Tilawah, Nasyid dan Menantu

Tiga kata kunci bagi tiga rancangan TV yang menarik perhatian aku di stesen TV kita.

Haha, ini bukanlah rancangan drama bersiri cintan remaja muda-mudi atau kisah dunia kolej Hitler baru atau seram susuk pontianak saka atau spa kiu atau manja leret atau sama renda kain atau kisah lampin atau kisah air mata atau perang komunis lepas ke laut atau pasukan bergerak khas atau Yusuf Haslam, oh tidak sama sekali.

Malahan, biarpun ianya bersiri, tapi ianya bukanlah drama atau cerita.

Sebaliknya semua ini rancangan yang tiada unsur lakonan di dalamnya. Rancangan bercorak dakwah, Islamik dan boleh diletakkan apa saja perkataan yang membawa erti “positif” di sini.

Ahaks, sebenarnya aku merujuk kepada tiga program TV yang tersangat menarik perhatian aku untuk mengikutinya. Aku memang pelik kot. Aku suka tengok rancangan sebegini. Rancangan terbitan JAKIM. Okaylah, salah satu daripada tiga rancangan ini bukan terbitan JAKIM, tapi masih boleh terjatuh dalam kategori rancangan bercorak agama.

Hmmm… untung dok di Malaysia ni, kita berpeluang tengok rancangan macam ni di TV kita, hehe…

Yeah, berikut ialah rancangan-rancangan yang aku maksudkan.

TILAWAH INTERAKTIF

Pertama kali diperkenalkan pada bulan Ramadhan tahun 1428 yang baru saja berlalu. Kini, atas permintaan ramai barangkali, rancangan ini diterbitkan dan ditayangkan lagi di RTM1 pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Konsep yang menarik, aku rasa belum ada lagi di kaca TV (tapi pernah ada di radio), di mana penonton berpeluang memanggil ke studio, memperdengarkan bacaan, dan seterusnya dapat ditegur (dan belajar) dari guru/juri. Sebab itulah dipanggil “interaktif” tu.

Surah-surah (lazim) sudah ditetapkan, pemanggil cuma perlu memilih yang mana yang ingin dibacanya.

Rancangan ini dihoskan oleh Saudara Hafiz Hamidun, sementara juri yang menilai dan menegur bacaan pula ialah Ustaz Mohd. Farid Ravi.

Aku suka tengok mereka berdua ni mengendalikan rancangan ni. Ada chemistry la, heheh!

Di samping dapat mempelajari hukum tajwid dan apa saja yang berkaitan dengan pembacaan Al-Quran (ada yang aku dah tahu dan ada yang BARU aku tahu), aku boleh tersenyum melihat telatah Ustaz Farid Ravi dalam menegur orang. Yep, ini salah satu rancangan “mengaji” yang boleh buat aku tersenyum (satu lagi ialah rancangan MARI MENGAJI kat TV9 tak lama dulu).

Kita juga boleh lihat kepelbagaian pemanggil yang memperdengarkan bacaan dengan pelbagai jarak usia dan ragam mereka. Yang paling tua ialah dalam umur 70an, sementara yang paling muda (setakat ini) ialah berumur 8 tahun.

Ada yang baca sedap (bakal atau memang Qari/Qari’ah), ada yang baca kurang sedap tapi masih betul tajwidnya, dan ada yang bacaannya sangat “menyedihkan” (yang berumur 8 tahun tu baca dengan lebih BAIK daripada sesetengah orang dewasa yang menyertai rancangan ni). Tapi tak mengapalah, sekurangnya dia ada kesedaran untuk cuba membaiki bacaan dengan menelefon ke studio, tu kira dah usaha dah tu, kan?

Setelah dikomen, ditegur dan kemudiannya diceritakan hukum-hukum tertentu yang perlu dipatuhi dalam tilawah (bergantung pada bagaimana pemanggil tadi membaca), pemarkahan akan diberi, dan pada akhir siaran, pemenang akan diumumkan. Dalam bulan Ramadhan dulu, ada disediakan hadiah, tapi yang terkini ni sudah bertukar format dan bukan lagi sebuah pertandingan.

