Dunia Baru The Movie dan Power Rangers!

Tahukah anda semua bahawasanya DUNIA BARU ada persamaan yang tersangat rapat dengan POWER RANGERS?

Ya, anda tak salah membaca! Aku kata DUNIA BARU dan POWER RANGERS!

Tahu kan DUNIA BARU tu apa dia? Dan pernah dengar kan POWER RANGERS?

Yeah, benar, memang ada persamaan antara kedua perkara yang sepatutnya sangat tiada hubungkait ini!

Kenapa? Tak percaya ka?

Apa dia persamaannya tu?

Persamaannya ialah kedua-dua ini, masing-masing mempunyai versi “THE MOVIE” nya!

Yeah, pasti anda tahu kan drama bersiri kisah hidup remaja pelajar kolej yang duniawi ini yang baru saja tamat tayangannya di TV3 baru-baru ini. Dan yang terkini, pawagam sedang giat memutarkan versi filemnya di pawagam, dengan tajuk DUNIA BARU: THE MOVIE.

Kemudiannya, jika anda remaja (umur 20an) yang meminati siri DUNIA BARU, maka (berdasarkan umur anda sekarang), bohonglah kalau anda kata anda tak pernah dengar siri POWER RANGERS (atau lebih spesifik lagi, siri MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS). Macam DUNIA BARU, siri ini juga difilemkan dengan judul MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS: THE MOVIE.

Haha, apa yang aku merepek ni? Ya, hakikatnya memang ada persamaannya. Siri MMPR ini, akibat popularitinya, difilemkan setelah hanya dua tahun ditayangkan di kaca TV. Maka hal yang sama juga kita boleh dapati pada siri DUNIA BARU, ianya sudah difilemkan biarpun baru dua tahun di kaca TV, kenapa? Kerana ianya popular. Sama kan?

Tapi sebetulnya aku bukanlah nak ulas atau rebiu filem DUNIA BARU ni. Aku tak berhajat pun nak menontonnya, apatah lagi nak mengulas fasal filem ni. Sirinya pun aku tak ikuti. Ada beberapa perkara mengenai siri ini yang “menyinggung” perasaan aku sebagai seorang Muslim. Nanti kat bawah sikit aku cerita. Sekarang aku nak ke suatu “kepelikan” yang aku dapati pada trend TV-ke-filem kita dan filem-ke-TV.

Sikit-sikit “THE …”

Haha, kalau anda semua sedar dan perasan, boleh kata semua filem terbitan kita yang diadaptasi dari medium lain, biasanya drama bersiri di TV, akan diberi judul yang akan diakhiri dengan kalimah “The Movie”. Tapi persoalan dan masalahnya di sini, kita di sini buat filem di Malaysia, suasana di Malaysia, masyarakat Malaysia, dan menggunakan Bahasa Melayu, jadi kenapa judulnya diinggeriskan?

Aku tak tahu dengan pendapat orang lain, tapi aku rasa percampuran perkataan Inggeris di dalam tajuk filem Malaysia sebegini, sedikit sebanyak “mencacatkan” bahasa. Haha, aku bukanlah nak memperjuangkan bahasa ka apa ka, tapi betul juga apa yang diutarakan oleh tokoh-tokoh bahasa kita, bahawa bahasa kita semakin dipinggirkan. Antara “penyumbang” (yang memang “menyumbang” atau membuatkannya menjadi “sumbang”) ialah filem, dan TAJUK filem!

Cakap fasal penggunaan bahasa, tidaklah pula aku nak kata bahawa filem/drama Malaysia HARUS pakai bahasa baku atau bahasa istana, yang akan membuatkan situasi dalam filem berkenaan jadi tidak logik dan tidak menggambarkan suasana sebenar masyarakat Malaysia. Maksud aku ialah gunalah bahasa pasar pun, tak kisah punya. Cumanya, kalaupun tak boleh ditiadakan, maka kurangkanlah penggunaan Bahasa Inggeris dalam dialog tu.

