Ayat-Ayat Cinta: The Novel!

Dua atau tiga minggu yang lalu, setelah dua tahun membeli dan memilikinya, akhirnya aku khatam juga membaca novel ini!

Haha, bagi mantan kaki ulat buku (yang bertukar menjadi malas buku semenjak masuk IPT) yang mencuba berjinak-jinak untuk membaca semula, tugas menamatkan pembacaan novel setebal ini agak menyukarkan. Tambahan pulak ini bukanlah genre yang aku suka baca. Eiii, “cinta-cinta” ni menggelikan aku yang sebenarnya, haha!

Tapi disebabkan komuniti-komuniti online Muslim di Malaysia ini sangat-sangat merekomendasikan novel ini sebagai bacaan, dengan alasan kita di sini ketandusan karya sebegini (tak ada ka, atau malas nak mencari?), maka aku pun terpengaruhlah dan membelinya.

Tamat membacanya, biarpun perasaan aku bercampur-baur, tapi majoritinya mengatakan bahawasanya novel ini sangat bagus, dan secara tidak langsung, aku pun rasa macam nak merekomendasikan kepada sesiapa saja agar membacanya.

Maka, ADA APA DENGAN AYAT-AYAT CINTA? (Hehe, nanti aku buat novel/filem pakai tajuk AADAAC!)

Novelnya…


Cover AYAT-AYAT CINTA: THE NOVEL: THE MALAYSIAN VERSION: THE PINK COLOUR!

Ahem, secara jujur, aku tak berapa suka dengan watak Fahri, iaitu hero utama dalam novel ini. Watak dia, bagi aku, terlampau sempurna. Dia tiada konflik dalaman, dia yakin, dia tiada kisah silam yang ngeri yang menghantuinya. Sentimen yang sama rupanya turut dikongsi oleh sang pengarah yang mengangkat novel ini ke filem (nanti kita cerita lagi pasal ini). Menurutnya, yang hampir sama dengan pandangan aku, Fahri ini umpama “malaikat”. Oh, memang wataknya ada konflik, tapi konflik itu disebabkan oleh orang lain, bukannya oleh kesilapannya sendiri. Dia tak pernah buat silap dalam cerita ini.

Maka, bagi aku mudah saja; dalam karya fiksyen, “kesempurnaan membawa kebosanan”. Ya, ini kata-kata yang aku cipta sendiri (seingat akulah. Sesiapa yang berasa aku telah menciplak kata-katanya, secara tak sengaja, maka aku memohon maaf!). Konflik dalaman watak Fahri, yakni kelemahan beliau, kalaupun ada, bagi akulah, hanyalah sesuatu yang superficial. Dia ada satu kelemahan. Apa dia? Tak boleh melihat wanita menangis? “Kalau dia halal bagiku, ingin aku memeluknya agar dia tenang”? Bwahahaha!

Oh, lagi satu, watak Fahri ni mudah sangat menangis. Cengeng betul. Dalam dua-tiga helaian mukasurat novel tu, tak sah kalau tidak tertulis “pipiku dibasahi air mata tanpa kusedari”, atau lebih kurang macam itu maksudnya, yang diulang berkali-kali, cuma mungkin berbeza struktur ayatnya sahaja. Ya la, aku tahulah hang ni berjiwa lembut! Tapi tak payah la dok ulang berkali-kali hang menangis. Depan bini pun hang menangis. Malulah sikit beb!

Maka, kesimpulan aku mengenai watak ini ialah, dia tersangat sempurna, dan ini sesuatu yang agak tak best bagi aku sebagai pembaca (atau penonton, kalau ianya watak filem/siri TV), sebab watak sempurna sebegini akan alienate penonton. Penonton yang merasa diri “tak sempurna”, akan rasa tak dapat nak relate dengan watak sesempurna ini. Itu bagi akulah.

Oh, cakap pasal bini, haha, ada empat orang “aweks” yang menghiasi novel ni, sebagai heroin-heroin di sisi Fahri. Ini bukan cinta tiga segi lagi dah ni. Ini dah berkembang menjadi cinta LIMA SEGI! Sesuatu yang pertama kali aku temui dalam sebuah karya fiksyen, haha! Siapakah mereka semua ini?

