Anugerah Skrin 2007

Anugerah Skrin 2007 baru saja berlalu!

Bermula agak hambar, namun mula catch-up apabila gandingan Awie dan Hans Isaac selaku penyampai anugerah untuk kategori Pelakon Lelaki dan Wanita terbaik bergurau senda. Hans bergurau dengan mengatakan dia meminati Awie, tapi sebaliknya menyanyikan lagu Amy Search (lawaknya di sini ialah Hans “tersalah orang” menyangka Awie ialah Amy Search).

Haha, memang ini tak begitu kelakar, ataupun biasa-biasa saja. Tapi kemudiannya Awie men”counter-attack” atau men”fire” semula Hans dengan mengatakan “Sabar, kita berdua ni ‘bermadu’“. Haha, bergegar isi dewan dengan ketawa. Kenapa ini kelakar? Ha, cuba ingat balik, Awie dan Hans Isaac ada persamaan dari segi apa? Ha, mereka berdua pernah dikaitkan dan kemudiannya berpisah dengan siapa???

Yeah, namanya ialah Erra Fazira! Yep, dari satu segi, mereka memang “bermadu”, tapi bukan kerana berkongsi suami (ya la, mana boleh berkongsi isteri!), sebaliknya kerana berkongsi “kisah silam dengan orang yang sama”. Hah, memang sungguh “mendalam” kata-kata Awie itu. Berkemungkinan amat “pedih” terasa di hati Hans Isaac pada ketika itu dek “tajamnya” kata-kata Awie itu. Dan pada masa yang sama mungkin tersangatlah kelakar sehinggakan masing-masing tidak dapat berhenti ketawa dan mengumumkan senarai calon dan pemenang dengan baik. Hehehe, putus cinta ni memang kelakar. Dan siapa kata Awie tak kelakar? Hmm… tak sabar pulak nak nantikan filem mereka berdua nanti yang bertajuk CUCI (ada Erra jugak dalam ni!)…

Ahem, secara keseluruhannya acara ini berjalan dengan lancar. Namun pemenang tidak diberi peluang berucap (kecuali untuk tiga anugerah terakhir), menampakkan seolah mereka tergesa-gesa hendak menamatkan program ini. Penyampai-penyampai lain ada pelbagai ragam masing-masing.

Berlaku seolah satu “reunion” bagi pengacara program MELODI apabila Datuk Ogy Ahmad Daud dan Fara Fauzana digandingkan sebagai penyampai anugerah apa entah, tak ingat. Aaa, bahagian ni pun kelakar. Ogy memang kita dah kenal dia punya “over” dan “laser“nya tu, tapi tak sangka Fara tu pun tak kurang juga hebat kelakarnya.

Nak jadi cerita, hos keseluruhan program ni iaitu Raja Azura, pun pernah mengacarakan MELODI jugak. Dan gandingannya iaitu Adiel Abdul Ghafar, merupakan suara latar bagi program MELODI sejak sekian lama (ada dibuat lawak kenapa pengacara MELODI asyik bertukar tetapi suara latar tetap dikekalkan, heh!)

Syarifah Amani pun turut mengacara bersama Shafiee Naswip (Mukhsin.. eh, macam mana Mukhsin yang masih versi budak-budak boleh bertemu dengan Orked versi dewasa ni? Naik mesin masa ka???). Hah, Amani masih tetap tidak mampu berbicara dalam Bahasa Melayu dan memilih berbicara dalam Bahasa Inggeris untuk membuat pengumuman (menghairankan memandangkan adiknya Syarifah Aryana yang turut jadi penyampai pada waktu kemudiannya boleh cakap BM pun).

Oh, Syarifah Aryana pula digandingkan dengan Ally Iskandar (blergh!!) dan artis cilik yang bernama Maisarah yang comel tu! Yay! Dia ni pertama kali aku “minat” melalui wataknya Chah dari siri BONG.

Oh ya, cakap pasal BONG, siri menang kategori siri komedi terbaik! Tapi sayang sebab dua perkara. Pertama, yang menerima anugerah ini, Nor Aliah Lee, sudah “open hair” (dan berpakaian agak “seksa”) sejak bercerai dengan Aziz M. Osman, huhu sedih melihatnya perkembangan ini… Kedua, lepas dia terima anugerah tu, tak sempat orang nak fokus tengok dia julang trofi, Nurul Alis (penyampai yang dijemput dari RTM) memotong dengan membuat lawak tak jadi. Aiya, kasi la can pemenang tu bermegah dengan anugerahnya sebelum beredar, lepas tu buatlah apa saja jenis lawak pun!

Ha, Abang Naz (heheh, “benci” sungguh dia ni dengan panggilan itu!) dan Aishah Sinclair turut menyampaikan anugerah bersama dengan Nurul Alis tadi. Naz ni biasanya memang kelakar dalam THE BREAKFAST SHOW, namun jelaslah kelihatan bahawa dia kelakar hanya dalam Bahasa Inggeris. Apabila berbicara dalam Bahasa Melayu, cubaan untuk membuat kelakar yang berstailkan keinggerisan akan kedengaran hambar lagi aneh dan tak lucu, heh! Kesimpulannya di sini, kalau kita boleh buat lawak dalam BI, jangan harap ianya akan kelakar dalam BM…

SENARIO pula menang kategori program TV terbaik. Hmmm… hairan pencalonan kategori ni dari pelbagai jenis dan genre rancangan, adil ka pernilaian yang dibuat sehingga melayakkan SENARIO menang.

Hmm… itu sajalah yang menarik perhatian aku mengenai program anugerah ni. Yang selebihnya biasa saja, memang sesuatu yang sudah dijangkakan dalam program sebegini…

2 thoughts on “Anugerah Skrin 2007

  1. Haha, alkisahnya dulu untuk ANUGERAH SERI ANGKASA 2006, giliran TV9 (adik TV3) yang jadi penganjur. Tapi entah kenapa Kementerian Penerangan pi tuduh TV9 takmau buat sebab bagi alasan tak dapat penganjur, sementara pihak TV9 pulak kata mereka pun terkejut benda tu dibatalkan, sedangkan mereka cuma minta tangguh. Haha, macam² lah politiknya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s