Bujang Rebutan – Joe Millionaire Malaysia?

Ahaks, siapa yang pernah tonton atau “ter”tonton drama bersiri komedi yang bertajuk BUJANG REBUTAN di RTM1 setiap Isnin jam 3.30 petang? Hohoh, siapalah yang boleh tengok TV pada waktu macam tu kan? Lainlah kalau kita bercuti (atau memang tak bekerja)!

Haha, yang aku tahu dan pasti, drama bersiri macam ni pastinya akan “datang dan pergi” tanpa disedari oleh orang ramai, almaklumlah, tayang kat RTM, sapa nak tengok atau “pandang” kan?

Promosi apa pun tidak, nak kata gah pun bukan juga. Yang pasti cerita ‘low-profile‘ macam ni adakalanya aku layan jugak. Haha, aku ni memang suka tengok drama Melayu ni, sampai pernah dijolok oleh seorang teman sebagai “Peminat Drama Melayu”, suatu jolokan yang sangat ganjil untuk dipegang oleh seorang lelaki macam aku, haha!

Tapi aku ni jenis memilih jugak. Bukan semua drama Melayu aku hentam tengok. Yang mana yang bersifat komedi, dan agak “lain” daripada yang lain, itu yang aku layan. Entah kenapa, aku ni tak layan pulak drama Melayu yang selalu tayang kat TV3 tu, yang jenis macam MANJALARA ka, SPA Q ka, yang biasanya ramai pulak orang kita tengok tu. Entah la, aku memang “tak boleh pi” dengan drama macam tu. Mungkin drama macam tu kelihatan “poyo” sangat kot untuk citarasa aku ni, hahah! Oh, aku jugak tak boleh layan drama Yusuf Haslam, eiii….

Yang jadi tak seronoknya ialah bila tengok drama ‘low-profile‘ macam BUJANG REBUTAN ni, yang jenis diminati orang pun tidak, dibenci orang pun bukan (sebab semua orang tidak menyedari “kewujudannya”), nak berbincang dengan orang ramai, tak kira dalam dunia sebenar ataupun dalam internet, tak ada geng la jawabnya.

Apahal pun, mari kita soroti apakah yang dipaparkan dalam drama ini, heheh…

Alkisahnya

…Cerita ini mengisahkan Bujang (lakonan Fezrul Khan, sekarang ni terkenal dalam siri JELATANG di TV3, heh), seorang lelaki lurus bendul di sebuah perkampungan. Dia tinggal bersama neneknya (lakonan Rumainah Sidek/Mak Mah). Aku tak pasti apa kerjanya, tapi dia memang ada memelihara beberapa ekor kambing, agaknya hasil daripada kambing-kambing tu kot yang menjadi sumber rezekinya. Dah tak cerdik, belajar pun tak tinggi, nak kerja apa lagi kan? Oh ya, dalam pada itu, dia ada seekor kambing kesayangannya yang selalu dia bersembang dengannya, yang dinamakan Wawi (lakonan… seekor kambing…).

Malangnya akibat daripada kebodohannya, memang tak ada siapa pun (manusia) yang mahu berkawan dengannya (maka sebab itulah dia berkawan dengan kambing), kecuali Mimi (lakonan Fiza Elite) dan adik Mimi, Ali (lakonan ???). Maka mereka berdua, terutamanya si Mimilah yang sentiasa mendampingi Bujang. Mimi seorang lulusan UPM menetap di kampung itu untuk mengusahakan tanaman apa entah, kelapa sawit kot, dan sesekali mengupah si Bujang untuk memetik buah dan mengikatnya untuk dipasarkan.

Begitulah rapatnya Bujang dan Mimi, sehinggakan boleh kelihatan bahawa Mimi menaruh hati pada Bujang, namun, akibat kelurusan dan kebendulan si Bujang, maka gagallah dia nampak akan perasaan itu dari Mimi, heh! Tambahan pula, Bujang sangat tergilakan Lidya (lakonan Aishah Mohd Desa, muka ada iras-iras muka Nor Aliah Lee), seorang gadis kampung yang, biarpun cantik, tapi agak mengada-ngada perangainya, almaklumlah anak orang kaya. Biarpun Bujang hanya bertepuk sebelah tangan dan pinangannya ditolak oleh bapa Lidya yang mata duitan itu (ya lah, sapa lah yang nakkan laki bendul, serabai, miskin pulak tu!), namun Bujang tetap juga “buta” dan tergilakan Lidya, sekaligus tak nampak Mimi yang sememangnya agak tomboy tu.

Bujang selalu dibuli oleh Johar/Joe (lakonan Rozaidi Hamidi), seorang pekerja kepada bapa Lidya, dan turut menaruh hati pada Lidya. Tapi malangnya hantaran yang diminta oleh bapa Lidya tu tersangat tinggi, maka masih belum bertunanglah mereka.

Suatu hari, Bujang terjumpa iklan mengenai peraduan anjuran sebuah syarikat teh yang menawarkan hadiah sejumlah satu juta ringgit. Apa lagi, dengan bantuan daripada Mimi dan Ali (baik dari segi mengisi borang, menulis slogan, dan juga kewangan), maka habislah semua tabungan Bujang dibelanjakan untuk membeli teh jenama berkenaan untuk masuk peraduan. Haha, seratus ribu penyertaan si Bujang ni hantar, supaya peluangnya untuk menang meningkat!

