Undilah… OPTIMUS PRIME!


“Presiden” Optimus Prime

Sempena musim pilihanraya ini, aku menyeru kepada semua orang supaya mengetepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman politik.

Aku menyeru supaya anda jangan ragu dan jangan pening lagi dalam memilih siapa yang paling layak memimpin anda.

Aku menyeru kepada anda semua supaya sebulat, seia sekata, sehati sejiwa seraga, menyokong calon yang paling layak untuk memimpin anda.

Aku menyeru kepada anda untuk menyokong orang individu yang paling layak itu, iaitulah OPTIMUS PRIME!

Bagi yang tidak mengenali keperibadian Optimus Prime, selain daripada di Wikipedia, anda boleh baca biodatanya yang paling lengkap di sini (di samping sedikit “bacaan tambahan” di sini dan di sini, dan beberapa “versinya” di sini).

Apahal pun, biar aku cerita sedikit mengenai Optimus Prime serta ketokohannya.

Beliau “dilahirkan” sebagai Orion Pax, dan memulakan kehidupannya sebagai pekerja kilang biasa yang tidak dibina untuk berperang. Hidup bahagia dengan kawan-kawan di planet Cybertron, beliau tersangat menyanjung tinggi sekumpulan Transformers yang digelar sebagai “Decepticon”, yang sememangnya dicipta khusus untuk berperang, tidak seperti pihak “Autobot” (seperti Orion Pax) yang dicipta khusus sebagai pekerja. Beliau lebih-lebih lagi sangat menyanjung pemimpin Decepticon, iaitu Megatron (biodata lengkap di sini, bacaan tambahan di sini dan sini, beberapa “versinya” di sini). Antara punca kekagumannya terhadap mereka ini ialah, mereka mempunyai kebolehan untuk terbang tanpa bantuan alat tambahan.

Mimpi Orion Pax menjadi nyata apabila pada suatu hari, Megatron datang ke gudang penyimpanan tempat Orion Pax bekerja. Orion Pax sangat teruja dapat bersemuka dengan “idolanya” itu. Megatron rupanya ingin memilih gudang itu untuk menyimpan stok-stok tenaga Energon (sumber tenaga di planet Cybertron). Orion Pax gembira dapat berkhidmat untuk Megatron, biarpun seketika.

Namun “seketika” itulah sahaja peluangnya, kerana rupanya Megatron dan anggota Decepticon yang lain rupanya sudah memberontak (suatu hakikat yang belum disedari Orion Pax kerana berita itu belum tersebar luas) dan kebetulan kilang/gudang itu ialah tempat sasaran mereka yang berikutnya. Dalam serangan itu, maka berlakulah sesuatu yang sangat ironis; idola yang sangat disanjunginya itu telah mencederakannya dengan begitu teruk. Ironisnya lagi, Orion Pax secara tidak langsung telah “membantu” kemaraan pemberontakan itu.

Dalam kecedaran yang tersangat teruk, Orion Pax mengalami kerosakkan yang amat dahsyat. Alpha Trion, salah seorang “sebuah” (?) Autobot yang bijaksana, tapi sudah tua, sedang memikirkan cara untuk menentang pemberontakan Decepticon, telah dapat melihat “potensi tersembunyi” yang ada dalam Orion Pax. Lalu beliau bertindak dengan mengubahsuai Orion Pax yang sedang nazak, dan terlahirlah OPTIMUS PRIME (dikenali sebagai CONVOY di Jepun)! Beliau telah diamanahkan dengan “Matrix of Leadership” (boleh baca juga di sini) iaitu simbol kepimpinan bagi Autobot.


Optimus Prime

Benarlah juga kata-kata “Pemimpin tidak dilahirkan, tetapi dicipta” (eh, betul ka terjemahan aku untuk kata-kata “Leaders are not born, but made” ni?). Optimus Prime digalaskan beban yang sangat besar, sebagai Komander bagi pihak Autobot, untuk memerangi pihak Decepticon. Dalam pertembungan pertama Optimus Prime dengan (mantan) “idolanya” iaitu Megatron, Optimus Prime memperkenalkan dirinya sebagai “mimpi ngeri” bagi Megatron. Ironisnya, Optimus Prime akan berseteru dan bermusuhan dengan Megatron yang pernah disanjungnya sebelum. Maka tercetuslah perang saudara yang berlanjutan sehingga jutaan tahun lamanya, dan melarat sampai ke planet Bumi.

