Animasi Transformers Terbaru!

transformers_animated.jpg

Yippee!! Siri permainan terulung di dunia, TRANSFORMERS, kini kembali dengan siri animasi TERBARU (bukan TERBAHARU ya!).

Sekian lama animasi mengenai Transformers ini dibiarkan menjadi siri anime. Yang terakhir ialah siri TRANSFORMERS: GALAXY FORCE (laman sesawang rasminya dalam Bahasa Jepun di sini) yang dianimasikan oleh studio Gonzo (laman rasmi) dari Jepun.

Namun kini, Amerika Syarikat kembali mengambil “gilirannya” untuk menerbitkan siri animasi Transformers. Tambahan pulak filem TRANSFORMERS (laman rasminya) mendapat sambutan yang sangat hangat dan luar biasa, menimbulkan balik minat orang (termasuk aku) kepada Transformers, jadi apa lagi kan? Bedal la!

Diberi tajuk yang sangat sempoi; TRANSFORMERS: ANIMATED (laman tak rasmi yang dibangunkan oleh peminat di sini), siri yang diterbitkan oleh Cartoon Network Studios ini boleh dikatakan sebagai “sireh pulang ke gagang” (eh, sesuai ke tak penggunannya ni?) sebab kembalinya siri ini diterbitkan oleh Amerika Syarikat. Walaupun begitu, animasinya dilaksanakan oleh studio dari Jepun jugak, iaitu Mook DLE (pelik sungguh nama!), membuatkan siri ini kelihatan seolah seperti siri anime (animasi Jepun).

Hehe, peminat animasi di Amerika sana nun, terutamanya di kalangan mereka yang TAK SUKA anime, biasanya akan “bersedih hati” dengan animasi mereka yang cuba meniru stail anime. Ada pelbagailah alasan mereka, yang kebanyakkannya aku setuju jugak. Tapi ianya tak penting sekiranya animasi berkenaan menghiburkan dan seronok ditonton.

Dan begitu juga kelihatannya dengan siri Transformers yang terbaru ni. Siri ini menggunakan latar dan penceritaan yang hampir sama dengan siri animasi Transformers yang pertama sekitar tahun 1984 dulu tu, iaitu THE TRANSFORMERS (ataupun lebih dikenali di kalangan peminat sebagai “Generation One” atau ringkasnya G1). Taklah macam siri anime Transformers tu, yang penuh dengan falsafah yang entah apa-apa (heh, boleh kata semua anime sebegitu!). Bukanlah bermaksud anime Transformers tu tak menarik (aku sendiri pun layan jugak), tapi rata-rata peminat lebih menyukai penceritaan versi Amerika.

Optimus Prime

Siri ni tetap menampilkan Optimus Prime selaku ketua (kommander) bagi pasukan Autobots. Namun, berbeza pulak daripada versi-versi terdahulu, versi ini memaparkannya sebagai tentera yang masih baru dan muda (bukan veteran seperti versi dulu). Malah dia juga sebenarnya bukanlah pemimpin tertinggi Autobots (tak macam versi dulu jugak), namun ciri-ciri kepimpinan tu ada, dan mungkinlah bila siri ini berterusan nanti, wataknya akan berkembang jadi Optimus Prime yang berkarismatik sepertimana yang kita dah kenal.

Mod alternatif (kenderaan) bagi Optimus Prime dalam siri animasi ini ialah trak bomba. Selain itu, senjata utamanya ialah kapak (macam dalam filem kot) dan penutup mukanya boleh dibuka dan ditutup (juga macam dalam filem, dan juga macam watak Galaxy Convoy dalam siri TRANSFORMERS: GALAXY FORCE).

Bumblebee

Berdasarkan poster di atas tu, watak-watak Tranformers lain yang mungkin anda kenal HANYA melalui filemnya, yang turut membintangi siri ini selain daripada Optimus Prime, ialah Bumblebee (yang warna kuning tu) dan Ratchet.

Ratchet

Selain daripada ketiga-tiga watak Autobots ini, ada watak lain yang mungkin tak dikenali oleh orang yang “baru” nak mula minat Transformers selepas menonton filemnya. Dua lagi watak yang ada kat poster di atas tu ialah Prowl (transform jadi motosikal) dan Bulkhead (yang warna hijau tu).

Yang paling seronok tu, TV3 dah kita mula tayangkan siri ni pada setiap hari Ahad jam 11:00 pagi!

Ini dia intro bagi siri kartun ni:

Akhir kata:

Autobots!

Transform and roll out!

5 thoughts on “Animasi Transformers Terbaru!

  1. Memang aku minat yang amat sangat dengan Transfomers ni… ingat la jaman budak-budak dulu…. Skang ni aku nak tanamkan pada anak aku pulak… hehehehhe…

    Autobots! Transform… ci popopo put….

  2. Haha, bagus! Hamba sokong sesangat!

    Lagipun minat TransFormers ni boleh membawa ke arah karier yang sangat hebat, kalau betul² serius la.

    Ada peminat TransFormers yang menjadi jurutera yang berjaya, dan ada pulak yang menjadi penulis skrip (untuk cerita TransFormers), dan ada jugak yang menjadi “pemikir” menghasilkan rekabentuk watak² TransFormers.

    Heh, hamba tak main² ni, di Amerika atau Kanada (tak ingat) ada satu program TV yang menampilkan peminat² TransFormers yang berjaya ni, heheh! Nama rancangan tu FANATICS kot kalau tak salah, dan ada di Youtube jugak, kalau tak salah…

    Pastikan pada hari Ahad, anak anda menonton siri TRANSFORMERS: ANIMATED di TV3 jam 11 pagi dan seterusnya (kalau ada Astro) siri THE TRANSFORMERS (Generation 1) di Astro Ceria jam 2.30 petang (ada alihsuara Bahasa Melayu lagi!).:mrgreen:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s