Lonely Soldier Boy: MOSPEADA!

DO YOU REMEMBER THAT OLD LUL-LABYE?!

Hoho, bagi peminat band-band tempatan, terutamanya band-band baru yang kemunculannya entah dari mana datangnya, secara tiba-tiba sahaja muncul di arena seni tanah air ini, muncul secara mainstream pulak tu, dengan genre muzik yang pelik-pelik, maka pastinya pernah mendengar tajuk lagu seperti yang aku tulis kat tajuk entri ini, serta “ayat” yang aku quote kat atas tu (ya, aku tahu ejaan “lullaby” tu salah). Yep, lagu daripada band HUJAN kan?

Tapi bagi orang tertentu, macam aku contohnya, maka bila membaca tajuk lagu itu, dan kemudiannya setelah mendengarkan sendiri lagu nyanyian mereka itu, maka tidak boleh tidak, memori lampau mengimbau kembali, mengingatkan aku kepada asal-usul yang asalnya bagi lagu berkenaan. Apakah asal-usul yang sebenar bagi lagu berkenaan?

Yeah, bagi yang dapat menekanya, tahniah diucapkan! Andalah “kanak-kanak 80an” yang peka dengan apa yang anda tonton di TV, heheheh! Bagi yang tak tahu, mungkin anda terlalu muda, atau mungkin juga terlalu tua daripada jangka umur itu, atau mungkin anda jenis yang tidak kisah atau peduli.

Maka biarlah aku memberikan jawapannya. Ini ialah lagu yang SAMA (atau hampir sama, atau sekurang-kurangnya iramanya SAMA, serta beberapa bahagian lirik tertentunya SAMA) dengan satu lagu yang sebenarnya dinyanyikan dalam bahasa yang ternyata jauh berbeza daripada bahasa kita.

Mempersembahkan GENESIS CLIMBER MOSPEADA (laman sesawang rasminya di sini), atau dalam bahasa asalnya ialah 機甲創世記モスピーダ (transliterasinya ialah Kikō Sōseiki Mosupīda) atau secara langsung terjemahannya ialah Armored Genesis Mospeada.

Bagi yang terkeliru (macam aku sendiri pada satu ketika dulu) mungkin membayangkan bahawa ini juga cerita yang sama yang diberi judul ROBOTECH (laman sesawang rasmi di sini). Ya, itu pun benar juga.

ROBOTECH ialah tajuk yang digunakan untuk memasarkan siri anime ini di Amerika Syarikat. Menjadi suatu amalan yang biasa pada suatu ketika dulu, untuk sesuatu penerbitan di Amerika Syarikat, tatkala mereka mengimpot sesuatu siri anime dari Jepun (iyalah, dari mana lagi kan?) ke Amerika Syarikat, mereka akan pilih judul-judul dari genre-genre yang mereka rasa mereka boleh “buat duit”. Dan bilamana mereka berbuat demikian, mereka akan menghakmilikkan siri itu, seolah-olah merekalah yang menerbitkannya, dan memang produksi Jepun pun jual seratus-peratus kepada mereka. Kalau tak salah, istilahnya ialah “anime licensing”.

Jadi, apabila mereka berhak melakukan apa saja, maka berlakulah apa yang disebut di kalangan peminat anime sebagai “Americanized anime”, sama ada ditapis agar sesuai untuk tontonan kanak-kanak di Amerika Syarikat (sebab biasanya di Jepun, anime mereka tiada tapisan, boleh jadi apa saja babak yang “pelik-pelik” boleh ditayangkan di situ tetapi tidak dapat diterima oleh masyarakat di Amerika Syarikat untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak mereka), ataupun ianya diberikan sifat tempatan (atau Amerika) di mana watak-watak yang mempunyai nama-nama Jepun, akan diberikan nama-nama Amerika.

