Anita vs. Puteri – Final Round

Pos aku sebelum ini berakhir dengan sebuah cliffhanger (ewah!). Sebelum-sebelum itu aku menceritakan mengenai siri PUTERI dan siri spin-offnya iaitu DUNIA ANITA. Yeah, sejak Anita “keluar” dari siri PUTERI dan membintangi sirinya sendiri, TV3 akan menayangkan secara berselang-seli siri PUTERI dan DUNIA ANITA di slot yang sama iaitu pada jam 10 malam setiap hari Rabu. Buat masa ini sudah ada LAPAN musim untuk siri PUTERI serta (kalau tak salah) DUA episod khas siri PUTERI (yang terkini episod Hari Raya, boleh ditonton di sini). DUNIA ANITA pula buat masa ini sudah TIGA musim kesemuanya, dan episod terakhirnya adalah pada hari Rabu 12 Disember 2007.

Berbalik pada cliffhanger yang dinyatakan tadi, Anita yang hidup aman dan damai (dan adakalanya havoc) di JB bakal berubah sekali lagi. Siri DUNIA ANITA tidak akan sama lagi selepas ini. Kenapa? Kerana… bertemankan Kamala, Puteri bertindak memberanikan diri pergi mencari dan berjumpa dengan Anita di JB untuk merungkaikan permasalahan di antara mereka berdua…

Ataupun, bak kata orang putih, “to settle some old score“…

mppb_006941.jpg

Ya, gambar ini masih dicilok dari tv3.com.my)

Sebermulanya kisah dalam episod terakhir DUNIA ANITA untuk musim ketiga ini adalah dengan menampilkan si Anita sedang menyenaraikan untuk menyuruh teman-temannya yang mana satu yang patut menghadiahkannya hadiah-hadiah tertentu. Oh, sungguh materialistik! Dan oh, nak sambut hari jadi rupanya minah ni! Ha, cuba lihat betapa cerianya si Anita, sepertimana selalunya dia di dalam sirinya sendiri (berbanding dengan ketika dia di dalam siri PUTERI, err.. berapa kali nak ulang daa…).

Tapi kegembiraannya tidak berpanjangan, kerana sebaik saja dia hendak mengambilkan pesanan makanan daripada dua orang pelanggan di restoran tempat dia bekerja itu, ternyata mereka berdua itu ialah si Puteri dan Kamala! Jeng jeng jeng! Rupanya Puteri dan Kamala sudah berjaya mengesan Anita di JB dan mereka ingin sekali bertemu dengan dia. Jelas kelihatan terpancar kegembiraan di wajah masing-masing. Namun belum sempat Puteri atau Kamal bersuara, Anita yang ternyata tidak mempunyai sentimen yang sama, lantas menyuruh Eton yang mengambilkan pesanan mereka dan bergegas meninggalkan meja itu dengan marahnya.

Maka, ketika itulah Puteri dan Kamala menerangkan kepada Eton mengenai hasrat mereka untuk berbaik semula dengan Anita, dan, jika boleh, ingin mengajak Anita kembali bersama mereka ke KL (dan hidup seperti dulu-dulu, iaitu seperti dalam musim pertama siri PUTERI). Eton yang pada mulanya enggan, akhirnya bersetuju untuk membantu mereka (tapi malangnya kerana berniat jahat untuk “merampas” Cikgu Zul daripada Anita jika berjaya “mengusir” Anita untuk kembali ke KL, heh!).

ling.jpgling_profile11.jpgSementara itu, di rumah Anita, kelihatan Anita sedang bermain game TEKKEN (kalau tak salah, TEKKEN 5) versi PS2 dengan adiknya, Tam. Kelihatan Anita tak puas hati dengan kekalahannya kepada karakter perempuan yang dipilih oleh Tam, dan memaksa Tam untuk memilih karakter yang sama sehinggalah Anita berjaya “membelasah perempuan tu cukup-cukup”. Oh, rupanya karakter yang dimaksudkan itu, iaitu Ling Xiaoyu, menurut Anita, mempunyai muka yang mirip dengan muka Puteri “Puaka” (haha, pandai Anita bagi gelaran!). Oh, padanlah hangin semacam bila Anita kalah dengan karakter tu!

