Extreme Jihad!

Pada tahun 1999, sekumpulan “Kanak-kanak Terpilih” yang sedang berkhemah pada musim panas telah dilarikan ke sebuah dunia yang asing, Dunia Digital. Berbekalkan sebuah alat yang dikenali sebagai Digivice, dan masing-masing ditemani dengan partner yang tersendiri, mereka berjaya menghapuskan kejahatan yang bermaharajela di situ, sekaligus menyelamatkan dunia itu dan dunia mereka dari kemusnahan. Gerbang ke dunia itu ditutup, dan penghuni di antara dua dunia ini terpisah selamanya.

Namun, tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002, pintu ini kembali terbuka, dan kejahatan baru muncul. Dibantu oleh Kanak-kanak Terpilih yang lebih senior sebagai mentor, generasi baru Kanak-Kanak Terpilih) digandingkan bersama partner masing-masing, dan dibekalkan dengan Digivice baru, D-3, mereka berhadapan dengan kejahatan baru yang lebih berbahaya daripada yang sebelumnya.

Lepaskan Kembali Aku ke Dunia Nyata

Ya, begitulah serba sedikit sinopsis mengenai cerita anime yang pernah aku tonton dan layan pada zaman aku sekolah menengah dulu, heh!

V-monV-mon, Digimon peringkat Child, ialah “rakan seperjuangan” bagi Daisuke Motomiya yang merupakan “ketua” (tak rasmi) bagi Kanak-Kanak Terpilih generasi kedua.

Pada awal siri ini, kesemua Digimon milik mereka tidak mampu bertukar (shinka/evolve/digivolve) secara normal (menggunakan Digivice) kerana kewujudan Dark Tower yang dipasang oleh Digimon Kaiser (Ken Icijouji). Akibatnya, mereka tidak boleh bertukar ke peringkat-peringkat yang berikutnya (mengikut urutan kitar hidup Digimon: (Younenki/Baby I -> Younenki/Baby II -> Seichouki/Child -> Seijukuki/Adult -> Kanzentai/Perfect -> Kyuukyokutai/Ultimate) seperti yang sepatutnya.

Untuk mengatasi masalah ini, mereka telah menemui Digimental (digital + elemental) yang mampu membuatkan Digimon mereka membuat “Pertukaran Armor” (Armor Shinka/Digivolve), yang membolehkan mereka bertukar ke peringkat Āmātai/Armor.

Biarpun peringkat ini tidaklah sekuat peringkat Adult, namun ianya memadai untuk menumpaskan Digimon-Digimon jahat yang dihadapi.

Namun, kemunculan Chimeramon, Digimon peringkat Perfect yang sangat berkuasa, dicipta oleh Ken menggunakan data-data daripada beberapa Digimon tertentu, tidak mampu ditangani oleh mereka semua.

Digimental of MiraclesDalam pada itulah, “keajaiban” terjadi, dan mereka menemui Digimental of Miracles. V-mon menggunakan Digimental ini dan bertukar menjadi Magnamon.

Pada awalnya, Magnamon berjaya memberikan tentangan yang sengit kepada Chimeramon, tapi setelah beberapa ketika, ternyata saiz Chimeramon (yang sepuluh kali lebih besar, haha!), ditambah pula dengan peringkat Chimeramon yang sememangnya jauh lebih tinggi daripada Magnamon, memberikan kelebihan kepada Chimeramon. Magnamon berada di dalam genggamannya (ya, betul-betul dalam genggaman salah satu tangannya!) dan akan dihancurkan.

“Selamat tinggal, Ken…”

MagnamonKeadaan menjadi semakin parah, sehinggalah Wormmon, partner bagi Ken (Digimon Kaiser), yang sudah tidak sanggup lagi melihat “sahabat baiknya” terus hanyut ditelan kejahatannya sendiri, dan ingin Ken kembali menjadi dirinya yang asal, bertindak nekad menyelamatkan Magnamon, sekaligus mengorbankan dirinya sebagai akibatnya.

