Anti-Rokok!

Pada setiap tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan tarikh 31 Mei pada setiap tahun sebagai “HARI DUNIA TANPA TEMBAKAU” (laman sesawang rasmi untuk “WORLD NO TOBACCO DAY”).

Dan, seperti tahun-tahun sebelumnya, dan tahun ini pun (2008), sambutan ini tetap juga berjalan. Tapi, persoalannya ialah, berapa orangkah di negara kita yang tercinta ini, menyedari akan hakikat kewujudan hari ini. Perlu aku akui, aku sendiri pun baru terperasan tarikh sambutan ini pada sehari lebih lewat daripada tarikh yang sepatutnya disambut!

Maka, bagi aku, aku salahkanlah diri aku sendiri kerana tak peka dengan bab-bab sebegini. Tak mengapa, aku terima kelemahan diriku ini, yang leka dengan dunia sendiri, heheh!

Tapi, berbalik kepada persoalan tadi, iaitu, berapa orang di kalangan rakyat negara kita yang sedar akan hari ini? Lebih bersikap umum pula, aku nak tanya, berapa orang di kalangan rakyat negara kita ini SEDAR akan apa-apa saja isu yang bersifat KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR???

Yah, bagaimana nak jawab ya? Berdasarkan pemerhatian aku, aku rasalah, kita berada dalam tahap kesedaran yang AMAT KURANG! Aku tak tahu apakah aku betul atau salah sebab aku tak ada (baca: MALAS) nak cari statistik untuk menyokong “tuduhan melulu” aku ni, tapi, macam aku kata tadi, “berdasarkan pemerhatian” aku pada orang di sekitar dan sekeliling aku, memang boleh dikatakan HAMPIR TIADA!

Kalau orang biasa, paling koman pun, aku rasa aku HAMPIR tak jumpa manusia yang ambil inisiatif mencari tong sampah untuk dibuangkan sampah beliau, sama ada kertas pembalut gula-gula, gula-gula getah (yang ditenyeh ke tempat tersembunyi, memang cilakak betoi kalau sampai kita terpegang, entah siapalah tuan punya air liur gula-gula getah tu!), hatta puntung rokok sekalipun. Selalunya mereka melemparkan di merata-rata, tanpa rasa bersalah, apalagi berdosa. Takkan aku sorang saja kot yang terhegeh-hegeh buang sampah di tong sampah?

Itu orang biasa, bagaimana pula dengan orang “politik”? Aku rasa sama jugak. Mereka jarang menyentuh isu alam sekitar sebagai kempen politik mereka. Ohoho, baguslah kot, tidak “mempolitikkan” alam sekitar, memandangkan dalam suasana politik di negara kita ni, semua benda dipolitikkan!

Apabila seorang individu meletakkan jawatan dan keluar dari satu parti politik, maka beliau bukan saja “diminta”, malah “digesa” melepaskan jawatan tertentu yang lain (yang tak ada kena-mengena dengan parti politik… sepatutnyalah) yang beliau pegang.

Sementara itu, ada pula seorang individu yang menerima tawaran untuk berkhidmat sebagai petugas khas oleh kerajaan sebuah negeri yang dikuasai oleh satu parti lawan. Akibatnya, beliau dipaksa keluar daripada sebuah parti (komponen yang sama dengan parti di perenggan atas tadi) kerana dianggap “menyertai kerajaan pembangkang”. Oh, peristiwa hampir sama pernah berlaku sebulan sebelum itu kepada seorang individu yang akhirnya merelakan dirinya untuk keluar dari parti berkenaan.

Kedua-dua senario ini, ditukarkan menjadi bahan politik. Itulah dia negara kita. Mentaliti kelas keberapa ni ya?

Hmm… tapi bila bab kebersihan dan kesihatan, kita tak bising sangat ya? Media pun tak war-warkan sangat pasal hari-hari sebegini, sebab itu aku sendiri pun nyaris tak tahu, haha!

