Ulangan Episod Akhir “Sembilu Kasih”

Pada hari Sabtu, 26 julai 2008 (iaitu ketika rumahku ketiadaan talian telefon gara-gara kecurian kabel telefon), bersamaan jam 11 pagi yang berlalu baru-baru ini, aku telah mengambil kesempatan untuk menonton siaran ulangan untuk episod terakhir drama bersiri SEMBILU KASIH di TV9 (dekat di haatiiiiiiii!). Yeah, biarpun apapun yang orang kata mengenai drama ini (termasuklah aku sendiri pun pernah mengatakannya), aku tengok jua drama ini sebab aku nak tahu apakah kesudahannya, memandangkan aku terlepas peluang menontonnya waktu tayangan asalnya dua-tiga bulan sebelum itu. Oh ya, selain di TV9, siri ini juga MASIH SEDANG DIULANGTAYANG pada waktu tengahmalam/awalpagi di TV3suku.

Ahaks, pabila orang mengata-ngata mengenai drama Yusof Haslam ini, aku rasa tak adil menyalahkan dia seorang sebab menurut kredit drama itu, ianya diarahkan BERSAMA oleh Faizal Yusof. Apakah ini Faizal Yusof, pelakon yang merupakan suami penyanyi yang bernama Siti Nordiana itu? Walau apapun, kita kena sandarkan juga “kredit” kualiti pengarahan drama ini kepada dia. Tapi mungkin jugak stail itu dipaksakan kepada drama itu, agar kelihatan bercirikan “Yusof Haslam”.

Untuk pengetahuan, aku bukanlah ikuti pun siri drama ni, cuma sekali-sekala saja TERtengok, maknanya aku tak berapa tahu dengan teliti sangat jalan ceritanya, tapi secara keseluruhannya aku faham la jugak, sebab adanya babak “sedutan episod lalu”. Biarpun drama ini memang orang kata tak best, tapi bagi aku ianya lebih best daripada sesetengah BESAR drama import dari negara seberang itu, yang (bergantung kepada tajuk) mempunyai kualiti lakonan yang jauh lebih memualkan.

Alkisahnya, episod akhir ini akan mengkonklusikan permasalahan antara watak Fendi (lakonan Zed Zaidi) dan Zetty (lakonan Hetty Sarlene). Babak bermula dengan memaparkan Diana (lakonan Azza Elite) yang dihospitalkan kerana kemalangan, dilanggar lari oleh seseorang yang tak dikenali. Dia ditemani oleh watak Joe (lakonan Esma Daniel) yang juga merupakan pengurus dan tunang Diana.

Beberapa episod sebelum itu, akibat penyebaran fitnah mengenai hubungan Fendi dan Diana selaku teman artis yang selalu bersama dalam filem dan lagu (fitnah itu dicipta oleh Diana sendiri untuk memerangkap Fendi), Zetty yang ketika itu sedang mengandung, telah mendesak Fendi supaya menceraikannya, dan dalam keadaan “kelam mata”, terlafazlah kalimah itu, dan aku tak ingat macam mana, Zetty terjatuh dan anak mereka pun keguguran. Wah, memang kelihatannya macam jahat giler la Fendi ni, cerai bini yang mengandung, pastu bertanggungjawab juga menggugurkannya.

Diringkas cerita, Zetty dengan dihasut oleh abangnya Azman (lakonan Faizal Hussein) telah membenci Fendi selama-lamanya, pergi melanjutkan pelajaran di UK (tipikal drama Yusof Haslam dan drama Melayu lain; tak pernah BERANI nak sebut nama kolej serta negeri mana watak itu melanjutkan pelajaran, hahah!). Oh, hampir terlupa pulak, ada pulak watak orang ketiga yang masuk jarum, iaitu Faizal (lakonan Dr. Fazley). Kisah cinta mereka makin bersegi-segi!

Dalam ketika Zetty bercuti dari pengajiannya (entah berapa bulan entah selepas diceraikan), dia dipujuk oleh watak sepupunya Liza (lakonan Leez AF4 yang baru enter frame, heh!) yang dok membuat perjumpaan sulit dengan Fendi, supaya kembali kepada Fendi. Zetty berkeras tak mahu kembali.

