Drama Kepahlawanan di TV kita

Dalam pos aku yang lalu, aku ada tersentuh sikit mengenai drama bersiri kependekaran Melayu (yang mendapat perhatian!), yang diterbitkan oleh Ace Motion Sdn. Bhd., produksi yang sama yang menerbitkan siri DUNIA ANITA dan PUTERI. Siri yang dimaksudkan itu ialah PENDEKAR 5 yang ditayangkan di TV9 setiap hari Rabu jam 9 malam.

Apahal pun, mari kita cuba ingat balik era drama bersiri kepahlawanan suatu ketika dulu. Hah, memandangkan aku lahir pada tahun 80an, semestinyalah yang aku ingat ialah pada hujung 80an sehinggalah pada awal 90an, memang terdapat drama bersiri kependekaran. Aku cuma akan memaparkan sedikit siri yang aku minat, ataupun yang menarik perhatian aku untuk meminatinya.

Zaman Kegemilangan

Drama kependekaran (uih, aku cipta istilah baru?) berada pada zaman kegemilangan pada awal 90an (menurut memori akulah), di mana banyak siri menarik yang aku minat pada sekitar tahun-tahun ini.

URAT PUN KENDUR
Siapa tak ingat drama bersiri PENDEKAR KUNDUR, lakonan (yang aku ingat saja la) Eman Manan tu? Yang aku ingat, nama hero dalam siri tu ialah Hang Siak dan Hang Isap, tak pasti pulak yang mana satu lakonan Eman Manan, bahkan cerita pasal apa pun aku tak ingat! Aku ingat ada Eman Manan, itu saja! Almaklumlah, Eman Manan ni memang hero silat kegemaran aku! Oh ya, ini juga antara pendedahan pertama aku terhadap “rambut palsu” (sebab untuk memaparkan zaman purba, kononnya orang zaman itu simpan rambut panjang, dan pelakon yang berambut pendek mesti kena pakai rambut palsu untuk membawa watak lelaki berambut panjang).

NINJA MELAYU??
Lepas tu masih ingat siri SEMUTAR HITAM? Yeah, siri ala Batman/Spider-Man ini mengisahkan seorang adiwira yang pakai semutar berwarna hitam, bertindak ala ninja menjadi ‘vigilante‘ membanteras jenayah dan membantu orang susah. Untungnya, siri ini baru saja diulang di TV9 (dan malangnya, aku tak sempat tengok kesudahannya, tahu-tahu sudah diganti dengan PENDEKAR 5, haha!). Lakonan Latiff Borgiba sebagai Pak Tua dan Faizal Hussein (sorang lagi hero silat kegemaran aku!) sebagai Adi Putera, siri ini mengisahkan kekacauan yang bakal berlaku di sebuah daerah bernama Seri Siantan, dan aku sendiri tak nampak apa kejadahnya yang nak dikacau oleh entah siapalah sang penjahat (huh, memang lemah benar olahan skrip cerita ni, baru sekarang aku sedar, hohoho!). Tapi sapa suka aksi silat, memang patut layan la siri ni.

KERIS DAN ROKOK
Oh, tak lupa pula, dulu juga pernah tayang siri KERIS HITAM BERSEPUH EMAS. Yang lucunya, siri ini mempromosikan rokok jenama Perilly’s, cheh! Dan bila dilihat semula pada judul siri ni, “hitam” dan “emas” sememangnya warna trademark pada kotak rokok berkenaan, jadi aku tertanya apakah siri ini diwujudkan khusus untuk mempromosikan rokok itu? Heh, sungguh tak masuk! Lantaklah, yang pasti, aku ingat siri ni menampilkan Eman Manan selaku hero yang memegang keris berkenaan, dan juga dilakonkan oleh Fathil Dani (tak sangka!), Ebby Yus (sorang lagi pesilat yang sekarang jadi pelawak, macam Fathil Dani!) dan tak ingat dah siapa. Menarik siri ini bagi aku ialah sebab mengisahkan sekumpulan hero yang mempunyai senjata unik, mengigatkan aku pada Teenage Mutant Ninja Turtles (sebab keunikan senjata masing-masing) dan juga siri game Street Fighter (sebab ada banyak watak, dan cerita pasal lawan-lawan, memang macam main game lawan-lawan) yang tengah top pada zaman itu!

