Lawak Blog di RTM1

Wahoo! Setelah sekian lama kesibukan “kerjaya” membuatkan aku terpaksa “menyepi” untuk seketika, namun “kelucuan” peristiwa yang aku alami ini buat aku terpanggil jugak untuk mencuri sedikit waktu untuk menaipkan entri ini. Kelucuan ini berlaku ketika aku menonton RTM1. Oh ya, dulu pun aku pernah mengulas mengenai satu “kelucuan” yang dibuat oleh RTM1. Kali ini nampak gayanya aku menemukan “kelucuan” baru pulak daripada RTM1!

Ohooo, rupanya dah dekat sebulan aku tak menambah apa-apa entri pada blog aku ni. Ai, blog aku pun rupanya dah terkena sindrom sedemikian rupa rupa-rupanya! Tak mengapa, untuk kali ini, dalam kesempatan yang sedikit singkat, aku nak ulas mengenai satu rancangan TV yang aku memang teringin sangat nak menontonnya setelah diiklankan mengenainya di RTM1 (sekurang-kurangnya, ada jugak entri kan?).

Perlu diingat, ini RTM1 pasca PRU12, jadi rancangan TV sebegini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh orang yang “prihatin” terhadap stesen TV ini, heheh…

Maka, pada tanggal 20 April 2008, pada jam 8:40 malam, aku pun menontonlah rancangan TV berkenaan…

Ya, rancangan yang aku maksudkan itu ialah sebuah rancangan diskusi yang baru diterbitkan dan mula ditayangkan pada tarikh dan waktu yang aku sebutkan di atas. Ianya diberi tajuk BLOG: PERSPEKTIF BAHARU (sic – aiii, aku meluat betul dengan ejaan “baharu” nih!).

Ahaa… pertama-tama, izinkan aku menggelakkan tajuk rancangan ini. Okaaaay, mereka buat rancangan TV mengenai “blog”. Apakah ini yang pertama seumpamanya di dunia? Aku pun tak ambil tahu la pulak, keh keh! Lepas tu, ada subtitle lagi tu, iaitu “Perspektif Baharu”. Perspektif BAHARU? Apakah maksudnya? Apakah RTM cuba nak memberikan perspektif BAHARU bagi istilah “blog”? Apakah selama ini kita sudah salah faham mengenai “blog” dan RTM terpanggil untuk mengajarkan kita mengenai apakah itu “blog”? Atau apakah RTM (dan pihak, err… you know who!) itu sendiri yang tak faham apakah itu “blog” dan baru terfikir dan teringin nak “mempelajarinya”? Maklumlah, masih terkejut lepas PRU12 kot, kan?

Maka, apabila RTM (dan “pihak itu”) baru terpanggil nak “berkenalan” dengan blog, aku pun jadi terujalah nak menonton rancangan BAHARU mereka tu. Apatah lagi, menonton iklannya memaparkan bahawa tetamu yang dijemput ialah Datuk Abdul Kadir Jasin (http://kadirjasin.blogspot.com/), maka nampak macam menarik ja ni! Kiranya rancangan ini menjadi sesuatu yang “mesti tonton” bagi aku!

Cakap pasal baru nak berkenalan, aku ada terperasan bahawa pengacara rancangan tu sebut blog pun macam tak betul ja, sebab disebutnya “blogs”. Kenapa ada huruf “s” pulak? Kenapa orang kita ni, selalunya bila kita (cuba) bercakap dalam Bahasa Inggeris, kita selalu menggugur huruf “s” pada perkataan yang sepatutnya ada huruf “s”, dan memasukkannya pada perkataan yang tak sepatutnya ada, sesuka hati kita ya?

Dan, kemudian aku terperasan siapa yang akan mengendalikan/mengacarakan rancangan ini, dan aku pun tertawa! Oh, dia ni yang dok baca suratkhabar di stesen TV berkenaan pada waktu pagi tu! Tak mengapalah, boleh la tu!

