Anita vs. Puteri – Round Two

Dalam pos yang sebelum ini aku mengintrokan mengenai siri PUTERI dan bagaimana watak Anita dari siri itu meninggalkan siri itu. Maka di sinilah persoalannya, iaitu kenapa Anita meninggalkan kehidupan dan pekerjaannya di Kuala Lumpur? Kenapa Anita meninggalkan Puteri dan Kamala? Dan ke manakah Anita pergi sehinggakan sudah tidak muncul-muncul lagi dalam PUTERI?

Ahem, malangnya soalan satu dan dua itu tak dapat aku jawab sebab aku tak tengok sendiri bagaimana kesudahannya, heh! Tapi, aku boleh menjawab soalan yang terakhir itu. Ya, sebenarnya si Anita itu sudah pulang ke kampungnya di Johor, mungkin di Johor Bahru agaknya. Mungkin teruk benar rajukannya itu sehinggakan terpaksa bertindak sedrastik itu (drastik ka?) Maka di sinilah bermulanya siri spin-off PUTERI iaitu DUNIA ANITA

mppb_006941.jpg

DUNIA ANITA musim 3 (gambar dicilok dari tv3.com.my)

DUNIA ANITA dibintangi oleh Siti Fazurina juga sebagai Anita. Dalam siri ini, Anita tinggal di rumah Neneknya (lakonan Norlia Ghani) bersama-sama dengan adiknya Tam (lakonan Tam). Agak aneh di sini kerana dalam siri PUTERI iaitu ketika Anita masih tinggal bersama mereka, ada satu episod di mana Anita membawa Puteri dan Kamala ke kampungnya (juga di Johor) tetapi watak nenek yang digambarkan dalam episod berkenaan berbeza perwatakan dan pelakon (dilakonkan oleh Bonda Afida Es) yang lebih tradisional dan mereka tinggal di rumah kampung dan tiada kelihatan mengenai kewujudan adik Anita. Sebaliknya dalam siri DUNIA ANITA pula, nenek Anita lebih moden dan mereka tinggal di rumah banglo dan menggambarkan mereka tidak semiskin sepertimana gambaran keluarga Anita dalam siri PUTERI.

Selain itu, watak Anita juga tersangat berbeza daripada Anita dalam siri PUTERI. Wataknya lebih gelojoh, kasar, “blur“, ceria, kelakar, bodoh alang; pendek kata seolah macam si Anita ini sudah terkena amnesia atau brainwash sehingga menjadi personaliti yang tersangat berbeza daripada Anita yang dulu. Malah kelihatan seperti Anita versi ini telah mengambil alih peranan Kamala. Maka kesimpulan awal yang boleh dikutip daripada episod-episod awal DUNIA ANITA memaparkan tiga kebarangkalian:

  • Mungkin Anita berubah menjadi seperti ini kesan daripada peristiwa yang berlaku antara dia dengan Puteri. Mungkin dia ingin melupakan kisah lama dan akhirnya berubah menjadi ceria dan happy-go-lucky.
  • Mungkin sememangnya ini personaliti asal si Anita. Anita berperangai sepertimana di dalam PUTERI itu mungkin disebabkan persekitarannya di situ, sementara apabila dia berada di kalangan keluarganya, dia menonjolkan kembali personaliti sebenarnya.
  • Mungkin siri ini langsung tiada kena-mengena dengan siri PUTERI. Satu-satunya kaitan yang ada hanyalah pada nama watak ‘Anita’ itu sahaja.

Yep, seperti yang dikatakan, untuk episod-episod awal siri ini, tidak kelihatan ada kaitannya dengan PUTERI. Anita bekerja di sebuah restoran bersama seorang teman baiknya, Eton (lakonan Lydia Ibtisam) yang kelihatannya seperti mengambil alih peranan Anita versi siri PUTERI dulu (dari segi sikap backstabbingnya itu). Anita juga sudah berkenalan dan akhirnya mempunyai teman lelaki baru iaitu Cikgu Zul (lakonan Zul Yahya), yang merupakan pensyarah Tam di kolej (hemm… kalau pensyarah tu kenapa pulak dipanggil “cikgu”?).

Konsep yang sama juga, siri ini menampilkan misadventure Anita, dan seperti stail Aziz M. Osman dalam siri PUTERI, siri ini juga turut membuat spoof ke atas drama atau filem lain. Satu episod yang menarik ialah episod “Bawang Besar Bawang Kecil” yang menyindir sebuah sinetron Indonesia yang menjadi kegilaan surirumah pada ketika itu, sehingga ke tahap meniru bulat-bulat gaya lakonan di mana pelakon sentiasa menghadap ke arah kamera dalam apa jua babak, serta teknik close-up ke atas sesuatu watak samada ketika dia terkejut, gembira, malah dalam apa jua situasi yang diulang dengan kerap dan melampau-lampau. Heh, memang antara episod yang paling best yang pernah disiarkan!

Selain itu, siri ini juga turut berkali-kali menyindir siri IMPIAN ILLYANA, di mana setiap kali apa saja yang berkaitan atau bunyi seperti IMPIAN ILLYANA (seperti menyebut suatu tajuk drama bersiri yang kononnya ada ditayangkan di stesen TV mereka yang bermula dengan “Impian” tapi digantikan dengan nama lain), maka Anita akan mengejek dan memperlecehkan siri tersebut dan Eton (yang dilakonkan oleh pelakon yang sama yang berlakon sebagai Illyana dalam siri tersebut) akan membuat muka marah tanda rasa terhina dengan ejekan tersebut, heheheh!

Semua berjalan lancar dan nampak macam siri ini cuba mendistancekan dirinya sejauh mungkin daripada siri PUTERI, sehinggalah dalam episod-episod tertentu, muncul pula beberapa reference yang mengaitkan semula Anita ini dengan Anita dari siri PUTERI. Yang pertama ialah kemunculan cameo watak Roslan (lakonan Beego juga) yang pergi ke JB mencari Anita. Maka apabila bertemu, Anita menunjukkan sikap yang dia masih menyukai Roslan. Dan apabila Roslan menyebut bahawa Puteri tercari-carikan Anita untuk meminta maaf, serta-merta riak muka Anita berubah menjadi marah. Mendengarkan perkataan “Puteri” itu sendiri membuatkan kebenciannya kembali. Namun episod itu berakhir dengan Roslan kembali ke KL, dan semuanya kembali seperti asal.

Walau bagaimanapun, pada episod ketiga belas musim ketiga, Puteri dan Kamala muncul di JB dan bertemu dengan Anita. Haa, apa pula yang terjadi seterusnya???

Bersambung man

2 thoughts on “Anita vs. Puteri – Round Two

  1. Pingback: Anita vs. Puteri « Saladin Convoy

  2. Pingback: Anita vs. Puteri - Final Round « Saladin Convoy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s