Biasanya TAJUK asal akan diubah. Adakalanya sampai ke peringkat mengubah jalan cerita asal (seperti kes novel AYAT-AYAT CINTA ke filemnya, sepertimana yang dikompelinkan oleh peminatnya, hehe!). Dan adakalanya mereka akan menggabungkan beberapa siri yang sebenarnya LANGSUNG TIADA KAITAN dan dihimpunkan dalam satu siri yang kononnya berkaitan. Biasanya yang dihimpunkan itu ialah siri-siri anime yang diterbitkan oleh produksi dari Jepun yang sama. Jadi apabila produksi Amerika Syarikat “membeli” siri-siri ini, mereka mempunyai hak penuh ke atas siri ini bertindak menggabungkannya agar menjadi suatu francais yang lebih besar (dan senang nak dipasarkan kot?). Hubungkait antara kesemua cerita itu akan mereka lakukan menerusi dialog yang diubahsuai agar kelihatan bahawa kedua-dua (atau lebih) siri ini ialah sebahagian daripada suatu cerita yang lebih besar.

Maka itulah dia ROBOTECH, hasil gabungan daripada tiga siri anime (bergenre mecha) yang berbeza, iaitu THE SUPER DIMENSION FORTRESS MACROSS (panjang gila babas tajuknya! Panggil ja MACROSS), THE SUPER DIMENSION CAVALRY SOUTHERN CROSS (gila betul, yang ini lagi panjang tajuknya! Ada “THE” pulak kat depan tu yang tak tahan tu!), dan siri MOSPEADA yang aku sebut kat atas tadi tu.

Tapi ini dulu la, sebab sekarang ni produksi/pengedar Amerika Syarikat dah tak buat macam itu… sangat. Mereka sedar peminat sekarang ni dah pandai, dah ada yang buat “Fansub” dan kemudiannya edar di Internet, jadi akan rugi besarlah pengedar di Amerika Syarikat sebab penonton tak menonton hasil edaran mereka. Jadi ada di kalangan mereka yang mengekalkan judul, nama watak serta jalan cerita, sementara masih ada juga yang mengubah judul, nama watak, serta “menapis” jalan cerita yang mungkin tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak (penapisan rancangan kanak-kanak di Amerika Syarikat sangat ketat rupa-rupanya), jadi versi Amerika biasanya agak “jinak” berbanding versi asal.

Berbalik pada ROBOTECH, aku yakin, selain ROBOTECH dan MOSPEADA, pasti yang sezaman dengan aku akan teringat judul MACROSS ni. Ala, anime robot besar yang boleh transform jadi jet, jet berkaki robot dan akhirnya robot tu! Haa, memang antara kegilaan jugak siri ni pada zaman tu. Cakap pasal transform ni, tahukah anda bahawa sebenarnya ada kaitan antara siri MACROSS dengan siri TRANSFORMERS, terutamanya pada siri permainannya? Haa, nantilah, lain kali saja aku cerita, hehe…

Oraait la, sekarang kita berbalik pula pada siri MOSPEADA ni (amboi jauh sungguh aku melencong!), masihkah anda ingat ini siri anime mengenai apa? Haha, yang aku ingat sikit-sikit ialah berkenaan sekumpulan pejuang yang naik motosikal yang kemudiannya bertukar menjadi sut perang apabila mereka “bergabung” dengan motosikal tersebut.

Kali terakhir aku tengok ialah pada bulan Ramadhan 4-5 tahun lepas (pelik kan, TV3 tayang anime ni petang Ramadhan, sebelum berbuka? Hehehe!). Bila tengok semula tu, dengan terjemahan ke Bahasa Melayu yang mungkin “hilang dalam terjemahannya”, maka fahamlah aku sikit-sikit mengenai jalan cerita bagi siri bercorak sains fiksyen angkasa ni. Rupanya ada kisah pasal planet Marikh ka apa entah, tak ingat la aku. Mujurlah ada Encik WIKIPEDIA sebagai pembantu! Rujuklah di situ kalau nak tahu alkisahnya dengan lengkap.

Cuma yang aku boleh kata, anime ini (sepertimana kebanyakkan anime lain pun) memaparkan tema yang berat, agak berat, sangat berat untuk dihadam oleh kanak-kanak yang menontonnya. Tapi tak mengapa, sebab kanak-kanak akan terhibur dengan aksi-aksi yang dipaparkan, dan tak akan peduli dengan apapun “tema” yang diutarakan. Tema yang “berat” ini biasanya ditujukan pada penonton yang lebih dewasa. Maka inilah dia tarikan bagi anime yang membuatkannya boleh ditonton oleh orang dewasa tanpa rasa segan dan malu.

