Firefox “menganiayai” aku!

Pada hari Ahad, 15 Jun 2008, aku telah mendapati aku telah dianiayai oleh Mozilla Firefox.

Sampainya hati beliau. Dan beliau melakukannya tak berapa lama setelah aku “berbai`ah” untuk memuat turun Firefox 3 apabila keluar pada 17 Jun 2008 nanti, agar mereka dapat memecah rekod dunia (jenama arak itulah, apa lagi!) sebagai “perisian paling banyak dimuat turun dalam satu hari”.

Nak tahu apa dia buat? Ya, pada satu ketika, aku buka Firefox aku, tetiba, aku dapati, bukan saja kesemua tab yang aku buka sebelum ini hilang (namun itu biasalah tu), aku juga mendapati “perangai” Firefox pada ketika itu adalah seperti aku buka perisian itu buat pertama kalinya, seperti waktu kita baru mula-mula install. Antaranya ialah dia bertanya sama ada aku mahu jadikan Firefox sebagai perisian pelayar utama untuk PC aku.

Maka, aku syakkan sesuatu dan ternyata sesuatu itu berlaku pada aku. Aku periksa bahagian bookmark dan mendapati kesemuanya telah…

…HILANG!!!

Yeah, boleh kata kesemua laman-laman sesawang yang aku bookmarkkan, semuanya hilang. Bukan puluhan, bukan ratusan, malah ribuan! Ya, beginilah cara Firefox membalas jasa aku, setelah aku menambahkan bilangan “bai`ah” mereka dan berjanji nak membantu mereka memecahkan rekod. Ibarat membalas susu dengan tuba!

Hoho, oh ya, memang ini salah satu hobi masa lapang aku: membookmark laman-laman sesawang yang aku rasa menarik dan ingin dilawati lagi! Jumpa ja atau orang bagi saja alamat URLnya, lepas tengok dua-tiga kali dan mendapati ianya macam best, tanpa ragu-ragu lagi, terus aku bookmark!

Dan sekarang semuanya sudah tiada, hahaha!

Oh well, mujurlah Firefox ni pelayar kedua saja, sebab pelayar utama aku masih lagi Internet Explorer 7, dan biarpun ramai yang kata IE ni tak selamatlah, namun aku masih tetap memakainya. Memang perlu diakui, IE ni banyak masalah dia. Memang macam tak stabil, tak secure (virus, spyware dan adware banyak masuk menerusi IE), makan banyak virtual memory (dah la PC aku tak cukup RAM, maka semputlah PC aku jadinya!), dan selalu crash, tapi aku masih memakainya. Mungkin aku dah terbiasa dan selesa dengan paparan antaramukanya kot.

Dan, ada satu benda yang aku memang boleh harapkan sangat dengan IE ni. Iaitu, ianya masih menyimpan kesemua bookmark aku dengan selamat! Bahkan, ianya disimpan dalam bentuk fail yang “fizikal”, yang aku boleh cari dan nampak dengan tepat di mana kedudukannya dalam PC aku ini. Bahkan, ada kes di mana, aku dah padam dah beberapa bookmark yang aku dah tak mahu, tapi esok lusa (atau biasanya selepas IE aku crash, aku dapati yang aku padam itu tadi, masih ada pula. Liat nak dipadam la pulak! Memang pelik, tapi itu yang berlaku!

Haha, aku mengaku, mungkin aku ni agak “buta IT” dan tak reti banyak perihal perisian Firefox ni, tapi aku rasa memang bookmark Firefox tak dapat aku capai melainkan menerusi pelayar itu sendiri. Ada sistem tersendiri kot. Dan bila ianya tiba-tiba “hilang”, aku tak tahu di mana nak dapatkan balik, melainkan aku import semula daripada IE.

Sebenarnya bukan aku seorang yang jadi macam ni. Awal tahun ini, aku pernah berchatting dengan seseorang, dan dia mengaku dia ni “jahil tukil soal IT”, dan dia tanyakan aku bagaimana nak dapatkan balik kesemua senarai bookmark beliau di Firefox yang tetiba “hilang”, dan aku tak dapat menjawabnya. Dan dia pun terpaksalah cari balik semua laman sesawang yang “hilang” itu, heheh! Dan sekarang, aku pula “mangsanya”.

“Terima kasih” kepada IE aku yang masih setia menyimpan senarai bookmark aku, maka tidaklah aku terasa sangat kehilangannya. Cuma rasa terkilan la jugak aku pernah menghabiskan masa untuk mengemaskinikan senarai itu di Firefox, dan ternyata aku telah membuang masa kerana sekarang ni semua tu dah hilang, huhu…

Dengan ini, disebabkan telah mengecewakan aku, maka aku akan cuba mengelakkan diri daripada menjadi antara yang memuat turun perisian Firefox versi ketiga itu pada 17 Jun nanti. Aku tak mahu jadi antara penyumbang kepada “Rekod Dunia” yang mereka nak capai tu. Dah la tu, ditaja oleh satu jenama arak tu pulak (yang sangat sinonim dengan rekod-rekod dunia kononnya tu), jadi aku rasa adalah lebih baik untuk aku tidak melibatkan diri. Lepas sehari atau dua-tiga hari kemudian, baru aku akan muat turun, heheh!