Kisah yang memaparkan perjuangan beberapa orang pahlawan yang berbeza latar dan personaliti dan “tak ngam” pada awalnya, tetapi akhirnya bersatu menentang penjajahan tentera Feringgi. Aha, cerita fiksyen berlatarkan sejarah! Aku suka! Cuma satu saja aku masih tak pasti, iaitu bilangan hero dalam siri ini. Kalau tak salah aku, TUJUH orang kan? Hah, seandai betul, berkemungkinan siri ini mendapat inspirasi daripada filem SEVEN SAMURAI (yang turut menginspirasikan filem THE MAGNIFICENT SEVEN, bezanya berlatarkan koboi), iaitu mengisahkan tujuh pahlawan yang berbeza latar belakang dan tak pernah berkawan, tapi bersatu membantu penduduk setempat menentang penjajahan. Eheh, pasukan JUSTICE LEAGUE pun bermula dengan TUJUH orang jugak! Begitu juga siri anime DIGIMON ADVENTURE mengisahkan TUJUH orang jugak! Wah, angka TUJUH memang sinonim dengan cerita bertema sebegini!

Apahal pun, ini memang zaman di mana siri silat memang seronok ditonton. Bukan saja koreografi silatnya “asli” (sekurangnya bagi yang “buta silat” macam aku ni pun boleh nampak la “kesilatannya” koreografi yang dipaparkan tu), malah turut disertai oleh persatuan-persatuan silat terkemuka di Malaysia (biasanya Silat Gayong la tu). Boleh dikatakan semua pelakon ekstra adalah eksponen-eksponen silat yang sebenar, sementara ada beberapa watak dilakonkan oleh guru-guru silat yang sebenar.

Tapi, itu dulu…

Zaman Aneh

Zaman aneh bermula pada era pertengahan 90an, di mana sebuah produksi yang diberi nama HVD sedang menguasai/mendominasi penerbitan drama bersiri di stesen TV kita (terutamanya RTM), sehinggakan menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan produksi lain pada ketika itu. Syarikat ini selain menerbitkan drama Melayu, juga menerbitkan drama Cina tempatan, dan nampak gayanya terpengaruh dengan drama terbitan dari Hong Kong. Oh ya, pernah jadi isu, billboard yang memaparkan logo syarikat berkenaan dipacakkan sampai menenggelamkan Angkasapuri! Apahalpun, aku akan memfokuskan pada cerita pendekar terbitan mereka ini (yang turut terkena tempias “pengaruh Hong Kong”).

HATI BESI!
Atau lebih tepat, HATI WAJA, sebuah drama bersiri menarik lakonan Rusdi Ramli sebagai heronya, dan Faizal Hussein (horay, kembali dalam cerita lawan-lawan) sebagai penjahat, yang sememangnya sangat berkesan, aku benci gila kat watak dia ni, memang jahat tahap ‘supervillain’ la dia ni.

Alkisahnya si Rusdi Ramli ni belajar silat di kampung. Tapi ingin mengembangkan skilnya, dia berhijrah ke bandar (duh, klisé cerita “kampung-ke-bandar”), dan berguru dengan seorang guru silat moden (lakonan Allahyarham Hussein Abu Hasan). Turut berguru di situ ialah Faizal Hussein, yang memang jaki sungguh kat Rusdi ni. Nak jadi alkisah lagi, geng silat ni masuk Pertandingan Kick-Boxing (apa kejadah silat jadi kick-boxing), dan lawan la dengan sapa entah orang Siam nama Sompek (tak reti eja). Tapi final boss (macam game lawan la pulak!) yang Rusdi Ramli kena lawan ialah Faizal Hussein la.

Haha, tang ni lah bermulanya kemerapuan cerita ini, iaitu selain daripada men”tomoi”kan silat, tok guru silat bandar ni juga banyak buat “bid`ah” dalam ilmu persilatan. Macam mana boleh ada skil “Tendang Tanpa Bayang” yang terang-terang dicilok daripada skil “No Shadow Kick” yang selalu diasaskan oleh Wong Fei Hung (dan di”melampau”kan oleh lakonan Jet Li). Heh, sejak bila silat jadi kungfu pulak nih? Maka fokus cerita “silat” ini pun mula bertukar kepada “kungfu celup”. Kiranya Rusdi Ramli ni nak jadi Jet Li versi Malaysia la kot. Sayangnya yang namanya “Tendangan Tanpa Bayang” versi kita ni lebih kepada “Tendangan yang cuma nampak kaki kena muka musuh sementara si penendang tu berada di belakang kamera”.

