Cinta Durian dan Bujang yang Antik

Wah, sempena terbubarnya parlimen ini, maka tamatlah sudah drama bersiri 13 episod yang berunsur romantik komedi yang bertajuk CINTA DALAM SEBIJI DURIAN (CDSB) ini.

Aku pernah la bercerita fasal siri ni di sini.

Sebagai menyahut “cabaran” atau tugasan (entah apa-apa punya tugasan daa) yang diberikan oleh pensyarah mereka iaitu Cik Lat (lakonan Nik Sayyidah), maka Aliza (Hani Harmi), Mimi (Harya Zaleha) dan Nasha (Hanez Suraya) diminta untuk mencari, berkenalan dan seterusnya menyelami kehidupan lelaki yang berlawanan status dengan mereka untuk dijadikan pasangan “dating” untuk menghadiri majlis sambutan harijadi Cik Lat.

Setelah beberapa peristiwa, maka masing-masing bertemu dengan pasangan masing: Aliza dengan Salim (Buzen Hashim) si penjual durian; Mimi dengan Raden (Razif Ariff) si tukang masak dari negara seberang; dan Nasha dengan Nazim (Hasnol Rahmat) si penjual ubat merangkap tekong majlis Barzanji. Bertepatan dengan “tema” yang ditetapkan Cik Lat, mereka berlawanan dari segi status iaitu “kaya bertemu sederhana/miskin”.

Tapi malangnya, dalam saat akhir, masing-masing terkantoi. Salim yang sudah diberitahu bahawa mereka diperalat sebagai “bahan ujikaji/tugasan”, merasa terhina, biarpun diterangkan oleh Aliza bahawa perasaannya ikhlas (hahah, sungguh klisé!).

Nasha pula mengetahui bahawa bapa Nazim sudah mempunyai calon menantu yang lain. Biarpun Nazim dengan “calon isteri” itu akhirnya “tak menjadi”, tapi aku tak tau apa pasal mereka berdua tak berbaik semula.

Mimi pula apabila mengaku kepada Raden bahawa Raden dijadikan “bahan eksperimen”, terkejut apabila mendapati Raden juga sedang membuat perkara yang sama terhadap Mimi. Ces, rupanya Raden ni penuntut universiti (mana entah) yang sedang membuat tesis mengenai “Gadis Melayu”. Maka menyedari perkara ini, mereka ketawa dan tak bergaduh, tak macam dua couple tadi tu. Haha, inilah untungnya menjadi watak comedy relief, watak mereka biasanya tak dibebani dengan emosi sedih. Kalau ada masalah pun, mereka akan menghadapinya dengan perspektif yang berbeza dan mengkelakarkan, hehe!

Tiba harijadi Cik Lat, maka pergilah tiga orang gadis itu bersendirian tanpa “couple” masing-masing pada mulanya. Tapi tak lama kemudian, hadirlah Salim dan Raden (Salim dan Aliza pun berbaiklah semula, dah dijangka). Hoh, malangnya Nazim tak muncul, menjadikan secara teknikalnya Nasha “gagal” dalam tugasannya itu, tak macam yang aku jangka dulu, hoho.. cheh!

Haha, ada berlaku “perkembangan watak” dalam cerita ni (teringat pulak KOMSAS waktu SPM dulu…)! Watak Aliza yang pada awalnya “tomboyish”, akhirnya memakai baju kurung (simbol feminiti wanita Melayu, heh!). Watak Mimi pulak kalau awalnya tak reti nak berhias, maka pada akhirnya dia kelihatan lebih menawan dari awal-awal dulu. Watak Nasha pulak, akhirnya bertudung (tapi masih nampak rambut!) kesan daripada berkawan dengan Nazim dulu.

Ahaks, tu dia, huraian macam menjawab soalan SPM!

Maka begitulah epilognya kisah ini. Peringatan: aku tersangat tidak menyokong tindakan bercouple antara lelaki dan perempuan ni. Haha, saja la nak kasi tahu.

Lebih terlajak dari Bujang Lapok

Oh ya, ada lagi drama bersiri komedi kat RTM1 yang suka jugak aku tengok. Ditayang pada hari Selasa jam 3:30 petang (iaitu waktu yang diYAKINi paling ramai yang tak boleh tengok), cerita ini bertajuk BUJANG ANTIK.

Mereka ini bukanlah seperti Bujang Lapok, sebab geng Bujang Lapok tu, biarpun dah terlajak, tapi umur mereka masih tidak setua geng Bujang ANTIK ni (maka sebab itulah digunakan istilah ANTIK di sini, heheh!).

