Alwan Mini #003 sudah keluar!

alwan03.jpgAlwan Mini #003 sudah terbit!

Download segera di sini! (Nota: URL ini mungkin sudah tidak wujud lagi…)

Whoa, nanti dulu!

Hoh, apa itu Alwan? Alwan Mini? #003???

Haha, “alwan” (الوان) tu perkataan dalam Bahasa Arab, jama` (plural) bagi perkataan “laun” (لون) yang bermaksud “warna”. Kiranya “alwan” ni maksudnya “warna-warna” la tu.

Yang sebenarnya benda yang aku cakap ni ialah komik ALWAN, iaitu sebuah majalah komik underground (zine la kot) yang berunsurkan dakwah. Haha, bunyi macam ganas la pulak kan? Mungkin istilah ‘indie’ lebih sesuai kot.

Aku tak pasti berapa lama dah majalah ni beroperasi, tapi aku pertama kali perasan akan kewujudannya apabila melihat pameran lukisan kartun yang diadakan di masjid USM, yang bertujuan sebagai respon kepada penyiaran kartun di sebuah akhbar Belanda yang menghina junjungan besar kita Rasulullah SAW, suatu peristiwa yang pernah menggemparkan umat Islam seluruh dunia sekitar tahun 2005 dulu. Ha, pada waktu ni la, dalam pameran kartun tu, aku ternampak sebuah kartun yang disertakan alamat URL http://www.alwancomics.com/, dan barulah aku kenal dengan majalah komik ni. Baru aku tau bahawa mereka terbit dan jual ‘zine’ ni secara kecil-kecilan, sesama mahasiswa, yang ada wakil pengedar… haha, aku pun tak faham sistem yang mereka pakai ni.

Kemudiannya, dalam sekitar tahun 2006, waktu membeli sesuatu di kedai mahasiswa di USM, aku terpandanglah pulak majalah Alwan ni. Ohho, rupanya tuan kedai ni pun pengedar jugak kot. Apa lagi, tanpa berfikir panjang, terus aku sambar (dan bayar la, bukannya curi). Kiranya ada juga la rasa bangga sebab berjaya memilik satu naskhah majalah ni. Tu gambar kat bawah tu sebagai “bukti pembelian”, hehe!

alwan3.jpg

Dalam sekitar hujung 2006 kalau tak salah, menerusi laman sesawang mereka tu, baru aku tahu rupanya mereka dah menerbitkan komik mereka secara rasmi, iaitu isu #0 atau. Dan cara penjualan pun sama, menerusi pengedar jugak. Malangnya pada waktu tu aku dah pun tiada di sekitar USM, jadi aku tiada contact atau tempat untuk mendapatkan majalah tu. Tak mengapalah, tak ada jodoh kot.

Tapi tak lama kemudian, aku mendapat e-mel dari admin laman tu (sebab aku ada sertai mereka punya messageboard, hehe) bahawa ALWAN MINI sudah terbit dan boleh dimuat turun.

Ha, ini yang aku nak cerita tujuannya ni (punya la panjang intro), bahawa mereka menerbitkan komik ni secara “mini” dan “percuma” untuk dimuat turun. Dah tu, mereka suruh sebar-sebarkan pulak pada rakan atau saudara-mara. Maka aku ambil kesempatan untuk menyebarkannya di sini.

Sekarang dah ada isu yang ke #003 (aku tak tahu apa pasal ada “00” di depan tu, apakah mereka berhajat nak buat sampai beratus-ratus isu?). Gambar “sampel” cover depan majalah tu boleh dilihat di bawah ni (aku print screen dan paste kemudian edit pakai perisian Paint ja! Gila low-tech!)

alwan03.jpg

Oh ya, kat mana mau download? Silalah ke laman sesawang rasmi ALWAN COMICS (sekarang tengah dalam renovasi, yang ada cuma pautan untuk memuat turun komik tu).

Takpun, boleh dimuat turun melalui sini: (Nota: URL-URL ini mungkin sudah tidak wujud lagi…)
Isu #001
Isu #002
Isu #003 (sama dengan apa yang ada di laman utamanya).