Sesetengah kolumnis/wartawan hiburan tertentu selalu perli atau menyindir seruan golongan tertentu (biasanya golongan tokoh bahasa) supaya memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu. Pihak dari media hiburan ini mengejek dengan mengatakan realitinya masyarakat Malaysia tak pakai bahasa baku, jadi apa yang dipaparkan dalam filem itu ialah realiti, dan pihak ini seolah macam menganggap golongan bahasa ini, senang cakap, kolot la kot.

Tapi aku pula nampak dari sudut lain. Aku anggap isu penggunaan Bahasa Inggeris yang diselitkan dalam dialog itu yang merosakkan bahasa. Bukan penggunaan bahasa pasar, oh bukan! Sebab ada dialog tu, seolah macam watak itu memaksa diri bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk ayat mudah yang sebetulnya LEBIH MUDAH (dan lagi FASIH) serta SAMPAI maksudnya kalau dia memilih untuk bertutur menggunakan perkataan dalam Bahasa Melayu. Nah, kalau situasi sebegini, kat mana “realiti”nya kan?

Oops, dah termelalut! Balik pada isu mengenai tajuk yang ada “THE MOVIE”, heh…

Aku hairan juga kenapa perlu diletakkan “THE MOVIE” pada judul filem tempatan yang diadaptasi dari siri TV. Selain dari mencacatkan bahasa, ingin aku tanya juga, perlu ka? Kalau filem Hollywood atau filem dalam Bahasa Inggeris, aku rasa tak kisah la kan? Tapi ini dalam Bahasa Melayu.

Keperluan apakah meletakkan kalimah itu pada filem? Takkanlah pengarah menganggap penonton bodoh, tak reti nak bezakan antara drama bersiri di televisyen dengan versi filem yang ditayangkan di pawagam?

Cuba kita tengok balik “amalan” adaptasi filem dari medium lain, yang dibuat di Hollywood (ya la, apa salahnya ambik mereka ni buat contoh, dah memang mereka ni kita semua anggap sebagai “hebat” kan?). Cuba anda cari filem mana (selain daripada MMPR: THE MOVIE, yang aku rasa dibuat tajuk sebegitu sebab penontonnya adalah kanak-kanak yang mungkin MEMANG tak reti nak membezakan siri TV dengan filem kot) yang meletakkan kalimah “THE MOVIE” di belakangnya?

Tengok filem adaptasi siri TV THE X-FILES, dia tak letak “THE MOVIE” di belakangnya. Adaptasi siri TV MISSION: IMPOSSIBLE, CHARLIE’S ANGELS, STARSKY & HUTCH, MIAMI VICE, kesemua itu tidak ada “THE MOVIE” di belakangnya, tapi apakah orang tidak tahu membezakan ianya filem atau tidak? Tentunya tidak, sebab yang ditayangkan di pawagam, berdurasi lebih daripada sejam (format drama bersiri), secara automatik orang akan mengenalinya sebagai sebuah MOVIE.

Aku jadi nak tergelak sebab di negara seberang kita pula, ada sebuah novel yang tersangatlah meletup di sana, difilemkan dan diberi tajuk AYAT-AYAT CINTA: THE MOVIE. Ada jugak “THE MOVIE”, dan ini lebih melucukan sebab cerita ini BELUM PERNAH muncul dalam medium “layar” yang memerlukan kalimah itu dimasukkan sebab orang tak perlu nak keliru kerana yang wujud dalam versi layar hanyalah satu-satunya filemnya itu! Sebelum ini, yang ada cuma novelnya, dan yang tak baca novel, memang confirm dia tak pernah dengar punya tajuk berkenaan.

Lepas itu, ada pula sebuah filem kita yang disirikan, menjadilah judulnya IMPAK MAKSIMA: THE SERIES. Haha, guna Bahasa Inggeris lagi!

Sebenarnya memanglah kalau kita “Bahasa-Melayu”kan tajuk-tajuk berkenaan, akan berbunyilah DUNIA BARU: FILEM atau FILEM DUNIA BARU, serta IMPAK MAKSIMA: SIRI atau SIRI IMPAK MAKSIMA, dan memang aku pun akui, hodoh benar bunyinya!

