Aku suka tengok drama Arab!

Ya, aku memang suka drama Arab. Tapi agak malang sikit kat Malaysia ni, peminat drama Arab cuma ada DUA opsyen nak tengok drama Arab. Pertama, kena tunggu tibanya bulan Ramadhan. Kedua, kena ada Astro, baru boleh tengok drama Arab melalui saluran ART, itupun kena yang betul-betul pandai Bahasa Arab, sebab di situ tiada sarikata dalam Bahasa Melayu atau Inggeris, haha!

Aku? Aku ni boleh la sikit-sikit Bahasa Arab. Kalau tengok yang ada sarikata tu, mesti mau baca punya sarikata tu, kalau tidak tak faham la. Tapi aku pernah jugak layan satu drama Arab ni di ART, tanpa sarikata, dan aku boleh katakan aku faham SEPARUH (kalaupun tak SUKU) daripada keseluruhan jalan cerita tu. Bergantung pada visual, dan perkataan-perkataan Arab tertentu yang aku faham, membuatkan aku faham SEPARUH daripada apa yang dituturkan, hahahah! Boleh jugak la tu, siap aku terjemah sikit-sikit apa yang dibicarakan, kepada adik-adik aku yang turut menonton.

Tapi, selain daripada DUA keadaan itu, jangan haraplah bagi peminat drama Arab di Malaysia ini dapat menonton drama Arab. Tu pun kalau dalam bulan Ramadhan tu, pastinya drama mengenai tokoh sejarah. Jangan harap la nak drama pasal zaman moden sekarang ni. Erm, ada ka peminat drama Arab di Malaysia ni? Hahah, janji aku ada, maknanya ada la peminat tu!

Namun sekarang, RTM2 sudah bermurah hati menayangkan drama Arab pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 1:30 petang.

Ya, drama ini diberi judul الهشيم (ditulis dalam rumi sebagai AL-HASHEEM). Hehe, jangan ingat Al-Hasheem ni nama orang atau nama keluarga pak Arab mana, oh bukan! Maksudnya ialah (kalau aku terjemah cara mudah la) PERPECAHAN, atau kalau dalam Bahasa Inggeris, THE BROKEN.

Aku tak tahu banyak pasal siri ni, sebab secara jujurnya, aku tak dapat tengok sangat. Maklumlah, 1:30 petang, waktu orang nak solat Zuhur daa! Apalagi aku ada sedikit tugasan pada waktu berkenaan, jadi habis sangat aku sempat tengok dua-tiga minit sebelum habis, atau tak sempat tengok langsung!

Namun apa aku boleh kata pasal siri ni ialah, menurut yang aku tengok sikit-sikit, campur dengan maklumat dari internet (mana lagi kan?), ianya mengisahkan konflik tiga keluarga. Hmm, nak cerita secara detail pun nanti aku tercopy-paste daripada tulisan orang lain pulak, jadi ada baiknya anda membacanya di sini.

Oh yeah, “konflik keluarga”, tema itu lagi kan? Dah berapa kali kita tengok cerita pasal konflik keluarga kan? Dalam drama Melayu, sinetron, telenovela, teleserye (Filipina), drama orang putih, drama Jepun, drama Korea, drama Hong Kong, semuanya dah pernah ada kan? Dah pernah tengok semuanya kan?

Haha, jawapannya ialah TIDAK, anda BELUM PERNAH lagi menonton drama konflik keluarga DALAM BAHASA ARAB! Oh ya, benar, anda belum lagi pernah, jadi apa salahnya mencuba kan? Boleh tengok dan banding la, apa perbezaannya, dari segi cara lakonan, dialog, aksi. Boleh jugak melayan lokasi-lokasi di tempat orang yang cantik-cantik. Orangnya juga cantik-cantik, heheh…

Tapi yang buat aku tertarik nak meminati lantas menonton dan mengikuti siri ini (jika berkesempatan) ialah pelakon utamanya yang memegang watak Maher, iaitu رشيد عساف (RASHID `ASSAF). Kenapa aku suka pelakon ini? Ha… kerana dialah yang melakonkan watak SALAHUDDIN AL-AYYUBI, antara tokoh kegemaran aku (sampai aku pi ambil nama Saladin ni, sempena nama dia la, hah!)dalam sebuah siri drama Arab jugak, judulnya ialah البحث عن صلاح الدين (Al-Bahthu `an Solahiddin), atau diberikan tajuknya di RTM1 (ketika itu masih TV1) sebagai THE SEARCH OF SALAH EL-DIN. Secara kasarnya aku terjemahkan tajuknya itu sebagai “KAJIAN MENGENAI SALAHUDDIN”, haha!

Untuk pengetahuan, inilah antara versi lakonan Salahuddin yang paling aku suka, iaitu yang dilakonkan oleh Rashid `Assaf ni. Nampak bijaksana, bersemangat, adil, kuat, dan yang paling penting, beriman dan bertaqwa. Tak seperti yang dalam versi filem KINGDOM OF HEAVEN tu, nampak kurang kekuatan dan tidak meyakinkan (namun masih okay lagi sebenarnya), dan semestinya tidak seperti animasi Saladin yang Malaysia tengah dok buat tu (versi yang paling aku menyampah)!