Mengisahkan tiga orang sahabat karib lagi baik iaitu Pak Ajis (Ahmad Busu) seorang pemandu teksi, Pak Meon (Hamid Gurkha) seorang jaga (pak guard) dan Pak Din (Maidin) seorang tukang masak di sebuah restoran masakan ala mamak. Mereka bertiga ini sudah “tua ganyut” (dipercayai Pak Meon yang paling tua kot) dan masih bujang trang-tang-tang. Tapi berdasarkan pekerjaan mereka ni, tak hairanlah mereka tak/belum berkahwin kot, hoh!

Mereka bertiga ni tinggal serumah, menyewa di sebuah rumah kampung (di Kampung Baru) milik Cik Ros (Sheila Mambo), seorang janda kaya yang tinggal betul-betul berjiran dengan mereka, di seberang hadapan jalan sahaja jarak rumah mereka ni. Cik Ros ni punya seorang anak perempuan yang bernama Zura (Wan Sharmila) yang aku tak pasti berapa umurnya (sebab perangai macam budak-budak, digelar “senget” oleh ibunya sendiri, ish tak patutnya…), tapi dipercayai sudah melepasi umur SPM.

Drama bersiri ni bukanlah jenis yang bersambung-sambung, tapi jenis self-contained punya episodnya.

Yang buat aku tertarik (setelah tertontonnya) ni sebab paling utamanya ialah cerita ni menghimpunkan kesemua pelakon komedi kegemaran aku. Ish, kalau ada Maidin, Ahmad Busu, Hamid Gurkha, Sheila Mambo dalam satu cerita, maka tak hinginlah aku melepaskannya, hoho!

Cerita mereka ni menarik, dan sepertimana cerita komedi sepatutnya berfungsi, maka aku rasa inilah yang cerita ini buat. Apa saja isu semasa yang menjadi bualan orang kita, maka inilah yang dihadapi/dialami oleh watak-watak cerita ni. Daripada kes/isu buang bayi, penipuan bomoh, jualan langsung, pinjam duit Ah Long, semua dicover oleh cerita ni, tapi disampaikan cara lawak/komedi la kan?

Heh, secara jujur, aku pun tak faham kenapa majoriti cerita terbitan/arahan/lakonan orang kita yang berjaya mencuri minat aku, kesemuanya ialah yang berunsur komedi. Aku langsung tak minat cerita cerita cinta korporat (ala Samarinda/Akasia), cinta remaja kolej (ala Dunia Baru/Cinta Medik) atau cerita sedih gila-babas (ala Cerekarama). Dan memandangkan genre cerita buatan kita ni kurang variasinya, maka tinggallah genre komedi yang menjadi kegemaran aku, hoho!

Cerita komedi ni, pada pandangan aku yang tak reti hal pembikinan ni, adalah sesuatu yang nampak macam senang, tapi sebenarnya susah nak dibuat. Nak buat lawak tu memang macam mudah, tapi nak buat lawak yang betul-betul kelakar yang tidak bodoh lagi memperbodohkan, maka itu susah. Sesuatu lawak kena betul dia punya timing.

Cerita komedi ni lebih bagus kalau ianya mempunyai mesej yang nak disampaikan. Tak macam yang sesetengah pengarah sangka, “mesej” tak semestinya disampaikan oleh dua orang watak (biasanya polis dari siri TV tertentu itu, hehe..) yang kelihatan seperti sedang “berkhutbah”, di mana mereka berdua ini biasanya akan berjalan kaki, entah dari mana, entah nak ke mana, dan pada klimaks “khutbah” berkenaan, mereka akan berhenti berjalan, dan sebaik sahaja tamat sesi “khutbah” itu, mereka akan kelihatan menyambung kembali perjalanan mereka yang “tergendala” tadi, masing-masing tidak lagi membuka mulut pada sepanjang perjalanan itu.

Komedi juga tak bagus kalau ianya dibuat secara lawak bodoh. Ada filem komedi yang entah apa-apa, tak jumpa mesejnya. Kalau kali pertama filem itu dibuat, mungkin orang boleh tangkap mesejnya, dan mungkin menghiburkan… mungkin. Tapi kalau filem seterusnya, dia pakai idea yang sama, pelakon yang sama, watak yang sama, lawak yang sama, adoi, maka jadilah seperti filem buatan seorang profesor madya tu.

Pendek kata, hidup cerita komedi!

7 thoughts on “Cinta Durian dan Bujang yang Antik

  1. saya selalu ketawa hingga kering gusi bila tgk watak raden ni..dia ni kira suka buat saya ketawa dengan adegannya yang amat lucu. lakonan dia agak bagus..saya suka dia..

  2. Pingback: Bujang Antik (lagi) dan Geletek « Saladin Convoy

  3. Tapi boleh dikatakan si Razif ni boleh tahan berlakon juga..
    Mungkin dorang tak dapat orang indon jadi cari org singapore berlakon gaknye..ape pun syabas la buat dia

  4. Pingback: Drama Propaganda di Stesen TV Kita « Saladin Convoy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s