  • Maria, “cewek Mesir” yang cantik, jiran Fahri, suka kat Fahri (calon yang paling aku suka untuk dipasangkan dengan hero, yeah, aku penyokong kuat Maria!).
  • Nurul, gadis Indonesia, anak orang alim, suka jugak kat Fahri (iye la, kalau dia tak suka, tak dinamakan “heroin” la kan?), menyangka beliau bertepuk sebelah tangan (sebab Fahri pun suka kat dia, tapi masing-masing terlampau “berlagak” nak mengaku perasaan masing-masing, haha!).
  • Noura, gadis Mesir yang malang, satu-satunya watak yang betul-betul bertepuk sebelah tangan, cinta tak berbalas, menjadi antagonis untuk membalas dendam… oops, terbagi tahu la pulak!
  • Dan akhir sekali, Aisha, gadis Jerman-Turki-Palestin (kalau dia kahwin dengan Fahri, bayangkan, anak mereka akan menjadi Indonesia-Jerman-Turki-Palestin… peh!), bertepuk dua belah tangan, heroin sebenar novel ini, sama sempurna macam heronya, sama membosankan macam heronya, haha!

Dari segi cerita, macam pengarah bagi versi filem ni kata, awal-awal novel ni sangat “memengantukkan”. Hehe, padanlah aku pun menghadapi kesukaran nak menyudahkan pembacaan, susah nak lepas fasa “mengantuk” dalam novel ni. Bila dia dah kahwin, baru mula jadi seronok sikit, tu pun ada sikit kebosanan apabila si isteri mula membebel mengenai latar belakang hidupnya. Bla bla bla… macam baca karangan biografi la pulak!

Pastu kita mula jadi geram bila suatu insiden berlaku pada hero, yang membuatkan kita jadi laju membacanya sebab kita dapat cepat mengetahui kesudahan nasibnya, dan akibatnya, cepatlah kita dapat sudahi pembacaan kita, hahha!

Cuma, yang paling aku hargai dan suka pasal novel ini ialah ia mengajar (secara tak langsung) adab-adab yang perlu dipatuhi dalam menghadapi hubungan suami-isteri yang soleh, siap dengan doa-doanya sekali. Memang petua yang baik punya! Aku sangat menganjurkan kepada bakal suami/isteri (terutamanya yang nak jadi “suami”, sebab sudut pandangan novel ini ialah lelaki, jadi petuanya lebih sesuai diikut oleh lelaki) yang nak menjalani kehidupan berkeluarga yang Sakinah, Mawaddah wa Rahmah, hehe!

Dari segi tajuk, kalimah “Ayat-ayat Cinta” itu hanya sekali disebut, menghampiri akhir novel itu, dalam Bab 30 (daripada 33 bab kesemuanya), di mukasurat 438 (kalau mengikut cetakan dalam versi Bahasa Melayu). Dilafazkan oleh sang isteri, merujuk kepada ayat 67 Surah Az-Zukhruf yang dilafazkan suaminya kepadanya ketika sang isteri tercenderung untuk melakukan “korupsi” demi membebaskan sang suami yang terpenjara akibat fitnah itu. Haha, dalam keadaan tersepit itupun, dia melarang si isteri berbuat benda macam itu. Memang dasar “sempurna”!

Oh, cakap pasal versi Bahasa Melayu (iaitu versi yang aku baca ni), ada beberapa hal yang aku tak puas hati dengan versi ini. Penterjemah hanya menterjermah beberapa kalimah/perkataan daripada bahasa mereka kepada bahasa kita. Tapi struktur ayat, kebanyakkannya masih lagi dalam struktur bahasa mereka. Akibatnya, menurut aku la, ayat Bahasa Melayu dalam novel ini jadi tunggang-langgang. Pening aku, membaca Bahasa Melayu uslub Indonesi. Mujur aku ni faham sikit bahasa mereka (sebab terlebih menonton sinetron!). Heh, lebih baik tak usah terjemah kalau sebegini saja kualitinya!