Beberapa bulan kemudian, sampailah sepucuk surat kepada Bujang. Ternyata si Bujang menang, dan menjadi “jutawan segera”. Pada masa yang sama, muncul seorang lelaki Kamal, tak pasti apa kerjanya, tapi dia menawarkan diri untuk menjadi penasihat kewangan Bujang. Tanpa berfikir panjang Bujang menyerahkan kesemua wang satu juta ringgit itu kepad Kamal untuk dilaburkan.

Keadaan sepi tanpa berita daripada Kamal membuatkan Bujang berasa telah ditipu dan wang sejutanya sudah lesap. Ternyata Bujang sekarang sudah mempunyai TUJUH JUTA RINGGIT hasil pelaburan Kamal ke atas sebuah syarikat, yang kini sudah dimiliki Bujang selaku pemegang saham terbesar. Gila, mudah sungguh hidup ini ya???! Nah, sekarang Bujang sudah mengalami transformasi imej, daripada imej “tak hensemnya” dulu, kini Bujang kelihatan segak dan kacak (sepertimana dalam cerita JELATANG).

Akibat aku terlepas satu episod, sekarang ini Bujang sudah membuat satu rancangan pertandingan (yang hairannya tidak ditayangkan di stesen TV pun, hoho!) iaitu BUJANG CARI JODOH, di mana 12 orang gadis telah menyertai pertandingan ini untuk memenangi hati Bujang untuk diambil sebagai isteri. Ya, sapa tak mau jadi isteri jutawan kan?

Oh ya, si Lidya tu pun rupanya menyertai program berkenaan. Dasar mata duitan, sanggup meninggalkan kekasihnya si Joe untuk merebut Bujang. Memandangkan si Bujang memang sudah lama menaruh hati pada Lidya, penyertaan Lidya itu sememangnya peluang yang sangat dinantikan Bujang. Sementara si Lidya pula, mengetahui Bujang memang sudah lama tergilakan Lidya (sejak dari sekolah darjah lima katanya), maka bolehlah digunakan kesempatan ini untuk memenangi pertandingan tersebut, heh…

Sementara itu kelihatan si Mimi yang bengang dengan Bujang yang seolah sudah melupakannya, bertambah bengang mengenangkan Bujang mengadakan pula pertandingan untuk mencari jodoh berkenaan. Ternyata Bujang masih menghargai persahabatan mereka, dan mengakui hanya Mimi satu-satunya kawan yang Bujang ada, yang pernah bergaduh dengan pembuli-pembuli Bujang untuk mempertahankan Bujang dari terus dibuli. Tapi tak pastilah pula sama ada Bujang menaruh hati pada Mimi, atau masih menganggap sebagai kawan biasa.

“Bujang Cari Jodoh”?

Haha, begitulah serba sedikit “sinopsis”nya, setakat yang baru ditayangkan di RTM1 iaitu sebanyak 11 episod tu lah. Dah dua bulan lebih aku mengikuti siri ni (sebab tayang seminggu sekali), baru aku nampak rupanya cerita ni nak parodykan rancangan TV realiti mencari pasangan hidup seperti JOE MILLIONAIRE dan THE BACHELOR, ataupun seperti rancangan MENCARI CINTA yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dulu (bezanya rancangan ini “terbalik” konsepnya daripada rancangan-rancangan yang lain tu), di mana seorang lelaki kaya akan memilih seorang daripada beberapa orang peserta wanita yang menyertai program berkenaan untuk dijadikan isteri. Maka dalam pada itu, setiap peserta berkenaan perlu memenangi hati si lelaki berkenaan dengan apa cara sekalipun. Dan akan berlaku penyingkiran peserta, sehinggalah akan tinggal seorang saja sebagai pemenang.

Maka begitu jugalah cerita BUJANG REBUTAN ini pun, konsep pertandingan BUJANG CARI JODOH ini pun sama. Setiap peserta perlu menjalankan beberapa “tugasan” yang kemudiannya akan dinilai oleh Bujang, sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan isteri. Tugasan pertama yang aku tengok peserta-peserta program ni terpaksa hadapi ialah “membersihkan kandang kambing Bujang”. Maka merungutlah peserta-peserta tertentu akan bau busuk kandang berkenaan. Sementara Lidya pula langsung tak begitu ambil berat akan tugasan, malah kelihatan dia ni agak “rileks”, sebab dia tahu dia tak akan disingkirkan. Oh, cakap pasal “penyingkiran” ni, seperti rancangan TV realiti lain, siri ini juga turut memaparkan komplot beberapa peserta tertentu untuk memastikan mereka tidak tersingkir, heh!

Ya, begitulah serba sedikit mengenai drama bersiri komedi ini. Tak ada la istimewa sangat, biasa-biasa saja. Tapi boleh la ditonton, secara santai, sebagai hiburan pada waktu petang atau hiburan di kala sunyi, heheh…

One thought on “Bujang Rebutan – Joe Millionaire Malaysia?

  1. Pingback: Drama “Bulan Retak” - Kisah Qazaf dan Li`an « Saladin Convoy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s