Sementara Liza pula, yang digelar oleh Azman sebagai “posmen Fendi” sebab jadi sibuk jadi orang tengah antara Fendi dan Zetty (sepatutnya digelar “pegawai perhubungan awam”, but whatever la kan?). Poyo dan gila control betoi la Azman ni, apa hak dia dok marah-marah sepupu dia macam yang dia dok buat kat adik dia si Zetty tu? Kalau aku jadi bapak Liza, aku pun tak rela anak aku diperlakukan sebegini rupa oleh anak saudara aku, hah!

Sementara itu, polis kita yang memang cekap kalau mengikut yang digambarkan oleh Yusof Haslam, telah menemui dalang di sebalik pelanggaran Diana, iaitulah si Joe sendiri! Dengan babak mirip drama CSI di mana penjahat sebenar cerita ini (iaitu Diana) tidak ditangkap sebaliknya orang lain yang “terjebak” membuat jenayah sebab tak tahan dengan sikap si penjenayah sebenar itu (iaitu si Joe). Haha, untuk pengetahuan, MAJORITI kes jenayah dalam drama CSI (tak kira versi mana pun) adalah yang dilakukan oleh “mangsa keadaan”, di mana mangsa terbabit telah melakukan jenayah, biasanya membunuh, di mana si penjenayah sebenar yang telah menganiaya/menzalimi (sama ada si “tertuduh” ataupun orang terdekatnya) dalam episod-episod tertentu, pula menjadi korban. Namun, bagi polis, tak kira macam mana sekalipun, yang tertuduh itu tetap bersalah sebab melakukan jenayah, sedangkan penjenayah sebenarnya pula sudahpun mati dibunuhnya.

Ya, begitulah halnya dengan SEMBILU KASIH ni pun. Joe yang telah digari, membuat “pengakuan terbuka” di situ juga (wah, tak perlu masuk mahkamah!) bahawa dialah yang melanggar Diana dan membunuh salah seorang konco Diana, sebab dia benci dan geram melihat sikap Diana yang tak habis-habis mengejar Fendi sehingga sanggup merosakkan rumah tangga Fendi (dan biarpun dia tak cakap, tapi kita faham, sebagai tunangnya, mestilah dia pun jeles mengenangkan orang yang dia cintai itu asyik dok teringat lelaki lain). Ya, dari satu segi, kita boleh kata bahawa Joe ini adalah “wira” siri ini kerana telah membela watak hero, sehingga sanggup “terkorban”, iaitu ditahan oleh polis.

Apa boleh buat, inilah dia “keadilan” bagi drama ini. Watak Joe telah ditangkap, dan kelihatan seperti sudahpun “gila meroyan”, sementara watak Diana masih bebas, siap boleh dapat pengampunan lagi, padahal dari awal siri sampai saat akhir, dialah penjahat nombor satu drama ini. Well, at least kaki dia patah akibat eksiden itu, hahah!

Terkesan dengan kemarahan Fendi terhadapnya (yang ketika itu baru tahu cerita sebenar di sebalik segala gossip yang menimpanya yang mengaitkannya dengan Diana hingga terpisahnya dia dengan Zetty), Diana pun mengaturkan untuk berjumpa dengan Zetty bagi menerangkan keadaan sebenar. Akhirnya Zetty pun menerima penjelasan Diana, dan bertemu pula dengan Fendi.

Apakah mereka kembali bersatu? Jeng jeng jeng…

Rupanya, Diana SUDAHPUN berkahwin dengan Faizal ketika berada di UK. Dia kembali ke Malaysia pun (kalau tak silap ingatan aku) adalah untuk menghebahkan perkahwinannya kepada keluarganya, tapi tersangkut kot dengan kes dia dengan Fendi yang baru nak selesai. Aii, rupanya jarak waktu mereka bercerai ni dah sampai ke peringkat habis `iddah Zetty rupanya, sebab kalau tak habis lagi, mana boleh kahwin semula kan? Tapi boleh jadi pembuat drama Melayu macam mereka ini jahil juga seperti yang lain, sebab dialog asyik menyebut dan menyalahgunakan perkataan “rujuk”, “rujuk”, “rujuk”, sedangkan “rujuk” tu hanya bagi pasangan yang bercerai talak satu atau dua yang MASIH DALAM `IDDAH. Kalau dah habis, kena NIKAH SEMULA, bukannya RUJUK lagi dah!