Berbalik pada rancangan itu. Ianya dimulakan dengan segmen bertanya pendapat orang awam mengenai “blog”, dan rata-rata yang ditanya itu sememangnya orang muda yang tersangat memahami apa itu “blog”. Orait, bagus, nampak macam ada “kredibiliti” la rancangan ni pada permulaannya (cewah, macam bagus pulak aku ni nak menilai “kredibiliti” rancangan TV, heheh!). Maka bermulalah segmen utama rancangan ini…

Sang pengacara memulakan dengan bertanyakan kepada tetamu undangan mengenai apakah itu “blog”. Wah, jenuh la macam ini, takkan tiap-tiap episod dia nak mula bertanya soalan macam itu, dan takkan tiap-tiap episod blogger yang dijemput akan memberi definisi/jawapan yang sama? Atau persoalan yang lebih menarik: apakah akan ada episod yang berikutnya?!

Secara keseluruhan, tetamu yang dijemput itu memberi jawapan-jawapan yang sungguh bernas, dan secara jujurnya, jawapan yang memang aku dah jangka. Sebab apa? Sebab jawapan yang aku sendiri akan menjawabnya kalau ditanya sebegitu. Tapi apakan daya, yang bertanya tu dah macam tak reti atau baru nak ambik tau pasal benda yang dianggap sebagai “baharu” bagi mereka ini, maka mahu tak mahu, memang jawapan sebegitulah yang patut diberikan.

Tetapi itulah, soalan yang dikemukan tu tersangat tak bernas. Nampak sangat macam tak reti langsung atau tak buat research dulu sebelumnya. Atau mungkin juga buat-buat tak reti. Lepas tu, cara pengacara tu bertanya pun, seolah-olah macam beliau cuba emulate gaya seorang perantara bagi sebuah rancangan yang diterbitkan oleh RTM jugak. DEBAT PERDANA ka apa entah tajuknya tu! Haha, dah dapat gambaran dah kan, siapa individu yang aku maksudkan tu? Err… tapi malangnya, beliau ini gagal dalam usahanya untuk meniru individu berkenaan, sebab nampak sangat tak power. Konon nak provokatif la tu, tapi… heheheh…

Antara “cubaan” sang pengacara untuk memprovok si tetamu ialah apabila si tetamu mengatakan menulis di “blog” lebih bebas daripada menulis kepada akhbar (sebagai contoh). Sebabnya ialah, yang paling mudah yang aku sendiri pun boleh jawab, blog kita, kita taip pastu kita publish. “Bebas” la tu, kan? Lain la kalau kat akhbar, ada editor nak kena baca dan pastu nak kena tapis atau mungkin terpaksa rejek terus kalau apa yang diutarakan dalam “artikel” yang ditulis tu boleh membawa masalah kepada penerbitan akhbar tu. Maka “kurang bebas” la, kan?

Tapi ooooh, si pengacara tu cuba memerangkap (kononnya) tetamu dengan bertanya (dan mengulangnya dua-tiga kali) “jadi anda menganggap akhbar tak bebaslah ya?”. Doooh, inilah dia apa yang aku katakan sebagai suatu tindakan “memasukkan perkataan-perkataan ke dalam mulut orang” (terjemahan langsung daripada kata-kata “putting words in someone’s mouth”).

Paling aku nak tergelak, apabila pengacara bertanya apakah blogger nak pengaruh orang ramai (supaya mempercayai mereka melebihi media “arus perdana” kot?). Apa kebenda yang dia nak merebenkan tu? Aku nak tergelak melihat pihak penerbitan ni cuba nak menyempitkan “blog” kepada sesuatu yang hanya mengenai politik. Padahal dah puas tetamu undangan tu menerangkan bahawa “blog” ni ada banyak jenis, dan “blog” ni milik peribadi si penulisnya. Mana-mana penulis blog pun, apa saja yang dia nak katakan, itu dia punya sukalah kan? Tapi kalau melibatkan unsur-unsur yang sampai memfitnah orang lain ka apa ka, haa, itu pandai-pandailah penulis blog berkenaan tanggung akibatnya nanti kan? Konsepnya mudah saja.