Oh, sebelum terlupa, lagu tema bagi siri MOSPEADA ini berjudul 失われた伝説(ゆめ)を求めて (Ushinawareta Yume O Motomete) atau kalau aku terjemah terus ke Bahasa Melayu berbunyi “Mencari Lagenda yang Hilang” (“In Search Of Lost Legends”), namun di kalangan peminat, terutamanya yang bukan dari Jepun, seperti aku, lagu ini lebih dikenali sebagai “Lonely Soldier Boy”, sebab hanya itu “ayat” yang diulang-ulang, yang boleh kita fahami daripada keseluruhan lirik lagu ini, heheh!

Nama penyanyinya ialah Andy. Aku pun tak tahu mamat ni orang Putih atau orang Jepun, tapi kalau dia orang Putih, maka fasih benar Bahasa Jepunnya, dan kalau dia orang Jepun, maka tak hairanlah tak fasih sungguh bunyi Bahasa Inggerisnya (ketika menyebut “lonely soldier boy”… oh ya, dan juga perkataan “moonlight”, dan paling tak dapat dilupakan, “do you remember that old LUL-LABYE!”…).

Tapi yang pasti, anime klasik tahun 80an ini memang best. Memang klasik. Tengok saja intro kat bawah tu, dengar lagu temanya yang sungguh berbunyi macam muzik rock Jepun era 80an. Dengan suara serak sang penyanyinya. Oh ya, baru teringat lagi, cuba perhatikan watak “bapuk” yang kelihatan dalam intro (atau kat gambar di atas nun), yang berambut ungu tu. Kalau dalam siri ni, dialah yang menyanyikan lagu ni, dalam episod terakhir.

Hehe, kat Jepun, seseorang yang kelihatan “bapuk” itu, bukanlah “bapuk” dalam ertikata sebenar, jauh sekali kalau mereka itu “gay”. Biarpun berhias seperti perempuan, mereka ini sebenarnya sangat “jantan”. Suara pun mereka kekalkan kejantanan mereka (tak dipondankan). Dan, perempuan di sana sangat menggilakan lelaki di sini. Aku jugak kenal, wanita rakyat Malaysia, yang minat “everything Japan”, turut meminati artis Jepun (biasanya penyanyi lagu-lagu rock) sebegini. Dan bagi dia, dan sepertimana juga (mungkin) bagi budaya Jepun, lelaki yang “gay” ialah lelaki yang mempunyai otot sasa yang berketul-ketul. Hoho, sapa yang cekap bab-bab Jepun ni tolong perbetulkan kalau aku salah ya? Tapi kalau benar, maka memang pelik sungguh dunia ini, heheh…

Maka aku sudahi entri dengan “mengepilkan” video intro bagi anime MOSPEADA ni (cuba cari perkataan “LUL-LABYE” di situ!). Kat ruangan komen di Youtube untuk video ini, ada orang sebut pasal versi nyanyian kumpulan HUJAN tu. Kalau rajin cubalah cari versi penuh lagu ni (tajuk lagu dan nama penyanyi dah dinyatakan), dengar, dan bandingkan, versi mana anda lebih suka, heheh…

11 thoughts on “Lonely Soldier Boy: MOSPEADA!

  1. Assalamu’alaikum En. Saladin,

    Saya juga adalah kanak2 80-an, tetapi sudah hampir kehilangan ingatan tentang cerita2 yang dimainkan di TV di kala itu. Bila membaca entri anda kali ini, barulah ingatan itu cuba menjelma kembali, tetapi masih agak kelam-kelam.

    Takpelah,
    biarkan saja kenangan itu berlalu…..

    Cuma, semenjak saya membaca blog En. Saladin ini, saya pasti akan tersenyum sendirian tatkala menonton TV. Cuba menduga, apakah ilham kreatif yang akan difikirkan oleh En. Saladin jika menonton cerita yang sama.