Lepas tu aku mendapati penterjemah seolah menjadi “malas” pada penghujung novel. Lebih kurang satu per empat terakhir novel ini, kelihatan beberapa perkataan bahasa mereka yang langsung tidak diterjemah (dalam diari Maria, hari Jumaat ditulis “Jumat”, dan hari Ahad ditulis “Minggu”). Lepas tu, terdapat banyak pula typo, contohnya perkataan “dan” menjadi “dsn”, “makan” menjadi “maksn” (ini contoh saja, sebab malaslah aku nak cari balik perkataan apa beserta mukasuratnya, namun ianya memang ada, percayalah cakap aku!). Sebab apa? Sebab di atas papan kekunci, huruf “A” dan “S” berhampiran, haha! Ayyooo, mana dia pembaca pruf? Tak periksa ka kesalahan sebegitu?

(Hoho, aku pasti, mesti akan ada seseorang daripada sebuah syarikat penerbitan di Malaysia ini yang tersenyum mengenangkan kualiti novel ini versi kita, dan akan berkata, “kalaulah syarikat aku yang terbitkan buku ini di sini, pastinya lebih berkualiti!”)

Ahaks, aku ada fail .pdf, yakni versi “e-book” bagi novel ini. Dalam bahasa asal. Namun disebabkan aku dah terhabis baca versi tempatan bagi novel ini, maka aku rasa tak perlulah aku menyeksa diri mengulang baca novel ini. Dah sudah tu, sudah la kan?

Namun, secara keseluruhannya, novel ini memang bagus la. Kawan aku kata, kawan dia lepas baca novel ni, jadi insaf terus! Ekstrimnya kesan novel ini pada pembacanya! Memang betullah ini “novel pembangun jiwa”! Namun kesannya mungkin berbeza-beza, bergantung kepada “tahap kesedaran” pembacanya itu sendiri kot. Aku memang dah lama insaf dah, ahahah!

Di sana, novel ini sangat popular, hingga dinobatkan sebagai “Best Seller”. Dan mereka sangat berbangga dengan novel ini. Whateverlah kan? Mereka memang “mudah berbangga” dengan apa sahaja yang mereka hasilkan. Kalau kita bersembang dengan mereka, alamatnya kena tahanlah telinga kita mendengarkan pujian demi pujian mereka terhadap diri mereka sendiri, hahah! Itupun dah cukup sopan dah tu, kalau mereka tidak melemparkan kejian terhadap kita la! Kan banyak isu berbangkit antara kita sekarang ni kan?

Cuma ingin aku nasihatkan bagi yang malas nak baca, tapi kena “paksa” dengan orang.  Memandangkan adanya ilmu rumahtangga yang berharga yang boleh dipelajari daripada novel ini, jadi rugilah kalau tak membacanya, dan wajarlah orang itu memaksa anda membacanya. Nasihat aku kepada orang sebegini; jangan baca novel ini dari awal. Sebaliknya mulalah membacanya dari tengah, sebab kalau tidak, anda akan merasa bosan, dan akibatnya mungkin tak terhabis baca novel ni. Kalaupun anda dapat menghabiskan novel ini, anda akan mengambil masa dua tahun, macam aku, haha!

Lalu, bagaimana pula dengan adaptasi filemnya? Jeng jeng jeng… tunggu…

7 thoughts on “Ayat-Ayat Cinta: The Novel!

  1. Banyak orang dok sebut-sebut pasal novel ni.. rasa macam nak beli pn ada. Tapi bila kamu cakap ada banyak typing error, tak jadi kot nak beli. haha. Lagipun tebal la.. macam malas nak baca walaupun saya kaki novel😀

  2. saladin, finally habis juga menghabiskannya. Apa pun, terpulang pd tafsiran kamu bagaimana implikasi AAC kepada diri kamu sendiri. Jika baik kongsikan, jika tidak baik jangan diamkan.

    ixora : typing error tu sikit sahaja, tidak menjejaskan jalan cerita pun. terjemahan memang kerja yang sukar apatah lagi untuk bahasa yang kekurangan perbendaharaan. Jika ramai yang mencadangkan, ambil masa baca perlahan-lahan. Itu lebih baik dari membaca novel yang kurang visi moral dan akhlaknya.

  3. Cik ixora, benar kata Kak Bayan tu, kesalahan ejaan tu sikit saja, memang tak menjejaskan jalan cerita.

    Tapi kalau anda sukakan kesempurnaan, rasa jengkel la jugak mengenangkan kerja penterjemahan tu macam dibuat secara lepas tangan oleh syarikat penerbitan tu, sedangkan saya tahu ada sebuah syarikat penerbitan Malaysia yang tengah frust sebab depa sedikit terlewat nak mendapatkan hak penterjemahan dan penerbitan bagi novel tu di sini (Kak Bayan tahu kot syarikat yang saya maksudkan tu, heheh!).