Yang lawaknya, drama ini ditayangkan di Malaysia pada bulan Ramadhan yang kebetulan jatuh pada hujung tahun 2005, iaitu beberapa bulan selepas filem KINGDOM OF HEAVEN tu masuk panggung! Jadi sudah semestinya kalau yang menonton kedua-dua tu, akan buat perbandingan. Sememangnyalah versi Hollywood menang dari segi kostum, efek dan keepikan babak peperangan. Tapi dari segi ketepatan fakta sejarah, Hollywood tak pernah menang!

Drama bersiri ini, yang, kalau tak salah aku, ada 50 episod kot (argh, ingat ingat lupa la pulak!) diterbitkan pada tahun 2001 kot. Mengisahkan perbualan secara online (tak pasti samada melalui e-mel atau berchatting) antara dua orang intelek, seorang profesor keturunan Arab beragama Islam, dengan seorang profesor Yahudi, pada zaman sekarang, sedang membincangkan kisah pergolakan di Palestin dan kaitannya dengan peristiwa Perang Salib (lebih tepat lagi, pada zaman sebelum dan ketika Perang Salib ketiga), dan secara spesifiknya, mengenai ketokohan Salahuddin Al-Ayyubi. Ha, di sinilah “alasannya” untuk memaparkan babak-babak pada zaman Salahuddin Al-Ayyubi, iaitu menerusi penceritaan/narration oleh Profesor yang beragama Islam tadi tu.

Kisahnya bermula dengan konflik antara Salahuddin dengan kerajaan Fatimiyah, pengangkatan Salahuddin menjadi Sultan, dan seterusnya pertembungan, hubungan politik dan juga peperangan antara Sultan Salahuddin dengan Raja Baldwin IV (yang mengidap kusta tu) dan diakhiri dengan pertembungannya dengan Raja Richard “Si Hati Singa”. Antara watak yang paling jahat dan dibenci pula ialah seorang Kesatria Salib yang bernama Raynald de Chatillon, yang sangat dibenci oleh orang Arab (termasuk yang bukan Muslim) dan dipanggil oleh mereka sebagai “Arnat”, kerana kekejamannya menyembelih ramai umat Islam (akhirnya dia disembelih, literally, oleh Salahuddin).

Tapi, nak tergelak pulak bila melihat semua orang, termasuklah yang kononnya orang Eropah, semuanya berbahasa Arab dengan fasihnya dalam drama ni!

Yeah, itulah dia antara drama Arab yang paling aku suka sampai ke hari ini. Teringat zaman aku dok tengok di asrama aku dulu, sebab hanya aku SEORANG yang tengok! Kat rumah pulak, siap rakam lagi tu! Lagu tema pembukaan dia pun best, sayang aku tak tahu apa tajuk lagu tu dan semestinya takkan jumpa punya kalau nak cari di internet, heh!

Balik pada drama AL-HASHEEM ni, selain daripada melihat kemunculan semula “Salahuddin”, aku juga nampak pelakon-pelakon lain yang pernah membintangi drama Salahuddin tu, turut ada dalam drama ni. Ada Raymond of Tripoli, ada juga Patriach Heraclius. Selebihnya, pelakon yang aku tak kenal.

Ada sesuatu yang aku perasan pada drama yang (aku rasa) diterbitkan di negara Syria ini. Memang diakui, gadis-gadis Arab memang lawa-lawa, sementelah lagi yang berlakon, mestilah mau yang lawa kan? Tapi yang peliknya, biarpun mereka ni lawa, tapi aku tak dapat tidak terpaksa menyedari hakikat bahawa mereka semua ni sedikit “berisi”. “Tembun” la kata orang. Macam mana aku tahu? Sebab mereka pakai baju ketat, nampak “lipatan sejarah” pada perut mereka tu, hahah! Bentuk badan tu ada, dan bukanlah gemuk sangat, tapi tak boleh kita kategorikan sebagai “ramping”, heh!

Biarpun mereka tu nampak (macam) gemuk, tapi rupanya itu tidak menghalang daripada mereka untuk berlakon ya? Jadi watak utama pulak tu. Kalau kat Malaysia dan negara seberang kita tu (yang buat Sinetron), jangan harap la nak jadi watak utama. Mesti mau cari yang ramping punya. Jadi, maknanya kalau nak berlakon di dalam negara Arab ni, tak mengapa kalau berisi sedikit, janji ada rupa paras yang menarik.

Cakap pasal rupa paras, secara jujurnya aku tak jumpa pulak watak lelaki yang betul-betul aku boleh kata sebagai handsome. Malah watak utamanya sendiri bukannya orang muda, tapi orang yang dah berumur. Tu, si Rashid `Assaf tu, yang berlakon jadi hero dalam drama AL-HASHEEM tu, tua dia lagi daripada bapak aku!

