Daulat Tuanku! Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah

Pada 15 Julai 2008 bersamaan 12 Rejab 1429 Hijrah, genaplah 50 Tahun negeri Kedah Darul Aman di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (profil di Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Malaysia).

Bersempena dengan itu, seluruh rakyat negeri Kedah akan menyambut Jubli Emas 50 Tahun Kedah di dalam pemerintahan beraja ini di bawah Tuanku Baginda. Sempena dengan sambutan ini, pelbagai acara akan diadakan, di mana kemuncaknya ialah pada tarikh 15 Julai 2008 di mana hari berkenaan dijadikan hari cuti umum bagi membolehkan semua orang dapat menyaksikan upacara Istiadat Perbarisan Kehormat dan Perisytiharaan Jubli Emas di Medan Bandar, Alor Setar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan ini (serta apa saja yang berkaitan dengan Negeri Kedah), sila layari laman-laman sesawang berikut:

Kepada seluruh rakyat Kedah, silalah turun beramai-ramai meraikan apa saja acara yang berkaitan, sebagai tanda taat setia kita kepada Sultan kita, sepertimana yang termaktub dalam Rukun Negara yang kedua; “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”.

Daulat Tuanku! 8)

Entri-entri yang berkaitan:

8 Respons bagi “Daulat Tuanku! Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah”

  1. !x0r@ Berkata:

    huu.. nak turun jugakk!!

  2. Saladin Convoy Berkata:

    …Demikianlah balada anak yang jauh merantau di negeri orang… ;)

  3. nikillas Berkata:

    lorh.. patut r member aku kat kedah cuti arini.. hahaha.. ada jubli emas rupanya…

    ~~dah lama x tgk brite..

  4. 50 Royal Jubilee « Fly Over Me Berkata:

    [...] I am busy watching NTV7 right now. So, I will put a link to a site that you can read more about this. Just click HERE. Or you can also read my friends entry about this by clicking Saladin Convoy blogs HERE. [...]

  5. !x0r@ Berkata:

    aiseh,tajuk saya silap! :lol:

  6. Saladin Convoy Berkata:

    Tang mana yang silapnya tajuk tu? :mrgreen:

  7. Sekitar Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah « Saladin Convoy Berkata:

    [...] by Saladin Convoy under Lain², Malaysia | Label: Kedah |   Seperti yang aku war-warkan dalam entri yang lepas, hari ini (15 Julai 200 ialah hari sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan [...]

  8. Kedah… Kedah pantang kalah! « Saladin Convoy Berkata:

    [...] hadiahnya. Secara tak langsung, ini juga merupakan hadiah istimewa buat baginda sempena Sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda. Juga hadiah buat Allahyarham Dato Paduka Haji Ahmad Basri yang kembali ke rahmatullah 15 Julai [...]

Tinggalkan jawapan