RTM1 dan muzik Final Fantasy

Ada sesiapa yang pernah tertonton iklan rancangan terbitan RTM1 seperti rancangan ISU SEMASA, BERSAMA MENTERI, dan entah apa lagi rancangan diskusi yang ditayangkan di RTM1 tu?

Oh ya, ada juga dalam iklan bagi rancangan EKSKLUSIF BERSAMA yang ditayangkan secara langsung setiap hari Selasa pada setiap awal bulan, jam 9.30 malam di RTM1. Yang terkini bersama KSN kita, baru ja berlalu (5 Februari 2008). Malah muzik ini juga menjadi “lagu tema” bagi rancangan ini. Aku tak tengok dari awal, tapi bila sempat tengok minit-minit terakhir, memang waktu berjalannya ending credit bagi rancangan ni, mereka pakai muzik yang ini juga.

Ha, bila iklan tersebut ke udara, perasankah anda muzik yang dimainkan pada ketika itu? Jika anda peka pasti anda akan ingat mereka akan mainkan suatu muzik yang, kita rasa agak catchy mendengarnya. Ada yang mungkin akan kata muzik yang diambil tu berbunyi agak “epik”, hehe…

Tapi, bagi golongan tertentu, mendengar muzik berkenan secara automatik akan kenal dengan tepat muzik apakah itu, atau dari manakah asalnya muzik berkenaan.

final_fantasy_8_ntsc-front.jpgYeah, untuk pengetahuan bagi yang tidak mengetahui, muzik yang digunakan itu berjudul “DON’T BE AFRAID”, salah satu daripada runut bunyi bagi sebuah game console RPG yang tersohor di dunia, iaitu FINAL FANTASY VIII (laman web rasmi di sini). Secara spesifiknya, bagi yang pernah main game tu, pasti tahu bahawa muzik tu adalah muzik tema/latar bagi babak pertarungan (battle theme song). Komposer bagi muzik berkenaan dan boleh dikatakan bagi KESEMUA muzik latar dalam semua siri game FINAL FANTASY ialah Nobuo Uematsu.

Kalau tak percaya, silakan dengar bunyi muzik daripada video di bawah ni:

Atau boleh dengar versi yang lebih rancak, epik lagi “orkestra” di sini:

Isunya di sini bukannya muzik tu best atau tidak (tapi aku nak kata jugak la, muzik ni memang best!). Tapi yang paling aku tertanya-tanya ialah, “Bolehkah? Atau patutkah RTM buat macam ni?”. Bolehkah RTM ambil lagu/muzik orang dan sesuka hatinya memasukkannya ke dalam rancangan terbitan mereka, tanpa memberi “kredit” kepada “tuan asal”, seolah lagu/muzik itu mereka sendiri yang gubah?

Sebenarnya banyak lagi muzik lain yang menjadi tema bagi suatu filem/siri TV dari luar negara yang kita “cilok” dan masukkan dalam rancangan/drama terbitan kita (muzik MACGYVER, KNIGHT RIDER, MISSION: IMPOSSIBLE, JAMES BOND antara yang kerap kita dengar kan?). Malah adik aku yang memang minat siri FINAL FANTASY ni pernah terperasan bahawa drama SEMBILU KASIH pun pernah ada muzik-muzik tertentu dari FINAL FANTASY!

Mungkin ada yang kata “eleh, benda kecik ja tu!”. Ya la, memang remeh pun, tapi mesti “tuan asal” bagi gubahan muzik ini memiliki “hakcipta” ke atasnya kan?

Kalau benda macam ini remeh, maka mengapa ada sesetengah pengeblog “menghakciptakan” tulisannya? Supaya orang lain tak senang-senang cilok hasil tulisannya daripada dicopy-pastekan ke blog orang yang lain itu, lepas tu mengaku sebagai tulisan sendiri, kan?

Jadi biarpun kita rasa macam tak mengapa membeli barang cetak rompak, tapi kalau kita sedar hasil titik peluh kita “dicuri” orang, kita akan marah kan? Kita nak lindungi dan tuntut hak kita kan? Amboi, macam kempen la pulak, hahaha!

Berbalik pada cerita aku ni, jadi rasanya perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada muzik juga kan?

Haha, sengaja aku mengaitkan dengan FINAL FANTASY (di antara banyak-banyak muzik lain yang dicilok), sebab aku teringat pada suatu kes di mana seorang artis Korea telah meniru bulat-bulat babak tertentu dari filem animasi CGI FINAL FANTASY VII ADVENT CHILDREN. Cerita/berita mengenainya (serta videonya, kalau nak tonton) boleh dilihat di sini.

Haha, dalam video klip lagu nyanyian artis berkenaan, terdapat babak “pertarungan antara dua watak” yang memang saling tak tumpah macam babak dari filem berkenaan. Bezanya, kalau dalam filem tu seratus peratus animasi janaan komputer, dalam video tu pula dilakonkan secara live oleh artis berkenaan serta beberapa pelakon lain. Tapi latar belakang, rekabentuk set dan kostum dan mekap, perjalanan babak, serta koreografi pertarungan (dan kesan khasnya) memang ditiru sebijik sepertimana dalam filem tu.