Hoho, maaflah wahai peminat siri ni. Tak dinafikan siri ni memang popular dan ramai peminat, dan aku pun minat gila siri ni dulu (masih terbayang ngerinya melihat watak Faizal Hussein tumbang dalam episod akhir tu, tak tau la dia masih hidup atau mati), tapi hakikatnya ialah kalau ada merapu tu memang tak dapatlah aku cuba cover dengan kata-kata manis berbentuk pujian, haha! Dan satu lagi hakikat daripada pembikin siri ini ialah beberapa siri “pendekar” yang diterbitkan oleh mereka seterusnya…

DOUBLE DRAGON VERSI MALAYSIA
Pernah dengar pasal game, kartun, atau filem DOUBLE DRAGON? Ha, aku masih ingat lirik lagu tema siri animasinya:

Live the code, the code of the Dragon
Fight for right, the might of the Dragon
With the mark, the mark of the Dragon

Haha, maaf, bukan itu yang aku nak ceritakan, tapi siri PENDEKAR KEMBAR, lakonan kedua-dua watak itu oleh Arash Mohamad. Ya, di sinilah bermulanya siri pendekar Melayu yang bersilat seperti kungfu. Aku sendiri dah lupa apa plot siri ini, tapi ianya melibatkan dua orang yang tak kenal satu sama lain sebagai saudara kembar sebab terpisah sejak kecil, seorang tu berlagak dan nakal sementara seorang lagi gagap tapi baik, kemudian bertemu, kemudian tertukar tempat sebab wajah seiras, kemudian belajar silat di Pulau Emas Perak (hahahaah!), kemudian lawan dengan sapa entah! Hoh, secara asasnya itulah plotnya.

Tak dinafikan, memang siri ini juga agak popular, aku dan sepupu aku juga mengikuti siri ni sampai habis. Sebab apa? Sebab ianya “baru”. Memang sesuatu konsep yang “baru” akan mendapat sambutan dan perhatian. Tapi kalau formula ini berulangan, maka lama-lama nanti “mati”lah ia. Maka setelah siri ini, memang ada beberapa lagi siri pendekar yang diterbitkan oleh produksi HVD ni. Produksi pun nampak gah, bajet macam tinggi ja, dan lokasi pun boleh tahan (majoritinya di RUMAH MALAYSIA, Melaka). Tapi tak berapa menarik perhatian, kecuali siri KOTA SETIA, boleh dikatakan satu-satunya siri pendekar terbitan mereka ni yang betul-betul diambil dari peristiwa sejarah. Malangnya aku tak ingat secara teliti cerita ini mengisahkan apa!

Yang menjadi kritikan orang mengenai drama pendekar era ini ialah ianya berbau “kungfu”. Bau silatnya sudah hilang. Mana perginya koreografi silat seperti yang dilakonkan oleh yang seangkatan Eman Manan dulu? Tak ada. Sebaliknya semuanya dilakonkan (secara kekoknya) oleh pelakon itu sendiri dalam close-up, sementara selebihnya dilakonkan oleh stuntman (shot jarak jauh), kadang-kadang tu nampak sangat muka berbeza dengan muka pelakon yang membintangi watak berkenaan. Orang “buta silat” macam aku pun boleh cam aksi yang dilakonkan ialah aksi “kungfu” (Tendangan Tanpa Bayang? Tolonglah!). Hanya “intro” ja dimulakan dengan “bunga silat” (kononnyalah), lepas tu bila rancak berlawan, mulalah “terbang” ke sana dan sini macam tengok drama “kungfu”.

Apa nak hairan, memang keseluruhan team produksi HVD ni pun “berpaksikan” Hong Kong. Sekarang ni aku pun tak tau apakah mereka masih beroperasi? Dulu selain pendekar, orang memang ingat slot SPEKTRA (sebelum itu dikenali sebagai KELUARGA RIA) kat RTM1 dulu, memang drama-drama terbitan mereka inilah yang ditayangkan. Kira zaman tu mereka nilah yang monopoli drama bersiri tempatan di RTM. Sekarang ni, kalau masih ada pun, mungkin cuma memproduksikan drama Cina kot (rasanya pernah “terserempak” di RTM2).

Haaa… begitulah serba sedikit mengenai siri kependekaran di TV kita suatu ketika dulu. Lepas tu genre ni terus “mati”. Sehinggalah… jeng jeng jeng… Ada apa dengan siri PENDEKAR 5 yang kelihatan cuba membangkitkan semula era drama bersiri kepahlawanan Melayu di stesen TV kita? Haa… tunggu…

Oh ya, sebagai bonus, nah, silalah menonton video sedutan daripada siri kegemaran aku: KERIS HITAM BERSEPUH EMAS.