    Saya bagi contoh.
    Pada hujung minggu yang lalu, saya melawat bekas rumah sewa saya di shah alam yang masih dihuni oleh kawan2 saya. Ada astro. Jadi, saya tidak melepaskan peluang menonton anime ataupun ceria (kanak2 sungguh). Maka, telah ditakdirkan, pada masa itu, astro ceria menayangkan cerita altroman mebius.
    Maka, saya membayangkan, bagaimana En. Saladin akan men-describe cerita tersebut.
    Apa yang lebih menarik, dengan cara ini, saya bukan sahaja dapat menembah keasyikan menonton sesebuah cerita, tetapi juga dapat merangsang saraf2 otak agar bekerka dengan lebih rajin.

    sebagai penutup, saya ambil satu nasihat daripada ultraman (saya tak pasti sama ada ace, seven ataupun dua org lagi ultraman yang veteran) kepada ultraman mebius yang telah agak kecewa kerana tidak dapat memuaskan hati semua manusia.

    “kita hanyalah ultraman, bukannya Tuhan. Kita tidak dapat menyelamatkan semua manusia, tetapi kita telah berusaha melakukan yang terbaik.” – lebih kurang macam tu la bunyiknyer…….

  2. Hehe, terima kasih wahai aiyrie. Tak sangka pulak celoteh “merapu” hamba ni berjaya memberi inspirasi pada orang yang membacanya! Sampai merangsang otak untuk bekerja?😆

    Biarpun di rumah keluarga hamba ni ada Astro, tapi hamba sendiri jarang menontonnya. Salah satu daripada sebabnya ialah supaya tak berebut dengan sesiapa yang mungkin nak menonton jugak, tapi rancangan lain di saluran lain.

    Nanti kalau hamba terminat sesuatu rancangan di Astro yang mungkin clash dengan waktu tayangan rancangan lain yang diminati oleh sesiapa saja dalam isi rumah hamba ni, maka salah seorang kena beralah. Biarlah hamba yang beralah dulu sebelum sempat “sangkut” dengan mana² rancangan yang mungkin akan menjadi fevret hamba kalau menontonnya, dan biarlah apa saja rancangan fevret hamba ni cuma yang ada di 6 stesen percuma (kebetulan TV di rumah ni banyak, tapi yang boleh menonton Astro tu cuma satu).

    Memang hamba dok mencari peluang nak menonton filem ULTRAMAN MEBIUS & ULTRAMAN BROTHERS tu. Enam “Ultraman brothers” itu terdiri daripada ULTRAMAN (tiada nama tambahan di belakangnya), ULTRA SEVEN, ULTRAMAN JACK, ULTRAMAN ACE, ULTRAMAN TARO dan ZOFFY (tiada “Ultraman” pada namanya, biarpun dia itu tetap “seorang” Ultraman).

    Terlupa atau terlepas la pulak peluang nak tonton di Astro Ceria! Kalau hamba menontonnya, macam yang anda sangkakan, mungkin hamba akan “mengulasnya” di sini, heheh!

    Haha, nasihat tu, kalau menurut rebiu filem ini (klik sini) disampaikan oleh ULTRAMAN (yang tak ada nama tambahan di belakang tu). Nasihat ni boleh diaplikasikan kepada mana² “superhero” (atau sesiapa yang perasan nak jadi “hero”) yang terasa macam mereka perlu menyelamatkan semua manusia, tanpa menyedari mereka juga “manusia” yang punya kekangan atau had pada kemampuan mereka. Konflik dalaman la tu! Benda yang sama pernah dialami oleh watak SUPERMAN. 8)

    P/S: Huyyo, apa pasai respon aku kepada komentar ni, kelihatan seperti sebuah entri penuh?!😆

  3. Hahah, kena dibetulkan konsepnya di sini.

    BUKAN “lagu dia sebijik dengan lagu Hujan tu”. Ayat yang BETUL ialah “lagu Hujan tu sebijik dengan lagu dia la”.😉

    Siri anime ni, beserta dengan lagunya sekali, dah lama dah, diciptakan pada DUA PULUH LIMA TAHUN yang lalu. Kalaupun ahli² geng Hujan tu dah lahir, mereka mesti baru merangkak ataupun masih berlari berkejaran.

