Batuk! Kisah 5 Negeri Semenanjung…

Dalam buku sejarah, kita dok belajar, bahawasanya sebelum merdeka, sebelum Malaysia, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini terbahagi kepada “kumpulan-kumpulan” tertentu, bergantung kepada bagaimana cara negeri-negeri itu dijajah.

Negeri-negeri itu adalah seperti berikut:

1. Pulau Pinang + Melaka + Singapura = ???
Jawapan: Negeri-negeri Selat

2. Pahang + Perak + Selangor + Negeri Sembilan = ???
Jawapan: Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3. Johor + Terengganu + Kelantan + Kedah + Perlis = ???
Jawapan: Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Nah, sekarang, pada tahun 2008, bulan Mac, terbentuk pula satu lagi kombinasi baru melibatkan lima buah negeri di Semenanjung Malaysia ini.

KELANTAN + KEDAH + PULAU PINANG + SELANGOR + PERAK

Agak-agak, apakah nama yang sesuai untuk combo yang (meminjam istilah Ustaz Zamri MARI MENGAJI) “mantop” ini?

Yang pasti, media akan mengatakan bahawa negeri-negeri ini “jatuh ke tangan pembangkang”.

Hmm… ini aneh ni. Pembangkang amendenye? Kan mereka membentuk kerajaan di situ? Kerajaan yang SAH, yang dipilih oleh RAKYAT. Nah, sekarang siapa yang bakal menjadi PEMBANGKANG, dalam ertikata sebenar, di situ?

Inilah dia masalah set minda yang telah disetkan sejak zaman-berzaman (terima kasih pada media perdana yang memainkan peranan ini). Melabel dan kemudian menyalahgunakan (dan menyalahtafsirkan) istilah PEMBANGKANG, yang diberi konotasi seolah PEMBANGKANG ini layak dianggap MUSUH/PETUALANG/PEMBERONTAK. Konsep apakah ini? Ini konsep yang menggalakkan perpuakan antara… err… sesuatu “puak”.

Maka, marilah kita betulkan persepsi yang salah lagi negatif ini. Dan bacalah apa yang sahabat aku katakan dalam tulisannya dalam entrinya di sini, dan renungkanlah, heheh!

Cakap pasal media, ish, masih cakap besar lah mereka ni. Terimalah hakikat. Orang dah bagi mesej, awat yang dok tak paham-paham lagi tu? Takkan tidoq lagi kot?! Ataupun dalam keadaan… apa orang putih cakap tu… DENIAL?! Ya, orang putih cakap “denial is not a river in Egypt” (“penafian bukanlah nama sungai di Mesir”, hehe, tak masuk di akal kalau diterjemah ke Bahasa Melayu).

Oh ya, negeri aku seolah macam terputus terus hubungan dengan media. Tiada satu pun footage mengenai suasana di negeri aku. Pengumuman kemenangan pun tiada. Mana dia laporan “hanya yang sahih” tu? Aku sendiri hampir tak tahu siapa yang bakal jadi Menteri Besar di negeri aku ni.

Ah, baru teringat, menteri media perdana pun tersungkur di negeri aku ni. Lawak… lawak… lawak! Masih terngiang-ngiang ayat-ayat jawapannya kepada pembaca berita Al-Jazeera!

Oh ya lagi, ada orang kata, di bangunan tempat pusat pentadbiran negeri aku, jalan ditutup. Berapa buah entah, trak FRU berhimpun di situ. Aik, nak buat apa tu? Takkan tak mahu kasi kerajaan baru terbentuk kot? Ahaks, ini spekulasi aku saja, yang mungkin akan dipadam kemudian kalau ianya tak betul, hahah! Lagipun aku sendiri belum pergi ke situ nak memastikannya!

“Bulan” telah mengambang di negeri aku, buat pertama kalinya. Yang lawaknya, malam sebelum hari aku mengundi tu, aku baru saja menonton, buat pertama kalinya, menerusi VCD originalnya, filem KALA MALAM BULAN MENGAMBANG, hahah!