Sebagai pemimpin yang tersangat berpengalaman memimpin Autobot menghadapi kemaraan Decepticon selama jutaan tahun, Optimus Prime sangat memahami bahawa “kebebasan adalah hakmilik setiap makhluk berakal” (“freedom is the right of all sentient beings”). Selagi beliau memilik “spark” (“nyawa” bagi setiap Transformer) di tubuhnya, beliau bersumpah akan melindungi semua yang bernyawa daripada sebarang penindasan.

Sebagai veteran perang, beliau tahu perang bukanlah penyelesaian, namun bila perlu, beliau tahu bagaimana untuk menangkis serangan pihak musuh.

Sebagai seorang pemimpin, beliau tahu bahawa “no sacrifice is too great in the service of freedom” (malas nak terjemah daa!).

Berikut merupakan bukti kesediaannya untuk berkorban, apabila beliau bersemuka bersendirian menentang Megatron:

Ini pulak babak yang sama, tapi versi Jepun. Nama Optimus Prime disebut sebagai Convoy di sini (ceh, versi Jepun ni banyak menjerit daa, bisinglah!):

Ketokohan Optimus Prime ini memang tiada tara tandingnya. Hot Rod (nama Jepunnya ialah Rodimus) yang mengambil alih tempatnya, dengan gelaran Rodimus Prime (nama Jepun: Rodimus Convoy… oh yeah, maklumat lanjut di sini), sentiasa dibayangi dengan Optimus Prime.

Hmm… cakap pasal Optimus Prime dan Rodimus Prime ni, ini dia video mereka bekerjasama, dan boleh terlihat lagi ketokohan Optimus Prime.

Akhir kata, marilah mengundi Optimus Prime! Demi masa depan yang cemerlang. Gemilang. Terbilang. Selamat. Aman. Makmur. Kebajikan. Muahahah!

Masa untuk berubah. Marilah kita menyambut seruan Optimus Prime. Mari kita “transform” dan “roll out”!

5 thoughts on “Undilah… OPTIMUS PRIME!

  1. Aku vote for…Alpha Trion walau dia dah tua… sebab dia pandai…heheheh malangnya kali ini aku tiada dakwat dan pen untuk memangkah kerana vote aku dikira sebagai ilusinasi sahaja mungkin aku akan tiba tiba muncul di daerah Rembau sebagai pengundi… kasihan undi ku itu…

  2. Tuan HE, hamba simpati dengan kemungkinan nama anda akan secara tiba² “mengundi” di Rembau. Kawasan PANAS tu. Tawakkal sajalah. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

    Teringat pulak episod MISSION: IMPOSSIBLE yang hamba tengok tempoh hari, seorang pengundi dilengahkan daripada pergi mengundi kerana ejen IMF perlu menyamar menjadi pengundi tersebut untuk melaksanakan misi mereka untuk “membersihkan” proses pilihanraya di satu negara tu. Pengundi itu tak dapat pergi mengundi, tapi ejen yang menyamar tadi dah tolong undikan untuk dia, haha!

    Tapi Tuan HE, kalau anda mengundi OPTIMUS PRIME pun dah dikira mengundi ALPHA TRION sebab beliau sudah memberikan “mandat” kepada Prime untuk mengepalai AUTOBOTS! Keputusan pucuk pimpinan parti la katakan…:mrgreen:

    Encik KNizam, STARSCREAM adalah simbol pembelotan dan pengkhianatan abadi. Ada versi menunjukkan dia tu pengecut, dan ada pulak versi memaparkan dia tu berani, tapi tak dapat tidak dialah watak jenis “tikam belakang”. Episod pertama TRANSFORMERS: ANIMATED (yang baru tu) pun dah dia tunjuk belangnya tu pada MEGATRON.

    Maka oleh sebab itu, dia juga merupakan salah satu daripada watak kegemaran hamba dari pihak DECEPTICONS. 8)

  3. Wa`alaikumussalam warahmatullah.

    Ya Tuan alhaddad. “Lama” maksud “bertahan lama” atau “yang mula dahulu”?

    Takpa, hamba anggap “yang mula dahulu” la. Kalau dari segi yang mula dahulu diterbitkan dan ditayangkan di dunia ini, maka siri THE TRANSFORMERS (aka TRANSFORMERS G1) la yang mendahului (tahun 1984). Siri animasi DRAGON BALL bermula pada tahun 1986.

    Ya, zaman budak² memang seronok untuk diingati. Tiada beban tiada kerja tiada masalah, hanya keseronokan…:mrgreen:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s