    Oleh yang demikian, kita harus respek pada “yang asal”. Yang memulakan. Yang mengikut, mengubahsuai (kita tak kata la “meniru”) harus diletakkan di bawah “yang asal”.:mrgreen:

  4. saya suka lagu mospeada dari hujan. suara dia errmm.. sedap la. hehehe. lagu pun catchy. nice tune. yang jepun punya pun ok jugak, tapi suara penyanyi errr.. tak minat la. hahahaha~

  5. Wahai g i joe, tidaklah sukar mencari lirik lagu tema Mospeada ini. Anda cuma taipkan saja pada Google kalimah “Ushinawareta Yume O Motomete”, pasti jumpa situs yang berkenaan yang memiliki liriknya.

    Haha, wahai Cik AyUmi. Berkenaan “suara” penyanyi HUJAN itu, hamba mendapati mereka menggunakan teknik suara “bernyanyi dalam kawah/periuk” (istilah yang dicipta oleh hamba sendiri), di mana mereka telah mengeditkan suara mereka agar kedengaran “dalam”, seperti sedang bernyanyi dalam kawah.

    Maka kalau itu pendapat anda mengenai suara dia yang sedap itu, maka tiadalah hamba berhak untuk menafikan pendapat anda, kerana ianya sesuatu yang bersifat subjektif.

    Tapi kemudian anda berkata “lagunya catchy, nice tune“, merujuk kepada “kesedapan lagu yang dinyanyikan oleh HUJAN, disusuli pula dengan kata² “yang Jepun pun okay jugak”, seolah macam lagu yang asal ialah yang dinyanyikan oleh HUJAN, diciptakan oleh HUJAN, sedangkan hakikatnya ialah sebaliknya!

    Mungkin juga anda tak bermaksud sedemikian, tapi susunan ayat anda itu menggambarkan sedemikian, hehe…

    Maka izinkan hamba pula mengutarakan pandangan hamba mengenai “yang mana yang lebih sedap”.

    Menurut “hukum”, biasanya “yang asal” itu, selalunya, semestinya, dan sepatutnya, dianggap “lebih baik” daripada “yang menirunya”. Maka itu juga yang hamba aplikasikan kepada lagu ini. Hamba berpendapat “versi asli” lebih bagus daripada “versi tiruan”.

    Berkenaan suara penyanyi yang Jepun ini, adapun “kesedapan” suaranya itu suatu hal yang subjektif. Namun bagi hamba la kan, hamba lebih memilih suara “yang asli” (tidak diedit) berbanding suara yang sudah diedit agar kedengaran sedap.

  6. aku ingat lagi citer ni paling aku minat, mase tu umur aku baru 6 taun,citer ni stat petng…aku tengo x miss..tp citer mase kecit2…xbraper igt cmne citer tu.masa bulan pose aku tingkatan 4 citer ni main balik, tp kejap je..aku tengok,cm budak kecit..mak aku perli aku..ari tu adik aku main mp3 player hujan nyanyi..adik aku pn xtau ni citer katun nye lagu..ape pn aku die hard fan mospeada…paling aku minat jet warne warne biru,paling hebat jet 2,tp aku kompius,itu jet leftenan stick ker yellow benmont yang punye…apepn, aku minat giler citer ni… =)

  7. Ya leftenan stick (inspirasi daripada watak Stig Bernard tu ka?)!

    Yeah, waktu ulang tayang dalam bulan puasa tu, aku pun masih di sekolah menengah. Aku rasa kita ni sebaya la, hehe!

    Hehe, tujuan aku buat entri ni pun supaya bila “generasi muda” yang nak cari lirik lagu LONELY SOLDIER BOY ni di Google, mereka akan “ter”jumpa blog aku ini, sekaligus dapat berkenalan dengan siri anime yang hebat ni (dan mengenali “asal-usul” lagu ni, supaya mereka berfikir dan menilai sebelum nak memuji “originaliti” lagu nyanyian kumpulan HUJAN ni)!

    Apahal pun, aku salut la hang ni selaku die hard fan siri ni. Aku sendiri pun terpaksa “Wiki” nama² watak yang hang sebut tu, hehe! Maka dengan ini aku pun tak pasti siapa dia yang memilik jet yang anda maksudkan tu, sama ada Stig Bernard atau Yellow Belmont. Cuba cari kat laman web MOSPEADA ni. 8)

  8. Aku pun nak kongsi cite skit pasal mospeada ni…..memang Robotech ni digabung dari dua citer tengok stroke artwork dia pun kita tahu…walaupun pihak US menyatakan bahawa ia dari asas yang sama….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s