Ulangan Episod Akhir “Sembilu Kasih”

Khamis, 31 Julai 2008

Pada hari Sabtu, 26 julai 2008 (iaitu ketika rumahku ketiadaan talian telefon gara-gara kecurian kabel telefon), bersamaan jam 11 pagi yang berlalu baru-baru ini, aku telah mengambil kesempatan untuk menonton siaran ulangan untuk episod terakhir drama bersiri SEMBILU KASIH di TV9 (dekat di haatiiiiiiii!). Yeah, biarpun apapun yang orang kata mengenai drama ini (termasuklah aku sendiri pun pernah mengatakannya), aku tengok jua drama ini sebab aku nak tahu apakah kesudahannya, memandangkan aku terlepas peluang menontonnya waktu tayangan asalnya dua-tiga bulan sebelum itu. Oh ya, selain di TV9, siri ini juga MASIH SEDANG DIULANGTAYANG pada waktu tengahmalam/awalpagi di TV3suku.

Ahaks, pabila orang mengata-ngata mengenai drama Yusof Haslam ini, aku rasa tak adil menyalahkan dia seorang sebab menurut kredit drama itu, ianya diarahkan BERSAMA oleh Faizal Yusof. Apakah ini Faizal Yusof, pelakon yang merupakan suami penyanyi yang bernama Siti Nordiana itu? Walau apapun, kita kena sandarkan juga “kredit” kualiti pengarahan drama ini kepada dia. Tapi mungkin jugak stail itu dipaksakan kepada drama itu, agar kelihatan bercirikan “Yusof Haslam”.

Untuk pengetahuan, aku bukanlah ikuti pun siri drama ni, cuma sekali-sekala saja TERtengok, maknanya aku tak berapa tahu dengan teliti sangat jalan ceritanya, tapi secara keseluruhannya aku faham la jugak, sebab adanya babak “sedutan episod lalu”. Biarpun drama ini memang orang kata tak best, tapi bagi aku ianya lebih best daripada sesetengah BESAR drama import dari negara seberang itu, yang (bergantung kepada tajuk) mempunyai kualiti lakonan yang jauh lebih memualkan.

Alkisahnya, Baca baki entri ini »


Majlis Jamuan Rakyat – Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Selasa, 22 Julai 2008

Kedah masih lagi dalam suasana sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah. Dalam entri yang lalu, iaitu pada 15 Julai 2008, diadakan sambutan perasmian dan perarakan Jubli Emas yang menyaksikan Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah diarak menaiki Bahtera Emas Lapis Suasa dan diiringi tiga ekor gajah yang didatangkan khas dari negeri Kelantan, serta pancaragam-pancaragam dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Sekolah Menengah Sultanah Asma dan Sekolah Menengah Keat Hwa.

Aturcara sempena sambutan ini sebenarnya masih banyak lagi. Pada 19 Julai 2008 (hari Sabtu), bermula jam 11:30 pagi, diadakan pula Majlis Jamuan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar. Dan, aku pun turut ke situ…

Baca baki entri ini »


Drama “Bulan Retak” – Kisah Qazaf dan Li`an

Ahad, 20 Julai 2008

Sedang aku melepak-lepak pada petang Sabtu, setelah pulang dari Majlis Jamuan Rakyat (sempena Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah), sesudah solat Zohor, aku mengadap peti televisyen dengan penuh kemalasan. Hari Sabtu la katakan!

Dalam jam 3 petang, sesudah selesai siaran Berita jam 3, bermulalah tayangan sebuah drama Melayu dalam slot Panggung 1. Aku ni memang antara yang melayan drama Melayu jenis one-shot (bukan bersiri) macam ini, tapi kalau ianya ditayangkan di RTM la, sebab aku tak suka drama poyo di TV3suku (Cerekarama apa semua tu). Drama RTM ni macam low-profile, dengan menampilkan pelakon yang pelbagai (yang hensem, yang femes, yang pandai berlakon), tak macam di TV3 yang asyik menampilkan pelakon popular dengan cerita yang entah apa-apa.

Haha, pada petang itu, memandangkan dah lama aku tak melayan drama Melayu di RTM, maka tertontonlah akan aku suatu drama yang mempunyai tajuk yang agak menarik: BULAN RETAK

Baca baki entri ini »


Debat Anwar-Shabery

Rabu, 16 Julai 2008

Sebetulnya aku tak mahu la menulis apa-apa pasal Debat ini, sebab ianya bercanggah dengan tema blog aku. Tapi bila fikir balik, blog aku mana ada tema khusus, haha! Lagipun, boleh toi sekaki dengan isu yang hangat yang pasti jadi carian orang ini! Maka, aku pun menulislah jugak!

