Ahad, 31 Ogos 2008

Yaaaa… lengkaplah sudah sebelas minggu/episod (angka yang ganjil bagi sesuatu siri TV) penayangannya dan berakhirlah sudah siri AKADEMI NASYID (AN), dan aku menonton konsert akhirnya. Sempena malam menjelang 31 Ogos ni, rupanya aku pun macam orang lain jugak; melayan konsert! Tapi bezanya, aku tengok konsert nasyid di TV, sesuai pula dengan suasana nak menyambut Ramadhan ni, kan? Sementara orang lain pulak melepak di tempat lapang, bercampur laki perempuan, tengok konsert hiburan yang melalaikan. Ewah sempat lagi “berleter” tu!
Yang bagusnya Akademi Nasyid ni, berbanding “Akademi nyanyi-nyanyi” yang lagi satu tu, serta majoriti rancangan pertandingan mencari penyanyi segera ni, sudah pastilah kerana ianya program lagu nasyid. Kalau dah nasyid ni, automatik ianya akan lebih baik daripada kategori persembahan pentas yang lain tu. Lagi satu, undian SMS hanya mempengaruhi 40 peratus pemarkahan. Sungguhpun macam itu, tapi berdasarkan trend dan populariti, memang dah dijangka dah bahawa Azhan akan menang.
Apahal pun, izinkan aku menjadi “juri tak rasmi” pulak, mengulas konsert serta peserta-peserta AN ini, yeah…
Baca baki entri ini »
14 komen |
Malaysia, TV | Tagged: Nasyid |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Saladin Convoy
Ahad, 24 Ogos 2008

23 Ogos 2008 mencatatkan suatu sejarah buat Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah. Bukan saja Pasukan Kedah berjaya memenangi Piala Super dan Piala FA, malah malam ini, menang pulak Piala Malaysia.
Aku sebetulnya tak minat pun perlawanan bola sepak ni. Malah aku juga seorang yang kaki bangku, haha! Tapi kalau ada perlawanan penting melibatkan pasukan Hijau Kuning ni, memang aku akan jadi perhatian lagi prihatin untuk mengikuti perkembangannya. Sepertimana malam ni.
Baca baki entri ini »
5 komen |
Lain², Malaysia | Tagged: Kedah |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Saladin Convoy
Jumaat, 22 Ogos 2008
اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
Allahuma Barik lana fi Rajaba wa Sha’bana wa ballighna Ramadhan
Ya Allah Berkatkanlah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan ketemukanlah (sampaikanlah) kami dengan bulan Ramadhan.
Doa ini selalunya kita baca seawal bulan Rejab sehinggalah nak masuk bulan Ramadhan. Dan memandangkan (bermula pada tarikh aku menaip entri ini) kita sudah tinggal lebih kurang seminggu lebih saja lagi nak masuk bulan Ramadhan, maka marilah kita pakat-pakat amalkan doa ini. Bukannya apa, sebab kita ni tak tau berapa lama lagi kita mau hidup, maka oleh sebab itu kita kenalah berdoa agar Allah panjangkan umur kita agar sempat bertemu dengan Ramadhan.
Baca baki entri ini »
3 komen |
Lain² | Tagged: Ramadhan |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Saladin Convoy