    Saya rasa kalau mereka ini yang menerbitkan novel tu di sini, mesti lebih hebat daripada yang sepatutnya. Mungkin juga Bahasa Melayu yang digunakan dalam novel terjemahan itu nanti lebih bagus daripada yang ada sekarang ni… hehe, main kata saja ni, sebab saya masih belum mengintai bagaimana kualiti terjemahan bagi novel… siapa nama dia tu… Andrea Hirata?

    Kak Bayan, kesan positifnya sangat banyak. Tapi ramai yang mengomen pasal buku ini asyik dok puji saja, bosanlah. Maka saya sampaikan sisi lain daripada buku ini yang mungkin tidak begitu menyeronokkan, bagi ada kelainan sikit la kononnya tu! Namanya juga pendapat peribadi kan?

    Hehe, novel yang “kurang visi moral dan akhlaknya” itu novel yang bagaimana? Novel yang selalu disentuh dan dibelek oleh majoritinya golongan wanita (seperti yang selalu saya perhatikan di kedai² buku) itu? Novel “cinta”?🙄

    Hoho, sekurang²nya mereka ini ada juga kecenderungan membaca novel!😆

  4. suehada:
    Anda suka watak Maria versi novel atau filem? Hahah, saya belum tonton lagi filemnya, jadi saya tak pasti bagaimana keadaan watak Maria versi filem, tapi saya pasti takkan menyukai watak Fahri versi filem yang sudah didumbdownkan agar menjadi hero remaja tipikal filem Indonesia.

    Namun, kalau dalam versi novel, memang saya pun suka watak Maria, dia ni macam wirawati yang sangat hebat. Saya lebih cenderung menyokong watak yang tidak mendapat cinta orang lain atau yang “tewas” kepada orang lain dalam “merebut cinta”, wakaka!

    Tapi, kot mana pun, kena saya akui, kalau untuk dijadikan isteri, saya tetap mahu yang seperti Aisha: Setia, Bijak, Cantik, Beriman lagi! Apa yang kurang? Siapa yang tak mahu macam itu kan? Tapi, err… ini saya maksudkan yang versi novel tau! Versi filem saya tak pasti dia macammana, tapi dia nampak gayanya lebih “pemarah” dan “penjelous” kalau dalam filem.:mrgreen:

  5. ayat-ayat cinta merupakan sebuah cerita atau kisah yg telah menyayat hati saya,saya sgt menyukai watak fahri dan aisyah sbb ape?sbb..watak tu merupakan watak yg plg sempurna..bg saya kesempurnaan merupakan kebahgiaan seseorg individu tersebut..bkn itu saja kesetiaan antara aisyah dan fahri apabila ditimpa musibah contohnya fahri dituduh memperkosa noura dan telah dipenjarakan,aisyah tetap percaya bahawa tuduhan itu sama sekali tidak benar.

  6. assalamualaikum…

    saya tertarik untuk memberi komen setelah mmbaca ulasan saudara yg bgi sya mengelirukan..(yelah sekejap mengutuk isi novel ini & pda mse yg same menyruh org membacanya..

    buat pengetahuan saudara sya adalah peminat setia novel dan memiliki byk novel dlm koleksi.. tpi novel ayat2 cintalah yg pling memberi kesan dlm jiwa sya..(mgkn kata2 ni pernah ddgari saudara drpd rakan2 anda sendri) dan sye jga pernah menonton filemnye yg sgt jauh berbeza & x boleh dbandgkan dgn novelnya( di mana wtak fahri di dlm novel lbih dkat dgn pembaca berbnding dgn watk fahri dlm movie yg dibenci dsbbkn poligami yg damlkan..
    perkara yg sama juga berlaku dlm pembawaan novel harry potter ke dlm movie yg mne novelnye sgt bgus jika dbndgkan dgn movienye yg sedkit x memuaskan hati… ape yg ingn sye jlaskan dsini pengalman melalui pembacaan adelah lbih menyeronokkn drpda menonton movie adptasi novel yg kdgkala menympang jauh dri novel asal..