Apahal pun, nampak sangat yang nak cuba untuk “mempengaruhi pandangan orang” (seperti yang dituduhkan oleh pengacara kepada “blog”) ialah pihak mereka (media “arus perdana”) sendiri, sepertimana yang kita sudah LAAMAAAA sedia maklum. Dua panggilan yang diterima (yang dipotong sesuka hati dengan alasan TAK CUKUP MASA) yang memang belum sempat pun pemanggil-pemanggil ini nak sampai ke poin utama pendapat/soalan mereka, turut menjadi “mangsa” di mana mereka digambarkan oleh pengacara sebagai berkata “demikian dan demikian”, sedangkan yang berlaku ialah pengacara berkenaan “merekacipta” atau (berpura-pura) assume bahawa pemanggil-pemanggil itu memandang negatif terhadap “blog”. Ya la, whatever

Dalam kekalutan pengacara mengendalikan rancangan itu, jam menunjukkan pukul 9 malam, dan… berakhirlah sudah rancangan itu! Wah, 20 minit saja? Nak tergelak apabila tetamu sambil ketawa mengatakan bahawa tak ada apa yang dapat diselesaikan kalau berbincang sesingkat itu, sementara si pengacara tu pulak kelihatan seperti tersipu-sipu. Memang LAWAK!

Tapi betullah tu! Nak diskusi natang hapa dalam masa sesingkat itu? 20 minit, tolak montaj pembukaan dan penutup, tolak selingan segmen lain, dah tinggal berapa minit? Ini suatu yang LAWAK!

Tapi ini bukanlah sesuatu yang “baharu” buat stesen TV ini. Rancangan berbentuk diskusi mereka yang bertajuk RTM DUNIA pun hampir sama. Rancangan tu berdurasi 30 minit, tanpa iklan. TAPIIII… 15 minit pertama dok tunjuk footage mengenai isu semasa antarabangsa yang diutarakan. 15 minit terakhir barulah ada segmen bersama tetamu yang dijemput untuk membicarakan isu berkenaan. 15 minit nak bersoal jawab, dengan nak terima panggilan dan nak merespon pada soalan/pendapat pemanggil, mana sempatnya?!

Oh, satu lagi stail yang aku perasan yang selalu stesen TV ni suka buat bila rancangan diskusi sebegini memberi peluang kepada pemanggil. Iaitulah, mereka suka ambil dua-tiga-empat pemanggil sekaligus (terutamanya kalau topik yang dibincangkan tu “hangat”, dan pemanggil berkenaan mengutarakan sesuatu yang agak kontroversi dan mungkin sukar nak dijawab oleh panel/tetamu), dengan setiap pemanggil mengutarakan pendapat yang berbeza dan panjang lebar (kalau ianya tak dipotong sekerat jalan la), lepas tu menyerahkan kepada ahli panel/tetamu undangan untuk menjawab kesemua soalan itu sekaligus. Maka, dengan “senang hatinya”, tetamu berkenaan boleh “buat-buat tak ingat” terhadap soalan yang “kontroversial”, dan memilih soalan yang mudah untuk dijawab dan merseponnya sepanjang lebar mungkin sehingga tiba pemanggil baru atau sehingga tamat siaran, hahaha!

Dan satu lagi stail (sudah tentulah) yang kita perasan sesangat, iaitu mereka akan potong pemanggil yang mula memberi pendapat yang berbaur “hentaman” terhadap sesuatu pihak. Cuma baru-baru ini, mereka (kononnya) beri peluang kepada pemanggil sebegini melepaskan perasaan, tapi itulah, selepas tamat pemanggil sebegini bercakap, cepat-cepat pengacara tu tukar atau bawa perbincangan ke aspek lain pulak, tanpa langsung mengaddress apa yang diutarakan oleh pemanggil berkenaan tadi, heh!

Owh, termelalut la pulak! Berbalik pada rancangan BLOG tu (atau mungkin juga kita patut tukar tajuknya kepada GOBLOK? Kekeke…)… haha, aku rasa macam kesian la pulak pada penerbit rancangan ni. Kemudian baru aku terperasan, rupa-rupanya penerbit rancangan berkenaan ialah pengacaranya itu sendiri! Waduh, aku rasa beliau itu patut teruskan saja karier sebagai pembaca akhbar harian dalam segmen waktu pagi-pagi hari tu!

Dengan memulakan rancangan mengenai “blog” dengan “harapan” untuk memasukkan suatu persepsi (mungkin yang negatif) terhadap “blog”, maka aku rasa rancangan ini sudah “gagal” mencapai objektifnya. Memang macam tak tahu apa benda langsung pasal “blog”, atau boleh jadi mereka buat-buat tak tahu. Penonton yang memang tak tahu, akan terus tak tahu, sementara orang yang tahu, akan gelak ja menonton diskusi ini. Dah tukar Menteri pun, rupanya mereka ini masih di takuk yang lama!