`Ala kulli hal, aku sungguh terhibur di samping dapat belajar BANYAK benda “baru” (sama ada yang baru aku tau ataupun yang baru aku “teringat”, heh!). Cuma sayangnya rancangan ni lewat malam sangat! 11:30 malam sampai 12:30 tengah malam, malah sekarang ni dilewatkan lagi pada 12:30 tengah malam hingga 1:30 pagi sebab nak bagi laluan pada program lain (macam itulah, rancangan/program TV macam ini seolah selalu “dianaktirikan” oleh stesen TV). Ulala, terpaksalah bagi yang nak menontonnya tu “berqiamullail”!

DAURAH NMI

Dulu dikenali sebagai NASYID MINGGU INI, inilah satu-satunya rancangan daurah/carta yang menampilkan lagu-lagu nasyid di kaca TV.

Ni rancangan santai yang aku suka juga menontonnya. Petang-petang Ahad (6:30 petang) kalau tiada urusan dan tak buat apa-apa sementara menunggu waktu Maghrib, memang aku layan juga rancangan ni.

Sekarang program ni dah masuk musim yang kelima rupanya. Format pun berubah sikit-sikit, tapi masih mengekalkan sistem pengundian penonton seratus-peratus (pakai SMS, e-mel, malah pos biasa pun boleh! Tapi ada ka yang buat macam itu ha?).

VJ pun (hoho, mereka pun pakai istilah VJ la!) berubah-ubah, tapi yang pasti kesemuanya perempuan, hihihi!

Satu yang agak menarik (dan pelik) dalam rancangan ni ialah segmen “Kiriman Kad Kreatif”, di mana penonton boleh menghantar ucapan kepada rancangan ini dalam bentuk “Kad Kreatif”. Secara jujur, aku tak nampak apa releven dan signifikannya “Kad Kreatif” ni untuk sebuah rancangan mengenai carta lagu-lagu nasyid. Buat cantik-cantik dan penat-penat, lepas tu hantar pada orang. Kalau masuk TV, dapat la puas (dan hadiah). Tapi yang PASTInya di sini ialah, keSEMUA yang menghantar kad-kad itu ialah WANITA. Aci tengok dan carilah, mesti tak jumpa nama lelaki!

Menonton rancangan carta ni pada permulaan atau waktu tertentu tu, memang seronok, terutama kalau masuk pencalonan baru, kita boleh dengar lagu baru, dan kalau lagu yang kita suka tu menjuarai carta, kita boleh tengok lagu tersebut secara penuh (tak macam lagu di tempat kedua hingga kelima yang dimainkan separuh).

TAPI… boleh berlaku suatu suasana di mana keadaan “hambar” akan terjadi, iaitu kedudukan carta tidak berubah, dan lagu yang sama yang berada di tempat teratas, maka kebosanan akan timbul (terutamanya kalau lagu yang menjuarai tu lagu yang kita TAK SUKA, haha!). Maka pada saat ini, kita akan rasa BOSAN dengan rancangan ni, dan hanya akan luangkan masa untuk menanti pencalonan lagu baru sahaja (sebab lagu lain dalam carta kita dah dapat agak kedudukannya masih sama).

Cakap pasal nasyid ni, teringat pula artikel Tawel Sensei di sini dan sekuelnya di sini, yang turut disertai pula oleh Ustaz Alexanderwathern melalui artikelnya di sini.

Antara yang disentuh ialah nasyid sekarang BUKAN lagi nasyid? Tak macam nasyid dulu-dulu. Dah hilang “roh”nya. Lagu bukan nasyid yang berunsur keTuhanan yang lain lebih bagus daripada nasyid era sekarang yang bersifat “jiwang karat”.

Ya ka? Haha, biarpun aku tersangat kurang setuju dengan pendapat mereka ini (aku lebih bersikap adil pada munsyid kita zaman sekarang ni, chewah!), tapi ada juga yang aku setuju. Cuma aku tak nampak lagu nasyid “jiwang karat” mendominasi lagu nasyid lain yang bagi aku masih berkualiti. Cumanya mungkinlah iramanya sedikit berubah, tapi mesej positifnya jelas masih ada.