Apahal pun, sempena HARI SEDUNIA TANPA TEMBAKAU ni, aku mengucapkan selamat berhenti merokok kepada yang merokok, dan selamat menyelamatkan diri daripada asap rokok kepada yang tak merokok.

Puas mencari di internet kot-kot ada laman sesawang mana-mana Majlis Agama yang meletakkan fatwa merokok. Hai, susah sungguh mencari rupanya. Hampir tiada kujumpa. Akhirnya terjumpa juga fatwa pengharaman merokok yang diwartakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada tahun 1995 (ketika Allahyarham Dato’ Haji Ishak Baharom masih menjadi Mufti Selangor.

Sementara itu, usaha mencari laman sesawang yang meletakkan dengan lengkap fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman merokok tu berakhir dengan kekecewaan (ayat tu!). Kemudian baru aku teringat, aku ada buku HALAL HARAM: PANDUAN PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), yang menuliskan fatwa berkenaan secara lengkap di mukasurat ke-203 yang bertulis:

2. Sukaicta [sic] dimaklumkan bahawa Muzakarah Jawatnkuasa [sic] Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali yang ke-37 yang telang [sic] bersidang pada tarikh 23 Mac 1995 “Bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemuradatan”. Pengharaman ini adalah ke atas orang Islam sahaja.

Di samping itu, hasil carian aku menunjukkan negeri-negeri lain di Malaysia (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak) juga memfatwakan bahawa merokok itu HARAM.


“So I’m breaaaaaaaaking the haaaaaabit… tonight!” (gambar dicilok dari sini)

Maka, dengan sebab itu, aku menyeru kepada sesiapa yang merokok supaya berhentilah merokok. Aku tak berminat nak mengulas dari sudut Islam, sebab kalau mengikut konteks negara kita, dah ada fatwa MENGHARAMKANNYA. Fikir sendirilah nak ikut atau tidak, dan fikir sendirilah apa hukumnya kan?

Aku juga tak berminat nak mengulang semula apa yang orang dok selalu dah sebut mengenai kandungan di dalam sebatang rokok dan apakah bahayanya kepada si perokok. Itu sudah kita semua ketahui.

Yang buat aku bengang dengan rokok ini (dan perokok) ialah kesannya kepada kami yang tidak merokok. Terutamanya kepada mereka yang sesuka hati merokok di tempat terbuka. Kami pun dituduh “merokok” juga (perokok pasif) hanya kerana kami meng(ter)hidu asap rokok kalian. Dah tu, kesannya sama (malah lebih) buruk kepada kami. Ini tidak adil.

Kami dah berusaha untuk tidak merokok untuk menjaga kesihatan kami. Kalian nak menjahanamkan diri kalian, dipersilakanlah. Tapi jangan heret kami sekali. Pergi la “main” dengan rokok tu jauh-jauh, di tempat yang sunyi daripada mereka yang tidak merokok.

Ini tidak, aku tengok di tempat yang terang-terang terpampang tanda “LARANGAN MEROKOK” pun kalian bedal. Dunia ni kalian punya saja kot?

Tak mengapalah, tak kasihan kat kami yang tak merokok ni pun, suka hatilah. Tapi fikirlah dan kasihanilah kat bini-bini kalian, apalagi anak-anak kalian. Ini aku tengok, baguih punya dok berasap depan bini yang mengandung, dan depan anak-anak yang masih bayi. Amboi, nak “bunuh” anak-anak kalian ka?

Patutlah zaman sekarang ni ramai budak-budak sekolah yang dah berani mula merokok dalam usia sebegitu. Dulu zaman aku sekolah menengah dulu pun, agak jarang la yang sebaya dengan aku yang dah merokok pada umur macam tu. Dan ada beberapa kawan aku yang tak merokok waktu sekolah dan akhirnya “tumpas” juga dengan “najis rokok” ni (hehhe, kasar la pulak bahasa aku nih!). Tapi sekurangnya mereka dah… ahem… “dewasa”, dah tahu menilai mana baik mana buruk (iya ka TAHU MENILAI tu?).