Hoho, entah macam manalah aku boleh terjumpa video ni di Youtube. Sayang tak ada episod penuh. Kalaulah ada, hemmm…

27 thoughts on “Drama Kepahlawanan di TV kita

  1. Pingback: Pendekar 5 - Kebangkitan semula siri TV “pendekar”? « Saladin Convoy

  2. aku masih terkenang memori silam yang meneroka alam kemasyuran dunia pendekar suatu ketika dahulu. alkisahnya, aku cukup menggemari drama bersiri pendekar yang pernah ditayangkan oleh TV3. aku berkejaran ke rumah setelah selesai menunaikan solat tarawikh di surau semata-mata ingin menonton drama pendekar.. aku cukup teruja melihat pelakon-pelakon pendekar bersilat dan bertebangan untuk menewaskan lawan mahupun beradu kekuatan.. kebetulan drama bersiri pendekar itu berlarutan dari bulan syaaban sehinga ke bulan ramadhan.. huhuhuu.. banyak aksi yang menarik kelihatan dalam drama tersebut.. alangkah baiknya jika kisah dan jalan cerita itu diperkemaskan lagi dengan teknologi komputer menambahkan pelbagai teknik dan kesan khas yang canggih.. aku akan terus setia menontonnya….

    salam setiakawan dunia pendekar..
    dato panglima garang

  3. Wahai g-joy, kalau tak salah saya, sekarang ni TV3 dah menayangkan balik drama² PENDEKAR yang, rasanya yang anda maksudkan itu kot. Cuba buka TV3 pada hari Jumaat jam 6 petang tengok, lepas AL-KULIYYAH (sebelum tu, silalah tonton Al-Kuliyyah tu dulu ya?😀 ).

    alangkah baiknya jika kisah dan jalan cerita itu diperkemaskan lagi dengan teknologi komputer menambahkan pelbagai teknik dan kesan khas yang canggih..

    Berkenaan yang ini, buat masa sekarang cuma ada SATU drama pendekar bersiri yang mengaplikasikan kesan khas macam tu. Tajuknya ialah PENDEKAR 5 (atau PENDEKAR LIMA) di TV9 setiap Rabu jam 9 malam (boleh tengok kat laman web http://www.tv9.com.my. Tapi itu drama arahan AZIZ M. OSMAN, jadi mungkin ceritanya agak “kureng” serius, dan ada sedikit “lawak”. Dan agak malang sikit, kesan efeknya adakalanya menghilangkan rasa ‘realism‘, hahah…

  4. Komen tambahan:

    Tadi aku menonton drama PENDEKAR di TV3. Ada Arash Mohamad dan Aida Aris waktu diorang muda² dulu. Nah barulah aku teringat pasal drama ni dulu.

    Hampeh betul, nama ja PENDEKAR dan SILAT, padahal inilah dia drama KUNGFU yang bertopengkan SILAT yang aku dok cakap tu.

    Betul² macam kita tengok drama KUNGFU, cuma bezanya, muka pelakon, nama watak, (sebahagian daripada) rekabentuk kostume dan (sebahagian daripada) lokasi saja yang betul² kita tau “kononnya” di Tanah Melayu.

    Dah la cerita bertopengkan SILAT MELAYU, suara pun suara DUB? Apahal krew cerita ni waktu shooting diorang tak letak mikrofon ka untuk capture suara pelakon? Tak ada satu pun suara yang digunakan tu betul² suara pelakon. Aku cukup cam suara Arash Mohamad dan Aida Aris dan aku langsung tak dengar suara dia dalam cerita ni. Rasa macam tengok kartun Jepun yang dialihsuarakan ke Bahasa Melayu (sebab diorang pakai geng² ni jugak kot untuk proses dubbing).

  5. Yeah, KOTA SETIA. Tapi hamba teringat satu babak daripada siri tu, di mana watak utama tu buat apa entah, sampai terbang habis semua papan yang menjadi lantai di satu bangunan tu, tak pasti surau ka apa…

  6. Assalamualikum & slm sejahtera.
    Menyelit tambah sikit jer…,
    Drama Pahlawan Keadilan Kita si Mat Ezam lagi bodoh lagi buta sejarah keadilan selagi asyik dok dedah sana…dedah sini serta 6kotak rahsia tak didedahkan lagi ditulah dia mat ezam dedah…apa yg nak didedahkannyapun ntah laaa hingga kini dedahh dedahhhh….penipu punya org sebenarnya si mat ezam ni…beliau ni kelihatan jelas gila kuasa….dedah dedah laaa si mat ezam hoooi….kami tetap sokong DS Anwar sebab kami sebagai rakyat Malaysia dah tak tahan lagi dgn sikap keborosan & penindasan keatas kami oleh kerajaan BN. yg penting Pembangkang yg berkaliber mesti berada di parlimen jika tidak lingkuplah Malaysia…

