gading buat? Beliau pun berapi juga cakapnya. Tapi malangnya, beliau ni “tong kosong”, cakap secara umum seperti “kerajaan sedang berusaha bla bla bla” tanpa menyatakan secara jelas apakah dia usaha yang sedang diusahakan itu.

Lepas itu, bila YB Pokok Sena cakap, YB Sri Gading ni kira nak potong (orang Kedah cakap “balan trip orang”) saja kata-kata beliau. Ironisnya, sebagai penyokong kerajaan, YB Sri Gading ni, dalam program ini, kelihatan seperti “hanya tahu nak bangkang sahaja”!😆

Oh, aku suka hujah YB Sri Gading seperti “kerajaan tak tertanggung beban”, “rakyat kena jadi bijaksana”, dan banyak lagi hujah retorik. Tak tertanggung beban? Boo hooo, “sedih” dan “kasihan” nyaaaa! Kalau dah tak “TERtanggung” sangat dah “beban” tu, TURUN SAJA laaaaa! Ini penjelasan sebegini memang boleh melingkupkan pihak pemerintah. Lagi menampakkan kelemahan, lagi menambahkan kebencian rakyat. Tapi memang itu pun hakikat YB pemerintah ni, dari segi menjelaskan kepada rakyat agar “faham situasi kerajaan”, memang FAIL lah!

Tapi apa boleh buat kan? Memang susah benar nak main peranan sebagai “penyokong kerajaan” ni. Memang susah nak guna fakta sebagai hujah, sebab semuanya AUTA! Aku tau la, aku pernah masuk suatu program assessment untuk satu jawatan tu, ada sesi “debat ala parlimen”, dan aku berada dalam pihak “kerajaan”, dan kami teruk kena hentam dengan “pembangkang”, sebab kami tak mampu nak kemukakan hujah sebab memang tak ada yang boleh menguatkan hujah kami, melainkan kalau kami BERBOHONG la, hahhahaa! Eh, ingat senang ka nak berbohong secara KONSISTEN? Susah woo!

Lagi satu, aku nak tergelak bila dia cakap “peniaga yang jujur, amanah dan beri`tikaf/beri`tikad”. Apa dia nak cakap ni? Peniaga yang “beri`tikaf dalam masjid”? Atau peniaga yang “beri`tiqad kepada mazhab Syafie”? Aku rasa dia nak cakap “beristiqamah” kot, entahlah, tak pasti sebab dia cakap tak jelas. Dan yang paling utama, TAK BERNAS!

Oh lagi satu yang paling best, iaitu setelah YB Pokok Sena mencadangkan langkah yang perlu diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah ini, YB Sri Gading dengan mudahnya berkata “Inilah yang sudah dibincangkan oleh kerajaan pada minggu lalu”. Wah, mudahnya dia kata ya? Entah-entah dia akan ambil idea-idea itu dan kemudiannya diberitahu pada kerajaan dan seterusnya melaksanakannya dan mendakwa “Yaaa… inilah idea KAMI!”.

Paling best bila YB Pokok Sena balas balik dengan berkata (lebih kurang ja bunyinya) “Kerajaan kita ni selalu hanya memikirkan langkah mengenai sesuatu SESUDAH menerima reaksi daripada rakyat”, atau pendek kata, mereka ni PENDEK AKAL! Oh, lagi satu, YB Pokok Sena persoalkan mengenai pembaziran PETRONAS memiliki “Orkestra Filharmonik”, sesuatu yang tidak ditimbulkan dalam siaran langsung di RTM1 bersama PETRONAS sebelum itu tadi!

Tamat siaran HUJAH, aku pun melayan muzik temanya. Memang tersangat berbunyi keTV3an! Memang diterbitkan oleh Unit Berita TV3 pun. Dan aku bukannya nak puji TV3 sangat, tapi mereka biasanya akan kompos sendiri muzik tema untuk rancangan-rancangan terbitan mereka sendiri, bukannya mencilok muzik orang macam RTM tu, hahaha!

Aaah, memang hari Selasa yang menghiburkan… B-)

[Ditambah pada 19 Jun 2008]

Waah, aku baru saja terjumpa rakaman siaran rancangan HUJAH berkenaan di Youtube. By far, inilah dia episod HUJAH yang paling aku suka. Dan kalau rajin, silalah baca komen-komen di bawah video-video berkenaan di laman sesawang Youtube itu sendiri. Memang komentar yang menarik, wa cakap lu! Apahal pun, silalah tonton sendiri video-video ini di bawah.

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Nota: Video-video ini sudahpun dipadam dari Youtube. Maaf lah yea?

3 thoughts on “Lawak “Bersemuka dengan Media” dan “Hujah”

  1. Askum. hehehe menyelit sikit naaa….
    akhir2 ni…minda aku takleh nak terima langsung ayat2 yg terdapat dlm Bharian & UtusanM..nampak sgt ketidakadilan mereka2 yg menulisnya dgn jujur…malah TV3 & RTM plak…nampak sangat bibiaQ2 depa menyampai berita itu tanpa kemanisannya…walaupun bergincu jenama mahai2.apesal..?haaa kalau nak tau itulah keadaannya bila mulut di taruk remote…keh keh keh..haaaa pembaca berita naaaa…hangpa subahat dok baca berita yg tak betoi nooo…..himpunlah uwang yg banyak2pun tak guna pasai besoknya nanti lipan la,ulaQ berbisa laaa…kala jengking laaa dan mcm2 lagi lahhh akan keluaQ dari mulut hangpa tuh….yg paling takutnya nanti…nazak hangpa nanti…takut tak dapat nak mengucap aje…takdan kalu takdak maknanya kojol hangpa berinsurankan pulangan wang yg melimpah2pun..aik matipun dapat duit kaa.? dasyat2 nooo zaman skrg nih…matipun bleh dapat duit…..mcm tak percaya Qada’ & Qadhar plak ye…org skrg nih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s