Sebetulnya aku tak mahu la menulis apa-apa pasal Debat ini, sebab ianya bercanggah dengan tema blog aku. Tapi bila fikir balik, blog aku mana ada tema khusus, haha! Lagipun, boleh toi sekaki dengan isu yang hangat yang pasti jadi carian orang ini! Maka, aku pun menulislah jugak!
Seperti yang diketahui, rancangan debat yang boleh dikatakan mencipta sejarah di Malaysia ini diadakan pada 15 Julai 2008 jam 9 malam di DBP, anjuran Agenda Daily. Pada awalnya dikatakan nak buat sejam setengah, tapi akhirnya bertukar jadi hanya sejam (tolak pulak 8 minit iklan, maknanya tak sampai sejam). Lepas itu, daripada disiarkan di TV3, akhirnya ditukar pula ke TV9. Ada la yang tak puas hati sebab TV9 yang sungguhpun “dekat di hati” tapi hakikatnya masih belum “dekat” di TV kesemua rakyat sebab dikatakan liputannya masih tak seluas TV3. Tak tahulah yang itu.
Walau apapun, debat ini berjalan jua, dan dapat disaksikan secara langsung, selain di TV9 ialah di Astro Awani dan Bernama TV di mana kedua-dua ini adalah saluran di Astro (tak melewah/redundant ka?). Memula aku menonton di ruang tamu (ada hawa dingin!) menerusi saluran Bernama TV, tapi sebab bosan tengok sorang-sorang, akhirnya aku berganjak ke dapur dan bersama dengan ahli keluarga aku yang lain menonton di TV9 (DEKAAAAT DI HATI!).
Dikirim oleh Saladin Convoy 