Dan aku teringin jugak nak tau, berapa “episod” lagi program diskusi ni boleh dilangsungkan. Lagipulak, apa lagi yang nak dan boleh dibincangkan mengenai “blog”, kalau ianya disempitkan kepada apa yang “pihak berkenaan” selalu salahfahamkan mengenai “blog”? Tapi mungkin juga itu matlamatnya dipendekkan kepada 20 minit, supaya boleh bersambung ke episod mendatang? Itupun kalau bakal ada episod akan datang, ahahah!

Apahal pun, aku boleh simpulkan dengan satu ayat yang dibina oleh tiga perkataan Bahasa Inggeris: “What a JOKE!”

Hemmm… kini menantikan bagaimana pula RTM punya janji nak menyiarkan secara langsung debat dari Dewan Rakyat. 30 minit saja? Ini pun mungkin suatu LAWAK jugak jadinya nanti ni, ah-hahahah!

8 thoughts on “Lawak Blog di RTM1

  1. kelakarnya apabila membawa ulasan rancangan seperti ini. HE rasa ada usaha mendekati blogger tetapi caranya tidak kena. Ibarat melepas batok ditangga. Janji buat. Ini kerja selepas pilihanraya, masih panas. tunggu lagi dua tahun rupa rancangan ini.

    Mujur aku tidak mengikutinya.

  2. Iya wahai Tuan HE, kalau yang namanya RTM tu, sepertimana “bos” mereka itu sendiri la, memang sinonimus dengan frasa “melepaskan batuk di tangga”! Nak mendekati blogger apanya kalau awal² bertemu lagi dah setkan minda mereka dengan persepsi negatif? Soalan yang dilontar semua berbau “kebencian”? Tak mengapa pulak kalau ianya berjaya, tapi yang malangnya, mereka dari segi nak memburukkan blog pun mereka gagal! Jangan kata DUA TAHUN, hamba tak rasa rancangan ini akan bertahan DUA EPISOD pun, akakaka! Err… okay la, itu suatu persepsi negatif yang agak keterlaluan dari hamba!😆

    Cik ixora, kalau nak “berkenalan” dengan pengacara itu, kalau anda PERNAH menonton rancangan AKHBAR HARI INI ka apa entah tajuknya, di RTM1 pada awal² pagi (sebelum ke kelas/kerja), maka anda mungkin pernah melihat pengacara tersebut. Kalau tak pernah tengok juga, maka usah khuatir. Taip saja “Blog RTM1” di Youtube, dan tontonlah “episod penuh” rancangan tu.

    Jangan lupa menyaksikan episod berikutnya, bersama Raja Petra (Malaysia-Today.net) pulak! Wah, mesti gempak!:mrgreen:

  3. Yes Tuan syed alhaddad, memang tak ada masa, sebab tu hamba kata hamba “CURI MASA”, sesuatu yang sangat salah untuk dilaksanakan bagi seseorang yang mengklaim dirinya sebagai “KETIADAAN/KESUNTUKAN MASA”.

    Nak tengok tu memang macam boleh, tapi waktunya tu kurang sesuailah bagi mereka yang menunaikan solat Isyak berjemaah, hohoo…

    …Mujurlah ada Youtube!:mrgreen:

  4. Pingback: Lawak RTM2: Memperjuangkan “Najib” Melayu? « Saladin Convoy

  5. slm singgah. asalnya mencari blog rtm tapi smp kat sini.

    nampaknya rancangan blog telah menjadi lebih santai setelah pelbagai blogger dijemput sejak 6 bulan lepas. (rujuk pada tarikh post ni dibuat)

    walau apa pun, rancangan blog ni best. hehe. tapi nk tgk online jela. tak sempat tgk live.

  6. myadlan:
    Salam singgah dan maaf sebab hampir sebulan baru balas, heeheh!

    Ya, saya setuju, rancangan BLOG tu makin ada penambahbaikkan. Biasalah, awal² waktu saya “kritik” tu, benda baru satu episod kan? Mesti banyak kekurengannya. Saja la nak dijadikan modal untuk entri blog kita ni sama, haha!

    Tapi sekarang saya pun enjoy gak menonton rancangan ni, tambah pulak kalau dia panggil Blogger yang tertentu yang kita minat. 8)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s