Kenapa dinamakan MINI ya? Dan agaknya isu UTAMA majalah ALWAN ni bila nak terbit pula ya? Hmm…

Aku tersangat menyokong penerbitan majalah komik macam ni. Kita ketandusan komik dakwah. Memang ada ANA MUSLIM, yang aku rasa bermula dengan cara yang hampir sama, adik aku pernah ada versi “asal” majalah tu sebelum di”rombak” (makeover) menjadi majalah bulanan yang mempunyai kualiti cetakan yang tinggi. Mungkin agaknya mereka mendapat sokongan dan tajaan yang banyak kot. Syabaslah.

Aku pun suka dan pernah membeli beberapa isu terawal majalah ANA MUSLIM (sebab suka komik SATRIA BULAN BINTANG!). Tapi majalah tu khas untuk kanak-kanak (malu aku nak terus membelinya…), dan kita masih tiada majalah komik yang bersifat lebih “remaja/dewasa” yang berunsurkan dakwah, dan rasanya di sinilah geng-geng “Alwan” ni cuba memainkan peranan. Tak mengapa, aku doakan kalian berjaya. Aku sokong cara macam ni saja la, nak lukis artwork untuk dihantar pun, tak pandai melukis (stroke lukisan masih sama macam waktu di sekolah menengah dulu, tak meningkat pun, hah!).

Apahalpun, selamat memuat turun, dan sebar-sebarkanlah pula kepada orang lain. Tak rugi membantu menyampai mesej dakwah ni, dalam apa bentuk (yang HALAL) pun boleh.

35 thoughts on “Alwan Mini #003 sudah keluar!

  1. BAGUSLAH MAJALAH ALWAN….. BANYAK PERKARA YANG MEMBINA… CARTOON COMEL PULAK TU… INSYAALAH ANA AKAN TERUS MEMBACANYA DAN PRIMOTE PADA ORG LAIN….

  2. Pingback: Semoga hidup ku lebih berguna « BS: Bilik Sebelah

  3. Ya insan bese, kalau best tu, maka jangan simpan kan diri sendiri ja, sebarkanlah pada kenalan anda. Bukannya kena bayar pun, percuma ja kan? Hehehe…😉

    Wah, ajwad Maktab Mahmud Yan sudah menjadi peminat baru yang terus bertukar menjadi setia yang bersangatan! Bagus!:mrgreen:

    Adapun, anda boleh (dan masih boleh) mendownload Alwan Mini #1 dari situ sepertimana yang terdapat dalam pautan yang hamba berikan di entri hamba itu. Setakat yang hamba periksa sebentar tadi, ianya masih lagi boleh dimuat turun. Maka dipersilakanlah. 8)

  4. Salaam.

    “Majalah yang paling bermakna” ini sememangnya anda tak akan pernah jumpa di kedai, sebab memang TAK ADA pun!

    Ianya diterbitkan khusus untuk dimuat turun dan dibaca secara elektronik…:mrgreen:

  5. Ana rasa bagus kalau ada pasaran alwan ni lebih meluas sebab tak ramai orang Islam yang tau pasal majalah ni terutama yang tak ada kemudahan teknologi macam internet ni… tapi kita boleh ambik peranan untuk menyebarluaskannya kan…

  6. Memang geng Alwan ni pada tahun² sebelumnya, menerbitkan dan mengedarkan majalah ini secara underground (indie la katakan). Kemudiannya mereka juga pernah terbitkan majalah tu secara rasmi, isu nombor 0.

    Tapi mungkin ada kekangan tertentu kot, mereka tak teruskan. Lagipun, nak terbitkan majalah perlukan duit dan pulangan, sedangkan mereka pula bukannya mahukan keuntungan (namun tak mahu pulak terpaksa menanggung hutang jika jualan tak balik modal), jadi saya rasa cara terbaik ialah buat secara e-book macam ini la kot. Percuma, dan boleh disalin sampai ke berapa ratus pun tak kisah punya!

