Anwar Ibrahim kalah dengan Otai Game!

Ahad, 15 Jun 2008

[Dikemaskini pada 10:50 pagi, 16 Jun 2008]

Nama Anwar Ibrahim memberikan reaksi yang berbeza-beza kepada individu-individu yang berbeza-beza. Biasanya ianya bergantung kepada pendirian atau fahaman politik bagi individu tersebut.

Bagi peminat/pengkagum, malah penyokong setia beliau, nama beliau disertakan dengan suatu perasaan yang menyanjung dan segunung harapan kepada beliau. Bagi yang neutral, nama beliau turut juga ditunggu, rasa ingin tahu apa pula yang beliau akan lakukan. Bagi yang tak suka kepada beliau, sebut saja namanya, akan timbul perasaan marah dan pada masa yang sama, ada juga yang gerun dengan namanya itu.

Maka, kita boleh kata beliau ini manusia yang paling berpengaruh di Malaysia. Di negara seberang kita juga, beliau dikagumi. Malah ada kenalan aku di situ yang “irihati” mengenangkan beliau ni rakyat negara kita, hah! Dunia juga kenal beliau. Media pun rajin juga menyebut namanya.

Namun berpengaruhkah beliau di seluruh dunia? Ya, memang beliau antara 100 individu yang disenaraikan oleh majalah TIME sebagai antara yang paling berpengaruh di dunia. Rakyat Malaysia yang pertama dan satu-satunya tersenarai pulak tu! Namun, apakah beliau nombor satu? Kalaupun tidak, agak-agak beliau berada di tangga yang ke berapa?

Ahha, dengan menggunakan undian daripada orang ramai (bukan AFUNDI atau sebarang undian SMS yang lain!), ternyata beliau tidak mendapat tempat pertama! Sepuluh yang pertama pun bukan, dua puluh, malah lima puluh yang pertama pun bukan juga! Menurut senarai di laman sesawang majalah TIME, beliau cuma mampu menduduki tangga yang ke-93 (sembilan puluh tiga) dalam seratus yang teratas. Heh, hairan, pertama kali aku tengok senarai ‘Top 100′ yang menampilkan sampai 207 nama, lebih 107 daripada yang sepatutnya!

Maka, siapa pula yang mengungguli “carta” itu?

Baca baki entri ini »


Extreme Jihad!

Selasa, 19 Februari 2008

Pada tahun 1999, sekumpulan “Kanak-kanak Terpilih” yang sedang berkhemah pada musim panas telah dilarikan ke sebuah dunia yang asing, Dunia Digital. Berbekalkan sebuah alat yang dikenali sebagai Digivice, dan masing-masing ditemani dengan partner yang tersendiri, mereka berjaya menghapuskan kejahatan yang bermaharajela di situ, sekaligus menyelamatkan dunia itu dan dunia mereka dari kemusnahan. Gerbang ke dunia itu ditutup, dan penghuni di antara dua dunia ini terpisah selamanya.

Namun, tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002, pintu ini kembali terbuka, dan kejahatan baru muncul. Dibantu oleh Kanak-kanak Terpilih yang lebih senior sebagai mentor, generasi baru Kanak-Kanak Terpilih) digandingkan bersama partner masing-masing, dan dibekalkan dengan Digivice baru, D-3, mereka berhadapan dengan kejahatan baru yang lebih berbahaya daripada yang sebelumnya.

Baca baki entri ini »


RTM1 dan muzik Final Fantasy

Rabu, 6 Februari 2008

Ada sesiapa yang pernah tertonton iklan rancangan terbitan RTM1 seperti rancangan ISU SEMASA, BERSAMA MENTERI, dan entah apa lagi rancangan diskusi yang ditayangkan di RTM1 tu?

Oh ya, ada juga dalam iklan bagi rancangan EKSKLUSIF BERSAMA yang ditayangkan secara langsung setiap hari Selasa pada setiap awal bulan, jam 9.30 malam di RTM1. Yang terkini bersama KSN kita, baru ja berlalu (5 Februari 2008). Malah muzik ini juga menjadi “lagu tema” bagi rancangan ini. Aku tak tengok dari awal, tapi bila sempat tengok minit-minit terakhir, memang waktu berjalannya ending credit bagi rancangan ni, mereka pakai muzik yang ini juga.

Ha, bila iklan tersebut ke udara, perasankah anda muzik yang dimainkan pada ketika itu? Jika anda peka pasti anda akan ingat mereka akan mainkan suatu muzik yang, kita rasa agak catchy mendengarnya. Ada yang mungkin akan kata muzik yang diambil tu berbunyi agak “epik”, hehe…

Tapi, bagi golongan tertentu, mendengar muzik berkenan secara automatik akan kenal dengan tepat muzik apakah itu, atau dari manakah asalnya muzik berkenaan.

Baca baki entri ini »