Syed Mokhtar Al-Bukhary – Tokoh Ma`al Hijrah 1429H

mokhtar.jpgTahniah diucapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, TOKOH MA`AL HIJRAH untuk tahun 1429 Hijriah ini!

Seperti yang kita sedia maklum, beliau ni merupakan pengasas Yayasan Al-Bukhary, dan merupakan Bumiputera merangkap orang Islam yang terkaya di Malaysia. Tak kisahlah kalau ada orang kata dia tak “sekaya” orang-orang kaya di Malaysia yang lain (sebab dia hanyalah yang KETUJUH TERKAYA di Malaysia), sebab dia tak mengumpul hartanya secara “tamak” dan untuk dirinya sendiri, sebaliknya menyumbang kepada orang ramai, dengan cara yang pelbagailah melalui Yayasan Al-Bukharynya tu.

Yang buat aku paling bangga dengan dia ni ialah, dia ni orang ALOR SETAR! Wohoo, orang kampung aku la ni!

logo_albukhary.gifMemang aku selalu juga pergi ke Masjid Al-Bukhary di Alor Setar untuk Solat Juma`at dan Solat Tarawih (bacaan imam-imam di sana pun sedap!), dan memang aku suka dengan aktiviti dan majlis ilmu yang mereka selalu anjurkan di situ (Alhamdulillah, masjid ni tak dicemari “virus Wahhabi”). Antara yang paling aku ingat ialah lawatan Syeikh Habib `Umar bin Hafiz (ini laman sesawang rasmi beliau), ulama tersohor dari Hadhramaut, Yaman. Oh ya, Syed Mokhtar Al-Bukhary ni pun keturunan Ahlul Bayt yang berasal dari Hadhramaut juga, jadi kiranya mereka ni memang boleh dikatakan sebagai “sepupu” la.

Di sebelah masjidnya tu, ada Souq Al-Bukhary, kompleks membeli-belah. Aku juga selalu “rajin” ke situ sebab di situ ada GIANT, iaitu tempat di mana “rakyat Malaysia membeli-belah”.

Ooops, dah termelalut!

Nak cerita jasa beliau ni memang banyak tak terkiralah, dan aku sendiri pun tak tahu sangat secara terperinci, jadi rasanya tak perlulah aku ulas di sini kot. Yang aku pasti, beliau memang tersangat layak menerima anugerah ni.

Apahal pun, sekali lagi aku mahu ucap setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Moga sukses selalu dan istiqamah dalam usaha anda!

SALAM MA`AL HIJRAH 1429H! Bersamalah kita MENJANA UMMAH GEMILANG!

15 thoughts on “Syed Mokhtar Al-Bukhary – Tokoh Ma`al Hijrah 1429H

  1. Salam.

    Maaflah Cik fatimah, saya pun tak tahu pasal benda tu. Kena cuba cari dan hubungi sendiri YAYASAN AL-BUKHARY, yang mana saya pun tak tahu bagaimana sebab mereka tak ada laman sesawang nak dirujuki.

  2. Saya menerima email ini di mana saya pasti ianya satu penipuan.Secara tak langsung ia akan mencemarkan yayasan albukhary.

    ALBUKHARY FOUNDATION
    917 OLD DOVER ROAD,
    ELTHAM, LONDON ,UK,
    POST CODE:SE3 0EF

    Dear Sir/Madam

    The award committee of Albukhary Foundation, has selected
    you as one Of the three(3) nominees for the award of 910,000 Pounds
    from the foundation electronic Draws in line with the Philanthropy
    work been carried out by the Albukhary Foundation.

    For details and processing of the above sum, please contact
    the secretary of the award Committee with the given details below:

    Name: Mac Brown
    Email:albfoundation09@gmail.com
    Tel:+44 702 406 6654

    We await your reply to enable us transfer your award

    Yours faithfully,
    Mrs. Liyana Kyo

  3. Assalamualaikum
    Sebenarnya saya nak minta derma untuk surau dekat rumah saya ni, walaupun beribu buah rumah kat perumahan ni tapi nak dapat kat derma yang tak sampai RM 10,000.00 tu pun tak cukup2 lg jadi saya nak cuba kat Yayasan Al Bukhary ni, camna nak buat?

  4. Assalamualaikum…
    sye berminat untuk memilih Tan Sri Syed Mokhtar untuk tajuk Assigment Usahawan sye, kerana ia salah satu usahawan yg berjaya,..So,bleh x email kn biodata beliau, ciri-ciri @ faktor kejayaan beliau yg mendorong beliau…

    (^_^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s