Selamat Tahun Baru 1429 Hijriah!

maalhijrah.gifMasuk hari ini (sepertimana pada tarikh aku publish entri ini) maka genaplah 1429 tahun setelah junjungan mulia kita, Baginda Rasulullah SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Aku tertarik dengan logo “Ma`al Hijrah” kita ni! Huruf ‘ha’ dengan berlatarbelakangkan sawang/sarang labah-labah (macam Spider-Man la pulak ya?). Ada signifikannya sarang lelabah tu dengan peristiwa Hijrah tu kan? Menurut riwayat, sarang lelabah inilah yang membuatkan Musyrikin Mekah yang memburu Saidina Rasulullah SAW serta sahabatnya Saidina Abu Bakr AS “tak jadi” masuk ke gua tempat mereka bersembunyi, sebab menurut mereka, mustahil gua berkenaan dimasuki orang kerana satu-satunya pintu guanya itu masih dipenuhi sawang. Maka demikianlah Allah SWT melindungi hamba-hambaNya itu daripada ditemui oleh mereka, iaitu dengan mengutuskan labah-labah agar membina sarangnya di pintu gua berkenaan.

Hoho, “canggih” juga logo kita tu kan? Setiap tahun kita akan pakai logo yang sama tanpa perlu menukar rekabentuknya. Aku rasa tak ada negara lain di dunia ni yang ada logo sempena Tahun Baru Hijriah yang sebegitu canggih macam kita ni!

Haha, sebetulnya aku bukanlah nak cakap apa sangat pun, bukan nak berceramah atau apa (sebab aku yakin mesti dah banyak blog lain yang lebih berkelayakan yang akan berbuat demikian), cumanya saja aku nak merenung kembali, bahawa hakikatnya kalau diukur umur aku menggunakan kalendar Hijrah ni, rupanya umur aku sudah pun setahun lebih tua daripada umur aku kalau menggunakan kalendar Gregory!

Tu kalau yang baru lahir sekitar 20 tahun yang lalu, bagaimana pula bagi yang dah lahir 40, 50 atau 60 tahun yang lalu? Rasanya mungkin ada yang sudah menjangkau tiga tahun lebih tua daripada umurnya dalam kiraan kalendar Gregory! Haha, sedarlah, rupanya kita ini sudah lebih TUA daripada yang kita sangkakan!

Ha, bagi yang tidak tahu tarikh lahir anda dalam kalendar Hijriah, cuba anda masuk ke laman web IslamicFinder ini (ataupun di sini juga boleh), masukkan tarikh serta tahun lahir anda dalam kiraan kalendar Gregory, dan kemudian hitunglah dari tahun Hijriah yang anda lahir itu, sehingga ke tahun ini, sudah berapa usia anda.

Hmm… tema bagi sambutan Ma`al Hijrah untuk tahun ini ialah “Menjana Ummah Gemilang”. Seperti kebiasaan, pada malam tahun baru, biasanya boleh kata semua masjid, malah kerajaan sendiri menerusi JAKIM juga menganjurkan majlis seperti bacaan doa awal dan akhir tahun, dan seterusnya disusuli dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil.

Seperti kebiasaan juga, akan ada suatu golongan yang akan menentang amalan ini dengan alasan ianya amalan yang bid`ah lagi menyesatkan dan boleh membawa ke neraka. Mujurlah Majlis Agama kita bukanlah terdiri daripada golongan ini. Aku bersyukur kerana, biarpun “sejelik” mana pun Malaysia ini (menurut pandangan individu tertentu), namun Majlis dan Jabatan Agama kita bukanlah terdiri atau diketuai oleh golongan “pembid`ah orang lain” yang ternyata memecahbelahkan umat dengan menimbulkan isu-isu atau perkara-perkara khilafiyah yang sudah disepakati akan halnya (tak perlulah aku ulas panjang akan hal ini, hehe!), malah terdapat usaha untuk membanteras fahaman/anasir ini daripada menular ke pemikiran umat Islam di negara kita yang berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jama`ah ini.

Oh ya, kalau tahun baru orang selalu sebut pasal “azam baru”, iaitu melihat ke masa hadapan semata, tapi aku teringat dan tertarik dengan kata-kata Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz dalam rancangan KELUARGA DI 9 di TV9 sehari sebelum tahun baru 2008 yang lalu, iaitu kita seharusnya membuat “muhasabah” diri, iaitu bukan sekadar melihat ke masa hadapan sahaja, sebaliknya perlu merenung ke “masa lalu” kita, iaitu merenung kembali amalan kita, apakah dosa yang kita pernah buat, serta bertekad untuk memperbaiki diri, untuk “masa hadapan”. Ha, benar juga, macam ini baru kena dengan konsep “azam baru”, sekaligus menepati kalimah “hijrah” itu sendiri…

Ahaks, sekianlah “celoteh” Tahun Baru aku ni. Selamat Tahun Baru! 8)

6 thoughts on “Selamat Tahun Baru 1429 Hijriah!

  1. Selamat tahun baru, jangan lupa. Kita mesti berhijrah.
    Minda berhijrah.
    Harta berhijrah.
    Keselesaan hidup berhijrah.
    Matlamat hidup berhijrah ke lebih baik.

    Segala-galanya mesti berhijrah.
    Tahap Iman berhijrah ke lebih baik.

    Salam Maal Hijrah.

  2. salam maal hijrah encik. Muhasabah diri sebaiknya agar tempias kebaikan itu memberi manfaat kepada orang lain. insyaAllah. amin….

    Aamiin. Wa iyyaki ya Bayan 8)

    Wahai pulauerk pula, terima kasih atas nasihat anda. Moh kita berhijrah. Dan… menarik juga blog anda itu ya?😀

  3. Assalamualaikum.
    Rasanye komen sebelum ni bukan saya yang post.

    Rasanye ni first time saya kat blog ni.

    Pelik, sapa yg promote blog saya?

    Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada siapa yang promote tu.

    Blog yang menarik, Saladin Convoy.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s