    sye menghabiskan mse cme 3 hari tk menghabiskan novel ini itupun diselangseli dgn pelbgi aktviti harian(klu x mesti lgi cpat kot).. ini kerana jln critenye yg sgt menarik diselang-seli dgn plbagai pengetahuan agama yg kdg2 sye sndri pun x thu(meskipun sye dtg dri SMA)..

    jujur dri hati,mg sye mengimpikan suami sperti fahri yg sempurna dan sye percaya masih wujud seorg lelaki seperti dia di bumi Allah ini.. mgkin kerana saudara merasakan bhwa saudara x bley menjadi seperfect dia & cembru dgn kebolehan yg dia ada menyebabkn saudara mengutknya(dia kuat menangis.. x macholahkan.. lelaki mne ade mcam 2).. tpi bgi sye seorg lelaki yg mampu mentiskan air mata demi Allah & demi wanita yg dia sayangi adalah lelaki yg pling mulia dan sukar utk dijumpai krana lelaki terkenal dgn sfat egonya..

    kenyataan saudara megenai sesiapa yg membaca novel ini pasti x sabar2 utk berkahwin jgak merupakan stu kesilapan bgi saya.. mgkin saudara yg mengbil mse yg bgtu lme(2 thun.. dlm mse 2 mgkin sye bleh mnghabiskan beratus2 novel kot)menyebbkn saudara hnye tertumpu pde bhg pertghn & pengakhiran crita yg byk mencritakan tntg kahwn sdgkan di awal crita byk lgi pengajaran yg boleh diambil.. mengenai usaha fahri blajr talaqqi dlm jarak jauh, usaha fahri menerangkan kekeliruan tntg islam dlm usaha dia untuk menyampaikn dakwah kpada Alicia & usaha dia menyedrkn org Arab tentang pentingnya meghormti tetamu biarpun dia org kafir .. byk pengajaran yg bleh diambil mengapa isu kahwin pula dbngkitkan.. mengenai poligami plak pnulis menergkan dgn ckup lengkap mengenai prkara ini(tpi trpulang kpada indvdu itu sendri untuk mentafsirkan)..

    sye juga tertarik untuk memberi komen mengenai isu pengalihan bahasa itu.. bgi sye sme ada ia di kekalkan dlm bhasa indonesia atau dialihkan ke bm itu x menjadi masalah.. sye sndri membacanya dlm versi indonesia.. dan sya memahaminya di tmbah dgn ade glosari ditulis sbgi nota kaki yg mnmbahkan pemahaman sya mengenai perkataan arab & indonesia.. (ade sebuah novel yg sye bca ditulis oleh penulis tempatan;glosarinya di blakng buku yg menyusahkan pembaca utk memahami perkataannya dan x lengkap)..mgkin saudara krang terdedah dgn sinetron atau krang membaca buku menyebabkn sukar untuk memahami.. mengenai kesilapn ejaan itu sye rse xlah bgtu penting shngga mngangu pembacaan.. yg penting adelah minat untuk membaca itu..

    yg pling penting mengenai buku ini adelah sye mndapat pengalamn & pengajaran yg x terdpat dlm novel biasa.. tmbhan pla buku ini ditulis bkan dgn rekaan & fantasi penulis ttpi berdasarkan rujukan berpuluh2 kitab agama lngkap dgn dalil2nya sekali..

    usaha habiburrahman utuk berdakwah melalui novel ini adlah satu usaha yg harus diberi pujian krana x mudah untuk menympikan dakwah kpada golongan muda krana kebykn golongan muda skrg x ske mmbaca buku2 agama( spt saudara.. novel pun mlas baca aptah lgi buku agama kan)..

    apepun sye nasihatkan kpada sesiapa yg bermnat untuk membaca ape2 buku(x kiralah ape2 buku pun)mulakan dgn niat yg ikhlas.. bkan kerana paksaan sesiapa..kerana anda akan merasa nikmatnya membaca apbila anda dgn sukarela mebuat sesuatu perkara..

    P/s:sye x bosan membaca buku ini dan akn mengulangi membacanya spaya ilmu g sye dpat dri novel ni x akn luput dri ingatan sye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s