Jadi bagaimana kita nak atasi “persoalan” ini? Samada kita kekalkan saja tajuk asalnya (tanpa perlu penambahan, dan aku pasti penonton kita bijaksana dan boleh membezakan yang mana satu filem dan yang mana satu drama bersiri di TV). Ataupun, jadilah kreatif sikit dan masukkanlah tajuk kecil (subtitle, bukan subtitle yang diterjemah sebagai sarikata tu!). Tak kisahlah bagaimanapun tajuk kecil itu berbunyi, tapi biarlah ianya ringkas dan menepati tema filem berkenaan. Anggaplah seperti tajuk episod sepertimana drama bersiri, sebab filem pun sebenarnya tak lebih daripada hanyalah sebuah episod (yang diperpanjangkan) bagi siri berkenaan.

Lagipun, kalau diletakkan tajuk kecil, akan kelihatanlah kreativiti si pembikin filem berkenaan dalam pemilihan tajuk. Kalau setakat letak “THE MOVIE” tu, kira kosonglah markah kreativitinya dari segi tajuk. Dah la tu, merosakkan bahasa lagi pulak, kan? Tolak lagi markah, haha!

Apa yang nak tersinggungnya?

Haha, ini aku nak menjawab persoalan yang kat atas tadi tu, mengenai kenapa aku “tersinggung” dengan siri TV DUNIA BARU ni.

Sebenarnya, bukannya aku tak cuba, tapi memang aku dah cuba. Aku cuba tonton episodnya, tapi elok pada pandangan pertama ja, terus aku dah rasa tersinggung.

Aku cuba bagi peluang, tengok juga sekali-sekala. Iyalah, dalam siri ni, ada beberapa “awek” yang membuatkan aku ada perasaan ‘crush’ pada mereka tau! Jadi mestilah aku nak tengok jugak (antara alasan menonton ialah minat kita pada yang berlakon di dalamnya, biarpun cerita itu mungkin hampas, kan?). Tapi perasaan aku tak juga berbeza, tetap juga rasa tersinggung. Ai, peluang dah diberi tu, tapi keputusannya sama.

Sebenarnya lagi, bukan DUNIA BARU sahaja, tapi boleh dikatakan kesemua drama yang diarahkan oleh pengarah yang sama ini, membuatkan aku tersinggung. Bila aku tonton saja drama berkenaan aku rasa tersinggung, dan bila dilihat siapa pengarahnya, aku dapati nama dia juga yang naik. Wah, memang drama/filem arahannya ini memang bukan dijodohkan untuk aku kot?

Tersinggung yang bagaimana? Aku sendiri tak dapat nak jelaskan secara tepat melalu kata-kata mahupun tulisan. Ada la, tapi ianya sangat halus. Aku cuma boleh kata, aku tak suka cara dia gambarkan watak-watak tertentu.

Aku tak tersinggung dengan watak-watak muda-mudi yang berpeleseran atau bercouple atau bergaul tanpa batasan ni, oh tidak, bukan watak mereka yang aku rasa tersinggung.

Yang aku tersinggung ialah watak-watak yang diperlihatkan sebagai “kononnya” orang yang agak Islamik berbanding watak lain. Aku rasa aku tak perlu sangat nak ulas bagaimana, tapi kalau anda menonton siri arahannya, dan anda seorang yang sensitif akan hal sebegini, anda akan dapati pembawaan dan perwatakan watak-watak berkenaan sememangnya mampu menyinggung perasaan anda.

Kelihatan seolah ianya sengaja dijadikan begitu. Orang lain mungkin boleh ketawa dengan kelucuan watak berkenaan. Tapi aku rasa ianya agak keterlaluan. Tak mahulah pulak aku nak kata beliau ni anti-Islam, tapi cara pemahamannya itu seolah memang begitu.

Nama si pengarah itu juga, bagi aku, sangat tak manis. Aku tak pasti ini nama sebenarnya atau hanyalah nama samaran/pena. Kalau nama sebenar, maka apalah si ayahnya tu, tak menunaikan hak anak, iaitu memiliki nama yang mempunyai maksud yang baik. Nama itu kan suatu doa? Agaknya kerana itu juga kot, dah didoakan begitu, maka kecenderungan arahannya pun menjurus ke arah begitu.