  7. wahai hero kartun semua…balik lah mengundi DS Anwar ye…marilah kita masukkan DSAI join sama berentap dlm Parlimen…biar kecut perut habis pengampu2 hak yg dok ada tu…lebih2 lagi BN team…kut ada DSAI nanti…depa akan berusaha menagarang hujah2 power sikit membela nasib rakyat…ini tidak..ada ka patut harga ayam naik depa tak bagi kita makan ayam…puihhhhh…kalu mcm ni akupun bleh jadi menteri…keh keh keh

  8. kirapi kiramai dok rugi gitu la jugak..harga pasaran minyak dunia dah turun…jiran terdekat yg takdak minyak dah turunkan harga minyak negaranya..awat laaa kita ni perlu tunggu hingga 1 sept.baru nak turun harga cehhh….

  9. probably u r Antrax band supporters…oh not ka?..mengkalu gitu meh kita pakat2 sokong DSAI ye….keh keh keh…kalu Mawi kata “Belia benci Dadah” meh kita kata “Kita semua Benci BN”. keh keh keh

  10. drama KOTA SETIA tu penggambaran di lakukan di kampung saya dulu, hampir ke semua pelakon tambahan terdiri dari org2 kampung, jalan cerita, lokasi yg menarik menjadikan cerita ni nampak hebat , ada yg mengatakan itu merupakan drama termahal terbitan syarikat tu

  11. kasturi:
    Wah, saya pun tak tahu akan kisah itu. Tapi baguih la kalau Ebby Yus dapat kembali ke “elemen asal” dia, iaitu dalam lakonan berbentuk Purbawara.😀

    leman:
    Haa, saya pun suka jugak drama tu dulu. Tapi dah tak ingat jalan cerita dia. Nampak gaya produksinya pun macam mahal, boleh jadi yang termahal terbitan syarikat HVD tu kot (sekarang entah ke mana pergi syarikat tu, wakakak!😆 )
    Anda tak jadi ekstra berlakon drama tu sekali ka?🙄

  12. yup jadi pelakon extra..kadang2 jadi orang kampung..kadang2 jadi polis org putih tu heheh..tp mmg syok berlakon drama kota setia dulu…shoot pakai helikopter lagi tu….mmg berkualiti drama tu ada mengatakan budget 1juta buat drama tu

  13. drama bersiri itu ada kluarkan VCD dia dulu ..tajuk dia sejarah negeri perak ..kota setia.. aku ada beli dulu tp dah lama dah rosak dah cd aku tu…..skrg cari dah tak jumpa dah

  14. baguslah ebby yus nak bwt cite silat melayu zaman 90an.. baru nampak seni kemelayuan tu…, cite silat sekarang ni dah mengarut… terbang sana sini pulak.. bunga seni,seni tempur,seni kunci,takde langsung… jgn malu nak wat cite macam ni, takut generasi depan tak kenal seni silat melayu.. tak mustahil…!. seni silat melayu indah rugi kalau di lupakan…

  15. Heheheh teringat aku zaman buat cite kota setia tu…buat rakan2 wordrobe asst ..aku berbangga dgn apa yg kita lakukan bersama2 dlm menjayakan KOTA SETIA…wassalam .

  16. kalau korang nak tahu..silat yang Eman Manan main nie namanya silat Tokku..silat warisan keluarga dari Langkawi,Kedah..pernah dipelajari oleh artis artis seperti Eman Manan, Yusof Wahab, Zamberi Osman, malah Jamal Abdillah sendiri untuk lakonan dalam filem ‘Tuah’..malah Pengasas silat Tokku ini juga ada dalam filem ini bersama anak nya( Allahyarham ).

    Drama – drama dan filem yang mengandungi silat Tokku ialah..’Matinya seorang Patriot, Luk 7, Keris Hitam Bersepuh Emas (tapi bukan semua pelakon), Puteri, Syahadat,.

    kalau korang nak tahu, leh sms saya kat 0176790697 (SMS AJE TAU)

  17. rasenye drama Keris Hitam Bersepuh Emas tu di taja Perilly’s la sebab tema colour Keris tu kot.. bukan depa yang promot rokok Perilly’s tu.. macam trend skang la, sume ditaja produk kecantikan, terlajak laris la.. qu puteh la.. penghulu segala produk la

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s