Ada juga yang kata, “Kumpulan Nasyid Muda-mudi (lelaki) Sekarang = Boy Band“? Bwahaha! Ni mesti bersama-sama dengan tanggapan “lagu jiwang karat” tadi tu. Biarpun mungkin ada kebenarannya, tapi aku rasa fasa itu dah lama berakhir. Kalau tak percaya, sila tonton Daurah NMI dan lihatlah sendiri lagu-lagu yang mengungguli carta lima teratas, boleh nampak betapa variasinya jenis nasyid yang ada di situ, hehe…

CARI MENANTU

Ada di TV9 setiap hari Sabtu jam 9 malam. Macam biasa, boleh tengok episod penuh di sini. Sekarang ni dah siri/musim yang kedua. Rancangan bercorak “TV realiti” ini memang tersangatlah lebih bagus daripada rancangan jenis “cari cinta” (kononnyalah) yang ditayangkan di stesen TV kita yang lain tu.

Sebab pertama? Tiada undi SMS, haha! Eh, tapi rancangan “cari cinta” yang lain pun tak pakai undi SMS jugak kan? Ooops!

Okaylah, sebab kedua; rancangan ini tidak menjurus kepada perkara lagha. Mungkin juga orang boleh kata rancangan ini merupakan suatu “glorified” Kursus Perkahwinan, tapi pengisiannya tidak dinafikan berguna, bukan pada peserta saja, malah pada penontonnya sekali.

Peserta yang menyertai program ni mestilah ada pasangan yang memang dah merancang (dan semestinyalah dipersetujui oleh keluarga bagi kedua-dua pihak kan?) untuk berkahwin. Memanglah, tak masuk program ni pun, mereka memang nak berkahwin juga suatu hari nanti (kalau ada jodoh), tapi dengan menyertai program ini, selain daripada (kononnya) mempelajari sesuatu pengalaman dan pengajaran baru, hei, boleh popular/glamour seketika sebab masuk TV kan?

Lagi pulak, selain daripada hadiah-hadiah lain yang ditawarkan, mereka juga berpeluang bernikah percuma/ditaja oleh stesen TV9, dan masuk TV, live lagi tu! Tapi itu musim lepas punya la, musim ni tak tahulah mereka nak televisekan secara langsung atau tidak, hoh!

Cakap pasal musim kedua ni, kelihatannya bilangan juri berkurang seorang daripada musim lalu (dulu ada tiga orang juri). Hanya Ustaz Badlishah saja yang kekal, sementara Ustazah Siti Nor Bahyah pulak yang menggantikan peranan Ustazah Nik Salida. Hei, juri kurang seorang, maknanya tak sesusah musim lalu la sepatutnya kan? Hmmm…

Macam biasa, setiap episod akan menampilkan setiap pasangan ini menjalani sesuatu aktiviti, seperti kursus urus jenazah, kursus penyembelihan, kursus pemantapan solat, dan sebagainyalah. Kemudiannya, pada hari pertandingan, setiap pasangan ini akan ditemuduga oleh juri (macam interbiu nak mintak kerja la tu).

Kalau soalan berkaitan dengan ibadah, biasanya berkaitan dengan apa yang dikursuskan pada episod berkenaan, jadi susah senang bergantung pada pembacaan dan pemahaman peserta la tu.

Yang satu lagi, aku tak pasti apa kategorinya, tapi lebih menjurus pada tanya pendapat atau macam mana nak pujuk sekian-sekian kalau suami/isteri bertindak sekian-sekian. Ini biasanya bahagian yang paling kelakar sebab melibatkan lakonan antara bakal suami-isteri. Bagi aku pula, ini merupakan bahagian untuk lelaki/perempuan “menggatal” secara “sah” di depan orang ramai, haha.. erm… tak mengapakah macam itu ha?

Hmm, tak kisahlah, sebab bagi aku, aku tengok rancangan ni sebab nak tengok sesi soal-jawab tu, boleh jadi naik perkara berkaitan ibadah yang aku tak tahu atau tak sedar, jadi dah menjadi informasi tambahan berguna bagi aku. Cara santai menuntut ilmu, hehe!

Tapi adakalanya timbul pulak rasa cemburu tengok pasangan-pasangan tu, sebab membayangkan bila pula aku nak… ehehe…

Ahem…

Satu lagi program TV9 yang aku suka tengok ialah AKADEMI AL-QURAN. Tapi itu kena tunggu dulu la, sebab program ini untuk musim terkini (ketiga) masih lagi dalam proses coming soon

2 thoughts on “Tilawah, Nasyid dan Menantu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s