Cuti Panjang 3 – Balada Internet dan Komputerku…

Selasa, 2 Disember 2008

Ahem, setelah tiga bulan “bercuti”, beserta satu entri untuk bulan pertama aku kembali “bekerja” di blogku ini, ternyata kelihatannya seperti aku sudah menukarkan blog aku ni menjadi diari aku… ohh, tidaaak!

Mungkinkah sebab aku bersikap “apologetik” atas “percutian panjang” aku dari berblog, lantas aku jadikan blog aku ini seperti catatan dalam sesebuah diari, sedangkan aku sendiri tak pernah menyimpan diari? Hmm, tak mengapalah, abaikan saja persoalan itu, sebab kali ni aku nak menyambung pula “alkisah” aku setelah di”bersambung”kan daripada entri yang lalu.

Meh aku recap mengenai kenapa aku bercuti:
Sebab Pertama: Cuti yang asal, sempena bulan Ramadhan.
Sebab Kedua: Cuti yang tak diduga, sempena kehilangan kabel telefon yang memutuskan tali silaturrahim antara aku dan dunia siber.

Sekarang izinkan aku menceritakan Sebab Ketiganya pula…

Baca baki entri ini »


Cuti Panjang 2 – Dilema Kabel Telefon…

Isnin, 1 Disember 2008

Dalam entri aku yang lalu, aku dah serba sedikit menerangkan mengenai “Fasa Pertama” daripada “Cuti Panjang” aku, yakni mengenai sebab-musabab aku lama “menghilangkan diri” daripada berblog sebegitu lama.

Secara dasarnya, aku cuma nak bercuti sebulan saja, iaitu sepanjang bulan Ramadhan tu. Walau bagaimanapun, seminggu sebelum Raya, suatu “tragedi” telah menimpa aku…

Baca baki entri ini »