Malangnya, produksi video muzik berkenaan TIDAK MENDAPAT KEBENARAN dari pihak SQUARE-ENIX (yang memiliki HAK ke atas francais FINAL FANTASY). Tapi produksi berkenaan ada la tulis kat awal dan akhir video tu, mengatakan “babak ini adalah berdasarkan babak dari filem… bla bla bla…”, sebagai tanda mereka memberikan kredit kepada SQUARE-ENIX.

Cukupkah cara macam tu? Haha, tak cukup rupanya. Pihak SQUARE-ENIX (yang beroperasi di Jepun, JIRAN bagi negara KOREA, hah!) tak berpuas hati mereka telah “dicetak-rompak” sebegitu, dan apa mereka buat? Haha, mereka membawa kes ini ke mahkamah. Selain daripada muzik video berkenaan diharamkan daripada ditayangkan di kaca TV, mereka juga bertindak MENYAMAN produksi dari Korea itu (berita di sini).

Biarpun jumlah saman tu taklah sampai 30 000 Dolar Amerika pun, tapi tu dah menunjukkan bahawa pihak mereka sangat mengambil berat kalau karya KREATIF mereka “dicetak-rompak” oleh pihak lain.

Dan, sekali lagi aku sebut di sini, kes ini melibatkan negara Jepun dan Korea, dua negara yang BERJIRAN! Macam ada perkaitan dengan isu di mana negara jiran kita yang marah sebab dikatakan kita “mencuri” hasil karya mereka (antaranya lagu… oh tak mahu taip, takut nanti orang mereka jumpa blog aku dan mengspam ruang komen aku dengan tohmahan!), masih ingat kan?

Mujurlah Jepun tu bukannya jiran kita, jadi pastinya mereka TAK TAHU bahawa stesen TV kita dengan “rasminya” mencilok muzik latar bagi game mereka dan menjadikannya sebagai lagu tema bagi rancangan “rasmi” negara kita. Bayangkan kalau mereka tahu, agak-agak mahukah mereka menyaman kita? Kalau kena, agaknya berapa kita nak kena? Dan apa alasan kita nak bagi kat mereka? “Lagu serumpun”?

Iyalah, bayangkanlah, produksi muzik video artis Korea tu, mereka tak “cilok” pun lagu daripada game atau filem FINAL FANTASY tu. Sebaliknya muzik daripada lagu artis Korea tu adalah muzik mereka sendiri. Begitu juga dengan video muzik tu, kesemuanya mereka buat penggambaran dan sunting sendiri, dengan bajet mereka sendiri. Yang mereka tiru HANYALAH babak daripada filem berkenaan, yang dilakon semula oleh artis tersebut. Itu sahaja. Tupun rupanya sudah cukup untuk dibuat kes mahkamah. Maka, kalau yang TV kita ni buat, itu sudah terang-terang suatu perbuatan yang lebih salah, kalau tak salah akulah.

Sebenarnya, memang aku pun rasa benda macam ini agak remeh, tapi agak-agaklah. Kalau yang buat tu studen-studen yang buat persembahan untuk projek tahun akhir ka, atau produksi drama tempatan, aku rasa tak mengapalah, atau bolehlah mereka ni terlepas. Tapi kalau yang buat ni “rancangan/program TV RASMI” bagi “stesen TV RASMI” negara kita, aku rasa macam malulah pulak dengan perbuatan macam ini, hoho…

11 thoughts on “RTM1 dan muzik Final Fantasy

  1. Pingback: Lawak Blog di RTM1 « Saladin Convoy

  2. Pingback: Lawak RTM2: Memperjuangkan “Najib” Melayu? « Saladin Convoy

  3. Pingback: Lawak “Bersemuka dengan Media” dan “Hujah” « Saladin Convoy

  4. Sebenarnya banyak lagi musik yang RTM dah ciplak sekarang ni dalam citer2 drama pun ader…

    antara yang diciplak yang boleh aku kenal lar

    Terminator…
    Halo….
    Beethoven pun ader gak….
    ader banyak lagi… kalo nak tahu gi lar tgk sendiri….

  5. remeh x remeh..tapi hasil kerja org berseni mcm nobua uematsu tu igt plastik ke….lg 1..nobuo uematsu tu adah sorang komposer musik legenda di jepun

  6. Aq pun sokong… aq rse mcm nak saman je produksi tv Malaysia nih.. senang2 je curik musik latar(BGM) orang lain nye… Dari dulu sampai sekarang, kalo nak snarai tak ckup mse nak tulis rsanya.
    Ada satu lagi yang dikesan baru2 nih, bgm yang dicilok dari anime(mentang2 anime, diorang buat tak endah je) Fate Stay Night yg boleh dikatakan btaraf antarabangsa krn mndpt perhatian org Barat digunakan dlm drama TV9 (dahla guna dari awal sampai habis pulak tu) dlm rancangan Kepadamu Kekasih Try banding sama ke
    http://www.youtube.com/wat​ch?v=27ntyn85pQo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s