Oh ya, ni satu lagi hobi “aneh” aku! Aku suka guna pelayar-pelayar internet yang berbeza dan pelbagai! Berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa ini, selain daripada IE (yang menggunakan enjin Trident) dan Firefox (Gecko), aku juga guna Opera (Presto) dan Safari (WebKit).

Antara banyak-banyak ini, aku berpendapat Opera la yang paling cantik dan “sedap mata memandang” (sekarang dah keluar versi 9.50!). Telefon bimbit, Nintendo DS dan Nintendo Wii pun pakai pelayar ini. Dan, sudahkah aku katakan tadi, bahawa paparannya cantik? Hehe…

Safari pun cantik gak, tapi berat sangat la, terutamanya kalau aku buka banyak tab. Semput PC aku nak handle keberatannya. Dan, dia tak simpan sesi tab terakhir, sebaliknya akan buka homepage sahaja setiap kali kita buka baru (setakat yang aku tahu la, tak tau la kot-kot ada setting yang aku tak jumpa!).

Firefox pun okay sebenarnya (malah, ini la yang selalu direkomenkan oleh orang pun, terutamanya bagi mereka yang anti-Microsoft, hehe!). Agak ringan, agak cantik. Tapi itulah, sepertimana yang terjadi kepada aku baru-baru ini. Hei, geramnya! Aku tau, ramai yang “minat” dengan Firefox ni dan pastinya tak puas hati melihat aku tak puas hati dan geram dengan Firefox ini. Biarkan aku melayan rasa geramku ini. Alaa, nanti dia lega la tu, hoho…

Dan, IE tetap sebagai pelan backup aku. Selain sebagai kegunaan utama, setiap kali aku beralih ke pelayar lain, dan ada rasa ketidakserasian yang timbul, maka aku akan kembali ke IE.

Akhir kata, walau apapun pelayar pilihan anda, gunalah dengan bijak, dan berhati-hatilah dengan ancaman “dunia siber” terhadap keselamatan PC anda!

10 thoughts on “Firefox “menganiayai” aku!

  1. Pingback: Lawak “Bersemuka dengan Media” dan “Hujah” « Saladin Convoy

  2. Alhamdulillah. Allah mentaqdirkan supaya seorang hambaNya itu “sibuk” pada hari berkenaan agar terhindar diri beliau itu daripada membantu memecahkan rekod yang tiada sebarang manfaat pun itu!:mrgreen:

    Nah, sekarang dah due dah, boleh la nak download pun, hehhe…😆

  3. aku pun penah kne sekali..sakit hati giler masa 2..nasib baik book mark au skit je..masa 2 mula la aku nak menyumpah2..nak gne IE smula pun mcm 2 confident je..jadi terpaksa la aku bermula semula..🙂

    thankz pasal info pelayar2 web diatas..😉

    dah lame sgt xsinggah sni😀

  4. Pingback: Firefox 3 “sucks”??? « Saladin Convoy

  5. aku pakai opera.. tak pernah buat aku sedih. malah aku boleh import bookmark dari FF dan IE untuk masuk boomark opera

    i personally don’t know kenapa orang suka sangat dengan FF ni. slow.. tak cantik.. sengal dan overated

    hohooh

  6. Hahah, saya setuju wahai Tuan obefiend, Opera lagi best daripada Firefox. Dan setuju sesangat bahawa Firefox ini sesangat overrated (angkat perisai berlindung daripada serangan pencinta Firefox!). Seolah macam menyokong Firefox ini adalah tanda protes terhadap, IE, yang mewakili Windows, yang mewakili Microsoft, yang seterusnya mewakili simbol monopoli kapitalisme! Hehe, apa² sajalah!

    Kesimpulannya, memang Opera lagi best! Tapi sayang, biarpun dia tak makan virtual memory (VM) banyak sangat, tapi kalau tengah run program lain yang makan VM lebih banyak daripada dia (contohnya IE yang banyak tab), kalau kita tutup Opera dulu, lepas tu baru tutup IE, saya nampak proses IE yang akan berakhir dulu daripada Opera! Kesimpulannya lagi, Opera ni sangat lambat nak berhenti prosesnya (sekurangnya di PC saya la)!😆

  7. Hmm…saya pun mempunyai sikit masalah dgn Mozilla Firefox 3 baru-baru ni, especially bila nak guna function search yahoo toolbar. Instead of keluar webpage, dia keluar series of codes…or webpage load tak habis, etc etc. Baru nak declare sbg fan Mozilla tp jadi camni, terpaksalah balik ke IE7.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s