Dalam saat terakhir, Wormmon sempat menghalakan sisa-sisa tenaganya kepada Magnamon, sambil merayu kepada Magnamon agar “menyelamatkan” Ken. Magnamon, dengan tambahan kuasa yang diberikan oleh Magnamon, melancarkan serangan terakhirnya yang diberi nama “EXTREME JIHAD”. Ternyata serangan itu berjaya menghapuskan Chimeramon.

Ya, begitulah dia kisahnya, Magnamon mempunyai serangan yang diberi nama EXTREME JIHAD. Itu adalah istilah yang digunakan dalam versi asal iaitu dalam Bahasa Jepun. Kalau dalam versi alihsuara Bahasa Melayu kita, ianya ditukar menjadi “EXTREME SHOCK”, sementara untuk versi Amerika Syarikat pula, ianya ditukar kepada “MAGNA EXPLOSION”.

Haha, silakan menonton video di bawah ini, play dan tunggu hingga ke 1 minit 16 saat, dan anda akan mendengar watak Magnamon melaungkan nama serangan itu.

Kalau anda rajin, silalah tonton babak selebihnya untuk episod ini (yang ini ada sarikata Bahasa Inggeris di bawahnya):

Kalau anda lebih rajin dan rasa nak buat perbandingan dengan versi Amerika Syarikat, silalah tonton video kat bawah ni:

Oh lupa, nama episod ini ialah “Sayonara, Ken-Chan…”.

Versi Amerika ini “kurang” menyayat hati berbanding versi Jepun. Tak rasa pun sedih. Tapi menonton versi Jepun, dan versi Bahasa Melayu pun tak kurang juga hebatnya, boleh buat orang sebak menontonnya kalau betul menghayatinya la, hehe.

Kesedihan yang dipaparkan, kehebatan para pelakon suaranya memainkan emosi penonton melalui lakonan suara mereka yang berkesan, beserta dengan lagu latar yang menaikkan lagi sentimen, rasa seolah memang ada orang sebenar yang sedang mengalami, kalau dalam kes ini, mengalami kesedihan, rasa prihatin terhadap sahabat.

Biarpun pengalaman yang mereka lalui itu sesuatu yang tersangat bombastik, tersangat tidak real, dan tersangatlah kita manusia biasa TIDAK MUNGKIN akan melaluinya, tapi emosi yang dipaparkan kelihatan sangat real.

Mesej persahabatan yang disampaikan memang sangat menebal caranya, dan ini memang suatu tema yang agak biasa bagi siri anime macam ini, hehe…

4 thoughts on “Extreme Jihad!

  1. kalau tgk anime, selalunya kita akan terfikir akan keajaiban sains, sebenarnya bukan untuk khayalan, HE biarkan anak menonton anime kerana ia menggalakkan pemikiran kritis.. mcm watak dalam digimon…kerap mengambil unsur dinasour untuk karekternya.sekurangnya anak boleh belajar sains hayat di situ…

  2. Hoho, iya ka? Bagus, Tuan HE seorang ayah yang sporting, heheh!

    Tapi rasanya kena pilih jugak kot jenis anime yang nak dipertontonkan. Bukannya apa, tapi sebab saya rasa macam ada anime tertentu yang kurang (atau SANGAT TIDAK) sesuai ditonton. Ada yang lucah, ada yang ganas giler, dan ada pulak yang memaparkan perkara² yang mungkin boleh merosakkan aqidah.

    Tengok anime bebudak ja (macam DIGIMON!) okaylah!:mrgreen:

  3. Ya Tuan Adz, anda minat Digimon juga ya?

    Nampak gayanya anda lebih advance daripada saya. Saya cuma pernah menonton, sampai tamat, siri DIGIMON ADVENTURE, sekuelnya iaitu DIGIMON ADVENTURE 02, dan siri ketiga (tak berkaitan dengan yang dua tadi) iaitu DIGIMON TAMERS sahaja, sebab ketiga² siri tu ada ditayangkan di ntv7.

    Yang lagi dua tu; DIGIMON FRONTIER dan DIGIMON SAVERS, saya belum tengok SEPENUHNYA sebab tak ditayangkan di TV, dan saya tak mampu nak download kesemua episod²nya, atau beli VCD/DVDnya, hehe…:mrgreen:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s