Aku memang suka siri ini. Sukanya aku terhadap siri ini bukannya hanya sebab ianya menyangkut soal “spy-menyepai” sahaja, tapi juga disebabkan analogi yang dibuat dalam cerita ini terhadap peristiwa sebenar di dunia, dan yang paling seronok ialah betapa ironisnya aku rasa apabila mendapati ada episod tertentu yang sangat mirip dengan suasana politik negara kita.
Ya, memang ada episod tertentunya yang kelihatan seperti berlaku dalam negara kita. Memang dalam siri ini, negara yang “dikacau” itu merupakan negara-negara Eropah tertentu yang tak sebulu dengan Amerika Syarikat, namun gambaran dan suasana politik tertentu dalam negara-negara Eropah tersebut sangat hampir dengan suasana yang berlaku dalam negara kita.
Contohnya ialah dalam suatu entri aku yang lalu, episod siri MISSION: IMPOSSIBLE berkenaan sangat hampir dengan suasana negara kita yang nak menghadapi pilihanraya pada ketika itu. Dalam episod yang aku tonton pada 19 Jun 2008 jam 12:30 tengah malam di RTM2 pulak, sekali lagi episod itu persis suasana di negara kita.
Dikirim oleh Saladin Convoy 


