Masa tayangan dah menghampiri, tapi alih-alih, laman sesawang rasmi bagi filem THE DARK KNIGHT pulak kena sabotaj! Apa kes? Siapa punya kerja yang dengki sangat ni?
Viral Marketing “The Dark Knight”
Rabu, 9 Julai 2008Dalam mana-mana filem, terutamanya filem Hollywood, “kempen” atau “promosi”, atau lebih tepat lagi disebut “pemasaran” untuk sesuatu filem tu sangat penting. Pihak studio, produksi, penerbit, semuanya tu masing-masing ada banyak duit yang dikeluarkan untuk filem yang dibuat, tapi mesti la mereka nak untung balik kan?
Maka, demi menjamin keuntungan yang maksima, filem itu kena “dipasarkan” sebaiknya. Lebih agresif, lebih bagus. Setiap ruang dan sudut yang ada mesti digunakan sebaiknya untuk mengiklankan mengenai tayangan filem tersebut. Maka, perbelanjaan yang “ekstra” mesti dikeluarkan. Kalau menjadi, nanti mereka akan dapat untung yang berlipat kali ganda. Kalau dah untung, peluang untuk ada filem sekuel akan jadi lebih cerah.
Di skrin (TV atau iklan sebelum tayangan filem lain di pawagam), ada “teaser trailer” (tunjuk sikit, bagi “perangat” sikit perasaan ingin tahu terhadap filem itu) dan “trailer penuh” ketika waktu tayangan dah hampir tiba. Selain poster biasa di dinding, sekarang ni di bas pun boleh ada iklan! Pihak penaja dari kalangan syarikat produk tertentu (telefon bimbit ka, bijirin sarapan ka, syarikat permainan dan permainan video, produk makanan, kecantikan kecantikan, alat tulis, restoran, perabot, apa saja!) pun giat mempromosi filem yang mereka taja tu. Pendek kata, biar “melekat” di benak (bakal) penonton sampai ke peringkat bahawa mereka “WAJIB” menonton filem tu bila ditayangkan di panggung kelak.
Yeah, itulah dia “the power of marketing“. Ewah, cam kuliah la pulak!
Tapi ada satu teknik pemasaran yang aku rasa sangat tertarik dengannya, teknik yang digunapakai untuk “mengiklankan” filem THE DARK KNIGHT ni, teknik yang diberi nama “viral marketing”
Batman vs. Batman vs. Batman vs. Batman!
Isnin, 7 Julai 2008Filem Batman yang terkini, THE DARK KNIGHT (laman sesawang rasmi, profil di IMDb) akan mula ditayangkan di Malaysia pada 17 Julai 2008 (sehari lebih awal daripada tayangan di Amerika Syarikat sendiri). Filem sekuel bagi BATMAN BEGINS yang merupakan adaptasi bagi watak yang muncul dalam siri komik terbitan DC Comics ini diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Christopher Nolan dan sekali lagi menampilkan aktor Christian Bale sebagai Batman, dan kali ini menampilkan juga lakonan kedua terakhir buat aktor Heath Ledger sebagai musuh tradisi Batman, iaitu The Joker.
Dalam pada itu, aku teringat kepada TIGA aktor lain yang berbeza yang pernah memegang watak Batman bagi versi filem sepanjang dua puluh tahun yang lalu (ini tak termasuk versi drama bersiri atau siri animasi ya). Dalam pada itu, aku terbayang pula, alangkah bestnya kalau keempat-empat “Batman” ini (termasuk yang versi terkini tu) dapat berentap dalam satu filem!
Eh, memang ada la!
Poster filem Dragonball!
Rabu, 25 Jun 2008KAME HAME HA!!!
Ini antara jeritan yang sangat popular pada sekitar 90an dulu apabila komiknya buat pertama kalinya diterjemahkan ke versi Bahasa Malaysia, dikenali dengan tajuk MUTIARA NAGA (bukan “MUTIARA HAAATIIII… wowowowooo…” tu ya!). Kontroversi pun ada, yang aku ingat ialah pada babak yang melibatkan seluar dalam wanita tu… eww! Oh, perlu ditegaskan, aku ni bukannya penggemar siri komik tu sangat ya? Aku tahu pasal kontroversi tu pun menerusi akhbar dan majalah ilmiah (cewah!), bukannya menerusi komik itu sendiri!
Lepas itu, pada awal 2000an pula, muncullah secara RASMInya siri animasinya (alihsuara Bahasa Melayu semestinya) di kaca TV kita (RTM2/TV2 pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9:30 pagi, dibawakan khas oleh APOLLO!). Pun begitu juga, aku tak layan sangat jugak pun, hanya tertonton seketika apabila aku sedang menunggukan siaran siri DIGIMON ADVENTURE yang lebih aku gemari (jam 10 pagi setiap hari Ahad). Tapi aku terperasan la, nama watak utama tu disebut dengan nama yang tak betul (Suzikon?) dan nama kuasa aura pemusnah pun tak betul jugak (Kue Pau Heng Kong? Kuih PAU?), mungkin gara-gara pengalihbahasa ini malas nak belajar Bahasa Jepun, maka diambil jalan mudah dengan menterjemahkan daripada versi Bahasa Cina (agaknya la).
Ya, itulah dia, siri francais (manga dan juga anime) terkenal, yang boleh dikatakan telah meletakkan animasi Jepun di mata dunia pada era itu, dan digilai oleh peminatnya di merata dunia (dunia Barat dan kita pun dijangkitinya), iaitu siri DRAGON BALL.
Tapi, aku bukanlah nak cakap pasal siri komik atau animasinya (termasuk filem animasi) beserta siri permainan videonya yang berlambak tu. Aku nak tunjukkan poster filem… filem versi live-action yang RASMI punya beb! Aku kata “rasmi” sebab sebelum ini dah banyak kali dah cerita ini diangkat secara “haram” ke layar perak (curi idea dan nama serta jalan cerita, tapi langsung tak ada kebenaran dari pihak yang memegang hak cipta iaitu penciptanya, Akira Toriyama).
Mau tengok bagaimana rupa posternya, sekaligus rupa pelakon-pelakon yang membintangi filem ini? Jeng jeng jeng…
Tag: Aku nak… power…
Selasa, 5 Februari 2008By the power of Greyskull… I HAVE THE POWER!!!
…berkatalah Putera Adam tatkala menghunuskan pedang Greyskull ke atas, lantas bertukarlah ia menjadi HE-MAN, the most powerful MAN in the universe!
Bwahaha, entriku ini ada sedikit kena-mengena dengan istilah “power”, atau lebih tepat lagi… “SUPER POWER”!!!
Pada suatu pagi yang hening, aku mendapati diriku ditag oleh Kak Bayan Budiman. Tajuknya? Ahha, superhero, atau bak kata orang Jepun, suupaa hiro dan superpowernya (atau bak kata orang Jepun, suupaa pawaa).
Alwan Mini #003 sudah keluar!
Rabu, 16 Januari 2008
Alwan Mini #003 sudah terbit!
Download segera di sini! (Nota: URL ini mungkin sudah tidak wujud lagi…)
Whoa, nanti dulu!
Hoh, apa itu Alwan? Alwan Mini? #003???
Dikirim oleh Saladin Convoy
Dikirim oleh Saladin Convoy
Dikirim oleh Saladin Convoy 


