Tagged!! You’re IT!!!

Hahahah, nampak gayanya hamba sudah ditag oleh Cik Bayan! Terkejut hamba apabila diperingatkan di sini.

Maka hamba pun akan coba menjawabnya. Kira okay la jugak, sebab bolehlah “muhasabah” diri dan pada masa yang sama “buat azam baru” secara tak langsung, kan? Kan? Kan?

Berikut merupakan jawapan tag aku:

1. Azam tahun 2008/ 1429.

Azam aku sangat klise dan bersifat sangat umum. Aku nak jadi cemerlang, gemilang, terbilang! Erm… ya, rasanya itu saja…

2. Kenangan pahit 2007.

Uish, ni payah sikit ni, sebab kenangan pahit biasanya kita selalu nak lupakan atau jadikan ia sesuatu yang positif.

Aik, alamak, jangan marah Cik Bayan! Ayat macam serupa! Bukan plagiat ya, hoho! Nak buat macam mana, dah memang pendirian hampir serupa.

Kenangan pahit banyak la pada tahun-tahun sebelumnya. Tapi tak releven sebab soalan nak tau tahun 2007 kan? Hahah!

Oh ya, kalau ada pun, sebab tak lepas satu interbiu… tu pun tak ada la rasa kecewa langsung pun.

Ah, lagi satu, sedikit kecewa setelah menonton animasi SALADIN di Astro Ria pada 1 September 2007 yang lalu.

3. Pengajaran dari tahun 2007.

Jangan terlampau mencari ilmu agama (dan hanya mengharapkannya) melalui internet. Bahaya. Silap-silap anda boleh “terpesong” aqidah (hehe, antara kenangan pahit “pra-2007″…). Kalau sekadar rujukan tambahan tu tak mengapalah jugak, tapi ini ada yang sampai ke peringkat menganggap apa yang ada di situ sebagai “fatwa”, hoho!

Sebaliknya, dan sebaiknya, belajarlah secara bertalaqqi dengan guru, guru yang tsiqah. Ketahuilah, menimba ilmu tanpa guru, maka syaitanlah gurunya.

من لا له الشيخ فالشيطان شيخه (lebih kurang maksudnya “Siapa yang tiada padanya syeikh (guru), maka Syaitanlah “syeikh”nya”).

4. Pencapaian paling bermakna pada 2007.

Konvo!!!

Oh ya, aku juga berjaya melepasi ujian dan seterusnya assessment, dan sekarang sedang menunggu untuk ditemuduga bagi suatu jawatan!!!

Oh ya, tak lupa juga “kejayaan” menonton filem TRANSFORMERS!

5. Kalau ada pose menarik sila paparkan di sini.

Haha, ni tak kata kan pose siapa? Aku letak “pose” orang lain pun boleh kot?

hbs0101.jpg

Ini nama dia GALAXY CONVOY daripada anime TRANSFORMERS: GALAXY FORCE.

6. Sebaran virus kepada 8 sahabat bertuah.

Uish, virus ka?

Adoi, nak cari 8 macam mana, baru ja mula berblog ni, kawan pun tak sampai 8 haha! Tapi tak mengapa, aku cuba cari sesiapa yang mungkin boleh dijadikan “mangsa”…

  1. Diri aku yang lagi satu (jangan maraah…)
  2. Mr.Bilik Sebelah
  3. avataraang (haha, penulis berbeza tapi blog yang sama, boleh jugak kot?)
  4. Tawel Sensei

Haha, cukuplah dulu kot.

8 thoughts on “Tagged!! You’re IT!!!

  1. Erm…hampir serupa dengan diri saya. Saya puas hati dengan jawapan tag ini, cuma..gambar tu..
    Betul la, tag sepatutnya lebih jelas dan mudah ditafsirkan. Tag nombor 5 mengalami kekaburan maksud.
    Apapun, terima kasih ye encik Saladin. Selamat berjaya untuk impian-impian 2008. semoga tahun ini lebih bermakna daripada tahun sebelumnya. Amin…

  2. Pingback: Tag Virus!? « BS: Bilik Sebelah

  3. Pingback: Tag..oo..tag « BS: Bilik Sebelah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s