Lagi satu, Zetty berkahwin di sana BERWALIKAN siapa? Kan bapaknya masih hidup dan ada di Malaysia? Astaga, sah ka tidak perkahwinan mereka ini?!

Yaaa, untuk pengetahuan, babak ending ini sebenarnya sangat mirip dengan ending filem SEMBILU II, di mana watak Awie (lakonan Awie la!) pun telah “melepas” apabila watak Watie (lakonan Erra Fazira) telah berkahwin dengan watak orang ketiga juga, iaitu Syamsul (lakonan Zulkiflee Khan ka siapa ntah nama pelakon tu, tapi muka dia pada ketika itu MIRIP muka anak Yusof Haslam sekarang, dan nama anaknya itupun ialah SYAMSUL! Kebetulan???).

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya watak Fendi ni tak adalah melepas TERUS macam Awie tu, sebab dia SEMPAT juga beristerikan Zetty, siap sampai mengandung lagi tu, sementara Awie sememangnya tak dapat langsung Watie tu, hohoh!

Maka, babak pun diakhiri dengan Fendi memandu jipnya sambil kredit akhir pun naik dan berkumandang lagu Awie dari filem SEMBILU. Dan kredit itu diakhiri dengan “kata-kata hikmat/nasihat” yang sebenarnya juga merupakan ‘teaser’ bagi drama PASRAH (juga drama Yusof Haslam adaptasi dari filemnya dengan tajuk yang sama), sebab diakhiri dengan perkataan itu, siap huruf besar lagi!

Menarik…

Apa yang menarik dan buat aku sedikit suka dengan drama ini ialah lakonan Zed Zaidi tu. Lagipula, dia ada satu kenderaan yang sangat “macho”, iaitu sebuah Jeep, mengingatkan aku pada sorang lagi watak hero macho yang pakai Jeep, iaitu MACGYVER.

Satu yang menarik aku perasan di sini ialah, ketika watak Zetty marah, aku terbayang wajah watak Ziana (lakonan Ziana Zain), apatah lagi watak Zetty ketika itu berambut pendek, macam rambut Ziana Zain, sedangkan watak Zetty ini sepatutnya adalah “versi drama” bagi watak Erra Fazira dalam filem SEMBILU, sementara Ziana Zain pula dalam drama ini telah diwakili oleh watak lakonan Azza Elite tu.

Yang aku nak sebut di sini ialah, stail WAJIB drama Yusof Haslam ada dalam ini, babak dialog yang skema, berborak sambil berjalan di tepi jalan lepas itu berhenti di tengah jalan untuk meneruskan perbualan. Yang paling aku nak tergelak ialah babak “dialog tanpa suara”, di mana kita tengok watak-watak sedang bersembang, sebab kita nampak mulut mereka bergerak-gerak, tapi suara tak kedengaran sebab sengaja ditenggelami dengan muzik latar. Mungkin ini antara excuse yang paling berkesan untuk mengelakkan diri daripada membuat dialog yang munasabah dan berkesan bagi babak tertentu, sebab dialog mereka yang “tak jadi” itu nanti bakal menghilangkan “mood” babak berkenaan, jadi lebih baik dimatikan saja suara dialognya, hah!

Kesimpulan…

Walau bagaimanapun, perlu aku tegaskan, aku tak minat dengan drama ini serta mana-mana drama atau filem Yusof Haslam. Aku memang alahan benar dengan stailnya. Tapi terus terang aku cakap, drama ini lebih baiklah berbanding drama import dari negara seberang kita. Cara atau stail drama-drama berkenaan menjengkelkan dan menyakitkan hati aku menontonnya, berbanding drama ini.