Haha, jom kita tengok sikit muka Ling Xiaoyu ni (gambar di kiri dan kanan). Apakah mukanya sama atau ada iras dengan muka Nora Danish yang berlakon jadi Puteri tu? Heheh… Apahal pun, untuk pusingan ini, ternyata Anita “menang” sebab Tam membiarkan sahaja kakaknya itu melepaskan geram dengan membelasah cukup-cukup si “Puteri Puaka” (yang ada dalam game TEKKEN 5 tu) tanpa sedikit pun menyentuh lagi gamepadnya. Oh ya, lupa pula nak bagitau, babak perlawanan Anita dengan “Puteri” ini dipotong langsung daripada tayangan di TV3 (tak tahulah apa sebab). Sayang oo! Babak ni memang kelakar, terutamanya apabila Anita jerit “Jatuh! Jatuh!!” ketika berjaya menumbangkan “Puteri” dalam game tu, hahaha! Penuh perasaan dan nampak benar dia puas hati, hoho! Yang aku tau, kalau selalu ganyah gamepad PS2 sepertimana yang Anita buat tu, alamat cepat la lingkupnya…

Seterusnya setelah Puteri dan Kamala bersiar-siar dengan Eton di sekitar JB (babak berkenaan tak lebih daripada sekadar filler, yang juga turut dipotong daripada tayangan di TV3, namun kalau adegan tak bermakna sebegini rasanya tidak mengapa kalau dibuang), dan babak Anita bertengkar/mengadu dengan Cikgu Zul mengenai kehadiran Puteri di situ (anehnya, di sini dikatakan Puteri ke Johor dengan bapanya? Seingat aku, dalam siri PUTERI, Puteri ini anak yatim piatu!), maka tibalah pula babak di mana Eton mempertemukan Puteri dan Kamal dengan Nenek Anita, Tam dan Cikgu Zul.

Maka mereka pun akhirnya mengenali siapa sebenarnya Puteri (ternyata ianya tidak sepertimana yang pernah diceritakan oleh Anita kepada mereka, heheh), dan mereka bersetuju untuk membawa Anita berjumpa dengan Puteri dan Anita. Oh ya, baru aku tahu, nenek Anita menyalahkan Eton yang banyak mempengaruhi Anita supaya menjadi “merapu” (ooo, agaknya inilah sebabnya personaliti Anita dalam siri banyak berbeza daripada yang dalam siri PUTERI tu). Ehem, tapi memang kalau nak diikutkan pun, si Eton ni agak “jahat” jugak orangnya, pantang ada peluang terus di”tikam”nya belakang Anita. Sarkastik pulak tu, tapi dengan cara yang kelakar la.

Namun ada yang menarik untuk diperhatikan di sini, iaitu pengarah siri ini masih cuba untuk “mengkaburkan” hubungkait antara siri PUTERI dengan DUNIA ANITA, di mana Puteri mengelak untuk menceritakan kepada mereka punca pergaduhan mereka dengan berkata “…kita buka buku baru!”. Yeah, vague sequel

Namun, setelah mengetahui bahawa keluarga dan kawan-kawannya sudah “mengkhianati”nya dengan “bersekongkol” dengan Puteri dan Kamala, Anita bertindak “nekad” untuk melarikan diri meninggalkan JB “selama-lamanya” (ya, semua ada tanda ” ” sebab kesemuanya tu cuma Anita nak tarik simpati, dia bukannya ada perancangan nak ke mana-mana sangat pun!). Tapi belum sempat Anita keluar, dia ditahan oleh Cikgu Zul dan setelah ditrick untuk dibawa ke stesen keretapi, akhirnya Anita berjaya dibawa ke restoran Anjung Warisan (tempat Anita bekerja).

Ternyata rupanya mereka sudah mengadakan surprise party untuk harijadi Anita. Haha, tak sangka kemunculan Puteri membuatkan Anita lupa harijadinya (heh, aku sendiri selaku penonton pun lupa jugak!). Tapi kegembiraan Anita tak lama sebab (seperti yang dijangkakan) rupanya Puteri dan Kamala yang menganjurkan majlis harijadi itu. Sebelum sempat melarikan diri dengan perasaan marah, Anita berjaya ditahan oleh Cikgu Zul. Maka terburailah isi hati Anita mengenai kenapa dia bencikan Anita:

“Pasal… dia (Puteri) jauh lebih baiklah, aku benci dia! Pasal dia lebih cantik! Pasal dia lebih pandai! Pasal dia lebih kaya! Pasal dia lebih sempurna daripada aku! Sebab tu aku benci dengan dia! Aku bencikan kau Puteri, aku BENCIKAN kau! Sebab kau ada semuanya! Macam aku ni, apa yang aku ada? Ada kawan pun… si Eton ni “lanun”! Ada boyfriend pun… Zul ni… cikgu sekolah cabuk! Ada bos pun En. Leman tu… botak, boroi! Ada adik pun adik kenit! Nenek pun suka membebel! Semuanya yang ada pada aku tak sempurna! SEBAB TU AKU BENCIKAN KAU!”