Seperti yang diketahui, rancangan debat yang boleh dikatakan mencipta sejarah di Malaysia ini diadakan pada 15 Julai 2008 jam 9 malam di DBP, anjuran Agenda Daily. Pada awalnya dikatakan nak buat sejam setengah, tapi akhirnya bertukar jadi hanya sejam (tolak pulak 8 minit iklan, maknanya tak sampai sejam). Lepas itu, daripada disiarkan di TV3, akhirnya ditukar pula ke TV9. Ada la yang tak puas hati sebab TV9 yang sungguhpun “dekat di hati” tapi hakikatnya masih belum “dekat” di TV kesemua rakyat sebab dikatakan liputannya masih tak seluas TV3. Tak tahulah yang itu.

Walau apapun, debat ini berjalan jua, dan dapat disaksikan secara langsung, selain di TV9 ialah di Astro Awani dan Bernama TV di mana kedua-dua ini adalah saluran di Astro (tak melewah/redundant ka?). Memula aku menonton di ruang tamu (ada hawa dingin!) menerusi saluran Bernama TV, tapi sebab bosan tengok sorang-sorang, akhirnya aku berganjak ke dapur dan bersama dengan ahli keluarga aku yang lain menonton di TV9 (DEKAAAAT DI HATI!).

Baca baki entri ini »


Sekitar Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Selasa, 15 Julai 2008

Seperti yang aku war-warkan dalam entri yang lepas, hari ini (15 Julai 2008, hari Selasa) ialah hari sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Upacara bermula seawal 7:45 pagi lagi sebenarnya, tapi sebab Mak dan Bapak aku pi market lak pagi-pagi tu (dan aku sendiri tertidur lepas Subuh, hahah! :P ), aku pun tengok la di NTV7 dulu sementara nak bertolak ke tempat sambutan.

Akhirnya, sekitar jam 9:50 macam itu (lewatnya!), barulah kami (aku + 2 orang adik + Bapak) bertolak ke “Medan Bandar” (Balai Besar, depan Masjid Zahir). Letak motosikal di Bangunan Sultan Abdul Halim, kami pun berjalan la kaki (ada shortcut) menuju ke sekitar Lebuhraya Darul Aman (lokasi).

Baca baki entri ini »


Daulat Tuanku! Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah

Isnin, 14 Julai 2008

Pada 15 Julai 2008 bersamaan 12 Rejab 1429 Hijrah, genaplah 50 Tahun negeri Kedah Darul Aman di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (profil di Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Malaysia).

Bersempena dengan itu, Baca baki entri ini »


Kecintaan Khalid bin Al-Walid terhadap Rasulullah SAW

Sabtu, 12 Julai 2008

Dalam satu entri aku yang lalu, aku telah memautkan sebuah video iklan mengenai “peranan Syaitan dalam pemakaian wanita” (bukan tajuk sebenar!) setelah terlihat sebuah entri daripada blog Mujahideen Ryder.

Kali ini, aku terlihat lagi, suatu entri beliau yang menarik di blognya, yang bertajuk “Khalid bin Waleed’s Love for The Prophet (s)”.

Baca baki entri ini »


Laman Web “The Dark Knight” kena sabotaj?

Sabtu, 12 Julai 2008

Masa tayangan dah menghampiri, tapi alih-alih, laman sesawang rasmi bagi filem THE DARK KNIGHT pulak kena sabotaj! Apa kes? Siapa punya kerja yang dengki sangat ni?

Baca baki entri ini »


Konsert KARNIVAL JOM PROTES 678

Jumaat, 11 Julai 2008

Sebetulnya aku tak pergi pun ke karnival PROTES. Selain daripada tak berminat, sebab paling utama ialah aku MEMANG tiada di sekitar situ dan tiada keupayaan untuk ke situ. Tapi sebab berlaku suatu insiden yang menyebabkan ramai orang di alam maya ini memperkatakannya, maka aku pun nak tumpang sekaki jugak la.