Dengan memiliki nama sebegitu, sememangnya beliau tak akan boleh mengembangkan kariernya ke peringkat antarabangsa, pada pandangan aku la. Sebab apa? Sebab di kebanyakan negara di dunia, terutamanya yang bersekongkol dengan Zionis, nama itu merupakan suatu “taboo” bagi mereka. Mereka cukup anti dengan nama berkenaan. Suatu penghinaan bagi mereka. Mengingatkan mereka pada sebuah sejarah hitam.

Kalau nak diikutkan pula, nama ini jugalah yang membawa kepada sejarah hitam itu, yang mengakibatkan kepada menderitanya saudara kita di negara Palestin. Alasan yang berpunca dari nama inilah yang membuatkan mereka “menghalalkan” kezaliman mereka kepada saudara kita di Palestin.

5 thoughts on “Dunia Baru The Movie dan Power Rangers!

  1. Ok la kalu diaorang nak letak DUNIA BARU: THE MOVIE, dari nak letak DUNIA BARU: SI FILEM… Hahahahahahaha… Hmm,maybe nanti diaorang nak wat koleksi DVD DUNIA BARU yang tayang kat TV3 tu kot.. Jadi, diaorang nak bezakan antara filem dgn siri movie.. Kot lar..

    Memang betul pun cakap ko yang diaorang wat filem ni sebab popular je.. Popular kat TV = Ramai orang tgk wayang = Duit.. Duit.. Duit… Skrip? Hampeh, sebab diaorang kne cepat wat skrip sebelum orang sume dah tukar minat diaorang kat cite lain..

    Biasa la, semuanya pasal cari untung… Bukan tentang ART… Kan?

  2. Sebenarnya, macam aku kata kat atas tu, tak perlu pun letak THE MOVIE, sebab memang orang dah tau ianya ialah sebuah FILEM/MOVIE kan? Jadi apa perlu memanjangkan tajuk, dan pada masa yang sama merosakkan bahasa? Hehe…

    Nak buat set DVD macam siri TV Barat tu? Haha, ini suatu mimpi di siang hari bagi peminat drama tempatan macam aku!😆

    Kalau nak bezakan jugak, macam aku cadangkan di atas tadi tu juga, masukkan “tajuk kecil”, contohnya, Misi Menyelamat ka apa ka (dah depa semua tu memang dalam pengembaraan nak selamatkan kawan yang kena culik kan?). Atau apa sajalah, dalam Bahasa Melayu, yang kreatif.

    Oh, populariti tu satu faktor penting nak buat filem. Kalau dah ada penonton setia, depa tau geng² ni pasti akan memenuhi panggung.

    Skrip hampeh? Haha, itu perkara subjektif. Ohoho, hang pun tak minat gak cerita tu ya?:mrgreen:

    Eh, betoi ka alasan hang tu? Skrip mau siap cepat sebelum orang tukar minat? Hmm… kita takkan tau melainkan kita sendiri ada di belakang tabir.

    Ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Adakalanya skrip dah mantap, tapi disebabkan ego pengarah (mengubahsuai cerita mengikut citarasa dia), atau disebabkan kesempitan bajet, atau disebabkan mengejar dateline (takut bajet lari), itu semua boleh menukarkan skrip yang mantap jadi hampeh. Tu tak masuk lagi faktor pelakon yang tak reti berlakon, hehe…🙄

    Semua cari untung, bukan tentang ART? Haha, macam Hans Isaac kata dalam rancangan FENOMENA SENI (bersama Rosyam Nor tu), filem itu suatu bisnes. Nak kena ada pelaburan, dan yang melabur tu pasti maukan pulangan dan untung. Lepas tu kalau dah yakin dengan kehebatan, barulah lebih banyak duit masuk, dan boleh bikin filem yang lebih mantap… itulah teorinya, hehe..

    Secara jujur, aku tak kisah nak buat cerita ART ka hapa ka, janji:
    1) Menarik dan menghiburkan untuk ditonton.
    2) Lakonan mantap dan berkesan.
    3) Punya mesej yang positif (kalau perlu).
    4) Pelakon yang aku minat sesangat (bonus).
    5) Tidak membuatkan aku rasa tersinggung setelah menontonnya.

    Kalau ada semua tu, aku pasti akan suka menontonnya. Tak rugilah aku “melabur” untuk menonton benda yang aku suka, haha!:mrgreen:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s