Malahan lagi, cerita ini memang berkisar tentang orang tua-tua pun, bukannya muda belia remaja macam yang selalu kita tengok dalam drama Melayu, sinetron, Korea, Jepun dan sebagainya tu! Hmm… nampaknya mereka ni lebih “matang” dalam nak buat drama TV. Bukannya macam orang kita, asyik nak ambik pelakon muda belia remaja jadi hero/heroin, lepas tu buat pun cerita cintan-cintun muda belia remaja, bosan la! Haha, sungguh generalizenya aku dalam membuat tuduhan!

Tapi tak mengapalah, yang pasti, kalau ada masa, sudi-sudilah meluangkannya untuk menonton drama Arab ni. Khabarnya ini drama Arab berbentuk kepolisan, ada unsur misteri, jenayah, peh menarik gak ni! Terutamanya tang bab polis tu! Cuba perhatikan, apakah polis mereka berkhutbah macam drama polis kita, hahah! Oh tidak, bahkan polis mereka bersyair (orang Arab la katakan)!

Nak tambah stailnya lagi, drama ini dipaparkan dalam format widescreen, pergh! Macam drama LEPASKAN KEMBALI AKU KE LAUT la pulak, widescreen jugak!

Di samping melihat lokasi-lokasi menarik di Syria, sambil tu boleh jugak kita mengenal budaya orang Arab Syria. Ya la, memang tak boleh dipelajari dan dipercayai melalui drama TV semata-mata, tapi sekurangnya dapat juga bagi yang tak berkesempatan (dan berduit) nak melawat ke negara tu.

Yang paling penting sekali, boleh juga belajar Bahasa Arab secara tak langsung. Lagipun, bagi Muslim macam kita ni, Bahasa Arab tu penting! Jangan sampai tak ada inisiatif nak belajar langsung.

Bagi yang terkenan dan teringin nak menonton AYAT-AYAT CINTA THE MOVIE (bukan THE SERIES atau THE ANIMATED SERIES atau THE DRAMA atau THE COMICS ya?) yang diadaptasi dari AYAT-AYAT CINTA THE NOVEL, yang entah bila akan dapat ditonton di sini, maka lepaskan “geram”, “dendam” dan “rindu” anda dengan menonton drama Arab ini. Kalau filem AAC tu latar Mesirnya tu mungkin bohong, dan masyarakat Mesirnya pun tak real (pelakon dari Indonesia hampir kesemuanya, haha!), tapi kalau tengok drama Arab, latarnya memang betul-betul di negara Arab (Syria).

Pendek kata, sokonglah drama Arab, sebelum RTM rasa sia-sia menayangkannya sebab tiada siapa yang menontonnya, hahaha!

4 thoughts on “Aku suka tengok drama Arab!

  1. wahhhhh…aku mmg jarang tgk drama arab melain bersama nenek aku dulu2…tapi skrg bila en saladin mempromo cerita ni mcm syok la pulak…

    tapi kisah pasca dan pra perang salib da perbincangan tentangnya kerap diolah di dalam filem baik hollywood mahupun arabwood…cuba kita kdg kala tidak ambik peduli ttgnya…agaknya kita lebih jatuh cinta dengan sipolan ini yang hansem berchenta dengan sipolan ini yang jelita tetapi terhalang kerana mereka adalah adik beradik terpisah atau mereka berlainan daarjat atau… hemph…apa apa aje la

  2. Hahaha, Tuan HE telah menggambarkan penyakit drama sinetron dan telenovela, mengenai cinta terhalang yang memualkan. Cerita Jepun dan Korea pun kalau yang di sini, banyak yang jenis cintan. Hamba jadi tak tahu apakah di sana terdapat genre lain yang lebih diterima.

    Cakap pasal sinetron, sekarang ni TV kita suka pulak ambik sinetron “Islamik”, kononnya cerita pengajaran, tapi hampeh jalan ceritanya. Sebab watak baik dalam cerita tu selalu tertindas dan macam tak ada “telor” nak melawan balik kezaliman yang berlaku ke atasnya.

    Apahal pun cerita Arab jugak yang paling best. Paling best sekali ialah pada bahasanya. Bahasa Arab ialah bahasa yang paling indah di dunia ini. Bahasa Al-Quran, bahasa syurga… jangan tak tau!

    Kalau dalam cerita Arab ni ada percintaan, percintaan mereka akan jadi lebih indah, sebab biasanya mereka akan membahasakannya secara puitis. Dah memang begitu pun sifat semulajadi Bahasa Arab ni, haha!:mrgreen:

    Oh ya, kisah Perang Salib dan ketokohan Salahuddin Al-Ayyubi akan tetap releven sampai bila². Ianya sangat berkait rapat dengan perjuangan saudara kita di Palestin sekarang ini. Selagi kita tak bersatu, selagi itu takkan muncul “Salahuddin” era moden, dan selagi itu jugalah kita tak dapat membebaskan Al-Quds. 8)

  3. Assalamualaikum. Saya pon minat sangat tengok drama Arab. Sekarang saya tengah layan drama Bab El Haraa tak silap tajuk dia. Season 1..saya download kt youtube. Best citer tu..tapi sayangnya, takde subtitle. Banyak kali cari tapi takde subtitle hmmm. Agak2 kt mana ye nak dapatkan subtitle tu😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s