Dalam Yahoo Messenger pun ada kempen BN!

Setiap kali kita onlinekan Yahoo! Messenger (Y!M) kita, pastinya akan keluar suatu pop-up window yang dikenali sebagai Yahoo! Messenger Insider. Biasalah tu, kandungannya ialah seperti berapa e-mel baru yang kita dapat, serta himpunan tajuk-tajuk berita terkini yang dilaporkan di laman sesawang Yahoo!, dan di bawah sebelah kanannya tu biasanya ada iklan, biasanya iklan yang memerlukan kita “meletakkan” tetikus kita ke atasnya supaya video iklan itu dapat dimainkan.

Tapi iklan kali ini sangat pelik. Tatkala aku mengonlinekan ID Yahoo Messenger aku, mungkin aku secara tak sengaja telah “meLALUkan” tetikus aku ke atas iklan di tetingkap Yahoo! Messenger Insider tu, sementara aku dok kalut melihat tetingkap utama Y!M aku untuk melihat siapa yang sedang online, maka aku pun terdengarlah bunyi video. Aku biarkan dulu sebab speaker pun tak kuat.

Tapi secara tiba-tiba aku terasa seolah macam pernah dengar muzik latar yang mengiringi iklan tersebut. Rasanya macam selalu dok dengar di stesen-stesen TV kita. Eh, biar betul!!

Aku pun alihkan pandangan aku ke tetingkap Insider tadi tu, dan aku seperti hampir ternganga. Video iklan itu sedang dimainkan dan kelihatan warna biru tua dengan tona warna yang sangat biasa kita lihat.

Aku macam tak percaya dan perhati tetingkap tu berkali-kali. Kat bawah tu sikit tertulis “Paid Political Advertisement” (“Iklan Politik Berbayar”?). Dan aku nampak lambang itu! Lambang dacing warna putih berlatarkan warna biru tua!

Inilah yang tertonjol pada tetingkap tu!
kempendiym.jpg

Adoi, tak sangka! Tak cukup dengan memualkan penonton dengan iklan sebegitu di stesen-stesen TV, ingatkan kita bebas daripada benda sebegini jika kita tutup saja peti televisyen tu, dapat “melarikan diri” dan berseronok-seronok melayari internet, masuk Y!M nak chatting dengan kawan-kawan.

Oh tidak, dalam Y!M pun dah kena hijack jugak! Benda ini menonjolkan jugak kepala hodohnya (terjemahan langsung daripada “rearing its ugly head”… betul tak terjemahannya ni?)!

Mana dia kebebasan?! Argh!

Wah, cekap! Agaknya ramai kot rakyat Malaysia yang pakai Y!M ni, dan mereka sendiri mengetahui akan hakikat ini. Jadi apa lagi kan? Dengan sumber yang banyak, kempen saja la kan?

2 thoughts on “Dalam Yahoo Messenger pun ada kempen BN!

  1. Mak aih, sampai begitu sakali. Nape Be End tak guna yang free, kan banyak yang free…. nape nak guna yang berbayar? Duit sape la agaknya dorang guna.. huhhuhuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s