Tag: Aku nak… power…

By the power of Greyskull… I HAVE THE POWER!!!

…berkatalah Putera Adam tatkala menghunuskan pedang Greyskull ke atas, lantas bertukarlah ia menjadi HE-MAN, the most powerful MAN in the universe!

Bwahaha, entriku ini ada sedikit kena-mengena dengan istilah “power”, atau lebih tepat lagi… “SUPER POWER”!!!

Pada suatu pagi yang hening, aku mendapati diriku ditag oleh Kak Bayan Budiman. Tajuknya? Ahha, superhero, atau bak kata orang Jepun, suupaa hiro dan superpowernya (atau bak kata orang Jepun, suupaa pawaa).


rocket-024.jpg

1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!

Satu ja? Halamak, aku nak satu set lengkap power macam Superman tu (terutamanya flight, super strength, dan heat vision), tak aci ka?

Ah-ha, aku ambik kuasa untuk memimikkan kuasa orang lain (power mimicry), macam Nathan Petrelli dari siri HEROES tu. Hahah, ambik hang! Semua orang punya kuasa, aku boleh buat.

Di samping tu, aku nak skil bermain pedang. Ya, skil tak sama dengan superpower, skil dipelajari, superpower pulak “diwarisi”, hehhe.

Kalau dari aspek yang “logik” pula, aku mahu skil saintifik dan pengubahsuaian spontan yang terer, di samping kuasa “bertuah yang bersangatan” macam MacGyver. Yeah, kalau jadi macam dia, tak perlu superpower yang canggih-canggih pun!

postercropped.jpg

2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?

Hoh, mana ada. Kalau aku boleh pilih power macam Superman, maka jelaslah watak dia yang mempengaruhi pilihan aku. Tapi sebab aku pilih kebolehan untuk memimik kuasa orang, maka boleh dikatakan ada BANYAK watak yang mempengaruhi pilihan aku, yeah…

Tapi kalau diberi pilihan untuk menjadi hero yang lebih “logik”, aku rasa watak MacGyver lah hero “baru” (lama dah sebenarnya, tapi sebab RTM2 tayang semula, baru aku “teringat” aku pernah dan MASIH minat karakter ni, hehe…) yang menjadi inspirasi bagi aku.

justice_1.jpg

3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?

Supaya aku boleh memilih LEBIH daripada satu superpower, tanpa perlu memiliki kesemuanya tu, haha.

Lagipun, bayangkan, tak ka gempak kita boleh buat apa saja yang superhero lain boleh buat!

Tapi yang paling tepat ialah, ianya tersangat menggambarkan diri aku, yang ada kalanya menjadi seorang yang wannabe, yang merupakan seorang jack of all trades, master of none

Sementara itu, kalau aku memilih opsyen “MacGyver” tadi, maka aku kata aku memilih “kebolehannya” sebab… dia manusia biasa, macam aku! Tiada kuasa yang karut-marut, cuma skil yang gila-babas, itu saja, heh!

marvel-character-composit.jpg

4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!

Haha, untuk superpower aku ni tak perlu kelemahan yang sebenarnya. Sebab apa? Sebab kebolehan aku ini juga adalah KELEMAHAN aku. Bagaimana? Haa, banyak faktor. Mungkin aku tak boleh SELALU guna power-power ni. Boleh jadi power aku tak berfungsi pada saat yang sepatutnya. Boleh jadi aku tak tahu macam mana nak kawal kuasa aku tu seefektif pemilik asal superpower yang aku “tiru” tu, haha!

Dan, kalau mengikut opsyen wira “logika” aku (MacGyver), heh, apa lagi kelemahan bagi seorang manusia biasa yang tiada sebarang kuasa karut dan tidak kebal atau lut peluru? Yeah…

wp_transformers688.jpg

5. Nama anda sebagai hero apa?

Ohoo, banyak nama yang bermain di fikiran aku ni! Malah kebanyakan nama-nama ini aku (pernah) gunakan sebagai pseudonym aku di alam siber ni. Tapi, sesuai dengan nama aku di sini, maka aku akan katakan nama watak aku ialah SALADIN, ataupun SALADIN CONVOY!:mrgreen:

pasukanmantap.jpg

6. Motto anda sebagai superhero?

(Dipetik dari lirik lagu) عيش عزيزا أو مت شهيدا (Hidup Mulia atau Mati Syahid). Hmm… sesuai ka?

darwyn_cooke.jpg

7. Sebarkan tag ini kepada 10 member yang lain. Kalau tak mampu, 5 pon ok!

Haha, aku akan menyebarkannya kepada diri aku yang lagi satu, Mr.Bilik Sebelah dan avataraang! Maaf, aku tak mampu nak cari hatta 5 orang pun, sebab kebanyakkan blog yang aku “kenal”, mempunyai nichenya sendiri yang pastinya tak cocok kalau kita nak suruh dia jawab soalan macam ini, haha!

3 thoughts on “Tag: Aku nak… power…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s