Hai, macam-macam…

11 thoughts on “Batuk! Kisah 5 Negeri Semenanjung…

  1. maka orang melayu akan bermula era persamaan semua kaum. Tiada lagi seperti sebelumnya. Dan yang rugi adalah orang pribumi terpaksa menjadi hamba kepada kaum yang memonopoli ekonomi. Orang melayu akan tertinggal kerana tiada pembelaan. Tahniah Pas tahniah PKR tahniah DAP parti pembangkang yang akan menjadikan malaysia sebuah negara seperi seberang. Malang sekali bagi Sekolah Rendah Agama JAIS, mungkin akan jadi sejarah Kerana tiada budget untuk Aktiviti JAIS yang diluluskan oleh DAP.

  2. Haha, itu kena tunggu dan lihat la kot. Yang memilihnya tu rakyat jugak kan? Gamak tak puaih ati, tukaq la pulak PRU akan datang.

    Orang Melayu selama ini pun bukannya terbela sangat pun. Yang kaya bukan semua, yang dapat hasil bukan semua, melainkan golongan tertentu yang mempunyai kepentingan.

    Lepas tu, kes² roboh rumah setinggan dan surau tu, bukan mangsanya tu orang Melayu ka? Terbela ka itu macam?

    Gerai² Melayu disita sebab tak dapat lesen, tapi kalau gerai² makan lain, hulur duit masuk poket penguasa, maka masih boleh beroperasi. Terbela ka itu macam?

    Menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Melayu dengan yang lain, menimbulkan rasa kepuakkan, sebab dasar² yang sebenarnya hanya menguntungkan orang tertentu yang berkepentingan semata, dan bukan semua orang Melayu seperti yang disangka. Terbela ka itu macam?

    Apa saja masalah orang Melayu, disenyapkan. Orang Melayu macam tiada nilai di negara sendiri. Undinya tidak berharga dan tidak dihargai. Membela Melayu ka itu macam?

    Buktikan bilangan yang terbela dan bandingkan dengan bilangan yang terzalim. Yang mana yang lebih ramai?

    Sebab tu aku ada kata, tukar set minda. Jangan masih terbasuh dengan bahasa² yang sama. Mentaliti kelas ketiga ni bilalah nak beredar dari masyarakat kita ni? Celiklah sikit.

    Yang kalah tu silalah muhasabah diri kenapa kalah. Tu pun kalau nak menang semula la, kalau nak buat diri tu jadi masih relevan. Jangan masih TIDUR lagi. Bangun LAH, hahah:mrgreen:

  3. Keputusan yang terlampau (bak kata cikgu Tawel).

    Kalo negeri hang dah sampai ke bulan. Negeri aku lak baru nak naik roket, tapi takleh pulak. Sebab, perlembagaan negeri dah set nak orang beragama Islam yang jadi MB.

    Pukul 4 nanti baru tau, takat tengok bulan dgn mata saja kah? atau sampai jugak ke bulan kah?

  4. Wohooo, leokid! Parlimen kita, biarpun secara logiknya kelihatan rumahku ini berada lebih hampir dengan Alor Setar (biasalah, persempadanan semula punya kerja la ni). Tapi malangnya aku N11. Jadi celaru, undi berpecah sebab ada perlawanan tiga segi BN-PKR-DAP…

    Hoho betul kata kipp tu wahai aiyrie. Hamba cuma nak tambah bahawasanya nak naik ROKET untuk ke BULAN mesti kena ada MATA!:mrgreen:

  5. Saladin Convoy!

    Ayat power nih! —>Yang kalah tu silalah muhasabah diri kenapa kalah. Tu pun kalau nak menang semula la, kalau nak buat diri tu jadi masih relevan. Jangan masih TIDUR lagi. Bangun LAH, hahah he. he. he…

  6. Siap Kak Bayan!😆

    Hmm… entahlah wahai Tuan HE. Dari suatu sisi, secara strategiknya, pihak lawan akan mendapatkan suatu keuntungan kalau beliau TIDAK BERUNDUR. Kerana apa? Kerana lima tahun akan datang, ada harapan untuk SAPU BERSIH, seANDAInya beliau masih di takuk lama LAH…:mrgreen:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s