    Begitulah adanya teori saya…:mrgreen:

  7. Malangnya, nampak gayanya laman sesawang Alwan Comics itu sudahpun down, oleh yang demikian dah tak boleh dah memuat turun dari situ.

    Apahal pun, mari kita tunggu kalau² geng² Alwan ini akan membuat comeback suatu ketika nanti… 8)

  8. Wahai ana cute, ianya juga merupakan suatu misteri buat saya. Nak kata setahun sekali, tahun lepas ada dua tiga keluaran. Tahun sebelum ni lagi la banyak. Sekarang ni, laman rasmi mereka pun dah “tiada”, huhuhu…

    Apahal pun, kita tunggu dan lihat saja apa perkembangan. Kena faham, usaha yang mereka buat ni secara percuma tau? Dan mereka juga ada komitmen masing² yang lain yang memungkinkan mereka tiada kesempatan ruang dan waktu serta kewangan untuk menerbitkan lebih banyak keluaran majalah ni. 8)

  9. Assalamualaikum…
    sy bru lg dikhabarkan mngenai komik ni melalui kwn…design die nmpk mnarik(colourful)…byk pengisian yg ade…komik ALWAN ni mmg sesuai utk para remaja..klau dlu mse kcik2 ske bce ASUH skrg ALWAN plak!!!(“,)

  10. i luv islam:
    Ya, sebagai berita gembira tambahan, kalau kita masuk ke laman rasmi Alwan Comics akan terpapar tulisan “Akan Datang… Alwan Mini #004”. Maknanya mereka akan teruskan penerbitan e-majalah ni. Tapi kita kena tunggulah. Benda yang percuma ni kita kena kasi masa sikit…😉

    Rockers…:
    Err… saya tak paham apakah permintaan anda, huhuhu… 8)

  11. salam… kawan2 memori ketika melukis komik alwan yang pertama bersama alluana masih segar terpahat di kepala otak aku.. hehe alluana serumah dengan saya di arab dulu.. huhu dia memang berjiwa kartun dakwah malahan orang yang bersungguh2. jam 3 pagi lagi masih melukis kartun, dan yg penting kita pikirkan bagaimana nak bantu pasarkan satu malaya. kita ketandusan majalah seperti ini.. insyaAllah ada masa sy akan membantu karya dakwah ini. kepada alluana.. “kau memang bersungguh.. mudahan Allah bantu kau wan

  12. Salaam.

    Tuan din putih, rupanya anda ni kenallah dengan beliau itu ya? Bagus, harap boleh ada kolaborasi lagi antara anda dengan beliau. Saya ni boleh sokong dengan membelinya saja, sebab nak menyumbang dari segi lukisan pun, kemahiran melukis saya dah berkarat, hah!

    Kepada salam, buat masa ni, didapati laman sesawang rasmi mereka sudah tidak menghoskan e-majalah tu. Yang ada cuma iklan mengatakan isu keempat e-majalah ini akan datang. Bila? Wallahu a`lam. Sama² kita tunggu… 8)

  13. Assalamualaikum..
    erm..
    ana mau bicara yang..
    majalah Ilwan ni memang bagus..
    lagi bagus kalu diselitkan dgn unsur-unsur futuwwah memandangkan sejak kebelakangan ini..
    Isu Palestin makin panas diperkatakan….

  14. salam.. dulu sy peminat setia komik alwan ni.. tp sejak website dpa dk renovate, trus tputus cm tu jak..
    huhuhu mmg sdih sgt sbb komik ni mmg best.. cara penympaian islamic, tp sempoi..tp sy xleh nk download siri 3..so, how????????sapa2 leh tlg?

  15. askum…..sy peminat komic alwan…tp sy xdpt bli komic ni slalu…sbb,,sy akn mghdpi ppriksaan pnting pd thn dpan….sy tlh khilgn byk epsod dlm alwan comic….

  16. Assalamualaikum wbt..
    Saya baru dapat tahu ttg komik alwan versi online. sblm ni penah baca from kwn. hmm..sya da try link2 kt ats, mmg da x wujud da page tu..so, mcm na if sy nk dptkan??
    Mohon bantuan..jazakallah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s