Hmm… dia membandingkan “ketidaksempurnaan” hidupnya dengan menyatakan apa yang dia tidak puas hati dengan orang sekelilingnya dan menganggap hidup Puteri “lebih kaya, lebih sempurna”. Abaikan bahawasanya Puteri itu ANAK YATIM PIATU yang tak punya apa-apa atau sesiapa langsung melainkan kawan-kawannya (atau sekurangnya itulah latar belakang Puteri dari siri PUTERI, tak tahulah pulak Puteri dalam versi DUNIA ANITA ini lain pulak latar belakangnya…). Dan Anita menganggap bahawa dia tidak memerlukan orang macam Puteri untuk memberitahu bahawa dia itu “tidak sempurna”.

Maka Puteri pun membalas semula dengan berkata:

“Pasal tu awak benci saya? Pasal awak ingat saya sempurna? Cuba awak tengok saya betul-betul Anita. Saya tak sempurna! Awak “tolak” saya, awak hidup bahagia dengan nenek, dengan semua orang. Tapi saya? Saya tak bahagia Anita! Saya tak bahagia selagi awak tak terima saya! Saya sayangkan awak Anita… saya SAYANGKAN awak! Saya tak sempurna tanpa awak…”

Hoh, pada saat itu, jangankan si Anita, tapi kalau aku sendiri jadi Anita pun, mau runtun jiwa “sentimental” aku ini. Hahaha, buat pertama kalinya dalam sejarah, rasa sebak menusuk hatiku ketika menonton siri DUNIA ANITA yang sepatutnya merupakan siri komedi yang jenis happy-go-lucky camni! Mata aku rasa macam ada air! Selalunya siri PUTERI ja yang ada unsur sedih macam ni, tapi memang betullah kata Anita bahawa Puteri ni bawak “virus”, buktinya bila Puteri masuk cerita Anita ni, automatik cerita ni jadi sedih a la cerita Puteri tu. Kalau si Anita yang sememangnya orang perempuan itu tak “cair” mendengarkan kata-kata “mantan” sahabat baiknya itu, ish, memang tak tau nak katalah manusia jenis apa si Anita tu kan?

Ternyata kuasa persahabatan mereka masih kuat biarpun sudah terpisah selama setahun (agaknya). Anita yang tidak dapat mengawal kesedihannya lantas menangis sambil mendekati Puteri dan Kamala dan mereka terus berpelukan (adus, aku sendiri macam naik sebak tatkala menaip ayat ini!). Hoho, kata-kata si Puteri itu sungguh sweet (oh tidak, aku dah cakap macam orang perempuan!). Sebagai orang lelaki, aku memang mengagumi semangat setiakawan yang diamalkan di kalangan orang perempuan, sebab orang laki caranya berbeza, heheh! Dalam dunia sebenarpun, kalaupun dialognya tidak sesyahdu dan sesweet (here I go again!) apa yang diungkapkan Puteri, tapi aku yakin cara dan efeknya sama.

Yang aku tau, aku memang tak pandai nak tulis skrip untuk menggambarkan babak berkenaan, maka aku cadangkan agar anda semua menontonnya terus dari laman web TV3 ni.

Takpun boleh tengok terus kat Youtube:
Part 1
Part 2
Part 3

Video yang dibubuh di situ sebijik kualitinya sepertimana yang dibubuh di laman web TV3. Agaknya memang sumber video yang sama kot, lambang TV3 tak ada, sarikata bahasa Inggeris pun tak ada. Nah silakan tonton, aku letak part 3 saja di sini. Boleh tengok selebihnya di sana nanti. Harap tuan yang upload tu tak kisah la aku embed videonya tu di sini…

Nota: Video-video ini sudahpun dipadam dari Youtube. Maaf lah yea?

Hmmm, masih jadi tanda tanya; apakah Anita akan “diserap” kembali dalam siri PUTERI? Jeng jeng jeng…

One thought on “Anita vs. Puteri – Final Round

  1. Pingback: Anita vs. Puteri - Round Two « Saladin Convoy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s