Biarpun ada jiwa dan keinginan untuk memprotes, tapi aku tetap tak suka berhimpun beramai-ramai untuk berdemo. Untuk ke konsert ka, karnival ka, ceramah umum (di tempat terbuka) ka, memang aku tak berminat nak sertai. Ini disebabkan aku memang tak suka ke tempat orang ramai berkumpul. Aku memang tak suka “beramai” la, senang cerita.

Tapi “insiden” itu, membuatkan aku tertarik nak tulis juga entri ini.

Baca baki entri ini »


Viral Marketing “The Dark Knight”

Rabu, 9 Julai 2008

Dalam mana-mana filem, terutamanya filem Hollywood, “kempen” atau “promosi”, atau lebih tepat lagi disebut “pemasaran” untuk sesuatu filem tu sangat penting. Pihak studio, produksi, penerbit, semuanya tu masing-masing ada banyak duit yang dikeluarkan untuk filem yang dibuat, tapi mesti la mereka nak untung balik kan?

Maka, demi menjamin keuntungan yang maksima, filem itu kena “dipasarkan” sebaiknya. Lebih agresif, lebih bagus. Setiap ruang dan sudut yang ada mesti digunakan sebaiknya untuk mengiklankan mengenai tayangan filem tersebut. Maka, perbelanjaan yang “ekstra” mesti dikeluarkan. Kalau menjadi, nanti mereka akan dapat untung yang berlipat kali ganda. Kalau dah untung, peluang untuk ada filem sekuel akan jadi lebih cerah.

Di skrin (TV atau iklan sebelum tayangan filem lain di pawagam), ada “teaser trailer” (tunjuk sikit, bagi “perangat” sikit perasaan ingin tahu terhadap filem itu) dan trailer penuh” ketika waktu tayangan dah hampir tiba. Selain poster biasa di dinding, sekarang ni di bas pun boleh ada iklan! Pihak penaja dari kalangan syarikat produk tertentu (telefon bimbit ka, bijirin sarapan ka, syarikat permainan dan permainan video, produk makanan, kecantikan kecantikan, alat tulis, restoran, perabot, apa saja!) pun giat mempromosi filem yang mereka taja tu. Pendek kata, biar “melekat” di benak (bakal) penonton sampai ke peringkat bahawa mereka “WAJIB” menonton filem tu bila ditayangkan di panggung kelak.

Yeah, itulah dia “the power of marketing. Ewah, cam kuliah la pulak!

Tapi ada satu teknik pemasaran yang aku rasa sangat tertarik dengannya, teknik yang digunapakai untuk “mengiklankan” filem THE DARK KNIGHT ni, teknik yang diberi nama “viral marketing”

Baca baki entri ini »


Sarah Connor Chronicles: Episod Propaganda 9/11

Selasa, 8 Julai 2008

Siapa di sini yang melayan siri TV TERMINATOR: THE SARAH CONNOR CHRONICLES? Haha, bagi yang kaki download, mesti dah lama dah dia tengok sampai tamat kesemua sembilan episod untuk musim pertama siri. Tapi bagi yang “tradisionalis” (macam aku), maka bolehlah melayannya di stesen TV yang paling aku tak suka, iaitu 8TV.

Intro sikit pasal siri ni. Baca baki entri ini »


Batman vs. Batman vs. Batman vs. Batman!

Isnin, 7 Julai 2008

Filem Batman yang terkini, THE DARK KNIGHT (laman sesawang rasmi, profil di IMDb) akan mula ditayangkan di Malaysia pada 17 Julai 2008 (sehari lebih awal daripada tayangan di Amerika Syarikat sendiri). Filem sekuel bagi BATMAN BEGINS yang merupakan adaptasi bagi watak yang muncul dalam siri komik terbitan DC Comics ini diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Christopher Nolan dan sekali lagi menampilkan aktor Christian Bale sebagai Batman, dan kali ini menampilkan juga lakonan kedua terakhir buat aktor Heath Ledger sebagai musuh tradisi Batman, iaitu The Joker.

Dalam pada itu, aku teringat kepada TIGA aktor lain yang berbeza yang pernah memegang watak Batman bagi versi filem sepanjang dua puluh tahun yang lalu (ini tak termasuk versi drama bersiri atau siri animasi ya). Dalam pada itu, aku terbayang pula, alangkah bestnya kalau keempat-empat “Batman” ini (termasuk yang versi terkini tu) dapat berentap dalam satu filem!

Eh, memang ada la!

Baca baki entri ini »