Tapi zaman sekarang ni, dalam perjalanan ke sekolah mengayuh basikal (belum lagi bermotosikal), bagus punya menghembus rokok. Dah tak ada malu. Merokok ni dah jadi satu budaya la pulak. Siapa yang ajar mereka ni semua? Tak lain tak bukan, aku nak salahkan mak bapak (okaylah, bapak sahaja kot) yang merokok di depan anak-anak seawal usia bayi ni.

Jangankan bapak, guru pun serupa jugak. Pergi ke sekolah pagi-pagi, wah, tak tahan ketagihan nikotin, terus mengasap di depan pagar sekolah, sambil kanak-kanak yang dalam perjalanan masuk ke sekolah tu memerhatikan (dan belajar daripada) gelagat guru ini. Waktu rehat pun, tatkala bebudak sedang membeli makanan di kantin, akan terlihat gelagat guru ini berasap di dalam ruang makan guru di kantin.

Wah, ini macam kalu, kalau bapak dan guru tunjuk “contoh tauladan” yang “baik” sebegini, bagaimanalah anak-anak tak terikut kan? Habis tu, bagaimanakah agaknya gambaran masa depan negara di bawah mereka ini nanti? Okaylah, mungkin melampau sangat kot gambaran pasifku ini, hehe…

Memandangkan fatwa kebangsaan dah mengatakan benda ini haram, maka adalah berpatutan kalau kita mengharamkan penjualannya terus. Tapi itu pasti susah nak dilaksanakan, dan pasti banyak pihak yang menentang.

Heh, tapi, kalau nak diikutkan, banyak sungguh cadangan atau saranan (atau larangan) yang berunsur Islamik yang nak dilaksanakan di negara kita ni akan ditentang. Cadangan ini akan dituduh atau dilabelkan sebagai berunsur “TALIBAN”. Yang sedihnya, antara yang kuat menentang tu ialah orang Islam kita sendiri (yang bersifat liberal la tu).

Namun, yang lucunya, menurut seorang sahabat aku, rupanya di negara-negara Barat tertentu (Ireland, UK), biarpun mereka ni sekular (Muslim tu jauh sekali la!), tapi ada undang-undang atau larangan yang mereka cadangkan itu, berbunyi “lebih TALIBAN” daripada kita. Dan kita… negara Islam? Renung-renungkanlah…

Apahal pun, selamat membebaskan diri kita daripada pengaruh TEMBAKAU!😉

5 thoughts on “Anti-Rokok!

  1. Aiseh Convoy. Masalah utama negara kita, penguatkuasaan tak kuat dan mentaliti rakyatnya sendiri. Tu pasal ramai lagi yang selamba merokok di tempat-tempat awam. Kalau kat Ireland ni, pub dan kelab malam pun dah jadi kawasan larangan merokok! Kalau nak merokok juga, pergi keluar dari pub sat. Lawak pun ada kalau difikirkan!

  2. Cik dasarhati, update itu sukar dilaksanakan jika ada komitmen lain yang mendesak… as if, hahah!:mrgreen:

    Tawel-sensei, penguatkuasaan di negara kita ini tak kuat sebab ianya “selari” dengan mentaliti rakyatnya, di mana pihak penguatkuasa itu sendiri adalah sub-setnya (dengan kata lain, mereka sendiri pun MEROKOK!).

    Aku sebenarnya teringin nak terkejut, tapi setelah membaca pengalaman hang di situ, aku sudah jadi tak hairan. Yeah, memang lawak dalam pub, kawasan yang confirm tempat maksiat yang kotor, boleh DIHARAMKAN merokok kecuali di tempat yang dibenarkan!😆

    Memang tak hairanlah kata² yang aku ubahsuai ini:

    Di Barat ada “Islam” tapi tak ada Muslim,
    Di Timur ada Muslim tapi tak ada “Islam”!

    Akhir kalam, seandainya kecenderungan aku untuk menyokong usul yang Islamik ini digelar Taliban, maka saksikanlah, aku ini seorang TALIBAN! (diadaptasi dari entri Tawel Sensei:mrgreen: )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s