Tapi disebabkan drama ini adalah adaptasi daripada dua buah filem Melayu yang agak berjaya pada zamannya itu (kutipan tiket masing-masing filem berkenaan ialah RM4.2 juta dan RM6.4 juta), maka di sana ada sedikit nostalgianya (filem pertama menaikkan nama Awie dan Erra Fazira, dan merupakan PASANGAN CINTA terhangat pada era 90an!) yang menarik perhatian aku untuk ingin “mengambil tahu” akan perkembangan drama ini. Dan ternyata, endingnya pun tak lari daripada ending filem SEMBILU II.

Oh ya, aku juga ada sedikit “soft-spot” terhadap “episod terakhir” ni. Maksud aku, aku memang akan suka untuk menonton episod terakhir bagi hampir apa saja cerita bersiri yang aku berkesempatan untuk menontonnya, biarpun ianya siri yang aku tak minat (ataupun yang aku benci terus). Mungkin sebab mengenangkan bahawa siri berkenaan sudah tidak akan keudara lagi dengan episod baru (melainkan ulangan semata), maka timbul perasaan seolah aku akan “berpisah” dengan watak-watak dalam sesuatu siri berkenaan untuk selama-lamanya. Maka, menonton episod terakhir adalah cara aku mengucapkan “selamat berpisah” kepada siri berkenaan beserta watak-wataknya. Ewah, romantis la pulak! :P

Pendek kata, sokonglah drama dan filem tempatan, muakakaka! 8)

7 thoughts on “Ulangan Episod Akhir “Sembilu Kasih”

  1. Amboi, cepatnya dapat respon! Saya baru ja edit/tambah satu perenggan kedua terakhir dalam entri ini, heheh!

    Saya memang tak ikuti pun siri SEMBILU KASIH ni. Buktinya, episod last siri ni saya tak tengok pun waktu pertama kali ditayangkan. Cuma TER-tengok sekali-sekala saja, sebab itu tau sikit jalan ceritanya.

    Alah, cerita Yusof Haslam dan drama Melayu seangkatannya tu semua predictable maa! Tengok sikit pun dah boleh agak dah plotnya. Cuma berbeza dari segi pengisian dan rupa pelakon saja, hah! Lagipun ini plot yang SERUPA dengan plot versi filemnya (yang saya tengok sepenuhnya filem pertama dan baca sinopsis saja untuk filem kedua).

    Kebetulan pada pagi Sabtu selepas menonton rancangan kartun secara marathon (biasa la, pagi Sabtu beb!), TER-buka stesen TV9 yang kebetulan menayangkan ulangan episod last SEMBILU KASIH. Nak main internet pun, waktu tu tengah berlaku kecurian kabel telefon, so apa aktiviti yang paling “wajar” pada ketika itu kan? :P :mrgreen:

  2. Hah,sebut pasal Janji Diana.. last episode dia cmna ya? penah tengok jugak drama tu.. cuma bila masa dia last pn saya tak sedar. Tengok2 dah ada cerita baru.

  3. aiseh, kena jawab soklan !x0r@ la ni ek? ;)

    last episod janji diana – mak tiri diana kena tangkap sebab upah orang bunuh buayapren dia yang driver bekas laki dia tu. polis malaysia dengan penuh berkesannya tangkap dia time bagi duit upah kat para penembak upahan. haha.

    ayah diana akan kawin dengan aisyah, janda anak satu tu.

    diana dengan haikal kawin…bekas tunang haikal tu jadi ketua rombongan pengantin lelaki iring pengantin ke pelamin..ahaks!

  4. Howdy I am so excited I found your site, I really found
    you by accident, while I was looking on Digg for something else, Anyways I am here now and would just like
    to say many thanks for a fantastic post and a all round exciting blog (I also love the theme/design), I don’t have time to
    look over it all at the moment but I have book-marked it and also added in your RSS feeds,
    so when I have time I will be back to read a
    lot more, Please do keep up the fantastic job.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s