Hai Muslimah bertudung! Jangan tunduk pada Syaitan!

Aku ada memautkan feed bagi laman blog MUJAHIDEEN RYDER ini di dalam laman blog aku (adakalanya kelihatan dan adakalanya feednya itu seperti bermasalah dan tidak dapat dipaparkan dalam WordPress). Blog yang memang menarik!

Tapi, pada suatu hari, aku terperasan sebuah entri yang sangat menarik pada blognya itu (sepertimana yang terpapar di sebelah kanan blog aku ini), berjudul “Hijabis: Don’t give in to Shaytan!”. Aku jadi penasaran nak tahu apa kebenda isi kandungannya.

Rupa-rupanya, entri itu mengepilkan sebuah video yang sangat menarik!

Video mengenai godaan Syaitan terhadap seorang gadis yang bertudung!

Haha, alkisahnya, gadis ini (yang agak cun juga orangnya!) sedang berdandan untuk keluar. Tiba-tiba muncullah sang Syaitan menghasut dan menggoda lagi meragu-ragukan beliau mengenai pemakaiannya. Syaitan memberikan “alternatif” terhadap cara beliau mengenakan tudung beliau serta pakaian beliau yang lainnya. Dan sayangnya, gadis ini akhirnya “tewas” pada godaan tersebut.

Sila tonton video berikut:

Tak sangka, Syaitan ini kelihatan sungguh effeminate. Kelihatan “lembut” sepertimana yang biasa kita lihat pada lelaki-lelaki yang bekerjaya sebagai pereka fesyen (atau apa saja yang melibatkan fesyen dan wanita), heheh! Agaknya memang sengaja dilakonkan sedemikian kot? Analogi yang agak “kasar” aku rasa, hahaha!

Apahal pun, video ini pastinya sangat “pedas” bagi kaum wanita Muslimah yang menontonnya, heheh! Oh, tak lupa juga pada lelaki yang mereka fesyen (apa lagi kalau mengandam!)!

Akhir kalam, ingin sekali lagi aku mengingatkan di sini, kepada Muslimah di luar sana; rendahkan pandangan anda, jagalah dan tutuplah aurat anda!

5 thoughts on “Hai Muslimah bertudung! Jangan tunduk pada Syaitan!

  1. Haha, kalau menurut komentar kat Blog asal yang hamba jumpak video ni, dia kata muka Setan tu macam muka HELLBOY! Tapi “kelembutan” dia tu memang mirip lagak fashion designers yang memang terkenal “kefemininan” mereka itu, ahahaha!

    Cakap pasal “kedalaman maksud” iklan ini, cuba perhatikan pakaian gadis tu pada akhir iklan tu, baju hitam dengan corak bunga², nampak macam baju kurung wanita Melayu kita kan? Heheheh…:mrgreen:

  2. saya mengambil masa selama 3 jam untuk ‘menyelongkar’ blog anda. secara keseluruhannya bagus;kajian ataupun pemerhatian terperinci,penggunaan tatabahasa baik dan penggunaan ayat atau frasa menarik.cuma jika boleh selitkan lebih sedikit unsur-unsur dakwah dalam posting anda(saya tahu blog anda berkaitan dengan hobi-ini cuma saranan daripada seorang hamba Allah). saya pasti anda mampu menjadi pendakwah maya yang berkesan.anda mempunyai potensi tersebut.bukankah tugas pendakwah itu tuntutan kepada setiap khalifah di muka bumi ini?’Nahnu dua’t qabla kulli syaiin”

  3. Ya bunga asing, maaf kerana mengambil masa yang amat lama untuk merespon kepada komentar anda. Hal ini demikian kerana kesuntukan masa yang hamba alami sejak mutakhir ini. Namun hamba curi jua masa untuk diluangkan untuk menjengok blog hamba ini, hehe…

    Terima kasih tak terhingga kerana anda sudi meluangkan masa selama 3 jam untuk menyelongkar blog hamba yang tidak seberapa ini!😀

    Dan terima kasih atas saranan anda itu. Memang ada keinginan untuk berdakwah menggunakan blog. Tapi mengenangkan hamba ini kekurangan ilmu dan pengalaman, maka hamba rasa hamba tidak berkelayakkan untuk itu.

    Maka, apa yang hamba buat ialah, pada blog hamba ini, hamba letakkan pautan ke hampir kesemua laman sesawang/blog berunsur dakwah yang dibangunkan oleh individu/pihak lain yang hamba rasa mereka ini telah melaksanakan tugas mereka dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang mungkin hamba mampu laksanakan. Mereka itu sangat berilmu dan berpengalaman dengan apa yang mereka perkatakan.

    Hanya itulah “unsur dakwah” yang mampu hamba lakukan. Di samping itu, hamba juga menjaga daripada memasukkan unsur² “lucah” ke dalam blog hamba. Sementara itu, kalau ada keperluan, maka hamba masukkanlah “unsur dakwah” sedaya mampu hamba (nasihat ka, pesanan ka, heheh…).

    Harap boleh diterima penjelasan ini ya? 8)

  4. Pingback: Kecintaan Khalid bin Al-Walid terhadap Rasulullah SAW « Saladin Convoy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s